Ke mana Wahhabi ingin membawa umat ini?
Di saat umat ada yang tidak solat subuh mereka membesar-besarkan persoalan qunut yang diperselisihkan oleh para ulama.
Ke mana Wahhabi ingin membawa umat ini?
Di saat umat jauh dari Allah mereka sibuk membida’ahsesatkan zikir Allah! Allah! membid’ahsesatkan zikir berjemaah selepas solat, tahlilan dan talqinan.
Ke mana Wahhabi ingin membawa umat ini?
Di saat umat jauh dari Al-Quran mereka sibuk membid’ahsesatkan program bacaan yasin, program khatam Al-Quran dan segala program islami.
Ke mana Wahhabi ingin membawa umat ini?
Di saat umat jauh dari Nabi Muhammad mereka sibuk membid’ahsesatkan majlis maulid yang boleh mendekatkan umat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Ke mana Wahhabi ingin membawa umat ini?
Di saat umat mendepani ancaman atheis, liberalisme, sekularisme, pluralisme mereka sibuk menyesatkan pengajian sifat 20 yang terbukti menjadi benteng umat ribuan tahun mendepani akidah-akidah yang sesat.
Ke mana Wahhabi ingin membawa umat ini?
Di saat umat cinta kepada dunia, takutkan mati mereka sibuk menyesatkan pengajian tarekat tasawwuf yang ingin membawa umat kepada akhirat dan penyuciaan jiwa.
Ke mana Wahhabi ingin membawa umat ini?
Di saat musuh-musuh Islam bersatu untuk menghancurkan Islam mereka sibuk memecahbelahkan kesatuan umat dengan slogan bid’ah syirik sesat.
Ke manakah sebenarnya Wahhabi ingin membawa umat ini?
Saudaramu,
Mohd Al-Amin Bin Daud
Cyberjaya
Pak Pandir : Zikir Allah! Allah! tidak ada makna. Nabi tak ajar bla..bla..
Pak Engku : Allah سبحانه وتعالى berfirman:
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. (Surah al-Insan:25)
Apakah Allah bukan nama Tuhan kamu?
Daripada Anas رضي الله عنه : Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Tidak akan berlaku qiamat sehingga tidak ada lagi yang menyebut di muka bumi Allah! Allah!” (Riwayat Muslim)
عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "لاَ تَقُومُ السَّاعةُ حَتَّى لاَ يُقَالَ فِي الأَرْضِ: الله، الله". رواه
مسلم
Apakah Pak Pandir ingin mengatakan Nabi mengajar perkara yang sia-sia berdasarkan kepada hadith ini?
Apakah Pak Pandir ingin mengatakan sahabat Nabi iaitu Bilal Bin Rabah رضي الله عنه mengatakan yang sia-sia kerana menyebut Ahad! Ahad! ketika diseksa? Zikir Ahad! Ahad! juga termasuk di dalam zikir ismul mufrad seperti Allah! Allah! dan Ahad juga adalah nama bagi Allah.
Pak Pandir: Guru saya tak jumpa dia membaca banyak kitab.
Pak Engku: Apakah perkataan guru kamu lebih kamu ikuti daripada Al-Quran, As-Sunnah dan perbuatan sahabat?
Pak Pandir: Dasar ahli bid’ah pakai kopiah capal atas kepala! Bid’ah! sesat! masuk neraka!
......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan