Selasa, 19 Disember 2017

6729. Cikgu Azizan dilepas tanpa dibebas.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS. Al 'Imran 3:185) 

Tuesday, December 19, 2017 
Tiada dendam. Saya doakan dia berjaya. 
Baca juga Sama-sama kita HADAM. 
Foto: BH
SEREMBAN: "Saya maafkan anak murid itu dan keluarganya. Saya doakan dia berjaya pada masa depan dan menjadi anak yang baik,". 

Cikgu Azizan atau Azizan Manap, 44, tenang mengungkap kata-kata itu sejurus dilepas tanpa dibebas di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu. 

Beliau yang berkemeja biru dan kelihatan sebak ketika ditemui pemberita, berkata kes itu tidak menjejaskan semangatnya untuk terus mendidik anak bangsa. 

"Saya tidak berdendam dengan sesiapa dan menganggap semua anak murid sebagai anak saya sendiri. 

"Saya akan terus mengajar seperti biasa. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan selama ini," katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini, hari ini. 

Lebih 300 orang yang menyokong Cikgu Azizan termasuk guru dan penduduk sekitar Taman Semarak, Nilai, hadir sejak jam 8 pagi. 

Yang turut hadir, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak dan Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Md Fakarudin Ab Rahman. 

Terdahulu, Majistret Mohd Zaki Abd Rahman, membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan. 

Mengikut pertuduhan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak, Nilai itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu. 

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini, Oktober lalu, dan hari ini sepatutnya menjadi hari pertama proses perbicaraan. - Berita Harian


Sumber: http://wak-labu.blogspot.my/2017/12/tiada-dendam-saya-doakan-dia-berjaya.html
seorang perempuan.
.


Rupa-rupanya dugaan Cikgu Azizan belum berakhir. 

Keluarga seorang murid yang ditampar guru lelaki Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai di Negeri Sembilan bercadang memfailkan saman terhadap guru tersebut kerana mencederakan anak mereka, lapor media tempatan. 

Ibu murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 45, dipetik Utusan Online sebagai berkata, mereka terkilan dengan keputusan mahkamah melepaskan guru tersebut, Azizan Manap atau Cikgu Azizan, namun menimbang untuk mengemukakan saman sivil selepas ini. 

Katanya, mereka mempunyai bukti kecederaan serius dialami anak bongsu daripada lima beradik tersebut termasuk gambar dan laporan perubatan, petik laporan itu. 

"Pipi anak saya merah (cedera) manakala telinganya berdesing akibat ditampar. Pegawai perubatan yang merawatnya juga mencadangkan supaya membuat laporan polis kerana kecederaan itu. 

"Kami akan dedahkan semua bukti berhubung kecederaan itu dalam sidang akhbar yang akan diadakan esok," katanya dalam laporan itu. 

Mas mendakwa, pihak sekolah tidak pernah memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa anak mereka mengalami masalah disiplin selama ini. 

"Kami hanya tahu anak kami dikatakan ada masalah disiplin selepas kejadian dia ditampar oleh cikgu berkenaan. Itu pun selepas kami bertanya mengapa tampar anak kami sampai begitu sekali," katanya, dipetik laporan itu. 

Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, pada Oktober lalu. Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik. -malaysiakini 

Sumber:
http://gigitankerengga.blogspot.my/2017/12/rupa-rupanya-dugaan-cikgu-azizan-belum.html
.

Dengan izin Allah, power seorang guru...  “Aku xhalal ilmu aku untuk dia....” tengok melingkup tak anak orang tuuu..... senjata terakhir seorang guru.
.

Tiada ulasan: