Khamis, 2 November 2017

6300. Penipuan melalui panggilan telefon.

HAMPIR PERFECT SCAM
Arini aku dapt pengalaman baru bila dapat call kononnya dari mahkamah majistret jitra cakap aku ada sapina arini pukul 2 petang tentang hutang kad kredit RM26,588.12.. ADA GILA BNYAK TU... serius beb gaya percakapan cukup lancar tanpa ragu². Konon² ada orang pakai nama aku buat kad kredit.

First point aku syak tipu bila dia call no opis aku tpi no opis ni bukan daftar nama aku.dia suruh buat laporan polis dan dia yg sambungkan plak tu.

Yang second point aku detact ni scammer bila aku bercakap ngan so called sarjan raju ni dia cakp nak kena rakam dan mintak aku call 103 untuk mintak no balai.. itu aku dah pelik..bila telekom bgai no balai 04 7741222 dan selang seminit call dari +47741222. Aku tgok no pun terus aku ckap scammer.. memang sial nak scam aku.. terus aku ckap nak check maklumat ni terus dia letak..

aku call balai kedah ckap raju jek terus dia ckap scammer.. xpuas hati cal plak mahkamah pun cakap scammer.. hampir 25 minit  perbualan dalam masa cuba menipu aku.. kalo orang yg menggelabah mesti kena punya.. alhamdulilah..

Hati² kawan² yg lain.. lapangkan dada.. selamat beramal..

#budakadut
#fourbikerzgarage
jgn layan no phone xdikenali, atau tak tercatit didaftar phone kita. Kepada yg buat panggilan dgn no yg xdiketahui oleh org yg dipanggil... sebaik-baiknya sms dulu kenalkan diri. Nasiblah kalau masih xdikenali. 
...

Tiada ulasan: