Selasa, 5 Disember 2017

6475. Yang Dipertua Agung PAS ke-3 Prof Dr Burhanuddin al-Helmy Mohd Noor.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
.غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) (Surah Al-Hujurat ayat 13) 

Kepimpinan Pas sekarang bukan tandingan seperti zaman kepimpinan Yang Dipertua Agung PAS ke-3 Allahyarham Prof Dr Burhanuddin al-Helmy Mohd Noor. Lebih-lebih lagi setelah perginya Allahyarham Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. 

Dr Burhanudin Al-Helmy - Islam teratas dari ideologi politiknya. Tiada pemisahan antara Islam dengan politik. Islam pemandu kepada gaya dan percaturan politiknya. 
Dr.Burhanuddin Al-Helmy
Jepun telah berjanji kepada Sukarno untuk memberikan kemerdekaan sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua. 

Dr. Burhanuddin dan Ibrahim Yaacob juga mahu bersama-sama dengan Sukarno untuk mencapai kemerdekaan. Atas matlamat tersebut, satu rundingan telah diadakan dengan Sukarno dan Hatta di Taiping, Perak pada 12-13 Ogos 1945. 

Ketika itu, Sukoarno dan Hatta sebenarnya baru pulang dari Vietnam menuju ke Indonesia setelah bertemu Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun di Asia Tenggara, Terauuchi.

Atas Inisiatif Dr.Burhanuddin, satu mesyuarat susulan telah diadakan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos 1945 bagi memerancang beberapa langkah yang perlu dibuat untuk menghalang kemasukan semula koloni British. 

Mesyuarat juga memutuskan untuk membentuk kabinet Tanah Melayu yang dicadangkan bernama Negara Demokratik Rakyat Malaya. Mesyuarat juga turut membincangkan bagaimana menghalang anggota MPAJA keluar menganas dari dalam hutan.

Pada 17 Ogos 1945, pemimpin tertinggi KRIS telah mengadakan pertemuan dengan Jeneral Itagaki dan diberitahu bahawa rancangan pembentukan Melayu Raya dan mendapatkan kemerdekaan tidak dapat dilaksanakan kerana kekalahan Jepun yang mendadak. Kegagalan tersebut sedikit pun tidak mematahkan semangat Dr.Burhanuddin.

Slogan yang ditimbulkan oleh beliau setelah kegagalan idea penyatuan dengan Indonesia ialah semangat kemerdekaan untuk Tanah Melayu bagi membela hak keadilan putera melayu. 

Selepas gagal dengan KRIS, beliau telah menubuhkan Parti Kesatuan Melayu Muda (PKMM) dengan matlamat yang sama. Selama menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua PKMM, beliau turut menghadiri Kongress Melayu Semalaya anjuran Dato' Onn Jaafar dan terlibat dalam penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946. 

Beliau kemudiannya menubuhkan Hizbul Muslimin pada 17 Mac 1948 tetapi telah diharamkan oleh pemerintah British kerana dituduh sebagai radikal dan bersubahat dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Satu sumbangan besar Dr.Burhanuddin al-Helmy melalui PUTERA (Pertubuhan Melayu Anti-UMNO) ialah merangka The People Constitution Of Malaya yeng menggariskan kehendak dan suara rakyat Tanah Melayu. 

Walau bagaimanapun, perlembagaan ini telah ditolak oleh British dan UMNO. Sebaliknya British dan UMNO mengadakan rundingan membentuk perlembagaan Tanah Melayu.

Nama sebenar beliau ialah Amir Burhanuddin Bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama Sekolah Melayu. Beliau dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatera Barat pada tahun 1924 hingga 1926. 

Pada tahun 1926, Burhanuddin al-Helmy meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ, beliau menuntut pula di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas IV Thanawi pada tahun 1934.

Beliau kemudiannya mendapat peluang belajar di Universiti Aligarh, India dalam bidang Sastera dan Falsafah sekaligus mempelajari bahasa Inggeris, Perancis, German, dan perubatan homeopati. 

Pelajaran Homeopati yang dipelajari beliau juga berjaya ditamatkan di Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India. 

Semasa belajar di India pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmy mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali jinnah dan Pandit Jawaharlal Nehru. 

Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India beliau telah mengembara ke Palestin dan Turki.

Ahmad Boestamam pernah menjelaskan tentang perjuangan Dr.Burhanuddin dan menganggap beliau seorang yang patriot negara yang banyak berjasa. Beliau turut diberi gelaran "Bapa Kebangsaan Melayu" kerana hingga akhir hayatnya beliau tetap konsisten dengan penubuhan negara bangsa yang dinamakan Melayu. 

Berasaskan kepada keteguhan semangat beliau memperjuangkan politik berlandaskan perjuagan Islam, Dr.Burhanuddin telah terpilih sebagai Presiden Parti Islam Semalaya (PAS) yang ketiga dalam perhimpunan kelima parti tersebut pada tahun 1956.

Selain terlibat dalam bidang politik, beliau turut menghasilkan beberapa karya penulisan yang bertujuan untuk membuka mata masyarakat terutama orang melayu mengenai maksud sebenar perjuangan dan perkaitannya dengan Islam. Antara karya penulisannya ialah:

Perjuangan Kita (1946)
Falsafah Kebangsaan Melayu (1947)
Agama & Politik (1954)
Ideologi Politik Islam (1957)
Perginya Dr.Burhanuddin pada 25 Oktober 1969 bererti politik negara kehilangan seorang bunga bangsa yang terkenal dengan keteguhan prinsip perjuangan yang tetap beliau pertahankan hingga akhir hayat.

Sumber:
http://penatokoh.blogspot.my/2014/02/dr-burhanudin-al-helmy.html


Sejarah: Dr Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia

HARAKAHDAILY | .

PROF DR BURHANUDDIN AL-HELMY MENINGGAL DUNIA. 
29 Ogos 1911 - 25 Oktober 1969.

PADA hari ini dalam tahun 1969, Yang Dipertua Agung PAS, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy Mohd Noor telah meninggal dunia setelah lebih empat tahun menderita sakit dan berulang-alik ke hospital akibat deraan yang dialami ketika ditahan ISA sejak awal 1965.

Menurut Dr Burhanuddin al-Helmy sendiri lewat surat-surat peribadinya, beliau telah menerima tekanan, seksaan dan deraan fizikal dan mental sepanjang tahanan tersebut yang menyebabkan beliau menderita sepanjang hayat.

Beliau dituduh tanpa bukti bahawa terlibat dalam satu rancangan menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan di Karachi yang menyebabkan beliau ditahan ISA pada awal 1965, walaupun beliau berulang-ulang kali menafikannya.

Prof Dr Burhanuddin al-Helmy dilahirkan di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911 dengan campuran Minang-Arab. Bapanya seorang ulamak lulusan Mekah yang berasal dari Tanah Datar, Sumatera Barat.

Beliau mendapat pendidikan tinggi di India, Singapura, England, Pakistan, Bangladesh dan Kanada dalam bidang falsafah Islam dan perubatan homeopathy sehingga diberikan gelaran profesor oleh California Homeopathic Medical College bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam memgembangkan ilmu homeopathy di Tanah Melayu.

Beliau adalah doktor homeopathy berbangsa Melayu yang pertama dan telah membuka kolej homeopathy di Singapura, Kuala Lumpur dan Gunung Semanggol selepas 1952, selain menjadi Yang Dipertua-Pengasas Persatuan Homeopathy Malaya (PHM). Nama beliau mulai terkenal kerana menulis sebuah buku, "Asuhan Kesihatan" ketika berusia 18 tahun pada 1929.

Dalam dunia politik, beliau mula terlibat dengan politik kiri bersama Sarekat Islam ketika belajar di Indonesia pada 1924, kemudian mengikuti gerakan Liga Muslim ketika berada di Aligarh Muslim University, India pada 1929-1930.

Beliau juga pernah ditahan oleh British di Palestin pada 1936 kerana terlibat dalam bantahan isu Perjanjian Belfour, sebelum aktif sebagai Setiausaha Jam'iyatul Dakwah Singapura yang dipimpin oleh Sheikh Abbas Taha.

Pada 1937, beliau terlibat dalam debat isu jilatan anjing di Kelantan sehingga beliau mula dikenali sebagai tokoh kaum muda.

Pada 1938, beliau terlibat dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM), tetapi dipenjara oleh British di Singapura kerana tulisannya, "Taman Bahagia."

Ketika menyiapkan tesis PhD-nya di Fakulti Psikologi, Aligarh Muslim University (1942-1943), beliau mula mendalami ilmu tasawuf sehingga terkenal beliau sebagai tokoh tasawuf di negara ini.

Ketika Perang Dunia Kedua sedang tercetus, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Adat Istiadat Melayu di Gunseikanbu, Markaz Tentera Jepun Singapura pada 1943, sebelum berpindah ke Markaz Besar Tentera Jepun di Taiping pada 1944.

Selain menyusun Persidang Majlis Agama Malai-Sumatera di Kuala Kangsar, beliau juga telah menggubal draf perlembagaan Tanah Melayu merdeka "Piagam Taiping," pada 1945, tetapi kemerdekaan gagal diisytiharkan.

Menerusi Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS) beliau memimpin pergerakan politik bersama Ibrahim Haji Yaakob pada akhir zaman Jepun dan kemudiannya memimpin Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), mengetuai Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan mempengerusikan kerjasama PUTERA-AMCJA antara 1946-1948.

Pada 1950, beliau memimpin Jawatankuasa Bertindak Isu Natrah yang menyebabkan beliau ditahan selama 18 bulan di Singapura, sebelum beliau terlibat mengasaskan Parti Rakyat Malaya (PRM) pada 1955.

Penglibatan beliau dalam gerakan politik Islam di Indonesia dan India sebelum ini, telah mendorong beliau mengatur penubuhan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 sebelum ia menubuhkan Hizbul Muslimin pada 1948.

Ketika PAS ditubuhkan, Dr Burhanuddin al-Helmy berada dalam tahanan British. Selepas dibebaskan pada 1952, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik, tetapi menerima perlantikan sebagai Ahli Kehormat PAS Johor Bahru pada 1954, sebelum menjadi ahli PAS secara rasmi pada 14 Disember 1956.

Pada 25 Disember 1956, beliau diangkat sebagai Yang Dipertua Agung PAS ketiga menggantikan Dr Haji Abbas Alias. Ahli Parlimen Besut (1959-1964) ini memimpin PAS sehingga beliau ditahan ISA pada 28 Januari 1965.

Tokoh yang dikenal sebagai "Putera Setia Melayu Raya" ini kemudiannya hanya menjadi pemimpin de jure PAS kerana sekatan politik yang dikenakan ke atasnya sejak 14 Mac 1966 sehingga 22 September 1969.

Pembebasan ini ada sebahagian dari strategi Perikatan untuk mendekati PAS selepas Tragedi 13 Mei 1969.

Tetapi, sebulan kemudian, iaitu pada 25 Oktober 1969, Prof Dr Burhanuddin al-Helmy telah meninggal dunia dan Dato' Mohd Asri Haji Muda memangku jawatan beliau sehingga krisis politik berakhir pada 1971.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
25 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber:
http://m.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42966-sejarah-dr-burhanuddin-al-helmy-meninggal-dunia


Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi

(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.)

Datuk Seri Dr. Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor (lahir 1911, Kota Bharu - meninggal 25 Oktober 1969, Taiping, Malaysia)[2]merupakan bekas Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS

Awal kehidupan. 

Datuk Seri Dr.Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji Mohamad Nor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman.[3]Ayahnya berasal dari Batusangkar, Tanah DatarSumatera Barat yang merantau ke Tanah Melayu pada tahun 1908, sedangkan ibunya berasal dari Malaka. Burhanuddin dilahirkan di Kota BharuGopengPerak pada tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh di India.[4][5] Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Aljunied, Singapura.

Aktiviti selepas perang. 

Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.[5][6]

Presiden PAS. 

Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin pada tahun 1956,[5] hingga kematiannya pada tahun 1969.[7] Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.[8] Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam".[9] Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.[5][10] 

Meninggal Dunia. 

Datuk Seri Dr.Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

1911 
  • Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.


  • Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908
  • Sharifah Zaharah berasal dari Melaka

1926 
  • Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera
  • Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah


  • Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin. 
  • Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'

1927 
  • Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang. 

1934 
  • Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera. 

1942 - 1945 
  • Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika pendudukan Jepun. 

1950
  • Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura. 

1956 
  • Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Kemudian, dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias

1959 
  • Menang Kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1959. 

1964 - 1966 
  • Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kononnya menjadi ejen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia. 
  • Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda. 
  • Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad. 

25 Oktober 1969
  • Meninggal dunia akibat penyakit lelah.

Sumber: 
https://ms.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_bin_Muhammad_Nur_al-Hilmi

Burhanuddin Helmi (1911-1969)

Latar Belakang. 

· Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak. Tarikh beliau meninggal dunia pula ialah 25 Oktober 1969 di Taiping, Perak. 

· Burhanuddin Al-Helmi mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926. 

· Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmi meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada tahun 1934. 

· Burhanuddin Al-Helmi telah mendapat biasiswa seorang hartawan India muslim dari Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Aligarh. Di universiti tersebut Burhanuddin Al-Helmy mengambil bidang sastera dan falsafah. 

· Beliau dianugerahkan PhD daripada Universiti Aligarh, India. 

· Sekembalinya dari pelajarannya di India dan pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmi kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned Singapura. 

· Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmi belajar ilmu perubatan homeopati daripada Dr. Rajah dan beliau telah berjaya mendapat ijazah daripada Ismailiyah Medical College, Hyderabad, India. 

· Dengan kelayakan ini, Burhanuddin Al-Helmi telah membuka sebuah klinik di Johor Bahru dan sebuah lagi klinik di Jalan Picitan, Singapura. 

· Seorang Aktivis Dakwah dan Politik 

· Pembabitan awal Burhanuddin Al-Helmi: 

· Penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura 

· Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura 

· Ahli Persatuan Jamaâatul Islamiah 

· Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939 

· Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun · Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945 

· Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945 

· Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947 

· Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947 

· Ahli pengasas PEPERMAS, 1947 

· Ahli pengasas MATA, 1947 

· Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948 

· Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955 

· Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955 

· Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955 Pengaruh Awal Pemikiran. 

· Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat (1924-1926), Burhanuddin Al-Helmi berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat islam Indonesia. Di samping itu guru-guru yang mengajar dan mendidik beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum Muda. 

· Semasa di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Kepala Batas, Burhanuddin Al-Helmi juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda. Aliran inilah yang telah menyalakan semangat anti-penjajah dan prokemerdekaan dalam diri beliau. 

· Semasa belajar di India pula pada tahun 1928, Burhanuddin Al-Helmi mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan India yang lain. 

· Selepas tamat pelajarannya di Universiti Aligarh, India Burhanuddin Al- Helmi telah mengembara ke Palestin dan Turki. Beliau mengikuti perkembangan umat Islam di sana. 

· Ketika di Singapura, Burhanuddin Al-Helmi telah bergiat cergas dalam pergerakan-pergerakan Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British yang akibatnya dia ditahan oleh pihak British di sana. 

· Selepas itu, Burhanuddin Al-Helmi terus bergiat pula dengan persatuan Jamaâatul Islamiah dan menjadi penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat. Ditahan dan Merengkok dalam Penjara 

· Selepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin Al-Helmi mengembara ke Palestin dan Turki. Semasa di Turki belaiu ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana. 

· Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmi telah menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan. 

· Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin sebanyak $1,000. 

· Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmi telah ditahan oleh British akibat Peristiwa Natrah. Dia dituduh terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di Belanda. 

· Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura ekoran peristiwa tersebut, iaitu dari dari tahun 1950 hingga 1952. 

· Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu hanya sebagai alasan bagi pihak British menahan Burhanuddin Al-Helmi. 

· Sebenarnya Burhanuddin Al-Helmi ditahan oleh British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau menyeru secara terbuka orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan. 

· Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh pihak British. British tidak boleh menahan Burhanuddin Al-Helmi yang bergiat masa itu di Singapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang. Darurat yang hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu. 

· Burhanuddin Al-Helmi menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA pada bulan Januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia. 

· Burhanuddin bin Al-Helmi jatuh uzur semasa dalam tahanan. Pada bulan Mac 1966, beliau dibebaskan bersyarat dan dikenakan sekatan kawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22 September 1969. Tokoh Perjuang Kemerdekaan 

· Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah antara tokoh ulung perjuangan kemerdekaan. Beliau bergiat cergas dalam KMM dengan tujuan menentang penjajahan British. Semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin Al-Helmi dan beberapa orang rakannya mengambil strategi licik. 

· Ini diungkapnya sebagai: 

â. Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa dalam istana Firaun. 

â. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar mengambil bahagian di hutan, di rimba, jadi anti-fascist, ada yang menjalankan gerakan rayap. 

â. semut api 

â. harimau dan sebagainya

· Dengan sokongan pihak Jepun, beliau bersama-sama Ibrahim Yaacob memimpin KRIS membuat persetujuan dengan Seokarno dan Mohd Hatta di Taiping untuk mengisytiharkan kemerdekaan serentak di Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945. 

· Tetapi Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945. 

· Seokarno meneruskan rancangannya mengisytiharkan Indonesia merdeka dari Belanda pada 17 Ogos 1945. 

· Dr. Burhanuddin Al-Helmi tidak dapat berbuat demikian memandangkan perkembangan yang amat berbeza di Tanah Melayu ketika itu. 

· Selepas Jepun berundur, PKMM ditubuhkan sebagai satu kesinambungan daripada KMM. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjadi Ketua Umum PKMM yang pertama. 

· Semasa diadakan kongres PKMM ke-2 di Melaka pada Disember 1946, Dr. Burhanuddin Al-Helmi telah disambut hebat oleh pelbagai lapisan kaum di sana. 

Dalam ucapan tersebutlah Burhanuddin Al-Helmi melafazkan pantun pusakanya yang terkenal: 

Di atas robohan Kota Melaka; 
Kita Dirikan Jiwa Merdeka; 
Bersatu padulah segenap baka; 
Membela hak keadilan pusaka. 

· Pembabitan Burhanuddin Al-Helmi dalam PUTERA, PEPERMAS, MATA dan Hizbul Muslimin sepanjang tahun 1947-1948 adalah juga dengan tumpuan menyemarakkan perjuang mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. 

· Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin Al-Helmi sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih dua belas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka. 

Pembabitannya melancarkan Parti Rakyat Malaya sebaik sahaja Ahmad Boestamam dibebaskan dari penjara pada tahun 1955 juga adalah dalam konteks menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. 

· Pada masa itu politik kiri adalah bermaksud anti-British. 

Mereka yang mengambil sikap no-cooperation terhadap penjajah British di anggap sebagai âkiriâ

Sedangkan mereka yang bersikap cooperation seperti UMNO, dianggap âkananâ

Menyertai dan Memimpin PAS. 

· Ketika PAS ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, Dr. Burhanuddin Al- Helmi masih dalam tahanan penjara di Singapura. 

· Apabila Yang Dipertua Agung Pas yang pertama, Ustaz Ahmad Fuad melepaskan jawatannya pada tahun 1953 tugas memimpin PAS diambilalih oleh Dr. Hj Abbas Alias

· PAS di bawah kepimpinan Dr. Abbas tidak begitu lama, iaitu hanya selama 3 tahun 2 bulan sahaja. Ini adalah disebabkan Dr. Abbas tidak dapat bergerak aktif kerana masih terikat dengan jawatannya di dalam perkhidmatan kerajaan, iaitu sebagai seorang pegawai perubatan. 

· Angkatan muda dalam PAS pada masa itu yang antaranya terdiri daripada Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Hasan Adli, Ustaz Abdul Wahab Noor dan Mohd Asri Muda telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi berhubung dengan jawatan utama PAS. 

· Mereka bersepakat bahawa tidak ada orang yang lebih tepat memimpin PAS pada masa itu selain daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmi. 

· Ketika itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmi hanya bergiat cergas mempromosi Parti Rakyat Malaya di seluruh Tanah Melayu. Ini bermakna, Dr. Burhanuddin Al-Helmi tidak ada sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik. 

· Pada bulan Disember 1956 satu perwakilan yang terdiri daripada Ustaz Abdul Wahab Noor dan Ustaz Baharuddin Latiff telah diutus bertemu Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Beliau bersetuju untuk menyertai PAS. 

· Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa tugas ini dilaksanakan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Said Abdul Hadi yang diamanahkan oleh Ustaz Hasan Adli untuk mendapatkan persetujaun bertulis daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan meminta beliau mengisi borang PAS. 

· Walau bagaimanapun, sebelum itu pun memang sudah terdapat persetujuan tidak rasmi di kalangan mereka bertiga agar Ahmad Boestamam menerajui Parti Rakyat Malaya, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) menerajui Parti Buruh dan Burhanuddin bin Al-Helmi menerajui PAS. 

Jadi pelawaan daripada pemimpin-pemimpin PAS kepada Burhanuddin Al-Helmi adalah tepat pada masanya. 

Demokrasi dalam PAS. 

· Setahun sebelum Dr. Burhanuddin Al-Helmi menyertai PAS, beberapa orang pemuda juga telah pergi ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Prof Zulkifli Muhammad. Tujuan mereka adalah untuk mempelawanya menyertai PAS. 

· Prof Zulkifli Muhammad menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1955. 

· Dalam Muktamar PAS ke-5 pada 25 Disember 1956, terdapat dua pencalonan bagi jawatan Yang Dipertu Agung, iaitu Dr. Burhanuddin Al- Helmi dan Prof. Zulkifli Muhammad. 

· Daripada kawasan-kawasan Prof Zulkifli Muhammad mendapat pencalonan yang lebih banyak daripada Dr. Burhanuddin Al-Helmi. 

· Keadaan ini adalah disebabkan terdapat ahli-ahli PAS pada masa itu yang bimbang dengan latar belakang politik Dr. Burhanuddin Al-Helmi sebelum menyertai PAS. 

· Sebahagian ahli PAS lebih selesa jika PAS dipimpin oleh Prof Zulkifli Muhammad memandangkan beliau seorang tokoh muda yang sangat karismatik dan pernah belajar agama di Mesir. 

· Dalam pemilihan jawatan tertinggi PAS dalam Muktamar ke-5 itu, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah berjaya menewaskan pencabarnya, iaitu Prof Zulkifli Muhammad. 

· Pertandingan bagi jawatan tertinggi parti di antara kedua tokoh besar ini menunjukkan kematangan ahli-ahli serta amalan dan suasana demokrasi dalam PAS sejak awal-awal penubuhannya. 

· Muktamar seterusnya memilih Prof Zulkifli Muhammad menjadi Timbalan Yang Dipertua Agung PAS. Gabungan mereka berdua inilah yang terus memantapkan PAS. 

Selepas diberikan amanah memimpin PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmi menunjukkan betapa gigihnya beliau melaksanakan tugas tersebut. 

· Pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam PAS adalah yang paling lama jika dibandingkan dengan tempoh beliau berada dalam mana-mana parti terdahulu yang disertanya. 

Malah hayatnya ditutup dalam PAS. Bahkan pada zamannya juga PAS berkembang dengan luasnya. 

· Tugas memimpin PAS dilaksanakan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi walaupun sebahagian dari tempoh ini dilaluinya semasa menjalani penahanan dan sekatan tanpa bicara di bawah ISA. 

Seorang Demokrat Berperlembagaan. 

· Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmi telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1959. 

Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen Besut, Terengganu. 

· Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu adalah Kelantan. 

· Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan pimpinan PAS telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri ke satu negeri. 

· Di Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS menang 13 daripada 24 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu. 

· Manakala di peringkat Parlimen pula, calon-calon PAS menang empat kerusi, iaitu Ustaz Hasan Adli di Kuala Terengganu Utara, Khadijah Sidek di Dungun, Harun Pilus di Terengganu Tengah dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Besut. 

· Dengan kemenangan ini, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al- Helmy menggunakan kempen 

â. Kalau di Terengganu PAS boleh menang, kenapa Kelantan tidak? 

· Ternyata taktik ini berkesan sekali sehingga PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan. 

· PAS juga memenangi sembilan daripada sepuluh kerusi Parlimen di Kelantan. 

· Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmi juga telah mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia. Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap negeri di bawahnya. 

· Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka 

â. mahu tidak mahu Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia. 

â. Dr. Burhanuddin Al-Helmi mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri terlebih dahulu. 

· Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan pembentukan Malaysia. 

· Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmi serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat, khasnya di kalangan kaum Melayu. 

· Kejayaan PAS dalam pilihanraya 1959 juga membuktikan PAS adalah sebuah parti politik dan gerakan Islam yang bersedia memanfaatkan saluran sistem demokrasi yang bersesuaian dengan Islam bagi tujuan memajukan Islam, rakyat dan negara. 

· Di atas kejayaan ini, kerajaan Perikatan menggunakan taktik kotor untuk menghalang kemaraan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi. 

Satu langkah licik telah digunakan untuk menghalang Dr. Burhanuddin Al-Helmi daripada mempertahankan kerusi Parlimen Besut. 

· Dalam pilihanraya 1964, Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan Dr. Burhanuddin Al-Helmi tidak layak bertanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan. 

Sumbangan kepada Gerakan Islam. 

· Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahului zamannya. 

· Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam. 

· Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonialisme. Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untuk memerdekan rakyat Tanah Melayu. 

â. bahkan seluruh bumi Asia. 

â. daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari Barat mahupun dari Timur. 

· Beliau realistik kerana beliau sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak. 

â. parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam. 

â. yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan. 

· Dari satu sudut Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang ahli politik yang bersikap praktikal dan realistik kalaupun tidak pragmatik. 

· Pendekatannya terbuka. Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama - iaitu kemerdekaan. 

â. telah berjaya menempatkan PAS dalam kanca arus perdana politik negara pada masa itu. 

· PAS dilihat ada kelainan tetapi tokoh PAS ini tidak lain dan asing bagi mereka yang sama-sama mahu mengejar cita-cita kemerdekaan. 

· Pakatan politik yang diwujudkan olehnya dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan berasaskan Islam telah melonjakkan PAS sebagai sebuah parti yang berjuang di atas satu ideologi yang jauh lebih jelas daripada UMNO. 

· Kelainan inilah yang sebut oleh pimpinan PAS hari ini sebagai aqidah perjuangan. Dalam bahasa Dr. Burhanuddin Al-Helmi, ia disebut sebagai ideologi perjuangan. 

· Ini kerana pada masa pemimpin-pemimpin UMNO terperangakap dengan persoalan politik perkauman dan perjuangan kebangsaan yang sempit, PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi berjaya meyakinkan rakyat bahawa akar umbi masalah rakyat Tanah Melayu adalah warisan penjajahan yang berupa penindasan ekonomi dan politik serta sistem kapitalis global yang menindas dan memperhambakan pribumi tanah jajahan. 

· Dr. Burhanuddin Al-Helmi juga mendedahkan kepincangan masyarakat apabila sejumlah elit politik pribumi bersekongkol melindungi dan mempertahankan penindasan sistem penjajah ini. Karya dan Penulisan. 

· Dr. Burhanuddin Al-Helmi telah menghasilkan buku yang bercorak politik antaranya: 

· Perjuangan Kita, 1946 

· Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947 

· Agama dan Politik, 1954, 

· Ideologi Politik Islam, 1957 Namanya Diabadikan 

· Dr. Burhanuddin Al-Helmi meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada serangan lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al- Helmi telah jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA. Ketika beliau dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966, penyakitnya masih belum sembuh. 

· Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Selangor. 

· Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada Iâ Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15 November 1959 di atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati. 

Sejauh manakah sumbangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi membawa implikasi terhadap politik di Malaysia pada masa kini? 

Secara umumnya, sumbangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dari segi bentuk buku dan cara kepimpinannya telah memberi inspirasi, panduan dan pemikiran baru kepada ahli politik Malaysia pada masa kini. 

Beliau telah menghasilkan buku yang bercorak politik. Antaranya ialah: 

â. Perjuangan Kitaâ, 

â. Falsafah Kebangsaan Melayu.

â. Agama dan Politik

dan 

â. Ideologi Politik Islam. 

Buku-bukunya telah memberi pandangan dan gambaran baru tentang politik kepada ahli politik Malaysia. 

Selain itu, cara kepimpinannya yang mempraktikkkan teori kepimpinan laissez faire telah membolehkannya untuk memimpin parti politik PAS dengan cemerlang sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS ketiga. 

Dengan ini, ahli-ahli politik Malaysia telah mengambil iktihar dan mempelajari daripada beliau untuk memimpin parti politik dengan berjayanya. 

Misalnya, Abu Bakar telah mengaplikasikan konsep kepimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan dia berjaya menguasai parti poltik PAS di Kelantan, Malaysia selama 20 tahun. 

Walau bagaimanapun, bukan semua ahli politik dapat berpeluang menerima implikasi sumbangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi. 

Hal ini demikian, sejarah sumbangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi sudah lama dan sesetengah orang sudah melupai. 

Lebih-lebih lagi, teknik-teknik pemimpinan yang lebih baik daripada Al-Helmi tertimbul dan diapliasikan oleh ahli-ahli politik pada masa kini. 

Akhir kata, sumbangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi masih dapat membawa implikasi positif yang ketara terhadap politik di Malaysia pada masa kini walaupun sumbangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi yang diberikan sudah lama. 

Sumber: 
https://vdocuments.site/documents/burhanuddin-helmi-1911-1969.html


Akal Budi Melayu.

Kapal layar dibawa arus.
Terus belayar ikut pedoman.
Pantun Melayu hidup terus.
Tidak kalah dilambung zaman.

Rumput tinggi di tepi hutan.
Bintang timur tinggi melambung.
Minta rezeki sebesar lautan.
Minta umur setinggi gunung.

Perahu payang layarnya merah.
Belayar menuju arah utara.
Keris dipegang bersintukkan darah.
Adat pahlawan membela negara.  

Orang Aceh pulang ke kubu.
Loceng berbunyi pukul lapan.
Samalah kasih sama setuju.
Bagailah paku lekat di papan.  

Pukul tujuh pukul lapan.
Pukul tabuh keliling kota.
Apabila bertiup angin selatan.
Angkat sauh belayarlah kita. 

Kalau berperahu ke Kuala Dipang.
Singgah di Jambi membeli bunga.
Kalau sudah tahu dagang menumpang.
Ikutlah rasmi ayam betina.

Ikan kedera dimasak pindang.
Tidak buang sisik cabut insang.
Susah dagang bukan sebarang.
Letih lesu menghempaskan tulang. 

Wangkang berlabuh di Tanjung Batu.
Pecah karang terlanggar batu.
Dagang sana sini tidak tentu.
Macam barang jual tidak laku. 

Subur padi di sawah seberang.
Padi bukit sambang selalu.
Kalau budi dikenang orang.
Mengapa dagang terbuang lalu.

Anak enggang terbang berlima.
Ingat-ingatlah tanda merah.
Anak dagang saya terima.
Ini pula sedaging sedarah 

Alangkah sedapnya ikan panggang.
Berulam pauh sambal cuka.
Beginilah hidup si anak dagang.
Orang jauh jadi saudara. 

Kajang tuan kajang berlipat.
Kajang saya mengkuang layu.
Dagang tuan dagang bertempat.
Dagang saya terbuang lalu.

Pergi ke pulau memetik mengkudu.
Hendak dikirim ke Surabaya.
Adat perantau memang begitu.
Sampai musim pulanglah dia. 

Jangan ditimba biduk Padang.
Makin ditimba penuh jua.
Jangan dicinta anak dagang.
Jika dicinta jauh jua. 

Kapal dagang kapal Bugis.
Kapal hendak ke negeri Cina.
Dulu tidak cukup sekarang tidak habis.
Adik ini hendak dibuang ke mana. 

Kalau pulang puyuh di ladang.
Bersahut-sahut sambil berbunyi.
Kalau pulang orang dagang.
Jangan lupa saya di sini. 

Encik Kadir anak Melayu.
Pandai memikat balam tembaga.
Syahbandar hendak memutuskan payu.
Kapal hendak masuk berniaga. 

Seri Mersing lagu Melayu.
Dikarang oleh biduan dahulu.
Hatiku runsing bertambah pilu.
Mengenang nasib dagang piatu. 

Dua belas gunung bertani.
Tanam nanas di dalam kebun.
Tuan tidak belaskah dagang kami
Siang berpanas malam berembun. 

Akar medang kusangka sanggang.
Susun daun si mali-mali.
Sudah nasib badanmu dagang.
Dunia tidak boleh pulang dua kali. 

*

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim.


Ayahanda takut pada hukuman Allah subhanahu wa ta'ala. Oleh itu ayahanda sampaikan ajaran al-Quran dalam Surah Luqman: ayat 14 - 19. 

14. Nabi Luqman as berkata kepada anakandanya, "Wahai anakanda, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah suatu kezaliman besar pada dirimu," 

dan 

15. Firman Allah "Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayahanda dan bonda mereka. Bonda kamu mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan bonda kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali." 

16. Nabi Luqman as berkata, "Wahai anakanda, apabila ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui. 

17. "Wahai anakanda, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Semuanya itu adalah perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah." 

18. "Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan angkuh." 

Dan 

19. "Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai."

Sumber: 
http://www.semanggol.com.my/v1/pesan-ayah/293-akal-budi-melayu.html

MILITARY OF MALAYSIA. 
MILITARY ANALYSIS & NEWS. 

KOMUNIS VS ANAK MELAYU ISLAM. 

1. Tidak kira siapa mereka, berambut gondrong atau berserban, apabila sudah mengangkat senjata menentang kerajaan Islam yang sah dan membunuh orang Islam yang lain, mereka ini tidak lebih dari banjingan dan pengacau. 

2. Anda (Komunis) mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas untuk membebaskan negara ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan. Bagaimana dengan ribuan tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lain yang putus kakinya, patah lehernya, pecah dadahnya dan yang mati di atas taktik kamu yang pengecut dengan menanam ranjau pada laluan mereka. 

3. Hari ini, kamu mahu kami mengiktiraf kamu, bagaimana pula dengan bapa saudara saya yang kamu belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah di bandar Segamat pada tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis dan kakitangan kerajaan. 

4. Bagaimana dengan ribuan Melayu seperti aruah nenek saya, yang kamu taruh najis dan digaulkan bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai Komunis Melayu ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu menganiaya guru-guru agama kami dan anak-anak muda kami yang enggan mengikuti perjuangan kamu. 

5. Bagaimana ribuan nasib anak bangsa yang tidak pernah minta diiktiraf dari zaman Datuk Bahaman, Mat Kilau sehingga ke penubuhan Rejimen Askar Melayu Pertama dan pahlawan kami seperti Leftenan Adnan yang mati tanpa lelah berjuang untuk negara ini. 

6. Mereka di atas turut menentang penjajah, sultan-sultan kami juga menentang penjajah. Bagaimana nasib askar-askar kami yang menentang kamu apabila negara ini sudah mencapai kemerdekaan sedangkan kamu terus-terusan masih mengangkat senjata dan membakar hingga rentung daging anggota polis kami di Bukit Kepong pada 23 Feb 1950. 

7. Kamu kata kamu berjuang untuk nusa, agama dan negara. Jika demikian bagaimana dengan ulamak kami, seperti Kiai Salleh, seorang guru mengaji yang mengangkat senjata menentang kekejaman soldadu kamu di Bandar Muar, Johor pada 1945. 

8. Kamu pasti ingat bagaimana ulamak dan wali-wali Melayu ketika itu mengirimkan parang terbang untuk memutuskan urat nadi komunis kamu bukan?, Mengapa ya ketika itu ulamak dan wali-wali serta ribuan pendekar Melayu mengangkat selendang merah dan mengasah keris pusaka mereka untuk menentang kamu. Adakah mereka ini tali barut British? 

9. Kamu tahu kamu siapa? Buku merah komunis yang kamu gunakan dan diletakkan tinggi tarafnya dengan Bible serta Al Quran. Siapa yang mengarangnya, jika bukan Karl Marx, rakyat Jerman yang berketurunan Yahudi dan merupakan sebahagian dari agenda Dajal Al Masehi yang turut melaksanakan gerakan revolusi ke atas keluarga di raja Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat supaya mudah tangan-tangan halus ini menguasai dunia melalui perancangan yang sudah bermula ribuan tahun lepas. 

10. Kamu pejuang kemerdekaan? Bagaimana kamu kata kamu pejuang kemerdekaan, sedangkan selepas 1957 kamu masih menyembelih dan mencungkil serta mencacatkan jenazah-jenazah askar Melayu yang beragama Islam sepanjang mereka berjuang menentang kamu di antara tahun 60, 70an dan 80an. 

11. (UNTUK ORANG MELAYU BUKAN KOMUNIS) — Kamu pun satu bodoh…di mana kamu berada ketika negara ini diperjuangkan oleh orang Umno sehingga terpacaknya sebuah kerajaan Melayu Islam di rantau ini. 

12. Kamu kata ini perjuangan kemerdekaan negara ini merupakan dakyah Umno, jadi kamu yang tolol dan buta sejarah ini sanggup menerima jika satu hari ada orang kata yang KAMU ORANG MELAYU BUKAN BERASAL DARI TANAH INI. 

13. dan bahawasanya negara ini bukan dimerdekakan oleh pemimpin Melayu Islam dalam parti Umno tetapi KAUM LAIN yang tidak meletakkan diri mereka setaraf seperti kamu. 

14. Hairan dengan kaliannnn…kamu membenci parti yang mewakili kaum kamu dan agama kamu sendiri, hari ini kamu menyokong partai pengganas yang berpaksikan kepada komunis, digerakkan oleh seorang lelaki bukan Melayu dan di dalam kitab komunisnya menolak semua kepercayaan beragama. Kamu patut ke neraka kerana fahaman inilah yang menerapkan ideologi bahawa “AGAMA ITU ADALAH CANDU MASYARAKAT” dalam erti kata lain, agama itu melalaikan. 

15. Hari ini kamu kata sejarah yang ditulis menipu kamu???? Kamu sudah membaca sejarah Singapura? Apa perasaan kamu di mana buku-buku teks sejarah di Singapura menyatakan bahawa pulau itu ditemui oleh Stamford Raffles, TANPA MENYEBUT SEDIKIT PUN MENGENAI SANG NILA UTAMA dan kerajaan Melayu yang sudah sedia ada di situ. 

16. Buku sejarah Singapura menipu kamu, orang Melayu Singapura disebabkan kepentingan-kepentingan kaum satu lagi yang kini menjadi semakin dominan apabila Kamu, duhai anak Melayu yang tolol berpecah. 

17. Sejarah negara ini tidak pernah menipu kamu kerana kalendar dan memo negara ini ditulis oleh orang Melayu sendiri. Gampang kamu ini kerana tidak mahu membaca sejarah kamu sendiri yang ditulis dengan tinta airmata dan darah, kamu tahu peristiwa Kalabakan??? Kamu tahu Kiai Salleh? Kamu tahu peristiwa Natrah? Kamu tahu 13 Mei, Kamu tahu Konfrantasi? Kamu tahu peristiwa Bukit Payung? Kamu tahu tragedi Batu Pahat Okt 1980, Mana letaknya maruah kamu wahai Melayu. 

18. (UNTUK SEGELINTIR PEJUANG MELAYU ISLAM) — Biarkan mereka ini. Hari ini kuasa kita mengecil tetapi apa yang berlaku merupakan aturan Allah Taala. Nampak gayanya pada saat kita berpecah, semakin banyak fahaman asing yang masuk dan meracuni pemikiran yang dikatakan “Open Mind” anak-anak muda kita yang masih merangkak di universiti. 

19. Mereka ini memang tolol, secara tidak langsung. Menyokong kembalinya seorang komunis seperti Chin Peng. Sebenarnya, agenda sebenar kaum satu lagi ini ialah untuk mengangkat lagenda Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan. 

20. Cuba kalian bayangkan impaknya 20-30 tahun lagi, sejarah akan tertulis semula bahawa Chin Peng pejuang dan kaum satu lagi ini sudah membuktikan sumbangan mereka kepada kemerdekaan dan dengan mudahnya, sejarah dirombak meminggirkan lagi orang Melayu. 

21. Kalian harap bersabar, ini bukan saat kita meraung, rapatkan saf dan susun juzuk perjuangan, kita mungkin pernah melakukan kesilapan tetapi segala yang berlaku adalah urusan Allah Taala. 

22. Kepada pejuang Melayu Islam, bangkit saudara…ini bukan masa untuk berdiam. Jangan malu memakai songkok. 

BERIKUT MERUPAKAN ISI KANDUNGAN EMEL YANG DITERIMA SAYA DARI ANAK WATAN NEGARA INI, 

assalamualaikum saudara shahpaskal. 

sya adalah antara pengikut laman blog saudara. tahniah diucapkan buat saudara diatas kesungguhan dan keberanian saudara dlm menyampaikan maklumat didlm laman blog tersebut. bnyak info menarik yg telah sya ketahui setelah mengikuti laman blog ini. bleh dikatakan kebanyakan dpd maklumat tersebut tidak pernah didedahkan dlm mana2 akhbar malah majalah dlm malaysia. ini telah menjadikan sya begitu addicted dngn laman blog saudara. terima kasih. 

smlm sya telah dikejutkan dgn kewujudan laman blog ‘REVOLUSI 48′ melaui facebook sahabat sya. setelah menonton ’10 tahun sebelum merdeka’ sya menjadi tertanya-tanya dgn mesej yg ingin disampaikan oleh pengarah muda ‘fahmi reza’. maklumat yg disampaikan dlm filem pendek itu agak bercanggah dgn apa yg telah sya pelajari sejak sekolah lagi. adakah ia salah satu dpd propaganda pihak tertentu untuk menghuru-harakan negara kita?? ataupun ia adalah satu pendedahan berani oleh golongan muda?? adakah mereka sedang meracuni pemikiran golongan muda kita supaya bangkit menentang kerajaan setelah mereka (komunis) gagal dlm cubaan mereka sebelum ini?? adakah selama ini sejarah yg kita pelajari telah dipesongkan oleh kerajaan demi mencapai cita-cita mereka?? 

adalah diharapkan saudara dpt mengupas isu ini dlm posting saudara nanti agar kita mengetahui kebenarannya. sekiranya ia ternayata satu propaganda musuh dlm selimut, adalah diharapkan pihak2 yg beranggungjawab segera mengambil tindakan agar tidak berlaku kekacauan kelak. 

NOTA PENULIS : INI MERUPAKAN PERMULAAN, BANYAK LAGI YANG AKAN MENYUSUL. UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA SEPERTI PENGIRIM EMEL INI, SEJARAH TIDAK PERNAH MENGENEPIKAN PERJUANGAN PARTI LAIN SEPERTI DARI HALUAN KIRI MALAH SAYA YANG DILAHIRKAN PADA 70AN DAN MENGAMBIL SPM SERTA STPM PADA 90AN ADA BELAJAR MENGENAI PKMM, API, AWAS dan PKM. 

SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU, CUMA ANAK MUDA HARI INI YANG CETEK DENGAN SEJARAH. APA TUJUAN REVOLUSI 48 MENGANGGUNGKAN LAMBANG KOMUNISME? 

APA YANG HENDAK DIBANGGAKAN? SUDAH LUPAKAH BAGAIMANA KOMUNIS DIGAYANG CUKUP-CUKUP DI AFGHANISTAN MELALUI PEJUANG MUJAHIDIN, SUDAH LUPAKAN KEBANGKITAN ISLAM DI CELAH RUNTUHAN KOMUNIS DI YUGOSLAVIA (BOSNIA) DAN SOVIET (PEJUANG ISLAM CHENYA). 

ISLAM MENOLAK KOMUNIS. 

CUKUPLAHHHHH…JANGANLAH ANAK MELAYU LEKA LAGI.  SHAMSIAH FAKEH SUDAH MENINGGAL…BIARLAH. DIA PUN TIDAK MINTA DIHORMATI. MAKAMNYA MUNGKIN ADA DI SISI TUHAN. 

BAGAIMANA DENGAN PAHLAWAN KITA YANG LAIN. TIDAK PERLULAH PERKARA INI DI MAIN-MAINKAN SEHINGGA MELUKAKAN HATI ORANG LAIN. 

BAB UMNO KAT ATAS TUU, BUKAN PASAL NAK POLITIK, TAPI HAKIKAT, BUAT APA NAK DIKELIRUKAN LAGI….CUKUPLAH, KALAU PAS PERJUANGKAN KEMERDEKAAN NEGARA INI PUN SAYA TETAP AKAN MENEGAKKAN HAK PARTI ITU. 

Sumber: http://www.militaryofmalaysia.net/2009/05/komunis-vs-anak-melayu-islam/
.

Tiada ulasan: