ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya)” [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Jumaat menangis...
klik:- Akhirnya 8 Disember 2017 Resolusi 2334 bukanlah jaminan buat Warga Palestine.
﷽
﷽
Ada 10 manusia yang dijamin Allah dalam al-Quran masuk neraka. Hal ini diceritakan ulang agar kita, hati hati jangan meniru perangai mereka iaitu;
1. abu lahab
2. istri abu lahab
3. qobil anak Nabi Adam
4. kan'an anak Nabi Nuh
5. azar ayahanda Nabi Ibrahim
6. fir'aun
7. qarun,
8. hamman
9. manruj
10. isteri Nabi Luth
Dari Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "DOA ADALAH SENJATA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN, TIANG BAGI AGAMA DAN NUR BAGI LANGIT DAN BUMI" (Hadis Riwayat Hakeem)
Pesanan terkenal Khalifah Umar al-Khattab kepada salah seorang gabenor wilayahnya yang berbunyi: “Janganlah kamu berjanji yang bukan-bukan ketika sedang berasa terlalu gembira dan janganlah pula kamu menghukum yang bukan-bukan juga ketika sedang berasa amat marah.”
الْحَمْدُ لِلَّهِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍسُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُاستجب دعا يا ارحم الراحمينْ آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًٍ
Sebahagian ahli politik... akhir zaman...
Terbaru kena bijak celok perhimpunan aman pihak lain, jadikan sendiri punya perhimpunan dengan membawa sedikit kuncu-kuncu pengibar bendera parti. Xkira lah parti berjenama Islam bagai. Walhal perhimpunan aman untuk menyokong Warga Palestin dengan mengibar bendera seperti dalam gambar di atas. Kes Natrah di Singapura masa zaman sebelum merdeka dulu, xpula maju paling depan kuncu-kuncu nie.
Anak didik penjajah.
Sesetengahnya kena bersikap talam dua face.
Luaran Islam.
Bila berbicara soal ini kena joinkan nama nii.. Henry Gurney (Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya - 13 September 1948) yang buat jenayah di Palestin (Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin: 1946 - 1948) dapat perhatian tinggi di Malaysia, hingga kini.
i ) Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka.
ii) Sekolah Henry Gurney, Kota Kinabalu, Sabah.
iii) Sekolah Henry Gurney, Keningau, Sabah.
iv) Sekolah Henry Gurney, Puncak Borneo, Sabah.
v) Sekolah Henry Gurney Wanita, Batu Gajah, Perak.
Sebelum bernama Jalan Semarak. Beberapa jalan telah dinamakan sempena nama beliau seperti Jalan Henry Gurney di Melaka, Seremban, Kuala Lumpur dan Singapura. Kawasan rekreasi di Tanjung, Pulau Pinang dinamakan Gurney Drive. Nama beliau juga disemadikan pada perpustakaan awam pertama di Seremban yang dinamakan perpustakaan peringatan Sir Henry Gurney.
Tempat dibunuh pun dilabelkan...
Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Fraser dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat di sana.
Rasanya warga Palestin menghargai hal ini... Dia ditembak mati oleh sekumpulan gerila pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya.
Pada 20 Jun 2009, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan telah mengambil inisiatif memasang papan tanda peringatan peristiwa Parti Komunis Malaya menyerang hendap Henry Gurney di jalan Kuala Kubu Bharu - Gap. Pengganas komunis atas perancangan pemimpin PKM telah berjaya melakukan taktik serang hendap di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser pada 7 Okt 1951. Ketika itu beliau dikatakan bersama isteri dan setiausaha peribadinya D.J. Staples sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser. Pemandu kereta itu ialah Konstabel Mohd Din dengan kibaran bendera Union Jack menjadi sasaran peluru komunis. Hanya Henry Gurney yang terbunuh, yang lain selamat.
Peristiwa ini menyamai tindakan Dato Maharaja Lela membunuh JWW Birch di Pasir Salak,Perak 1875 dan Rosly Dhobi membunuh Sir Duncan Stewart. Pembunuhan kejam Henry Gurney menjadi titik tolak kepada penduduk Tanah Melayu untuk bangkit melawan kekejaman, keganasan dan kezaliman yang dicetuskan komunis.[2]
Dato Maharaja Lela bukan pejuang? Sedap ayat atas tuu.
So nak dapat buat macam tu, ahli politik kena...
- Buat muka tembuk, muka xtahu malu dan muka xbermaruah.
- Respect tolak tepi, yang penting orang respect kat dia sebab berjawatan bagai.
- Deal awal-awal orang lain jangan bagi masuk, biar aku yang masuk dan buat serah menyerah memo bagai.
Sebelumnya ...ahli politik kena terror...
- Buat isyarat lucah.
- Kata-kata kesat...
- haram jadah.
- kepala bapak.
- stupid.
- bangsat.
- Kenapa lah Malaysia ni disumpah ada Perdana Menteri yang bangang (pinjam kata-kata Najib jugak) macam ni. Dah la kaki klepet duit rakyat, pembohong pulak tu.
Aku pun xingat sebab kata kesat tuu bukan budaya hidup aku. Mungkin dah biasa dan jadi gaya bahasa Melayu Bangsawan, Melayu Bawahan, Melayu yahudi dan Melayu murtad.
Islam Melayu tidak begitu resepi atau ciri-ciri kehidupan mereka. Aamiin.
Ya Allah Selamatkanlah Palestin, Malaysia dan umat Islam yang tertindas, walau di mana keberadaannya.. Kemuculan Islam Melayu di bumi Nusantara.. Aamiin.
PAS, UMNO Hijack Demo Selamatkan Baitul Maqdis Kata Peserta Perhimpunan..
Dec 9, 2017 Posted
Oleh : Muhamad Nur Ismail
SAMPAI BILA HIMPUNAN RAKYAT AKAN DI HIJACK OLEH ORANG POLITIK?
1. Saya berkesempatan untuk mengikuti Demonstrasi Aman Selamatkan Baitul Maqdis di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat semalam.
2. Awalnya saya difahamkan demonstrasi aman ini dipelopori oleh gabungan NGO Islam seperti MAPIM, ABIM, IKRAM, HALUAN, AQSA SYARIF, PKPIM, dan beberapa NGO lagi.
3. Namun apabila sampai di sana, saya agak terkejut apabila sekali lagi Demonstrasi Aman yang dipelopori oleh NGO Islam sekali lagi di hijack oleh orang politik khususnya daripada PAS & UMNO.
4. Amat menyedihkan apabila suatu himpunan yg sepatutnya menjadi medan utk menghimpunkan rakyat dari berbagai wadah, menzahirkan rasa marah terhadap situasi Palestin,akhirnya menjadi medan untuk propaganda politik.
5. Apa perlunya himpunan aman untuk Palestin ini dinaikkan bendera-bendera parti ? Sepatutnya dinaikkan bendera Palestin dengan slogan-slogan pembebasan Palestin, bukannya bendera parti!
6. Sudah hilangkah adab orang politik untuk memberikan ruang kepada NGO Islam dalam himpunan mereka sendiri ?
7. Runtun hati ini melihat pimpinan NGO Islam seperti Dr Hafidzi dari MyCare yang hanya berucap dipinggiran selepas tamat demonstrasi, sedangkan mereka ini berpuluh tahun berjuang untuk pembebasan Palestin.
8. Sampai bila NGO Islam akan membiarkan himpunan mereka dihijack oleh golongan politik tidak beradab sebegini ?
9. Besar harapan saya agar pada masa hadapan, NGO Islam khususnya anak muda lebih kehadapan dalam setiap himpunan.
10. Jika ada parti politik yang cuba hijack demonstrasi kita lagi, singkirkan mereka ketepi.
Biar mereka tahu dan faham bahawa kuasa rakyat lebih kuat!
Muhamad Ali
Peserta Demonstrasi AMAN
Selamatkan Baitulmaqdis, Selamatkan Palestine
Peserta Demonstrasi AMAN
Selamatkan Baitulmaqdis, Selamatkan Palestine
9 Disember 2017
Sumber:
http://semberono.com/2017/12/09/pas-umno-hijack-demo-selamatkan-baitul-maqdis-kata-peserta-perhimpunan/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan