Khamis, 19 Oktober 2017

6264. Tamaknya.

KEDAI TAYAR TAMAK!

Hari ini sudah masuk 5 kali kami plan untuk pulang ke Shah Alam.

Faham-faham sahaja lah bila pulang ke kampung, liat sungguh mahu kembali bertemu ibu kota yang semak, sarat dan sesak.

Tapi kali ini kami lebih beriya. Semua kain baju sudahpun disumbat ke dalam van. Cumanya, bagi memastikan kenderaan rare kami berada dalam kondisi sihat walafiat, kami singgah bertemu doktor sebentar di Prowheels M Sdn. Bhd.

Sebaik tiba di muka pintu, saya maklumkan kepada staff mereka mahu buat apa. Mereka minta kami parking di dalam dan tunggu sekejap memandangkan semua staff lelaki (foreman) akan keluar untuk solat asar. Subhanallah.. Semua sekali beb! Bukan bergilir-gilir.

Kami pun masuk, parking, dan terus duduk di cafe yang tersedia. Tak sempat nak kerdip mata, punyalah laju, datang staff bertanyakan order.

Lebih memeranjatkan, diberitahunya ada 3 set chicken chop akan diberikan secara percuma!

"Wuish! Takkan kot dik? Kami mai buat alignment balancing ja pun."

"Eh, betoi bang. Memang boss buat kenduri tiap-tiap hari."

"Haha.. Ishk.. Segan lah.. Tak padan dengan harga pebaik."

"La.. Takpa bang, memang kami bagi percuma."

Allah.. Patutlah perniagaan Tuan Prowheels Solahuddin Mustafa mencanak-canak kejayaannya. Ini rupanya pelaris yang beliau amalkan. Beri service yang terbaik, harga berpatutan, kualiti terjamin, latih anak buah dekat dengan Allah, juga amalan bersedekah (beri makanan dan minuman secara percuma kepada pelanggan) (ini yang kita nampak, yang tidak?).

Sangat kagum dengan Tuan Muhamad Solahuddin Mustafa. Tuan antara idola perniagaan saya. Semoga perniagaan tuan terus berkembang maju, juga beroleh keredhaan dan keberkatan hendakNya.

Lokasi:

Prowheels (M) Sdn. Bhd.
No. 5, KM 5 Jalan Putra,
Kuala Sungai,
06250 Alor Star, Kedah.
+60 16-556 1615

Mohon tolong kongsikan agar kedai ini menerima 'pembalasan' yang setimpal.

Nota: Tamak Pahala. (Selesaikan masalah yang dihadapi pelanggan, train staff solat berjemaah di awal waktu, juga tidak lokek berinfaq.)






Tiada ulasan: