ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya)” [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Jumaat menangis...
klik:- Akhirnya 8 Disember 2017 Resolusi 2334 bukanlah jaminan buat Warga Palestine.
﷽
﷽
Ada 10 manusia yang dijamin Allah dalam al-Quran masuk neraka. Hal ini diceritakan ulang agar kita, hati hati jangan meniru perangai mereka iaitu;
1. abu lahab
2. istri abu lahab
3. qobil anak Nabi Adam
4. kan'an anak Nabi Nuh
5. azar ayahanda Nabi Ibrahim
6. fir'aun
7. qarun,
8. hamman
9. manruj
10. isteri Nabi Luth
Dari Ali R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "DOA ADALAH SENJATA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN, TIANG BAGI AGAMA DAN NUR BAGI LANGIT DAN BUMI" (Hadis Riwayat Hakeem)
Pesanan terkenal Khalifah Umar al-Khattab kepada salah seorang gabenor wilayahnya yang berbunyi: “Janganlah kamu berjanji yang bukan-bukan ketika sedang berasa terlalu gembira dan janganlah pula kamu menghukum yang bukan-bukan juga ketika sedang berasa amat marah.”
الْحَمْدُ لِلَّهِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍسُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُاستجب دعا يا ارحم الراحمينْ آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًٍ
Jabatan Keadilan AS cela 1MDB
Jabatan Keadilan AS merupakan salah satu institusi paling bebas di AS. Ia bahkan pernah melancarkan siasatan ke atas penabalan Donal Trump sebagai presiden, dengan cara melantik kaunselor khas FBI, Robert Mueller untuk menyemak sama ada terdapat kemungkinan pakatan sulit dengan Rusia terbabit dalam urusan pilihan raya presiden AS tahun lepas.
Sewaktu tulisan ini dibuat, badan yang digeruni ini sedang meningkatkan tindakan untuk menangkap Paul Manafort dan Michael Flynn, ringkasnya penasihat keselamatan Presiden Trump. Flynn sebenarnya mengaku telah membohongi pegawai penyiasat FBI. Trump sendiri menghadapi masalah apabila mesej Twitter beliau yang cuba menjauhkan diri daripada Flynn baru-baru ini, berkemungkinan boleh ditakrifkan “mengganggu” siasatan keadilan.
Antara tokoh-tokoh yang kini menjadi pemerhatian yang lebih ketat Mueller ialah menantu Trump, Jared Khusner, dan presiden sendiri.
Roda keadilan barangkali berputar perlahan, tetapi apabila kempen fail pakatan sulit Trump-Rusia ditunjukkan, mereka tidak akan mempedulikan sesiapa.
Ekoran itulah, 1MDB kini telah menerima habuannya daripada mahkamah undang-undang AS.
Peguam Negara AS, Jeff Sessions telah mengesahkan 1MDB adalah kes “kleptokrasi yang terburuk”, sementara peguam negara AS sebelum ini, Loretta Lynch pernah berkata bahawa “sebilangan pegawai 1MDB memperlakukan dana awam ini sebagai akaun peribadi untuk memuaskan nafsu mereka”.
Beliau berkata “konspirator 1MDB mengubah secara haram dana yang dicuri menerusi rangkaian transaksi gelap yang rumit dan melalui syarikat-syarikat tertentu dengan akaun bank di merata negara di dunia, termasuk dan tidak terhad di Switzerland, Singapuran dan AS”. Ini kata-kata dua peguam negara AS yang bersilih ganti. Jadi tidak kira sama ada waktu rakan sepermainan golf Obama atau pelaksana urusan juga rakan sepermainan golf Trump sedang berkuasa.
Sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (RM18.9 bilion) diubah secara haram menerusi rangkaian transaksi antarabangsa dan AS$3.5 bilion lagi telah disita oleh Jabatan Keadilan AS.
Jika agensi penguatkuasa Malaysia tidak bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS, sebahagian daripada AS$7 bilion itu tidak mungkin akan dapat dikembalikan kepada Malaysia.
Dan, jika AS$7 bilion ini berjaya didapatkan kembali sekali pun, kira-kira sepertiga daripadanya akan hilang atas masa dan usaha-usaha yang digunakan untuk mendapatkannya. Atas biaya siapa? Sekali lagi, rakyat Malaysialah.
Hal ini membawa kepada dua isu penting: mengapakah institusi Malaysia tidak mahu bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan semula wang yang menjadi hak rakyat Malaysia?
Dan lagi, mengapakah Malaysia terlalu enggan mendakwa dan mempersalahkan Jho Low, salah seorang perancang utama 1MDB, sehinggakan kapal layarnya “The Equanimity” yang berharga AS$260 juta itu dibenarkan berlayar pergi balik dalam perairan sekitar Pulau Pinang? Sehingga tarikh ini, pihak berkuasa Malaysia tidak mengeluarkan sebarang usaha serius untuk menangkap beliau.
Sewaktu Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan yang dikemukakan Azmin Ali dalam sidang parlimen mengenai langkah-langkah yang diambil untuk menangkap Jho Low, beliau berkata, Interpol telah menyenaraikan untuk menangkap Jho Low,
Bagaimanapun pada petang yang sama, Zahid Hamidi menarik balik kenyataan yang dibuatnya dalam parlimen itu dan ini menunjukkan malah TPM sendiri pun tidak boleh sewenang-wenangnya bercakap mengenai Jho Low. Lelaki itu mestilah cukup berkuasa atau terdapat personaliti yang berkuasa melindungi beliau dan kebenarannya akhirnya akan menunjukkan taringnya juga.
Persoalannya sekarang ialah, mengapa tidak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia atau Tentera Laut Diraja Malaysia tidak dikerahkan untuk menahan kapal layar mewah itu dan menangkap Jho Low? Bukankah tentera laut kita dalam Januari 2011 pernah menyelamatkan 23 anak kapal tangki Malaysia MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden? Jika kita boleh menghantar tentera laut kita sejauh perairan Somalia, mengapakah kita tidak boleh lakukan untuk menangkap sasaran cukup berharga, Jho Low ini – untuk siasatan 1MDB?
Dengan tidak bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS, kerajaan Perdana Menteri Najib Razak mengaku bersalah secara terang-terangan. Apakah ada rumusan lain yang lebih logik?
Dengan tidak memberikan maklum balas terhadap pendedahan Jabatan Keadilan AS, bahkan sebaliknya mengugut untuk menyaman Wall Street Journal beberapa Selasa lalu, berhubung laporan berat berkaitan 1MDB dalam 2015, Najib sanggup melakukan apa sahaja kecuali meletak jawatan.
Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa DOJ AS turut menyenaraikan rasuah Kazakhstan dan Itali juga. Tetapi yang sangat menariknya, jika digabungkan kedua negara itu nilainya tidak lebih daripada AS$250 juta. Malaysia mesti menjadi nombor satu, malah dalam hal kleptokrasi!
Skandal 1MDB melibatkan hampir AS$7 bilion jika tidak lebih sekali pun – memperlihatkan bahawa ia merupakan skala pencurian yang hanya boleh dilakukan sekiranya dipersetujui dan perkenankan oleh penjawat tertinggi iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dengan segala kerumitan institusi kewangan lain di Malaysia. Menteri EPU dan pengarah strategi komunikasi Barisan Nasional Abdul Rahman Dahlan tidak lama dahulu (dalam September 2016) pernah berkata dalam temu bual dengan BBC bahawa MO1 itu sebenarnya adalah Najib Razak.
Ada sesuatu yang benar-benar membusuk di Malaysia, setidak-tidaknya. Namun, dalam usaha yang sia-sia untuk mengelak dan menafikan dakwaan-dakwaan yang dibuat ke atas 1MDB, institusi-institusi yang punya kaitan dengan kewujudan Malaysia seperti UiTM dan TV3 masih mengambil pandangan peguam-peguam persendirian AS untuk membersihkan dakwaan-dakwaan tersebut dan membenarkan kecurian dan salah urus yang dilakukan.
Satu daripadanya, Thomas Goldstein, dalam satu ceramah di Universiti Teknologi (UiTM) pada Isnin (4 Disember) berkata, “perampasan sivil berbeza dengan tuduhan jenayah kerana ia dilakukan ke atas harta bukan terhadap orang.”
Tapi, sama ada jenayah atau perampasan sivil, faktanya kekal iaitu DOJ AS melabelkan 1MDB sebagai “satu bentuk keleptokrasi terburuk” , apakah lagi yang lebih buruk daripada celaan seperti itu?
Apabila Najib dan keseluruhan ahli kabinet, tidak termasuk peguam negara kita, mendiamkan diri dalam hal 1MDB, mereka bersubahat atas keseluruhan tindakan rasuah, salah urus dan salah guna kuasa.
Jadi, ucapan Peguam Negara AS Jeff Session pada 4 Disember itu secara tidak jelas merupakan suatu celaan. Dan peluang bergambar paling mahal yang pernah dimiliki Najib dalam politik Malaysia, dengan Trump dsalam pertengahan September lalu hanya sia-sia.
* Rais Husin adalah ahli Majlis Tertinggi Parti Peribumi Bersatu Malaysia.
Terjemahan AKMAL HAZIQ
Sumber: https://malaysiadateline.com/jabatan-keadilan-as-cela-1mdb/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan