Selasa, 19 Disember 2017

6730. Abad Pertama Hijrah.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS. Al 'Imran 3:185) 

Prosiding Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) Fakulti Pengajian Islam 2012 disunting oleh: Ezad Azraai Jamsari, Zamri Arifin, Mohd. Al Adib Samuri, Mohd. Zamro Muda, Ahmad Munawar Ismail, Muhamad Razak Idris, Hakim Zainal, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Muhamad Faisal Asha’ari, Salasiah Hanin Hamjah, Fadlan Mohd Othman, Latifah Abdul Majid, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Ahmad, Hasbi Mat Harun & Mohd Faizal Khatab © Fakulti Pengajian Islam, UKM, ISBN 978-967-5478-47-5 (2012), http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings.html
Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia: Satu Kajian Terperinci untuk membangunkan Modul bagi Kursus PPPJ 1223 (Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia) Kod Projek: PTS-2011-110 1 Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad (Ketua Projek), 1Azmul Fahimi Kamaruzaman & 1 2Ermy Azziaty Rozali 1 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2 Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

PENGENALAN / PERNYATAAN MASALAH 

Perkembangan agama dan umat Islam di Malaysia telah melalui sejarah yang sangat panjang. Sarjana tempatan mengandaikan kedatangan agama Islam ke alam Melayu sudahpun bermula sejak abad pertama Hijrah lagi. Agama Islam telah mengubah akidah masyarakat Melayu dari dunia kekufuran kepada mempercayai dan menyembah Allah Yang Maha Esa(Abdul Rahman Haji Abdullah 2006). Ajaran Islam juga telah membina jati diri Melayu sehingga berjaya membentuk kerajaan dan kemuncaknya Kerajaan Melayu Melaka mampu melakar sejarah yang agung di arena tempatan dan antara bangsa pada abad ke-15M(Muhammad Yusoff Hashim 1992) Ajaran Islam jugalah yang menjadi benteng kepada bangsa Melayu menangkis dan mendepani pengaruh barat pada era kolonial.Gerakan islah cuba membentuk semula masyarakat Islam dengan acuan Islam sebenar untuk membentuk masyarakat Islam yang kuat (Roff 1994). Dengan semangat Islam inilah lah masyarakat Melayu di Malaysia bangkit menentang penjajahan barat dan memperjuangkan kemerdekaan daripada British pada abad ke-20M (Mahayudin haji Yahya 1998; Haji Dusuki haji Ahmad 1980).

Dalam Perlembagaan Malaysia diperuntukkan bahawa agama Islam merupakan agama persekutuan menunjukkan ajaran Islam mempunyai kedudukan yang penting dalam kalangan penduduk Tanah Melayu(Andaya 1983; Mohd Isa Othman 2002). Selepas negara menikmati kemerdekaan, pemimpin-pemimpin Malaysia diiktiraf oleh dunia Islam sebagai pemimpin contoh yang melakar sejarah Malaysia merdeka dengan cemerlang. Pencapaian penduduk Malaysia sama ada dalam aspek pendidikan, ekonomi, pembangunan dan sebagainya menjadi contoh kepada dunia Islam (Andaya 1983). Keamanan dan keharmonian negara Malaysia menjadi contoh terbaik masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama memaju kemajuan negara.

Sejarah yang diharungi oleh umat Islam di Malaysia (Mahayuhdin Yahya 1998; Abdullah Ishak 1992) mesti dihayati dan difahami sepenuhnya oleh generasi muda untuk membina Malaysia yang sentiasa aman, makmur dan membangun selari dengan perkembangan semasa. Semua sejarah yang telah berlaku semestinya dijadikan pengajaran dan pedoman untuk terus membina Malaysia yang maju dan gemilang. Generasi muda mesti berkemamapuan memahami dan menganalisa sejarah yang berlaku secara holistik untuk membina jati diri Malaysia yang berhemah tinggi dan berjiwa kental. Hasrat ini jugalah yang menjadi objektif penawaran Kursus Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (Panduan Prasiswazah Fakulti pengajian Islam 2010).

Malangnya, tidak terdapat satu modul yang lengkap dan menyeluruh untuk dijadikan bacaan asas dan sumber rujukan khususnya kepada para pelajar Kursus PPPJ 1223-Sejarah Dan Tamadun Islam di Malaysia, dan umumnya, kepada pelajar lain dan masyarakat awam yang berminat untuk mengetahui dengan terperinci sejarah dan tamadun Islam di Malaysia. Dengan kekurangan ini, dalam masa terhad iaitu hanya dalam satu semester, hasrat dan objektif penawaran kursus ini tidak mungkin dapat dicapai seperti yang diharapkan. Justeru, satu kajian yang terperinci dan menyeluruh berasaskan kepada sumber yang muktabar dan asli dalam bentuk buku, manuskrip, dokumen serta rujukan yang pelbagai mesti dilakukan untuk menghasilkan satu modul yang lengkap dan menyeluruh mengenai sejarah dan tamadun Islam di Malaysia sejak kedatangan Islam ke rantau ini sehinggalah perkembangan sejarah mutakhir. Kajian ini bukan satu perkara yang boleh diambil mudah kerana ia sangat penting untuk membina bangsa Malaysia yang teguh dan maju, dan yang paling penting, sentiasa hidup dengan makmur dan dirahmati Allah SWT. Kajian ini juga penting apabila mata pelajaran sejarah diwajibkan lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti sumber dan rujukan Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia.

2. Mengkaji dan menganalisa secara terperinci dan menyeluruh sejarah dan pencapaian umat Islam di Malaysia sebelum dan semasa penjajahan serta selepas kemerdekaan.

3. Menghasilkan satu modul yang lengkap bagi Kursus PPPJ 1223 Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia.

METODE KAJIAN

Kajian ini merupakan Kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen, kaedah heurmenetik, kaedah bandingan dengan merujuk sumber primer dan sekunder berkaitan sejarah dan tamadun Islam di Malaysia merangkumi:

i. Buku

ii. Artikel

iii. Dokumen

iv. Manuskrip

v. Rekod Rasmi

vi. Surat Persendirian

PENCAPAIAN PROJEK (OUTPUT)

Penerbitan (Buku Suntingan)

1. Izziah Suryani Binti Mat Resad @ Arshad (pnyt.). 2013. Modul PPPJ 1223 Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (dalam proses penyediaan dan penerbitan).

Penerbitan (Jurnal)

1. Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2012. The peoples of Trengganu during the British Occupation in the 20th Century. Research Journal of Applied Sciences (Indeks Scopus: dalam proses penyediaan dan penerbitan).

2. Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Mohd Azrin Wahid. 2012. Muslims in Selangor during the Japanese Occupation of Malaya. Journal of Applied Sciences Research (Indeks Scopus: dalam proses penyediaan dan penerbitan).

3. Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Mohd Khairul Izwan Rifin. 2013. Wakaf and the Malay Society in the 20th century. Research Journal of Applied Sciences (Indeks Scopus: dalam proses penyediaan dan penerbitan).

Penerbitan (Makalah Dalam Prosiding)

1. Izziah Suryani Binti Mat Resad @ Arshad, Ermy Azziaty Binti Rozali, Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. Kepentingan Bidang Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia Dalam Pembinaan Modal Insan dan Jati Diri Masyarakat Islam di Malaysia. Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM 2011.

2. Izziah Suryani Binti Mat Resad @ Arshad, Ermy Azziaty Binti Rozali, Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. The Importance of Learning Islamic History and Civilization of Malaysia in the Building of Human Capital and Identity of the Muslim Society in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences 00 (2011) 000-000 (Dalam Proses Penerbitan)

3. Mohd Khairul Nizam Mat Yusoff, Ermy Azziaty Rozali & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. 2011. Sejarah masjid Kampung Laut dan peranannya terhadap masyarakat Melayu.Prosiding Simposium Isu-Isu Sejarah dan Tamadun Islam (SISTI 2011)

4. Hanif Md Lateh @ Junid, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Ermy Azziaty Rozali,. 2011. Sejarah Perkembangan Undang-undang Islam di Johor. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara.

Modal Insan (Sarjana)

1. Mohd Azrin Bin Wahid. 2012. Kesan Penjajahan Jepun Ke Atas Masyarakat Islam Di Selangor. Disertasi Sarjana. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Sedang Maju)


2. Nurul Atiqah Binti Jamalludin. 2012. Peranan Hj. Abdullah Bin Hj.Sijang Dalam Perkembangan Pentadbiran Islam Dan Dakwah, Di Negeri Sembilan. Disertasi Sarjana. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Sedang Maju)

3. Mohamad Khairul Izwan Bin Rifin. 2012. Peranan Institut Korporat Dalam Pelaksanaan Waqaf Di Malaysia: Satu Kajian Dari Sudut, Perspektif Sejarah.. Disertasi Sarjana. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Sedang Maju)\

4. Mohamad Khairul Nizam Mat Yusoff. 2013. Hubungan Kelantan-Champa Dari Aspek Sosial dan Agama. Disertasi Sarjana. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Sedang Maju)

Modal Insan (Sarjanamuda)

1. Nurul Huda Binti Ab Ghani. 2011. Pengaruh Islam Ke Atas Adab Dan Cara Berpakaian Masyarakat Melayu Sebelum Kedatangan Barat Di Tanah Melayu Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2. Nurul Ziana Binti Abdullah Sani. 2011. Peranan Dan Sumbangan Syed Syeikh AlHadi Dalam Pembaharuan Islam Di Tanah Melayu. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Norhafizah Binti Jaafar. 2012. Pengaruh Asing Dalam Senibina Masjid Di Melaka Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Sedang Maju)

4. Noorazlina Bt. Bolhassan. 2012. Perkembangan Islam Di Sarawak: Halangan Dan Cabaran. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Sedang Maju)

5. Muhammad Zahir Bin Ismail. 2012. Kitab Thamarat Al-Muhimmah Dan Pemikiran Politik Melayu, Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Sedang Maju)

PERBELANJAAN

Maklumat Kewangan Penyelidikan

Kod Penyelidikan : PTS-2011-110
Sehingga Tarikh : 19/03/2012
Jumlah Pembiayaan : RM 12,000.00
Jumlah Peruntukan Diterima : RM 12,000.00
Baki Belum Terima : RM 0.00
Jumlah Perbelanjaan dan Komitmen : RM 5,700.00
Peratus Guna Berbanding Jumlah Pembiayaan : (Jumlah Perbelanjaan + Jumlah Komitmen)
Jumlah Pembiayaan
X 100
: RM 5,700.00
RM 12,000.00
X 100
: 47.50 %

Perbelanjaan Belum dituntut

1. Bayaran Terjemahan Artikel untuk Procedia: RM1000.00
2. Tuntutan Perjalanan UKM-Penang-UKM: RM0600.00
Jumlah: RM1600.00

RUJUKAN

Andaya, Barbara Watson. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling jaya: Macmillan.

Abdullah Ishak. 1992. Islam di Nusantara, khususnya di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Bahagian hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Abdul Rahman Hj Abdullah. 2006. Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: karisma Publications.

Dusuki Haji Ahmad. 1980. Islam di Malaysia: Kebangkitan dan Masa Depan. Petaling Jaya: al-Hilal

Mahayudin Haji Yahya. 1998. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia(1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Muhammad Yusoff Hashim. 1992. The Malay Sultanate of Malacca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Panduan Prasiswazah Fakulti Pengajian Islam. 2010. Bangi: Fakulti Pengajian Islam

Roff, William R. 1994. The Origin of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Sumber:
http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings%202012/18%20Izziah%20Suryani.pdf
.

Tiada ulasan: