بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Adab dalam Islam.
1. Yakin dunia hanya tempat sementara dan akhirat kekal selama-lamanya.
Allah berfirman dalam Surah [QS. AL 'IMRAN (3):185] yang bererti: "...Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"
2. Menjaga tutur kata sesama manusia, haiwan, alam dan sebagainya sebab semua bertuankan Allah dan Allah yang empunya.
3. Hala tuju kehidupan dan mati hanya untuk Allah dan kerana Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
4. Jauhkan diri dari berbuat fitnah atau menyebar fitnah dan bersubahat dengan fitnah.
Allah S.W.T, berfirman yang bermaksud , "… dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan … ." al-Baqarah (2): 191
5. Allah mendengar doa-doa hamba-hamba Nya yang teraniaya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, melainkan dari orang-orang yang teraniaya....". an-Nisa' ayat 148.
6. Allah melarang hamba Nya membongkar ghibah hamba Nya yang lain.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Janganlah saling mencari-cari ghibah (aib) sesama kamu" surah al-Hujarat ayat 12.
Rasulullah SAW pernah ditanya, "Apa sebenarnya ghibah (aib) itu?". Rasulullah SAW menjawab "Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka". Ditanya lagi "Bagaimana kalau ianya benar". Rasulullah SAW menjawab "Sekiranya apa yang kau katakan itu benar, engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak, engkau telah melakukan fitnah". (Hadis Riwayat Muslim)
7. Bila sedih, bila gembira, bila menangis, bila berharap, bila meminta dan sebagainya laju-laju lakukan untuk Allah dan kerana Allah.
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86)
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan