Isnin, 4 Disember 2017

6474. Ulama' tetapi pencuri.

Berkeyakinan melayari bahtera kehidupan dan kematian untuk Allah dan kerana Allah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
.غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) (Surah Al-Hujurat ayat 13) 



















Beginilah sikap Imam Thawus bin Kaisan bila berhadapan dengan Penguasa. 

 Foto: Ilustrasi: Kursi Penguasa  

Di dalam Islam ulama memiliki peranan yang sangat vital/penting. Ulama adalah alat kontrol di tengah masyarakat. Sebutan ulama adalah sebutan kemuliaan, kerana ia adalah pewaris Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam

Oleh kerana itu para salaf betul-betul menjaga kemulian ilmu yang mereka bawa. Di antara bentuk menjaga ilmu yang dicontohkan para salaf adalah dengan tidak menghinakan ilmu di hadapan para penguasa dan tidak terngiur dengan harta dan kehormatan yang ditawarkan penguasa.

Di bawah ini adalah kisah seorang tabi’in yang bernama Thawus bin Kaisan Al-Yamani. Beliau faham betul ilmu ini, sehingga tidak mahu menghinakannya di hadapan para penguasa. Hal ini diceritakan oleh Abu Hamid Al-Ghazali di dalam kitab beliau Ihya’ Ulumuddin.

Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata, Pernah diceritakan bahwa Hisyam bin Abdul Malik datang ke Makkah dalam rangka menunaikan ibadah haji. 

Ketika ia memasukinya, ia berkata, Datangkan kepadaku seorang shahabat Nabi 

Maka ada yang menjawab, Wahai Amirul Mukminin, mereka semua sudah meninggal, tidak ada yang tersisa lagi Lalu ia berkata, (Kalau begitu) Dari kalangan tabi’in!” 

Maka diundanglah Thawus Al-Yamani. Ketika ia sampai ke hadapan Amirul Mukminin, ia menanggalkan alas kakinya di pinggir karpet. Ia juga tidak memberikan salam khusus dengan menyebut gelar Amirul Mukminin. Ia hanya mengatakan, Assalamu’alaika, ya Hisyam” 

Ia juga tidak memanggilnya dengan nama kunyah-nya (Kunyah adalah panggilan Arab dengan menggunakan abu atau ibnu) dan langsung duduk di sebelahnya. 

Lalu bertanya, Bagaimana khabarmu, wahai Hisyam? 

Maka kontan Hisyam marah besar, bahkan sampai berniat akan membunuhnya. Lalu ia (Thawus) berkata kepadanya, Apa alasanmu melakukan perbuatan ini?” 

Ia berkata datar, Apakah gerangan yang telah aku perbuat?” Maka bertambah besarlah kemarahan Hisyam. 

Ia pun berkata, Kamu lepas sandalmu di pinggir karpetku, kamu juga tidak mencium tanganku, salam yang kamu ucapkan juga tidak mengucap kata Amirul Mukminin, kamu juga tidak menyebutkan gelar kunyah-ku, bahkan kamu langsung duduk di dekatku dan menanyakan, bagaimana kamu, wahai Hisyam.”

Maka beliau menjawab, Adapun perkataanmu bahawa aku lepas sandalku di tepi karpetmu, maka ketahuilah bahwa setiap hari aku juga melepasnya di hadapan Allah sebanyak 5 kali dan Allah tidak menghukumku ataupun memarahiku.  

Sedangkan perkataanmu bahawa aku tidak mencium tanganmu, maka aku pernah mendengar Ali bin Abi Thalib berkata, ’Haram bagi seseorang untuk mencium tangan orang lain kecuali tangan isterinya yang dia cium kerana dorongan syahwat atau tangan anaknya yang ia cium kerana rasa sayang. 

Sedangkan perkataanmu bahawa aku tidak memberikan salam dengan menyebutmu sebagai Amirul Mukminin, maka ketahuilah bahawa tidak semua orang rela dengan kepemimpinanmu dan aku tidak mahu basa-basi dan berdusta di hadapanmu.  

Adapun perkataanmu bahawa aku tidak memanggilmu dengan julukan kunyahmu, maka sesungguhnya Allah telah memanggil para walinya dengan menyebut, ’Ya, Yahya, Ya Daud, Ya Isa’ Adapun dalam menyebut kunyah musuh-musuh-Nya, Allah berfirman, Tabbat yada abi lahab 

Adapun perkataanmu bahwa aku langsung duduk di dekatmu, maka aku telah mendengar Ali bin Abi Thalib berkata, ’Jika kamu ingin melihat salah seorang penghuni neraka, maka lihatlah kepada orang yang duduk sedang di sekelilingnya banyak orang yang berdiri” 

Maka Hisyam berkata, Ia telah memberiku nasihat.”

Begitulah para salaf mengajarkan kita dalam bersikap terhadap penguasa. Menjauhi pintu-pintu mereka dan tidak tamak terhadap dunia mereka. Salaf faham betul fitnah yang muncul terhadap din mereka jika mereka mendekat-dekat kepada pintu penguasa. Toh, jika mereka terpaksa mendatangi pintu mereka, mereka datang dengan penuh kemuliaan, tanpa menghinakan diri sebagaimana yang dicontohkan Imam Thowus bin Kaisan Al Yamani.

Oleh: Arju Khoiro 

Sumber: 
.

Tiada ulasan: