Jumaat, 22 Disember 2017

6747. Bila cinta dunia - itulah yahudi dan gerakannya mahukan.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Cinta dunia buat jiwa kita terbelenggu. - Amanah semakin terpinggir.

Yahudi laknatullah gariskan beberapa fahaman dalam mentadbir negara sebagai ganti Pentadbiran cara Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan Empat Sahabat Baginda SAW.. 

Antaranya fahaman Demokrasi dan Kominis. Dengan amalan sedemikian rakyat dan pemimpin akhirnya akan berpegang kepada Cinta Dunia. Bila cinta dunia Pemimpin suka kemewahan, suka nama, suka kemegahan dan bahasa pun dah xberapa molek atau dah xindah. 

Sikap amanah sudah terkeluar dari kamus kehidupan. Sedangkan jika mereka Islam dan menjadi pemimpin Amanah adalah sandaran dengan kekuatan takutkan Allah setelah diberi amanah. 

Mengapa penjajah british mengekspot oranng-orang China dan India ke Tanah Melayu? 

Alasan awalnya ialah India boleh bekerja di ladang getah dan buruh China boleh bekerja di lombong bijih timah. Kononnya Melayu malas. Momokan mereka si penjajah dan pendatang asing waktu itu. Kedatangan mereka sudah tentu membawa budaya kongsi gelap dan pemabuk serta anutan kepercayaan bangsa masing-masing. Sama seperti kedatangan tenaga kerja Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Thailand, Afrika dan sebagainya., ke Malaysia dewasa ini. 

Mengimbau sejarah kepartian di Tanah Melayu. 

Sudah tentu kedatangan mereka memberi kesan kepada Melayu di Tanah Melayu waktu itu. Antaranya Pengharaman Pertubuhan, Parti, Kesatuan dan Persatuan yang berteraskan Islam oleh penjajah British. Pemimpin Islam dipenjarakan. Pemenjaraan tidak terikat kepada Parti yang boleh ikut telunjuk Penjajah British. Akhirnya pejuang menentang penjajah yang sebenar, tiada nama dalam sejarah Malaysia sebab mereka Islam. Sebab mereka berjuang menentang penjajah di dalam hutan bersama kominis setelah pertubuhan Islam diharamkan. Itu pilihan mereka waktu itu. 

Berbeza dengan orang Melayu yang cenderung kepada Islam dalam perkumpulan, mereka telah British sediakan Parti masing-masing iaitu MIC dan MCA. Bila tuntut merdeka, dua bangsa itu jadi syarat. Terima sebagai rakyat Tanah Melayu, baru boleh merdeka. 

Menariknya menerima mereka sebagai rakyat Tanah Melayu tanpa syarat. Cuba kaji syarat bangsa asing untuk jadi Rakyat Indonesia sebagai satu perbandingan. Antaranya nama pun nama Indonesia dan tiada pemilikan tanah jika kalian bukan warga asal Bangsa Indonesia. 

Perancangan tersembunyi. 

Untuk mengekang Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang diperintah secara Islam, di masa depan, maka diambil dua bangsa ini sebagai rakyat Tanah Melayu., yang mejoritinya berlainan budaya dan kepercayaan. Cukuplah penjajah beri sekadar Islam sebagai Agama Rasmi. Usia 18 sudah boleh tukar agama. Nauzubillahminzalik. 

Berlainan pula dengan Indonesia yang menghalalkan Islam bernikah dengan kristian. Pun kalau diperhalusi ada perangkap dakyah yahudi laknatullah jua. AStaghfirullahalazim.

Singapura berkerajaan sendiri selepas 1965. 

Negara itu di masa akan datang menjadi negara proksi bagi pengaruh yahudi dan seangkatannya. Yahudi akan bersatu dengan agama lain selain dari Islam untuk menentang Islam. Bila mereka sudah dapat kalahkan Islam dengan penganutnya terperangkap dengan cinta dunia, suka hayalan, suka hiburan, suka bermewah-mewah dan sebagainya, New World akan menjelma. 

Nusantara sebenarnya lubuk kebangkitan Islam era New World jaminan yahudi. Singapura akan menjadi negara sahabat mereka dan akan menunjukkan taringnya bila sampai waktunya. Indonesia dan Malaysia yang sama keturunan dan Islam., akan sentiasa dilaga-lagakan supaya tidak terbina kekuatan Islam untuk menentang mereka yahdui di masa depan. 

Bila New World terlahir maka itulah antara petanda Hari Kiamat semakin lebih hampir. Dajjal menjelma dan akhirnya Islam memerintah dunia sepenuhnya, sebelum Allah hancur leburkan alam semesta bila majoriti umat manusia lupakan Dia Allah Yang Maha Esa. 

Wallahualambissawab. 

💧Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam..karena Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia. (Qs.Hud : 15-16) 

💧  Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... Karena Allah sedang mencerahkan mata hati untuk  melihat Akhirat. (Qs.Al Isra:72) 

💧  Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita.... karena Allah sedang mengajarkan bahwa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan.. namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan. (Qs.Al Lukman : 22) 

💧  Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-gigi kita....karena Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam Tanah selamanya. (Qs.Ali Imran : 145) 

💧  Semakin bertambah usia semakin ditarik Nikmat kekuatan Tulang & Sendi kita....karena Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi Nyawanya akan di ambil... (Qs.An Nisa : 78) 

💧  Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita....karena Allah sedang ingatkan kain kafan yang putih. (Qs.Ali Imran : 185) 

💧  Begitu juga Hati kita...semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian...karena Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia... (Qs.Al-An'am : 32) Allahu Akbar.

Sama-sama kita beringat... 
.

Tiada ulasan: