Khamis, 9 November 2017

6328. Cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur.

Bismillahi Walhamdulillah.


Bacalah 3X pagi dan petang. Atau lebih afdal 3X setiap selepas solat. Pengusir kerunsingan jiwa, menyihatkan badan & mencerahkan mata.

Tentang Rasulullah

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Firman-NYA: "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w itu suri teladan (sunnah) yang baik bagi kamu, iaitu bagi siapa yang mengharapkan (pertemuan dengan) Allah dan percaya akan ada hari qiamat dan dia menyebut (nama) Allah banyak-banyak." (Surah al-Ahzab : 21)

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan menyebabkan menitisnya air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Sama ada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?. Bila bertanya kepada orang kampung mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok di hujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung ke rumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di perkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al Quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek al Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al Quran. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Quran itu dengan tangannya,seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku di hadapan Allah di akhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani al Quran buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.

Lelaki itu meminta untuk melihat al Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.

Hatinya telah bersatu dengan roh al Quran. Dia sangat mengasihi kalimat Allah dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kitmenghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari utk membaca.


Kisah ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. 
http://cintarindurasul.blogspot.my/2014/02/kisah-seorang-yang-tidak-tahu-baca-al.html

TASBIH KIFARAH








2 KalimahSyahadah



SELAWAT AZHIMIYAH

Baca olehmu 1X atau lebih sesudah setiap solat Faidahnya, jiwa tenang & sejuk, dimuliakan masa mati, husnul khatimah, insyaallah dapat bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W.

SELAWAT TAFRIJIYAH

Baca olehmu 41X atau lebih dalam sehari Faidahnya: murah rezeki, mudah urusan, mati husnul khatimah, dinaikkan pangkat, berpengaruh dan sebagainya.

TASBIH KIFARAH





PESANAN US HJ HASSAN ABDUL LATIFF.......

Seumur Hidup AMALKAN Sekurang-kurangnya...
1. Al-Ikhlas – 70,000 kali
2.SUBHANALLAHIWABIHAMDIHI...SUBHANALLAHILAZZIM– 80,000 kali
3. SURAH AL-A’LA – Dalam Solat Witir SETIAP MALAM.
[ Dalam doa..”Ya Allah, Engkau suka Surah ini, Nabimu pun suka Surah ini ,
aku pun suka surah ini..Ya Allah permudahkanlah aku menghafal dan mengamalkannya]
4. SURAH YASSIN
5. SURAH TABAROKAL LAzZI....
Nota: HAFALAN – Baca sekedar hafal dalam solat sunat. Amalkan berterusan..berterusan.

PESANAN..

Sheikh Ahmad bin Ali al-’Ajmy ::
Pada kalimah istighfar itu satu kerehatan (kenikmatan) yang tidak akan dikecapi melainkan oleh orang yang beristighfar.

bukan seperti sangkaanmu..


JaNgAn BaNyAk KeTaWa

Imam Hassan Al-Banna: Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن وقور .

SURAH AL A'LA


PESANAN..

Imam Hassan al-Banna: Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan''
WaSiAT MaLiK BiN DiNaR

1. Sesiapa yang menjauhi bungadunia maka dia mampumengalahkan hawa nafsunya.

2. Tidak akan tinggal bagi seseorang itu teman yang akan membantunya dalam urusan amalan akhirat sedangkan mereka adalah perosak terhadap hatinya.

3. Istilah cintakan dunia itu dapat dilihat apabila seseorang itu tidak menyuruh antara satu sama lain dan tidak pula melarang antara satu sama lain.

4. Sekadar mana engkau bersedih tentang dunia maka sekadar itu jualah akan terkeluar rasa pentingkan akhirat daripada hatimu. Sekadar mana kesedihan engkau terhadap akhirat maka sekadar itu jugalah akan keluar rasa pentingkan dunia daripada hatimu.

5. Takutlah kamu terhadap sihir yang akan membahayakan hati ulama’dan akan melalaikan mereka daripada Allah iaitu dunia di mana ia merupakan suatu yang paling kuat sihirnya dan paling buruk daripada sihir Harut dan Marut. Ini adalah disebabkan sihir Harut dan Marut telah memisahkan antara suami dan isteri sedangkan sihir dunia menyebabkan terpisahnya hubungan antara hamba dan Tuhannya

6. Aku bersumpah kepada Mu sekiranya bagi munafik ditumbuhi ekor maka tidak akan terdapat bagi orang mukmin itu tanah untuk dia hidup.

7. Sesiapa yang menuntut ilmu untuk beramal maka Allah akan menambahkan lagi kefahamannya dan sesiapa yang menuntut ilmu bukan untuk diamalkan maka akan ditambah dengan ilmu itu perasaan bongkak.

8. Sekiranya manusia itu diwajibkan membawa kitab yang tertulis segala percakapannya oleh Malaikat nescaya mereka akan kurangkan percakapan.

9. Telah berwasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya: Wahai anakku! ambillah taat kepada Allah sebagai perniagaan kerana ia akan memberi keuntungan yang besar tanpa memerlukan barangan.

10. Sesiapa yang mampu mengalahkan syahwat hawanafsunya terhadap dunia maka inilah yang akan memisahkan syaitan daripada bayangannya.

11. Sesiapa yang menjauhi bunga kehidupan dunia maka dia akan berjaya menewaskan hawa nafsunya. Sesiapa yang gembira dengan pujian maka ia adalah batil di mana syaitan akan dapat masuk ke dalam hatinya.

12. Sesungguhnya badan itu apabila sakit maka tidak dapat memberi keselesaan kepadanya sebarang makanan, minuman dan kerehatan. Demikianlah juga dengan hati apabila tersangkut kepada kecintaan terhadap dunia maka tidak dapat memberi manfaat segala peringatan.


Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar
*Sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam yg bermaksud: "Barang siapa yang bertasbih (Subahanallah) kepada Allah pada setiap akhir solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) kepada-Nya 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) 33 kali hingga genap 99 kali. Lalu untuk melengkapi jumlah yang ke 100 dia mengucapkan "Laa ila ha ilallah wah dahula Syarikalah lahul mulku walahulhamdu wahua a'la kulli shyin qadiryang bermaksud: *Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah satu-satu-Nya (Tuhan yang) tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala kerajaan. Hanya milik-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, *maka Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih di lautan." - (Hadis Sahih Muslim)

..sisi dilihat..terlindung sisi lain...yang tersembunyi...


SUBHANALLAH..WALHAMDULILLAH





.

Tiada ulasan: