Sabtu, 23 Disember 2017

6758. If kamu Islam mari kenali yahudi laknatullah - Tepat perhitungan, tepat kiraan astrologi mereka, maka peperangan akan dilancarkan tanpa kompromi.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)

ماشاءالله



سبحان الله



الله اکبر
Jadi apakah penyelesaiannya dan apakah tindakan kita terhadap keganasan Israel ini?

Kita mungkin beralasan bahawa kita tidak mungkin berperang jihad dengan Israel.

Pelikkan? Saudara kita dibunuh tetapi kita masih mencari-cari alasan dan sebab mengapa kita tidak dapat membantu mereka. Jika kita di zaman Khalifah Islam, kita mungkin akan segera menghantar tentera Islam menyerang Yahudi Israel itu serta-merta. SEBAB KITA HIDUP SECARA TERPECAH-BELAH BERDASARKAN GEOGRAFI DAN NEGARA. 

Cara hidup sekular juga melemahkan lagi pemikiran dan semangat kita. Hasilnya kita duduk berdiam diri atau paling hebat menjerit mengepalkan tangan berdemonstrasi. 

Ada yang memboikot barangan Yahudi-Amerika. Ini cara yang mungkin sedikit sebanyak berhasil dan saya setuju dengannya. 

INGAT!DI AKHIRAT NANTI, SEMUA UMAT ISLAM AKAN DIPERTANGUNGJAWABKAN ATAS PENDERITAAN PALESTIN DAN TEMPAT SUCI KETIGA ISLAM.

Jika anda tidak dapat berjihad, buatlah sesuatu seperti menderma atau memboikot barangan Yahudi-Amerika. Atau pun panjatkanlah doa pada Allah Yang Maha Belas Kasihan. 

Sebutlah nama-NYa yang Maha Agung dan katakan "Ya Tuhan Yang Maha Penyayang, Kasihanilah Mereka... Kasihanilah Mereka..." sekurang-kurangnya, ya...sekurang-kurangnya. 

Seperti kisah burung yang membawa titisan air untuk dijatuhkan ke dalam api besar yang marak membakar Nabi Ibrahim. Apabila burung itu ditanya berbaloikah usahanya itu, dia menjawab, "Setidak-tidaknya, di akhirat kelak aku dapat berhujah di hadapan Allah bahawa aku turut membantu semampuku memadamkan api yang membakar Nabi-Nya"


Jadi bantulah semampu anda, JANGAN BERPELUK TUBUH DENGAN SANTAI MENONTON TV DAN MEMBACA AKHBAR berisi kisah-kisah penderitaan Gaza tanpa sedikit simpati pun. Setelah membaca berita tentang kekejaman Israel, boleh pula membeli rokok Dunhill cap Israel buat menghantar wang membeli peluru untuk membunuh seorang kanak-kanak Islam Gaza. Ataupun berkepit-kepit dengan bukan mahram berjoget berdansa di disko-disko atau konsert.

Tunggulah jika Israel menghantar peluru berpandunya ke sini maka barulah sibuk hendak sembahyang dan terketar-ketar memegang AlQuran.

Peluru Israel tidak mengenal sama ada anda Melayu Pas, Melayu Umno, Melayu Liberal, Melayu Sekular, Melayu Indon, Melayu Malaysia, Melayu Jawa, Melayu Kedah, Melayu Kaki Masjid/Surau tidak... tidak sama sekali. 

Tepat perhitungan, tepat kiraan astrologi mereka, maka peperangan akan dilancarkan tanpa kompromi. 

Kita berada di akhir zaman.

Sampai masa segala harta, kereta, rumah dan perempuan tidak berguna. Masing-masing akan menyelamatkan diri masing-masing. JIKA ANDA TIDAK DAPAT MEMBANTU MEREKA, MAKA BANTULAH DIRI SENDIRI sebelum bala Allah tiba ke atas anda.

Dirikan solat lima waktu, bacalah AlQuran dan ingatlah Allah sentiasa.

Itulah cara kita berjihad menyelamatkan diri kita. JIKA ALLAH MAHU, PADA SAAT INI SUDAH HANCUR ISRAEL ZIONIS LAKNAT ITU tetapi adakah kita tahan diuji? Tanya diri sendiri mengapa ini terjadi. Setiap seorang tidak akan terlepas.

Allah Maha Bijaksana adalah amat rapi perhitungannya.
Editan dari sumber asal, untuk tujuan yang baik jua, untuk Allah dan kerana Allah.
http://mistisfiles.blogspot.com/2009/01/temubual-sempena-serangan-israel-ke.html
http://warisansunankalijaga.blogspot.my/2010/10/mistik-melayu-vs-mistik-yahudi.html
.

Tiada ulasan: