Jumaat, 10 November 2017

6329. Sanad Rasulullah SAW.

Bismillahi Walhamdulillah. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Sanad Rasulullah Sallahualaihiwassalam kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.


Nabi Muhammad Rasulullah SAW ibnu Abdullah ibnu Abdul Mutalib Ibnu Hashim Ibnu Abdul Manaf Ibnu Qushai Ibnu Qilab Ibnu Marah Ibnu Ka'ab Ibnu Luai Ibnu Ghalib Ibnu Fihir Ibnu Malik Ibnu Nadhar Ibnu Kinanah Ibnu Khuzaikan Ibnu Mudrikah Ibnu Ilyas Ibnu Ma'ad Ibnu Adnan Ibnu Add Ibnu Humaisi‘ Ibnu Salaman Ibnu Aws Ibnu Buz Ibnu Qamwal Ibnu Obai Ibnu ‘Awwam Ibnu Nashid Ibnu Haza Ibnu Bildas Ibnu Yadlaf Ibnu Tabikh Ibnu Jahim Ibnu Nahish Ibnu Makhi Ibnu Ayd Ibnu ‘Abqar Ibnu ‘Ubayd Ibnu Ad-Da‘a Ibnu Hamdan Ibnu Sanbir Ibnu Yathrabi Ibnu Yahzin Ibnu Yalhan Ibnu Arami Ibnu Ayd Ibnu Deshan Ibnu Aisar Ibnu Afnad Ibnu Aiham Ibnu Muksar Ibnu Nahith Ibnu Zarih Ibnu Sami Ibnu Wazzi Ibnu ‘Awda Ibnu Aram Ibnu Qaidar Ibnu Nabi Allah Ismail a.s. Ibnu Nabi Allah Ibrahim a.s.

Silsilah Nabi Muhammad saw banyak ditemui pada tulisan-tulisan Sejahrawan terutama Sirah Nabawiyah, dan semua penegasan-penegasan yang bersumber dari Hadis menunjukkan Nabi Muhammad saw adalah keturunan Nabi Allah Ismail as:

عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه قال : سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : إن الله اصطفى كنانة من ولد إسماعيل ، واصطفى قريشا من كنانة ، واصطفى من قريش بني هاشم ، واصطفاني من بني هاشم )) أخرجه مسلم.

dari Watsilah bin Asyqo berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda :

"Sesungguhnya Allah memilih Kinanah dari keturunan Ismail dan Allah memilih Quraisy dari keturunan Kinanah. Allah memilih Bani Hasyim dari Quraisy dan Allah memilih aku dari keluarga Bani Hasyim" ( diriwayatkan oleh Muslim no hadist : 2276.)

IMAM SHAFIE

Muhammad bin Idris (Imam Shafie) bin al- Abbas bin Uthman bin Syafi’ bin Assaib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Muttalib bin Abd Manaf

Nasab Imam Shafie dengan Nasab Rasulullah SAW bertemu di Abdul Manaf bin Qushai di mana Abdul Manaf bin Qusyai adalah moyang kepada Rasulullah SAW

IMAM HAMBALI

Abdullah Ahmad bin Muhammad (Imam Hambali) bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah bin Hayyan bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasith bin Mazin bin Syaiban bin Dzuhl bin Tsa'labah Adzdzuhli Asy syaibanniy.

Nasab beliau bertemu dgn nasab Nabi pada diri Nizar bin Ma'd bin Adnan yang bertemu dengan silsilah Nabi Allah Ibrahim

IMAM MALIK

Abu abdullah Malik bin Anas (Imam Malik) bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin al-Haris bin Ghaiman bin Jutsail bin Amr bin al-Harith Dzi Ashbah

Nasab Imam Malik bersambung kepada seorang bangsawan yang terkenal dengan pengorbanannya terhadap perjuangan Islam iaitu Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Amir bin Harith. Keturunan Imam Malik terkenal dengan penghormatannya terhadap ahlul bayt.

Guru-gurunya : Di antara guru beliau adalah Nafi’ bin Abi Nu’aim, Nafi’ al Muqbiri, Na’imul Majmar, Az Zuhri, Amir bin Abdullah bin Az Zubair, Ibnul Munkadir, Abdullah bin Dinar, dan lain-lain.

Di antara murid beliau adalah Ibnul Mubarak, Al Qoththon, Ibnu Mahdi, Ibnu Wahb, Ibnu Qosim, Al Qo’nabi, Abdullah bin Yusuf, Sa’id bin Manshur, Yahya bin Yahya al Andalusi, Yahya bin Bakir, Qutaibah Abu Mush’ab, Al Auza’i, Waliyullah terkenal Sufyan Ats Tsaury, Sufyan bin Uyainah, IMAM SYAFI'E, Abu Hudzafah as Sahmi, Az Aubairi, dan lain-lain.


Doa Penguat Zakar 

Doa ini dibacai jika lemah Zakar.

Jika terasa lemah zakar hendak berjimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu ketika hendak jimak (bersetubuh) niscaya jadi kuat bersetubuh InsyaAllah. Tapi jika dah kuat, usah dibaca nanti tak tahan pula isteri, lari malam pula.

Inilah Doanya.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.

Bismillah hirohman Niroh him.

Allah huma innaa Na'uzubika tam mah, warruhi, wad dami, walahmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)

Selamat berjimak. Utk isteri yg sah saja. Dilarang utk digunakan kpd swasta.

ilmu harus dikongsi,
bukan utk disimpan ✌🏽😜


WANG

1. Sembilan dari 10 rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan.

2. Tujuh dari 10 pencarum berusia 54 tahun mempunyai caruman KWSP tidak sampai 50,000.

3. Kadar hutang isi rumah (household debt to GDP) ialah 88.5% (2016).

4. Sebanyak 27.9% kes muflis berpunca dari hutang beli kenderaan, 20.4% disebabkan hutang peribadi.

5. Sebahagian besar kes muflis melibatkan warga bandar besar Selangor dan Wilayah Persekutuan; Melayu kaum terbesar dengan 48.4%.

6. Angka-angka ini menunjukkan kepada satu arah iaitu kita tidak mempunyai pendapatan mencukupi, tidak membuat simpanan dan mudah terperangkap dengan muflis.

7. Saya sarankan kita fokus kepada pengukuhan kewangan peribadi. Selain kerja (jika bekerja), kita harus usahakan pendapatan kedua (buat bisnes sambilan).

8. Kedua, hidup simple dan tanpa ropol. Usah beli barangan berjenama, atau makan di restoran makanan segera yang mahal. Cukup ala kadar. Biarlah orang perlekeh, usah malu bawa bekal di tempat kerja.

9. Ketiga, usah berhutang terutama bagi perkara seperti kenduri kahwin, menukar kenderaan baru, beli handphone, melancong (dan haji / umrah), dan pengubahsuaian rumah / perabot mewah. Ikat perut.

10. Keempat, walau bagaimana perit sekali pun, simpan sekurang-kurangnya 10% gaji bersih setiap bulan.


11. Dan akhir sekali, kelima, usah terpengaruh dengan "kemewahan" hidup sahabat-sahabat Facebook. Orang yang sering memperagakan kemewahan di media sosial ialah mereka yang inginkan pengiktirafan kepada kemewahan yang mereka tidak miliki!

2 KalimahSyahadah


Diceritakan oleh seorang lelaki dari Pakistan..
Hidayah hak Allah... 

"Suatu malam pencuri telah masuk ke rumah saya. Lantas pencuri itu telah mengacukan senjatanya dan berkata" jangan panik, serahkan semua harta yg kamu ada"..Maka saya berkata pada isteri saya: "keluarkan semua barang perhiasan kamu, dan bagi pada lelaki ini (pencuri)" Lantas isteri saya pun menurut perintah saya, dan menyerahkan semua barang kemasnya.

Tiba-tiba, anak saya bersuara.."Ayah, bukankan ayah selalu mengingatkan kami semasa majlis ta'lim..Jika kita baca Ayatul Kursi, maka Allah akan jaga kita semua..Saya telah baca Ayatul Kursi pada malam ini, tapi kenapa pencuri ini ada dalam rumah kita?"

Pencuri yg mendengar kata-kata kecil itu terus menangis. Lantas dia melepaskan semua harta yg dirampasnya. Lantas diambil anak kecil tadi, lalu diciumnya. "Nah! Kamu ambil 1000rupee ini. Allah telah beri pada kamu, nak"

~Subhanallah..!! Kebesaran & keyakinan pd Allah swt akan masuk ke dalam hati anak kita bilamana janji-janji Allah diulang-ulang cerita kepada mereka...InsyaAllah..Amin 

Sumber:
anakkusoleh.com


 AWASI DIRI ITU SUKAR





SELAWAT AZHIMIYAH

Selawat Tafrijiyah


 SURAH AL A'LA

 Tasbih Kifarah

.

Tiada ulasan: