Jumaat, 3 November 2017

6408. Poligami.


Isteri Tolak Poligami Dosa Besar?








Kesilapan suami laksana syariat bukan alasan ketepi hukum berpoligami.

Isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad.

“Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan.

“Tindakan itu juga boleh jadi murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-Nya,” katanya di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya.

Kelmarin, Akram dilaporkan berkata, wanita mempunyai hak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

Bagaimanapun, katanya, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.

Ditanya pandangan beliau yang bertentangan dengan Akram, Nooh berkata, persepsi berlainan mungkin disebabkan suasana dan budaya negara berbeza.

“Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain, saya tidak kata pendapatnya tidak betul, itu persepsi dia.

“Kita kena melihat ‘nyamuk dengan kelambu’... kalau nyamuk yang silap kenapa kelambu dibakar, mungkin kesilapan suami, bukan syarat poligami itu sendiri sebab sudah jelas dalam al-Quran ia tidak boleh ditolak, namun ia tertakluk kepada syarat tertentu.

“Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad ,berkata adalah tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh.

“Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah,” katanya.


"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". (Al Hujurat : 6)




Hukum menghisap kemaluan Isteri yang Ramai Suami Tak Tahu..

Written By canang on Isnin, 18 Januari 2016 | 1/18/2016 09:37:00 PTG




sex oral auat dikenali oleh orang melayu sebagai hisap kemaluan. Terdapat berbagai pandangan ulamak tentang oral seks atau hisap kemaluan,ada yang mengharuskan dan ada yangg mengharamkan berdasarkan beberapa hujah berikut adab bersetubuh mengikut islam. 

Adab bersetubuh mengikut islam

MEMUJUK RAYU isteri SERTA BERCUMBU- CUMBUAN :
Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan dengan isteri mereka sebelum membangkitkan syahwat isteri mereka dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.
– Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.

TIDAK BERBOGEL dan bertelanjang bulat :
Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.

– Hadits daripada Riwayat Tabrani.

DI LARANG MENYETUBUHI DUBUR dan meliwat isteri :
Nabi bersabda.Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.
– Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.

MEMBACA DOA SEBELUM BERSETUBUH :

“Bismillah. Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa”.

Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang Engkau rezqikan kepada kami.
KELEBIHAN MEMBACA DOA DIATAS
Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata :

Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya.

– Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.

HAMPIR KELUAR MANI :
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini :

“Alhamdulillaahil ladzii khalaqa minal maa’i basyara”.

Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.

SAMA SAMA PUAS:
Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).
– Hadits Riwayat Ibnu Addi.
.

Tiada ulasan: