Selasa, 7 November 2017

6316. Wanita yg bagus dan sempurna adalah wanita yang tidak melihat laki² dan tidak dilihat laki², terkecuali mahramnya (yg halal baginya)

Bismillahi Walhamdulillah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

 سُبْحَانَ اللَّهِ 
اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Rasul saw♡ bertanya kepada para sahabatnya: wanita seperti apakah yg bagus dan sempurna? Para sahabat pun terdiam, tak satupun yg dapat menjawab pertanyaan beliau. Kemudian pulanglah Sayyidina Ali bin Abu Tholib ke rmhnya dan bertanyalah ia kpd istrinya iaitu Fatimah Azzahra bint Rasulillah Saw. "Wahai istriku, tadi Rasul saw bertanya kpd kami, siapakah wanita yg paling bagus dan sempurna?" Sayyidah Fathimah pun tersenyum, kemudian Sayyidina Ali melanjutkan ucapannya "apakah engkau mengetahuinya wahai putri Rasulillah?".. Berkata Sayyidah Fathimah bint Rasulillah, "wanita yg bagus dan sempurna adalah wanita yang tidak melihat laki² dan tidak dilihat laki², terkecuali mahramnya (yg halal baginya)

Dalam kitab al-Hilyah, kitab himpunan riwayat oleh Imam Ibn Nu’aim dengan sebahagian matan seperti berikut.
Daripada Sa`id bin Musayyib, bahawa Saidina Ali RA bertanya kepada isterinya Fatimah R.anha:
ما خَيْرٌ للنساءِ
Maksudnya: Apakah perkara yang paling baik bagi kaum wanita?

Fatimah menjawab:
أنْ لا يَرَيْنَ الرجالَ ولا يَرَوْنَهُنّ
Maksudnya: Yakni wanita-wanita yang tidak melihat kepada lelaki dan lelaki juga tidak melihat kepada mereka.

Rujuk Hilyatul Auliya’ (2/40)
Sebahagian ulama mendaifkan riwayat ini. Namun jika diteliti, riwayat ini mempunyai asas di dalam al-Quran apabila Allah SWT menyuruh lelaki dan wanita masing-masing agar menundukkan pandangan. Firman Azza wa Jalla:
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (31)

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Surah al-Nur, 24:30-31
Kami katakan: Sebaik-baik manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, yang paling baik ialah yang paling bertaqwa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah al-Hujurat, 49:13

Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan orang yang bertaqwa yang sentiasa menjaga maruah diri dan kebersihan jiwa.

Sumber:
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1034-al-kafi-342-sebaik-baik-wanita-yang-tidak-memandang-dan-tidak-dipandang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

صدق الله العظيم

(AQ:Surah An-Nur 31)
Link: https://plus.google.com/114711295503689619296/posts/5UzExHRSCHG
Rujukan:

 Ajnabi...

Perbezaan Muhrim, Mahram dan Ajnabi.

In the Name of Allah,The Most Gracious and Merciful

Terdapat 3 istilah yang sering disalahgunakan oleh masyarakat kita, sama ada dalam penulisan, mahupun semasa berkomunikasi. Dengan itu, ada beberapa definisi yang ingin saya berikan agar pembaca dapat rungkaikan perbezaan maksud antara 3 istilah ini. Istilah-istilah tersebut ialah, ajnabi, mahram dan muhrim.

Mahram

Bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 156)

Begitu juga dengan lelaki.
Contohnya : Mahram kita(perempuan) ialah - Bapa kandung,bapa mertua, anak kandung,anak tiri(anak suami), bapa saudara dari sebelah bapa - lihat di sini

Ajnabi (Bukan mahram)

Ajnabi pula membawa maksud orang asing..iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..
maksudnya ..... AJNABI = BUKAN MAHRAM
Senang cerita,ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya.

Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB jaga auratnya,perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja.

Begitulah juga antara lelaki dan perempuan ajnabi..
Tidak boleh tengok aurat mereka,apatah lagi berdua-duaan.

Muhrim

Muhrim pula bermaksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab fiqh.

***

Seringkali kita lihat orang tersilap menggunakan isitilah antara mahram dan muhrim ini. Dengan definisi yang diberikan, saya berharap agar selepas ini kita lebih berhati-hati dalam berbicara dan menulis. Bukan sekadar menulis sewenang-wenangnya.



Sumber: http://shafakallah.blogspot.my/2011/01/muhrimmahram-dan-ajnabi.html
.

Jadual Carta Aurat Seorang Wanita Dengan Ajnabi Dan Mahram - Apa yang dimaksudkan dengan aurat? Apa yang saya baca dari buku dan internet aurat maksudnya aib kita, keaiban. Manakala kalau dari segi istilah syarak ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.

Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang asing) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.
Jadual carta aurat di atas adalah untuk seorang wanita dengan mahramnya atau ajnabi. Mari kita selusuri dan ambil tahu tentang aurat wanita dengan golongan yang disebutkan di atas.

Link: http://www.aynorablogs.com/2014/08/jadual-carta-aurat-seorang-wanita.html
.
 Ajnabi adalah orang yang bukan mahram dengan kita atau dengan kata lain lelaki-lelaki yang asing. Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

Maksudnya AJNABI = BUKAN MAHRAM!! Mudah difahamkan, ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya. Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB menjaga auratnya. Perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja. Begitulah juga halnya antara lelaki dan perempuan ajnabi, tidak boleh tengok aurat mereka, apatah lagi berdua-duaan! HARAM hukumnya.

Ajnabi bagi wanita (seperti yang tertera warna merah di dalam jadual aurat di atas) adalah abang ipar, anak saudara lelaki ipar, suami ibu saudara, adik angkat lelaki, sepupu lelaki dan seterusnya. Dan lelaki asing yang langsung tidak mempunyai pertalian darah.
    

Apa yang dikatakan mahram?


Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain. bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita.

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. Begitu juga dengan lelaki. Contoh mahram perempuan ialah bapa kandung, bapa mertua, anak kandung, anak tiri(anak suami) dan lain-lain.

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;

1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Untuk bacaan dan kefahaman lanjut, bolehlah merujuk \
ke website berikut: http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/aurat-wanita.html

Selamat membaca, sebar dan amalkan.




Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat padangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher...

.

Tiada ulasan: