Selasa, 26 Disember 2017

6778. Musuh dalam selimut di sekeliling kita. Part One.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)

ماشاءالله



سبحان الله



الله اکبر

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Kiriman ini mengandungi dua huraian tentang sikap sangkaan kita dan kesannya dalam kehidupan. Juga dipaparkan satu kisah tentang musuh dalam selimut. Bismillah. 

Dalam kehidupan seharian Allah hendak kita bersangka baik. Allah telah bagitahu kita hamba-Nya, Dia akan follow apa sangkaan kita. Kata itu doa. (peceq.blogspot.my)
BENARKAH ALLAH MENGIKUTI SANGKAAN HAMBANYA?

Kita seringkali membenarkan bahawa kita melangkaui satu langkah awal agar kita dibenarkan untuk memikirkan apa jua hal dan sangkaan. Kita memegang pada hadith qudsi iaitu:

“Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu”

Kita dimotivasikan untuk terus berfikiran positif namun ternyata pada masa yang sama jiwa kita seringkali tidak sama dengan positif tersebut.

Sehingga hari ini masih ramai motivator tidak menyelesaikan masalah utama ini iaitu positifnya sekadar di fikiran namun kekuatan dan semangat itu datang adalah dari hati.

Kita fokus kepada fikiran. Memprogram semula fikiran. Namun seringkali akhirnya fikiran kita akan terprogram kembali kepada level yang lama kerana hati kita belum diprogramkan dengan benar.

Ketika orang lain melihat minda bawah sedar adalah sangat hebat, saya meninggalkan kenyataan itu dengan mengatakan minda sedar lebih hebat (tanpa menafikan minda bawah sedar atau minda level mana semuanya hebat). Namun minda sedar yang bagaimana yang hebat? ADALAH…. MINDA ITU SEDAR KETIKA JIWA SEDAR KUAT PADA ALLAH.

Selama ini kita memahami fikiranlah yang mencorakkan hati. Fikiranlah yang akan membawa hati kita kepada kebahagiaan atau sebaliknya. Lalu kita berpegang kepada sangkaan yang dibuat-buat. Direka-reka dalam fikiran. Sedangkan sangkaan adalah sifat bagi hati.

Hadis Qudsi di atas bukanlah dirujuk kepada sangkaan yang ada dalam fikiran. Yang dimaksudkan dengan sangkaan itu adalah apa yang ada dalam hati kita.

Seseorang yang mampu berfikiran positif sebenarnya jiwa mereka sedia positif. Jiwa pakar motivasi atau yang lain sebenarnya sangat positif. Namun ketika mereka berkongsi semangat dengan kita, mereka seringkali berasakan yang positif adalah fikiran mereka. Sedangkan fikiran mereka positif AKIBAT daripada jiwa mereka yang sedia positif.

Seharusnya yang dikongsi adalah bagaimana untuk memPOSITIFKAN JIWA. Bukan dari fikiran kerana fikiran sekadar tercetus hasil dari ILHAM yang masuk ke dalam jiwa.

Ketika kita terfikir untuk makan, ia tidak bermula dari fikiran. Ia bermula dari ILHAM Allah yang diilhamkan masuk ke dalam jiwa kita lalu fikiran terjana. Kita berasa kita berfikir sedangkan kita difikirkan.

Kembali kepada hadis qudsi di atas, berhati-hati memahaminya jangan sampai kita memahami bahawa ALLAH MENGIKUTI APA YANG KITA SANGKAKAN atau dengan kefahaman kita sekarang ini… ALLAH MENGIKUTI APA YANG KITA FIKIRKAN. Akhirnya kita memahamai seolah-olah ALLAH AKAN MENGIKUTI SEGALA KEHENDAK KITA.

Ternyata ia mampu merosakkan akidah kita dengan menganggap Allah mengikuti KEHENDAK HAMBANYA.

Yang sebenarnya adalah, apa yang diilhamkan Allah kepada kita samada taqwa atau pun fujur (buruk), itulah yang akan diikuti oleh Allah. Bermakna Allah mengikuti kehendakNya ‘sendiri’ iaitu apa yang diilhamkan kepada kita.

LALU APAKAH YANG PERLU KITA LAKUKAN?
Sentiasa menyedari Allah, kembali kepadaNya setiap saat dan berusaha untuk kekal menjadi hamba yang sentiasa dipercayaiNya. Jalankan syariat, mengikuti perintah dan meninggalkan laranganNya samada suka atau pun terpaksa.

Di sini nanti pasti jiwa kita akan diILHAMKAN dengan ilham taqwa. Kita sentiasa memiliki prasangka yang baik. DAN YANG SEBENARNYA… KITALAH YANG MENGIKUT KEHENDAK ALLAH. Bukanlah sebaliknya.

Lalu MULALAH DARI YANG UTAMA yakni hati. Ketahuilah bahawa fikiran yang direka-reka tidak mampu menjadikan hati ini redha dengan Allah. Hanya jiwa yang sedar Allah akan menjanakan fikiran yang positif lalu seluruh diri jiwa dan fikiran akan redha dengan Allah. Kita diilhamkan dengan semangat, kreatif, inovatif, sentiasa inginkan kebaikan, kuat meninggalkan kejahatan, keburukan dan yang lainnya.

Semoga hari ini kita memahami makna hadis qudsi ini bahawa yang mengikuti adalah kita. Bukan Allah mengikuti apa yang kita fikirkan kerana sangkaan bukan terletak di fikiran tetapi di hati. Kita tidak terdaya mengubah hati kita melainkan Allah SWT yang mengubahnya. (fuadlatip.com
Sangkaan Allah kepada Hamba-Nya. 

Teks Hadis:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى ، فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى ، وَإِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً 
البخاري
Terjemah: 

Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari” (Sahih al-Bukhari, Kitab: at-Tauhid, Bab: Qaul Allah Ta’ala wa Yuhadzdzirukumullah Nafsah. Juz: 6, halaman: 2694, no: 6970. Penerbit: Dar Ibni Katsir. Al-Yamamah, Beirut, Lubnan. Cetakan ke-3, tahun: 1407H/1987M).

Syarh / Penjelasan:

Hadis ini merupakan penjelasan kepada ayat:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ


“(Oleh kerana itu), ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[1], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”. (Surah al-Baqarah, ayat 152). [1] Maksudnya: Aku limpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu.

Hadis ini adalah hadis Qudsi yang menjelaskan tentang balasan yang diberikan Allah swt kepada hamba-Nya yang sentiasa berzikir mengingati-Nya. Allah berfirman, “Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku”. Imam Badruddin al-‘Aini dalam kitab ‘Umdat al-Qari Syarh Shahih al-Bukhari menyebutkan tiga pendapat tentang makna kalimat ini:

Pertama, “Jika hamba-Ku itu menyangka bahawa Aku mengampuni dan memaafkannya, maka dia akan mendapatkan itu. Dan jika dia menyangka akan mendapatkan hukuman, maka dia pun akan mendapatkannya”.

Kedua, bahawa orang yang beriman pastilah berprasangka baik terhadap Allah swt, dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang selalu membalas amal perbuatannya.

Ketiga, “Aku Maha Kuasa untuk melakukan apa yang disangkakan hamba-Ku kepada-Ku”.
Imam al-Kirmani menjelaskan bahawa hubungan dengan Allah swt itu dibangun atas dasar dua perasaan; Rajaa’ (harap) dan Khauf (takut). Disini dijelaskan bahawa perasaan harap lebih diutamakan daripada rasa takut. Selalu berharap akan ampunan Allah swt dan selalu mengharapkan keredhaan-Nya, dengan ber-husnuzhon kepada-Nya.

“Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku”. Ertinya, pengetahuan Allah sentiasa bersama orang yang berzikir mengingati-Nya. Atau, “Aku sentiasa bersamanya sesuai dengan niatnya berzikir mengingati Aku”.

“Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku”. Maknanya, “Jika dia berzikir mengingati Aku dengan mensucikan-Ku dari segala sesuatu yang tidak layak bagi-Ku, maka Aku mengingatinya dengan memberikan balasan dan rahmat kasih sayang kepadanya”. Atau, “Jika dia berzikir mengingati Aku dengan mengagungkan-Ku, maka Aku mengingatinya dengan memberikan berbagai kurnia kepadanya”.

“Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka”. Maksudnya, jika manusia berzikir mengingat Allah dalam suatu kelompok, maka Allah membalasnya dengan kelompok yang lebih baik, iaitu para malaikat.

“Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”. Kalimah ini tidak dapat difahami secara tekstual, kerana semuanya mustahil bagi Allah swt Yang Maha Suci. Akan tetapi maknanya adalah bahawa Allah melebihi dari perbuatan hamba-Nya; satu jengkal dibalas satu hasta, satu hasta dibalas satu lengan. Dan berjalan dibalas dengan berlari. Ketaatan seorang hamba yang diwujudkan dalam bentuk zikir kepada-Nya, akan dibalas dengan balasan berlipat ganda.

Kesimpulan:

Hadis ini memberikan motivasi kepada orang-orang beriman agar sentiasa berzikir mengingat Allah swt dalam situasi dan apa jua keadaan sekalipun, merasakan kehadiran Allah swt dalam setiap gerak dan diamnya, merasakan dekatnya Allah swt saat bersendiri dan ketika bersama orang banyak, merasakan Ma’iyyatullah (kebersamaan) dengan Allah swt ketika senang mahupun susah. Sehingga saat senang tidak lupa diri dan hilang control, dan ketika susah atau ditimpa musibah tidak merasa putus asa, kerana merasakan adanya Dia Yang Maha Berkuasa sebagai tempat bersandar dan mengadu keluh kesah. Hadis ini juga mengajarkan kepada orang-orang yang beriman bahawa Allah swt selalu membalas lebih dari apa yang dilakukan manusia yang selalu ingin dekat kepada-Nya dan yang merindukan keagungan-Nya. Semoga kita termasuk hamba-hamba-Nya yang sentiasa berzikir mengingat-Nya, ameen…

Sebarkan... (fathulhanaf)

Universiti Kehidupan 233 – “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”


Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012. 
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini  lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…

“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang  menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim  dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi - Muhamad bin Abdullah
Putra Heights - 6 Disember 2012 jam 1.15 pagi
At (ustazamin.com)

.

Tiada ulasan: