بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
﷽
Ada 10 manusia yang dijamin Allah dalam al-Quran masuk neraka. Hal ini diceritakan ulang agar kita, hati hati jangan meniru perangai mereka iaitu;1. abu lahab
2. istri abu lahab
3. qobil anak Nabi Adam
4. kan'an anak Nabi Nuh
5. azar ayahanda Nabi Ibrahim
6. fir'aun
7. qarun,
8. hamman
9. manruj
10. isteri Nabi Luth
Dari Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "DOA ADALAH SENJATA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN, TIANG BAGI AGAMA DAN NUR BAGI LANGIT DAN BUMI" (Hadis Riwayat Hakeem)
Pesanan terkenal Khalifah Umar al-Khattab kepada salah seorang gabenor wilayahnya yang berbunyi: “Janganlah kamu berjanji yang bukan-bukan ketika sedang berasa terlalu gembira dan janganlah pula kamu menghukum yang bukan-bukan juga ketika sedang berasa amat marah.”
Khulafa ar-Rasyidin
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Khalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Ali bin Abi Talib
PENGENALAN KHULAFA AR-RASYIDIN.
KHULAFA AR-RASYIDIN (632-661M)/(11-40H)
Perkataan khalifah atau khalifat(tunggal), Jama’nya khulafa’ bermaksud pengganti iaitu penganti Rasulullah SAW. Kemudiannya ia digunakan untuk jawatan ketua umum dalam pentadbiran hal ehwal dunia dan agama menggantikan Rasulullah SAW. Kedudukan dan taraf khalifah dari segi kuasanya adalah sama taraf dengan Rasulullah SAW dan setiap orang wajib mentaatinya. Pemilihan seorang khalifah adalah sesuatu yang mesti dilakukan oleh umat islam selepas baginda wafat. Ia sebenarnya suatu yang sangat sukar kerana sebelum baginda wafat, baginda tidak pernah menamakan sesiapa yang seharusnya dilantik mengetuai negara islam.
Pada mulanya tiada sesiapa yang memperdulikan tentang masalah perlantikan khalifah. Tetapi apabila isu itu timul, ia menjadi masalah yang mendapat perhatian serius dari seluruh umat islam. Pada ketika masalah perlantikan khalifah, golongan Ansar mencalonkan Sa’ad bin Ubadah, golongan Muhajirin pula mencadangkan Abu Bakar bin al-Siddiq. Dan golongan yang ketiga, golongan Bani Hasyim mencalonkan Ali bin Abi Talib. Walaupun umat islam mengalami masalah untuk perlantikan khalifah tetapi perpaduan umat islam tetap terpelihara di mana Abu Bakar al-Siddiq telah terpilih dengan suara majoriti dan diterima oleh semua dalam perhimpunan anjuran golongan Ansar itu. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz taat setia(bai’ah) di dalam atur cara yang dijalankan semasa perlantikan khalifah-khalifah yang berikutnya. Selepas perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah, bermulalah zaman khulafa ar-rasyidin.
Sumber: http://merecikcrew.blogspot.my/p/blog-page.html
.
Khulafa ar-Rasyidin Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq:
Makam Abu Bakar as-Siddiq.
Nama sebenar beliau ialah Abdullah Bin Abu Quhafah dan beliau diberikan gelaran As-Siddiq yang bermaksud membenarkan kerana beliau sentiasa membenarkan segala kata-kata dan tingkahlaku Nabi Muhammad S.A.W.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Tamim iaitu sebahagian keturunan dari Arab Quraisy. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.uhammad S.A.W. Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis iaitu majlis Syura', yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan bahawa semasa perjumpaan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu Bakar pada mulanya mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah Sayidina Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu Sayidina Umar mengambil tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan Sayidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba. Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
Sumbangan Abu Bakar As-Siddiq.
Di antara sumbangan-sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam siri pemerintahannya ialah:
2.1. Dalam Medan Dakwah.
Selepas Abu Bakar As-Siddiq memeluk Islam, beliau mula berdakwah. Peribadi Abu Bakar telah dikenali oleh kaumnya sebagai seorang yang mulia dan selalu menolong orang lain. Oleh sebab itu, banyak orang yang selalu datang kepadanya untuk meminta tolong dan disebabkan oleh keperluan perdagangan. Dalam kesempatan baik seperti ini, beliau selalu mengajak teman akrabnya untuk masuk Islam. Antara teman akrabnya yang memeluk Islam dari dakwahnya adalah Zubair bin Awwam, Usman bin Affan, Talha bin Ubaidah, Saad bin Abi Wakas dan Abdurahman bin Auf r.a.
2.2. Memerangi Tentera Rom.
Abu bakar menjadi khalifah pertama dalam kerajaan Khulafa al-Rasyidin. Beliau memerintah selama dua tahun iaitu dari 11 hingga 13 Hijrah atau 632 hingga 634 Masihi. Perintah pertama yang dikeluarkan sesudah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah ialah mengerahkan dan meneruskan perjalanan tentera Usamah bin Zaid. Pasukan Usamah ialah pasukan yang telah disiapkan Rasulullah untuk menggempur barisan tentera Rom di Perbatasan Utara.
2.3. Membebaskan Dari Cengkaman Rom Dan Parsi.
Sumbangan lain ialah membebaskan negeri-negeri yang berada di bawah cengkaman Rom dan Parsi. Beliau telah berjaya membebaskan negeri-negeri di bawah naungan Rom dan Parsi. Tentera Islam yang diketuai panglima Khalid bin al-Walid turut berjaya mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar seperti Parsi di sebelah Timur dan serangan kerajaan Byzantine (Rom Timur) di sebelah Barat.
2.4. Memerangi Golongan Murtad.
Selain itu, Abu Bakar juga menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu sekaligus mendaulatkan kerajaan Islam Madinah. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin,malah ada di antara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
2.5. Memerangi Golongan Yang Enggan Membayar Zakat.
Abu Bakar dalam dakwahnya ialah menghapuskan kaum yang enggan membayar zakat. Pemberontakan dan kekacauan itu sangat hebat sehingga mengakibatkan terdapat kabilah-kabilah Arab yang hampir murtad habis-habisan, melepaskan kepercayaan Islam seluruhnya manakala ada di antaranya yang masih tetap di dalam Islam tetapi enggan memenuhi salah satu daripada rukun Islam yang kelima iaitu zakat.
2.6. Membahagikan Tanah Arab Kepada Sepuluh Wilayah.
Di samping itu, beliau turut berusaha untuk melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam dengan membahagikan lagi Tanah Arab kepada sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran. Dalam dasar pemerintahannya, beliau turut melantik seorang amir atau ketua untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut. 2.7. Memperkenalkan Sistem Bayaran Gaji Kepada Tentera
Saidina Abu Bakar as-Siddiq turut memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui Ghanimah atau harta rampasan perang. Malah undang-undang tanah seperti bayaran cukai al-Kharaj atau cukai tanah dan Jizyah atau cukai perlindungan bagi orang kafir dan melindungi golongan mawali iaitu orang bukan Arab yang memeluk Islam.
2.8. Pengumpulan al-Quran.
Sumbangan terbesar Saidina Abu Bakar als-Siddiq ialah beliau telah mengumpul semula semua naskah al-Quran dan mengkitab mukjizat Rasullullah itu menjadi panduan umat Islam sehingga kini. Hal ini kerana beliau telah mula runsing dengan kemunculan golongan murtad dan nabi palsu, maka beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya mengumpulkan semua tulisan ayat al-Quran serta menyalinnya semula. Salinan tersebut telah disimpan olehnya dan telah diamanahkan kepada Saidina Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri kepada Nabi Muhammad) dan Saidina Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada jasanya itu, beliau telah digelar sebagai Penyelamat Umat Islam.
2.9. Sistem Pengurusan Jama’ah Haji.
Selain itu,beliau juga merupakan sahabat awal yang mendapat gelaran Amirul Hajj. Ini berlaku pada tahun ke-9Hijrah. Tugas Amirul Hajj adalah memimpin jemaah haji ke Mekah sehingga kepulangan mereka di samping memberikan pengawalan dan menjaga keamanan mereka. Tugas sebagai Amirul Hajj juga adalah sebagai pembimbing pelaksanaan syiar ibadah haji di Mekah, Arafah dan di pelbagai daerah-daerah tanah suci.
Sumber: http://merecikcrew.blogspot.my/p/khalifah-abu-bakar-as-siddiq.html
Khulafa ar-Rasyidin Khalifah Umar Al-Khatab.
Saidina Umar Al-Khatab.
Biodata
Nama sebenar : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah
Nama Ibu : Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum
Gelaran : Al-Faruq
Keturunan : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)
Tarikh lahir : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)
Jawatan : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua
Tarikh Lantikan : 634M
Tempoh Jawatan : 10 tahun
Tarikh M/Dunia : 23H @ 644M
Umur : 63 tahun
Memeluk Islam.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan rakannya Nu'aim bin 'Abdullah yang mengatakan bahawa beliau haruslah membetulkan adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya serta suaminya dan mendapati mereka berdua dan Khabbab bin 'Aratt sedang membaca al-Quran daripada Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian.
KEPIMPINAN/SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB.
1. Pembentukan Majlis al-Syura.
Pembentukan satu majlis mesyuarat atau perundingan yang dinamakan sebagai majlis al-Syura. Beliau sebagai ketua pemerintahan dan ketua negara telah dibantu secara rasmi oleh ahli Majlis Syura yang dianggotai oleh beberapa orang sahabat yang mewakili seluruh rakyat. Majlis ini berfungsi sebagai kabinet negara. Ahli majlis terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar iaitu Uthman b. Affan, Zaid b. Thabit, Ali b. Abu Talib, Abdul Rahman b. Auf, Saab b. Abi Waqqas dan Muaz b. Jabal Majlis Syura terbahagi kepada dua majlis iaitu majlis tertinggi dan majlis harian.
Segala masalah penting berhubung dengan negara diselesaikan oleh majlis syura ini yang mana khalifah tidak mempunyai hak istimewa dalam menentukan atau membuat keputusantertentu tanpa mesyuarat majlis. Majlis juga berkewajipan untuk meneliti semua masalah umat Islam dan negara yang diterangkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
2. Meluaskan wilayah pentadbiran.
Beliau berjaya menakluki sebuah kawasan yang luas meliputi wilayah-wilayah Iraq,Syria dan Mesir sehinggakan beliau terpaksa menghadapi masalah pentadbiran wilayah yang ditakluki dari segi politik,sosial dan ekonomi.Kerajaan Islam pada masa itu berjaya menguasai Baitulmuqaddis dan Damsyik.
3. Mewujudkan Pembahagian wilayah.
Mewujudkan pembahagian wilayah bagi melicinkan pentadbiran negara. Wilayah-wilayah pentadbiran dibahagikan kepada beberapa wilayah (antara 6 hingga 8 wilayah) seperti Madinah, Makkah, jazirah Mesir, Iraq, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang Gabenor atau wali atau seorang Ketua Setiausaha dan mereka dibantu oleh para pegawai tertentu mengikut jabatan masing-masing. Pegawai-pegawai awam yang lain ialah Ketua Setiausaha Tentera, pegawai pemungut cukai dan hakim wilayah. Disetiap wilayah terdapat pegawai-pegawai tertinggi angkatan tentera.
4. Penubuhan Jabatan Baru.
Penubuhan jabatan baru yang mana setiap wilayah mempunyai jabatan penting seperti Jabatan Setiausaha Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis, Jabatan perbendaharan Negara dan Jabatan Kadi. Jabatan penyiasatan jenayah ditubuhkan bagi mengawal anggota pentadbiran awam dan tentera yang melakukan penyelewengan. Sehubungan dengan itu beberapa jawatan penting telah diwujudkan bagi mengetuai jabatan-jabatan tersebut. Setiap jabatan diketuai oleh Setiausaha atau khatib dan dibayar gaji bulanan.
Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain bagi mengelakkan penyelewengan dan kadi-kadi tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan. Hakim akan menerima 500 dirham sebulan.
5. Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah.
Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis
i) Tanah Dhimmah – tanah bertuan ditadbir pemilik asal.
ii) Tanah Sawafi – tanah tidak bertuan dan ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada ahli al-Ayyam (golongan peneroka)
6. Penggunaan Kalendar Hijrah.
Khalifah Umar adalah orang bertanggungjawab menentukan tahun Hijrah dalam Kalendar Islam. Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan penggunaan Tarikh
7. Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran.
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.
KEWAFATAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB.
Makam khalifah Umar, di Masjid al-Nabawi, Madinah. Tingkap pertama dari kanan memberikan pandangan makam Umar.
Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi menyembah api yang bernama Abu Lu’lu’ah atau Fairuz. Abu Lu’lu’ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya.
Sumber: http://merecikcrew.blogspot.my/p/khalifah-umar-al-khattab.html
Khulafa ar-Rasyidin Khalifah Uthman bin Affan.
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN
Nama penuh dan keturunan Uthman ialah Uthman bin Affan bin Abdul Syams bin Abdul Manaf bin Susaiyy. Dilahirkan dalam tahun kelima Gajah. Beliau memeluk agama Islam menerusi Abu Bakar. Uthman merupakan seorang yang hartawan dan bangsawan. Beliau banyak mengorbankan harta dan tenaganya untuk perkembangan Islam. Uthman gemar membuat kebajikan, kuat beribadat, lemah lembut tingkah lakunya, tidak pemarah dan berhemah tinggi. Uthman dilantik sebagai khalifah melalui Majlis Syura di mana Saidina Umar telah mencalonkan beberapa orang sahabat sebagai khalifah dan pemilihan sahabat yang paling layak ditentukan oleh Majlis Syura. Para sahabat telah membuat pertimbangan di antara Saidina Ali dan Saidina Uthman, lalu memilih Saidina Uthman berbanding Saidina Ali. Saidina Uthman telah memerintah selama 12 tahun iaitu pada 6 tahun pemerintahannya negara berada dalam keadaan aman. Tetapi 6 tahun berikutnya adalah zaman yang penuh dengan masalah dan penentangan. Sepanjang menjawat jawatan khlifah terdapat beberapa sumbangan yang beliau lakukan.
.
PENULISAN AL-QURAN.
Pada masa pemerintahan beliau, Islam telah berkembang dengan meluas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain kawasan seperti Armenia dan Khurasan. Umat Islam di wilayah wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca Al-Quran menurut cara bacaan para sahabat yang masyhur seperti kaedah bacaan Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan lain-lain. Oleh sebab itu, berlaku perbalahan yang hebat telah berlaku pada tahun 25 hijrah mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan Al-Quran. Justeru itu, Saidina Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit. Ketika ahli-ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas, beliau memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan Al-Quran hendaklah berdasarkan bacaan Qurra’. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang Quraisy kerana Al-Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy. Sebuah mushaf untuk beliau dinamakan “Mushaf-al Imam” dan mushaf yang lain dikirimkan yang lain ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah. Seorang imam(qari) yang adil dan mutqin di dalam bacaan Al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Selepas itu, beliau memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran yang ditulis sebelum ini dibakar dan dilupuskan.
PERLUASAN DAKWAH ISLAMIAH.
Melakukan perluasan Masjidil Haram pada tahun 26 H dengan membeli sebuah tanah daripada pemiliknya lalu disatukan dengan masjid. Manakala pada tahun 29 H, beliau telah memperluaskan Masjid Madinah al-Munawwarah dan membinanya dengan batu batu berukir. Tiang masjid diperbuat daripada batu dan atapnya daripada kayu. Selain itu,beliau juga banyak menghabiskan waktu menyampaikan dakwah kepada tawanan perang. Ramai di kalangan mereka memeluk Islam setelah menerima dakwah yang disampaikan oleh Saidina Uthman. Di samping itu, beliau turut mengajar fiqh kepada umat Islam yang mana beliau sendiri pernah membuat toturial untuk mengambil wudhu dengan sempurna.
PERLUASAN WILAYAH ISLAM.
Kegemilangan pemerintahan Khalifah Uthman bermula dengan pembukaan wilayah-wilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah barat. Wilayah-wilayah lain yang berjaya ditawan ialah Cyprus, Afghanistan, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur dan Timur Laut. Wilayah Libya, Algeria, Tunisia dan Maghribi yang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika turut ditawan oleh kaum muslimin. Kawasan dan wilayah Islam yang luas ini telah mengangkat empayar Islam sebagai sebuah empayar dan kuasa baru yang lebih besar dibandingkan dengan empayar empayar Byzentine dan Parsi. Dalam pentadbiran wilayahnya, beliau mengekalkan bentuk pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar dengan melantik gabenor dan pegawai untuk menguruskan pentadbiran di wilayah-wilayah Islam.
KEWAFATAN SAIDINA UTHMAN.
Beliau telah wafat dibunuh pada 18 Zulhijjah tahun 35 H oleh puak pemberontak yang diketuai oleh al-Asytar. Mereka telah mengepung rumahnya selama kira-kira 40 hari. Pada ketika itu, Saidina Uthman berusia 82 tahun. Jenazahnya dimakamkan di perkuburan al-Baqi’ , Madinah.
Sumber: http://merecikcrew.blogspot.my/p/saidinauthman-bin-affan-namapenuh.html
Khulafa ar-Rasyidin Khalifah Ali bin Abi Talib.
Khalifah Ali Bin Abi TalibNama sebenar Saidina Ali ialah Ali Bin Abi Talib Bin Abdul Muttalib Bin Hasyim Bin Abdu Manaf. Dilahirkan di Mekah kira-kira 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Beliau adalah sepupu dan juga menantu kepada Rasulullah SAW dan memeluk Islam ketika masih kanak-kanak.
Saidina Ali telah di bai’at sebagai khalifah pada 25 Zulhijjah tahun 35H setelah terbunuhnya Saidina Uthman di tangan pemberontak yang didalangi Yahudi.
Pada mulanya Saidina Ali menolak pelantikan tetapi beliau kembali menyambung sebagai khalifah kerana dapat sokongan sebahagian besar penduduk Madinah. Selain itu, Saidina Ali juga telah memerintah selama 5 tahun dalam suasana konflik politik. Beliau wafat pada 17 Ramadhan 40H kerana dibunuh oleh Abdul Rahman Bin Maljam daripada golongan Khawarij yang telah membuat pakatan sulit untuk membunuhnya. Jenazah beliau telah dimakamkan di Kufah, Iraq.
SUMBANGAN ALI BIN ABI TALIB.
1) SANGGUP MENERIMA JAWATAN KHALIFAH DALAM KEADAAN KEGOYAHAN.
Beliau sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran politik negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk berkuasa dan menjadi ketua. Saidina Ali bin Abi Talib telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga dibunuh hanya kerana untuk mengekalkan keamanan dalam negara Islam yang telah dibina oleh junjungan mulia Nabi Muhammad
2) MENGHENTIKAN PEPERANGAN DI ANTARA UMAT ISLAM.
Beliau juga bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara iaitu Perang Sifin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat Al-Quran, maka beliau sanggup menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan.
3) MEMBINA MARKAS TENTERA DI PARSI DAN SYRIA.
Biarpun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, Saidina Ali bin Abi Talib juga tidak melupakan soal pertahanan negaranya. Buktinya, beliau telah membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
4) MENERUSKAN CUKAI JIZYAH KEPADA ZIMM.
Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini dinyatakandalam surat yang dihantarkan kepada alAsytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.
5) KEWAFATAN KHALIFAH ALI BIN ABI THALIB.
Pada tahun 661M Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, akibat dibunuh oleh kaum Khawarij. Kerana mereka tidak suka dengan perubahan yang dilakukan oleh saidina Ali, bahkan mengganggap Saidina Ali yang berkomplot membunuh Khalifah Uthman.
Sumber: http://merecikcrew.blogspot.my/p/4-biodata-ringkas-alibin-abi-talib.html
Khulafa ar-Rasyidin.
KESIMPULAN.
Banyak permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan keempat-empat khalifah akibat sikap perebutan kuasa dikalangan masyarakat.
Pemerintahan khulafa tersebut telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun islam serta meluaskan wilayah islam.
Selepas pemerintahan khulafa' al-rasyidin, sistem pemerintahan islam telah bertukar daripada sistem syura kepada sistem warisan, namun begitu,sistem berkhalifah masih kekal hingga ke zaman Turki Uthmaniyyah. Antara kerajaan yang memerintah zaman itu ialah kerajaan Bani Umaiyah,kerajaan Abbasiyah,kerajaan Turki uthmaniyah dan diikuti oleh kerajaan islam di India, China dan Nusantara.
Sumber: http://merecikcrew.blogspot.my/p/kesimpulan-banyak-permasalahan-yang.html
.
Ini Hiburan Bagi yang Mendapatkan Musibah.
Berikut adalah beberapa nasehat dari ayat al Qur’an, hadits dan perkataan ulama yang semoga bisa menghibur setiap orang yang sedang mengalami musibah.
Musibah Terasa Ringan dengan Mengingat Penderitaan yang Dialami Orang Sholih
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لِيَعْزِ المسْلِمِيْنَ فِي مَصَائِبِهِمْ المصِيْبَةُ بي
“Musibah yang menimpaku sungguh akan menghibur kaum muslimin.”
Dalam lafazh yang lain disebutkan.
مَنْ عَظَمَتْ مُصِيْبَتُهُ فَلْيَذْكُرْ مُصِيْبَتِي، فَإِنَّهَا سَتَهَوَّنُ عَلَيْهِ مُصِيْبَتُهُ
“Siapa saja yang terasa berat ketika menghapi musibah, maka ingatlah musibah yang menimpaku. Ia akan merasa ringan menghadapi musibah tersebut.” Ternyata, musibah orang yang lebih sholih dari kita memang lebih berat dari yang kita alami. Sudah seharusnya kita tidak terus larut dalam kesedihan.
Semakin Kuat Iman, Memang Akan Semakin Terus Diuji
Dari Mush’ab bin Sa’id -seorang tabi’in- dari ayahnya, ia berkata,
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً
“Wahai Rasulullah, manusia manakah yang paling berat ujiannya?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
« الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِىَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِى عَلَى الأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ »
“Para Nabi, kemudian yang semisalnya dan semisalnya lagi. Seseorang akan diuji sesuai dengan kondisi agamanya. Apabila agamanya begitu kuat (kokoh), maka semakin berat pula ujiannya. Apabila agamanya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kualitas agamanya. Seorang hamba senantiasa akan mendapatkan cobaan hingga dia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
Di Balik Musibah, Pasti Ada Jalan Keluar
Dalam surat Alam Nasyroh, Allah Ta’ala berfirman,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. An Nasyr: 5)
Ayat ini pun diulang setelah itu,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. An Nasyr: 6)
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di mengatakan, “Kata al ‘usr (kesulitan) menggunakan alif-lam dan menunjukkan umum (istigroq) yaitu segala macam kesulitan. Hal ini menunjukkan bahwa bagaimana pun sulitnya, akhir dari setiap kesulitan adalah kemudahan.”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَأَنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
“Bersama kesulitan, ada kemudahan.”
Merealisasikan Iman Adalah Dengan Bersabar
‘Ali bin Abi Tholib mengatakan,
الصَّبْرُ مِنَ الإِيْمَانِ بِمَنْزِلَةِ الرَّأْسِ مِنَ الجَسَدِ، وَلَا إِيْمَانَ لِمَنْ لاَ صَبْرَ لَهُ.
“Sabar dan iman adalah bagaikan kepala pada jasad manusia. Oleh karenanya, tidak beriman (dengan iman yang sempurna), jika seseorang tidak memiliki kesabaran.”
Musibah Awalnya Saja Terasa Sulit, Namun Jika Bersabar akan Semakin Mudah
Hudzaifah ibnul Yaman mengatakan,
إِنَّ اللهَ لَمْ يَخْلُقْ شَيْئاً قَطٌّ إِلاَّ صَغِيْراً ثُمَّ يَكْبَرُ، إِلاَّ المصِيْبَة فَإِنَّهُ خَلَقَهَا كَبِيْرَةً ثُمَّ تَصْغُرُ.
“Sesungguhnya Allah tidaklah menciptakan sesuatu melainkan dari yang kecil hingga yang besar kecuali musibah. Adapun musibah, Allah menciptakannya dari keadaan besar kemudian akan menjadi kecil.”
Allah menciptakan segala sesuatu, misalkan dalam penciptaan manusia melalui tahapan dari kecil hingga beranjak dewasa (besar) semacam dalam firman Allah,
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخًا
“Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua.” (QS. Ghofir: 67)
Namun untuk musibah tidaklah demikian. Musibah datang dalam keadaan besar, yakni terasa berat. Akan tetapi, lambat laut akan menjadi ringan jika seseorang mau bersabar.
Bersabarlah Sejak Awal Musibah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الأُولَى
“Yang namanya sabar seharusnya dimulai ketika awal ditimpa musibah.” Itulah sabar yang sebenarnya. Sabar yang sebenarnya bukanlah ketika telah mengeluh lebih dulu di awal musibah.
Pahala Orang yang Mau Bersabar Tanpa Batas
Ingatlah janji Allah,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar, ganjaran bagi mereka adalah tanpa hisab (tak terhingga).” (QS. Az Zumar: 10).
Al-Auza’i mengatakan bahwa ganjarannya tidak bisa ditakar dan ditimbang. Ibnu Juraij mengatakan bahwa pahala bagi orang yang bersabar tidak bisa dihitung sama sekali, akan tetapi ia akan diberi tambahan dari itu. Maksudnya, pahala mereka tak terhingga. Sedangkan As Sudi mengatakan bahwa balasan bagi orang yang bersabar adalah surga.
Akan Mendapatkan Ganti yang Lebih Baik.
Ummu Salamah -salah satu istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam- berkata bahwa beliau pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا إِلاَّ أَجَرَهُ اللَّهُ فِى مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا ». قَالَتْ فَلَمَّا تُوُفِّىَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ كَمَا أَمَرَنِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِى خَيْرًا مِنْهُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.
“Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan: “Inna lillahi wa inna ilaihi rooji’un. Allahumma’jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khoiron minhaa [Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik]”, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.” Ketika, Abu Salamah (suamiku) wafat, aku pun menyebut do’a sebagaimana yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam perintahkan padaku. Allah pun memberiku suami yang lebih baik dari suamiku yang dulu yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
Do’a yang disebutkan dalam hadits ini semestinya diucapkan oleh seorang muslim ketika ia ditimpa musibah dan sudah seharusnya ia pahami. Insya Allah, dengan ini ia akan mendapatkan ganti yang lebih baik.
Semoga yang mendapati musibah semakin ringan menghadapinya dengan sedikit hiburan ini. Semoga kita selalu dianugerahi kesabaran dari Allah Ta’ala.
Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.
Sumber: rumaysho.com
Pautan: http://islamidia.com/ini-hiburan-bagi-yang-mendapatkan-musibah/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan