Selasa, 26 Disember 2017

6779. Dendam berpanjangan Kristian Sepanyol terhadap Islam.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)


ماشاءالله



سبحان الله



الله اکبر
*
Dalam mana-mana perang mesti ada pembelot. Juga ketidak adilan penguasa. Aamiin.
*
España invade Brunéi

La Guerra de Castilla se inicia el 14 de abril de 1578. Los españoles tardaron dos días en ocupar la capital de Brunéi y a continuación conquistaron, el 16 de abril de 1578, Pengiran Seri Lela y Pengiran Seri Ratna. La ocupación de Brunéi duró 72 días.

Tras invadir Brunéi, los españoles destruyeron la capital y quemaron su mezquita. Desprovistos de residencia, el sultan Saiful Rijal y el sultan de Paduka Seri Begawan, Abdul Kahar, juntamente con los soldados que lograron sobrevivir, huyeron a Meragang y, más tarde, A Jerudong. En Jerudong, trazaron un plan para expulsar a los españoles de Brunéi. 

A pesar de la falta de armas, los soldados de Brunéi, liderados por Bendahara Sakam, lograron derrotar a los españoles y los expulsaron de Brunéi el 26 de Junio de 1578.

Sin embargo, Penigran Seri Lela murió en Belait, a la vez que Penigram Seri Ratna murió en Bukit Jambu, en batalla.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Terjemahan oleh google translate:

Brunei menyerang Sepanyol

Perang Castile bermula April 14, 1578. Sepanyol mengambil masa dua hari untuk menduduki modal Brunei dan kemudian memenangi 16 April, 1578, Lela dan Pengiran Seri Pengiran Seri Ratna. Pendudukan Brunei selama 72 hari.

Selepas menyerang Brunei, Sepanyol memusnahkan modal dan dibakar masjid baginda. Dilucutkan kediaman, Sultan Saiful Rijal dan Paduka Seri Begawan Sultan, Abdul Kahar, bersama-sama dengan anggota tentera yang terselamat, melarikan diri ke Meragang dan, kemudian, Jerudong. Di Jerudong, beliau merangka rancangan untuk mengusir Sepanyol dari Brunei.

Walaupun kekurangan senjata, askar Brunei, diketuai oleh Bendahara Sakam, berjaya mengalahkan Sepanyol dan diusir pada 26 Jun 1578.


Walau bagaimanapun, Pengiran Seri Lela Belait meninggal dunia, manakala Pengiran Seri Bukit Ratna Jambu meninggal dunia dalam peperangan.
*

Dendam berpanjangan Kristian Sepanyol terhadap Islam dan kesannya kepada Islam Nusantara melalui Perang Kastila: Melayu menentang Sepanyol. Tewas Islam Melayu kerana adanya watak pembelot. Nauzubillahminzalik. 


Persoalannya apakah jurnal ini ditulis dengan penuh kejujuran kerana pengarangnya bukan Islam. Apa pun kita harus berwaspada agar tidak terjebak dengan sebarang tipu daya dan propaganda. In Syaa Allah Allah melindungi kita. 


PERANG KASTILAN: MELAYU VS SEPANYOL

Jurnal Muzium Brunei  1986 sebuah artikel yang ditulis oleh John S Carroll bertajuk"Francisco de Sande's Invasion of Brunei in 1578: An Anonymous Spanish Account" 

Jurnal ini menegaskan mengenai satu sumber berbentuk dokumen yang menceritakan tentang peristiwa perang Kastilan. Perang ini adalah perang yang memberi pengajaran kepada orang-orang Sepanyol Kristian bahawa orang Islam Melayu bukanlah selemah orang-orang Aztec yang berjaya mereka tawan dengan mudah.

Zaman kegemilangan Brunei berterusan setelah kewafatan Sultan Bolkiah pada tahun 1524 yang dianggap sebagai bapa kemakmuran kesultanan Brunei. Penggantinya Sultan Abdul Kahar juga telah berjaya meluaskan kawasan jajahan takluk Brunei sehingga ke seluruh pelusuk pulau Borneo, Palawan, Sulu, Balayan, Mindoro, Bonbon, Balabak, Balambangan, Bangi, Mantanai dan Luzon. Dengan pesatnya pembangunan dan perdagangan di Brunei maka semakin ramai para pedagang Brunei yang berdagang keluar sambil menyebarkan agama Islam sehingga ke kepulauan Filipina. Pada masa tersebut Brunei dikenali sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal di sebelah timur Laut Cina Selatan. 
Istana sultan Brunei di kampong Ayer
Sejak pada peringkat awal kedatangan Sepanyol lagi Brunei telah dilihat mereka sebagai sebuah kerajaan yang besar dan kuat. Oleh sebab itulah ketika Ferdinand Magellan mula-mula sampai di Brunei mereka tidak berani untuk berbuat apa-apa sebaliknya mengalihkan pandangan mereka ke pulau Luzon untuk bertapak. Kedatangan Sepanyol di rantau ini dilihat oleh sejarawan sebagai satu misi keagamaan untuk menyebarkan ajaran Kristian lebih daripada tujuan untuk menguasai ekonomi. Kita dapat lihat bahawa gereja Katolik memainkan peranan yang besar dalam ekspedisi mereka.  

Dalam usaha mereka untuk menyebarkan ajaran Kristian inilah mereka melihat Brunei sebagai batu penghalang yang paling besar sekali. Hal ini adalah disebabkan Brunei adalah sebuah kerajaan Islam dan banteng kuat agama tersebut yang juga bersifat agama dakwah seperti kristian yang cuba disebarkan Sepanyol. Mereka berpendapat Islam adalah sama seperti barah yang merebak dan merbahaya serta perlu dihapuskan segera.

Menurut dokumen yang ditemui di Archivo General de Indias in Seville yang berada di Sepanyol, Kampong Ayer yang terletak di pelabuhan Brunei adalah sangat besar. Menurut mereka, kawasan tersebut adalah yang terbesar pernah dilihat mereka dan dikatakan anggaran rumah penduduk disitu lebih kurang lima ke enam ribu buah termasuk rumah-rumah kaum bangsawan dan kerabat diraja yang besar-besar dan mewah. Apa yang lebih menarik, dokumen tersebut turut menyatakan bahawa terdapat sistem penyaliran air bersih yang teratur dan agak canggih di perkampunya air ini. Dikatakan bahawa setiap rumah mempunyai sumber air bersih dari kawasan bukit atau gunung di daratan yang disalurkan dengan paip-paip. Air ini disalurkan kebawah rumah mereka dan akan diangkut dengan bejana atau buluh apabila mereka hendak menggunakannya. 
Rumah-rumah di kota Brunei atau Kampong Ayer dibina dengan lorong-lorong dan jalan yang lurus. Setiap lorong ada namanya dan setiap lorong ada jalan untuk keluar sama seperti sistem jalan yang ada di daratan. Di kawasan darat berdekatan kaki bukit wujud lembah-lembah yang subur dan ditanam dengan tanaman kelapa dan dusun buah-buahan.

Dokumen ini turut menyentuh tentang masjid yang terdapat di Kota Brunei.  Masjid tersebut diperbuat daripada kayu tetapi ianya sangat tinggi dan besar. Dikatakan masjid ini ada lima tingkat namun sejarawan berpendapat yang bertingkat adalah bumbungnya sahaja seperti sebahagian besar masjid di seluruh nusantara. Mengenai raja atau sultan pula dinyatakan bahawa baginda mempunyai lebih dari satu istana dan gudang-gudang tempat menyimpan senjata dan harta bendanya. Istananya dihias cantik bersepuh emas dan beratap jubin. Disebut juga tentang koleksi kitab-kitab milik sultan

Selain dari bermatlamat untuk menyebarkan Kristian mereka juga bermatlamat untuk mengembangkan pengaruh dan prestij Raja Sepanyol. Tambahan lagi melalui surat yang dihantar kepada Sultan dapat dilihat bahawa mereka dengan sombong mengatakan bahawa rakyat Brunei adalah barbarik dan perlu ditamadunkan dengan cara barat. 
Seperti yang telah diketahui, titik tolak kepada konflik diantara sepanyol dan brunei ini berkisar atas sepucuk surat yang ditulis oleh Dr Francisco de Sande untuk sultan. Antara kandungan surat ini adalah ia mendesak Sultan Saiful Rijal supaya tidak menghantar pendakwah-pendakwah Islam ke kepulauan Filipina dan Borneo lagi dan membenarkan paderi katolik masuk menyebarkan Christian di Brunei.  Kandungan surat tersebut turut menghina agama Islam dengan mengatakan bahawa agama Islam adalah agama sesat yang jahat dan agama Kristian adalah agama yang sebenar. 

Setelah membaca kandungan surat yang angkuh ini Sultan Saiful Rijal berasa amat marah dan terhina lalu mengoyak-ngoyakkan surat tersebut. Bagi Sultan Saiful Rijal, penghinaan pihak Sepanyol terhadap agama Islam adalah sesuatu yang amat biadap. Jika kita membaca penulisan dari sejarawan barat tentang perkara ini akan kita dapati bahawa mereka menggambarkan yang Sultan Saiful Rijal bertindak agressif tanpa sebab musabab yang munasabah. Sebaliknya sekarang kita tahu mengapa sultan begitu marah dengan Sepanyol, ia adalah kerana Sepanyol dengan terang-terangan menghina Islam.

Brunei tidak sesekali berpeluk tubuh sahaja dalam hal ini. Tindakan Sepanyol menyerang kaum muslimin di Filipina seperti di Luzon dan Sulu dan Cebu adalah suatu ancaman dan penghinaan terhadap kedaulatan Brunei sendiri. Hal ini adalah kerana keluarga diraja Sulu dan Luzon adalah bersaudara dengan mereka. Akhirnya ketegangan yang berlaku diantara kerajaan Brunei dan Sepanyol ini membawa kepada peperangan yang terkenal dengan panggilan Perang Kastilan.

Ianya bermula Pada tahun 1564 apabila angkatan Sepanyol yang diketuai oleh Miguel Lopez de Legazpi telah berlayar ke Pulau-pulau di Filipina melalui lautan Pasifik dan tiba di Cebu pada 13 Febuari 1565. Pada mulanya, mereka tidak dapat mendarat di Cebu kerana tentangan pahlawan Islam Cebu. Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke Mindanao dan mendapat tentangan daripada pahlawan Islam di sana pula. Dalam keadaan terdesak pada 27 April 1565 mereka berpatah balik ke Cebu dan menyerang Cebu semula. 
Cebu akhirnya dapat ditundukkan, kemudian, mereka bergerak ke Luzon. Dalam tahun 1570 Legazpi telah Cuba menduduki Manila yang diperintah oleh Raja Sulaiman yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan Brunei tetapi tidak berjaya. Pada tahun 1571 Sepanyol datang lagi ke Manila dan menyerangnya. Raja Sulaiman mempertahankan wilayah Islam Manila dengan hebatnya namun baginda akhirnya telah syahid di dalam pertempuran yang berlaku pada 3 Jun 1571 itu. 

Pada tarikh tersebut de Legazpi berjaya menduduki Manila dan mengisytiharkan bahawa Manila sebagai pusat pemerintahan Spanyol di timur. Keturunan Raja Sulaiman beberapa kali cuba menawan kembali Manila tetapi tidak berjaya. Seperti halnya di Manila, bermula dari situ, maka satu persatu wilayah Islam Filipina ini dihapuskan.

Pada Mac 1578, Dr. Francisco De Sande Kapten Sepanyol di Manila bertolak ke Brunei dengan 40 kapal perang yang diketui oleh kapal Santiago. Ia sampai ke perairan Brunei dan mengutuskan surat kepada Sultan Saiful Rijal meminta baginda menerima pederi Kristian. Baginda bertegas untuk tidak menerimanya. Baginda tidak mahu mengalah kepada musuh Islam yang nyata. Hasilnya, pada 14 April 1578 de Sande melanggar Brunei. Dengan serta merta armada Brunei membedil kapal-kapal perang Brunei yang sebanyak 50 buah secara tiba-tiba. 

Askar-askar Brunei yang tidak bersedia tidak dapat berbuat apa-apa apabila armada mereka hangus terbakar dan tentera Sepanyol menyerang kampong air. Istana sultan akhirnya dapat ditawan dan semua harta benda sultan dan penduduk dijarah mereka. Namun sultan dan para pengikutnya berjaya melarikan diri ke Jerudong. Setelah ke Jerudong sultan kemudian berpindah pula ke satu tempat dinamakan Pulau Raja. Bendahara Sakam yang mengiringi Sultan kemudian kembali ke Brunei dan menghimpunkan pahlawan-pahlawan Islam.

Dalam catatan barat ada disebut bahawa mudahnya serangan terhadap Brunei oleh Sepanyol adalah disebabkan oleh pembelotan dua orang pembesar Brunei yang tidak berpuas hati dengan Sultan. Namun perkara ini tidak dapat disahkan sepenuhnya walaupun ada catatan Sepanyol mengenainya. Pada 1578, Pengeran Bendaraha Sakam memimpin serangan kembali ke Brunei dengan lebih daripada 1000 orng pahlawan. De Sande dapat dikalahkan dan lari meninggalkan Brunei. Pasukannya dikejar sehingga ke Nausung (Sabah). Pada peringkat ini ada dua versi sejarah yang bertentangan.

Dalam catatan Sepanyol pihak Sepanyol tidak menyebut langsung mengenai serangan balas yang dilakukan oleh Bendahara Sakam tersebut sebaliknya tentera Sepanyol dikatakan terpaksa kembali ke Manila dan meninggalkan Brunei kerana mereka keracunan air dan mendapat penyakit taun dan cirit-birit yang teruk sehinggakan ramai diantara tentera mereka mati.  Namun dalam sejarah tempatan kisah Bendahara Sakam ini memmang tidak asing lagi. Persoalannya adakah pihak Sepanyol sengaja menutup kisah yang sebenar untuk mengelak daripada menanggung malu kerana kekalahan mereka di tangan kaum yang dianggap tidak bertamadun? Atau mereka memang mati cirit-birit? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda fikirkan.

Sebelum mereka meninggalkan Brunei pihak Sepanyol yang berasa marah dan geram tersebut dengan sengaja telah membakar Masjid agung Brunei. Mereka membakar masjid dan memusnahkan Makam Sultan Bolkiah. Banyak harta rakyat dan Sultan diambil sekali. Pada 4 Mac 1579 Sepanyol datang lagi diketuai oleh Kapten Don Juan Arce de Sadornil. Walaubagaimana pun akhirnya mereka berundur kerana melihat pertahanan muslim Brunei yang sekali-kali tidak pernah mahu mengalah walau hanya menerima paderi di bumi Brunei. Brunei kali ini memang telah bersedia dengan angkatan mereka. Hal ini menggerunkan sepanyol.

Berikutan kekalahan de Sande di Brunei, dia memerintahkan Kapten Estaven Rodriguez de Figure meneruskan perjalanan ke Sulu dan menawan Sulu agar dapat menyekat pengaruh Islam dari Brunei. Serangan ke atas Sulu berjaya apabila Raja Sulu menyerah diri kepada Sepanyol. Kemudian de Sande memerintahkan agar armada ini menawan Mindanao. Tujuannya adalah untuk melemahkan kerajaan-kerajaan di sekitar Brunei dan pengaruh Islam yang dipimpinnya dan seterusnya meneruskan operasi dakwah Kristian. 

Kapten Estaven Rodriguez tidak mampu untuk menundukkan Mindanao yang lebih hebat dipertahankan oleh orang-orang Melayu Islam disana. lalu dikirimkan pula Panglima baru iaitu Kapten Gabriel de Revira pada 1579. Apa yang berlaku di Brunei turut berlaku di Mindanoa. Mereka membakar masjid Mindanao. Hal ini menunjukkan betapa bencinya orang-orang Sepanyol terhadap Islam. Di Mindanao Sultan Dimansaky menentang Sepanyol. Pada peringkat awal Sultan terpaksa berundur ke pendalaman. Pada kurun ke 17, Sultan Kudrat pula mengetuai muslimin di Mindanao. 

Sepanyol silap di dalam menilai orang Brunei. Padanya ia selemah orang Manila yang setelah ditawan terus dapat menerima telunjuk Sepanyol termasuk penyerapan paderi dan agama Kristian. Tetapi rupanya, kebangkitan pahlawan Brunei berterusan sehingga terusirnya Sepanyol dari bumi Brunei. Saya memetik kata-kata Ustaz Amin, ‘Apa yang terjadi kepada Brunei dan apa jadi pada Manila dan Sulu? Brunei tetap mengekalkan keadaan Islamnya tetapi Manila hanya tinggal sejarah’. Kenapa Brunei boleh bertahan? Ini kerana, sejak awal mereka tidak mengizinkan langkah pertama, tidak menyerah walau sejengkal, tidak berganjak walau sedikiti pendirian mereka.

Pada tahun 1586 kerajaan Sepanyol di Manila serta ahli-ahli penasihat kerajaannya telah mengutuk tindakan yang dilakukan oleh De Sande. Kerajaan Sepanyol telah mengarahkan agar segala harta benda, kapal-kapal dan senjata-senjata api yang dirampas semasa penyerangan Brunei dipulangkan kembali kepada kerajaan Brunei dan satu dekri telah dikeluarkan agar De Sande berserta konco-konconya membayar ganti rugi. 

Tindakan kerajaan Sepanyol ini masih menjadi tanda tanya. Adakah ia benar-benar dilaksanakan atau hanya diatas kertas sahaja. Jika ianya benar ini membawa maksud bahawa kerajaan Sepanyol mengiktiraf kedaulatan kerajaan Brunei dan takut sekiranya permusuhan dengan Brunei akan merugikan mereka kelak. 

Hal ini dapat dibuktikan apabila beberapa tahun kemudian satu delegasi secara aman dari kerajaan Sepanyol di Manila telah dihantar ke Brunei bagi membincangkan hal ehwal perdagangan diantara kedua buah kerajaan. Sekian wallah hu a’lam.

Kredit kepada : Rozlan Yusouf dan Ustaz Amin
Tulis semula dari 
http://lokalgenius.blogspot.my/2012/12/perang-kastilan-melayu-vs-sepanyol.html
http://donlenguas.blogspot.my/

Pertelingkahan antara pembesar Melayu Brunei yg membolehkan Sepanyol masuk jarum.
Puncanya adalah kedua-dua pengiran tersebut menjodohkan anak masing-masing dan pada malam bersanding pengantin perempuan dilarikan oleh Bendahara Sakam yang merupakan adik kepada Sultan Saiful Rijal. Sultan Saiful Rijal memberikan pengampunan kepada adindanya dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka.

Pengiran Seri Lela dan Pengiran Seri Ratna adalah dua pembelot yang membantu Tentera Sepanyol. Cara Bantuan mereka mudah sahaja... membenarkan kapal-kapal sepanyol melepasi masuk daripada kawalan tentera laut yang berada di Teluk Brunei (Mungkin dengan menyuap pengawal ataupun pengawal pintu masuk tersebut adalah pengikut mereka). Oleh itu mereka dengan mudah menyerang Bandar Brunei ketika itu.

Orang Brunei telah meracun bekalan air Tentera Sepanyol dan apabila Tentera musuh jatuh sakit pada masa itulah Angkatan Tentera yang Dipimpin Bendahara Sakam Menyerang Balas...
Selepas perang Kastila tersebut, Sultan Saiful Rizal telah bersiap sedia bagi serangan Sepanyol selanjutnya. Baginda telah memperkuat Kota Brunei dengan menempah meriam-meriam yang lebih besar yang diperbuat daripada tembaga dan juga besi. Kawalan masuk ke Kota Brunei juga diperketatkan dan dibekalkan kelengkapan Perang yang canggih. Apabila Pihak Sepanyol mengetahui kekuatan Brunei setelah perang Kastila mereka tidak berani lagi menyerang Brunei malah menukar haluan untuk bersahabat dan berdagang.
----------------------------
Satu Lagi Fakta menarik ialah semasa Sepanyol menawan Brunei Tentera Sepanyol telah menemukan beribu-ribu biji peluru (Meriam) berpuluh-puluh Senapang Patah (Swivel gun). Persoalannya tak digunakan? Orang Melayu lebih percaya Ilmu Batin (Kebal) daripada teknologi senjata ataupun mungkin tidak mahir menggunakannya sebab itulah mereka kalah pada mulanya...
jgn silap eh.senapang n meriam xdiguna kerana kurang bersedia. memang ilmu silat dan kebatinan org brunei tinggi, jauh kalah tomoi dan sami siam. Dan Brunei,ada byk Wali.

Alangkah sedihnya jika di kenang2 kn bila mane Manila di Kafirkan oleh Spanyol naseb mereka tiada siapa yg membela·······

Nusantara juga "berterimakasih" kepada Jepun dan Hitler kerana tanpa mereka, agak sukar melayu bangun semula. Kedua-duanya tewas dan Barat juga keletihan ekoran angkara Jepun dan Hitler. Yang untung adalah Melayu.

---------------------------------
cerita sejarah beginilah yang sepatutnya dipersembahkan kepada anak-cucu - fakta yg jelas ttg tujuan utama kedatangan zionis/jesuits - memaksa nusantara menerima ajaran kristian yg jelas menyeleweng juga semangat mahu menang oleh pahlawan2 melayu dr peringkat bangsawan hingga ke rakyat jelata juga bgmn ada masanya zionis/jesuits terpaksa mengaku kalah serta berputus asa dlm menghadapi serang-balas orang2 nusantara, juga terpaksa menerima kedaulatan sultan2 yg memerintah serta pegangan mereka kepada agama Islam yg suci

kedudukan geografi filipina yg terdiri dr banyak pulau mungkin menjadi salah satu faktor mengapa bahagian mereka mudah ditawan, namun brunei yg berada di tanah besar borneo mungkin menjadi asbab ia masih mampu bertahan disamping prinsip tidak akan membuka langkah pertama menerima paderi kristian itu

Namun duri dalam daging aka pembelotan dr dalam merupakan masalah utama dlm mana2 konflik serta kejatuhan sesebuah kerajaan pemerintah/raja/sultan tidak lepas dari kelemahan masing2 sebab itulah fungsi think-tank/pihak2 yg tidak berkepentingan/neutral menjadi terlalu amat penting dlm memberi nasihat/teguran membina kepada pemerintah

kejatuhan filipian kepada sepanyol dan kristian memang sungguh menyedihkan semoga keseluruhan filipina akan dapat kembali semula kepada agama yg benar di suatu hari nanti
------------------------------------------
as salam
sebagaimana agresifnya serta 'insist'nya sepanyol merayu kepada sultan brunei agar menerima paderi kristian, begitu jugalah agenda mereka masih berterusan sehingga kini

artikel ustaz amin yg pertama, mungkin ramai dari kita sudah membacanya semangat org2 kita sekarang sudah bercampur-aduk bila menerima berita seperti ini tidak seperti org2 dulu yg cukup tegas dan berani menyatakan pendirian dlm mempertahankan aqidah
“Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”

http://www.ustazamin.com/2012/12/universiti-kehidupan-233-agenda.html

artikel kedua dr ustaz amin menyatakan pendiriannya bhw beliau adalah benar dlm menyampaikan berita tersebut - tiada sebarang tujuan lain - hanya kerana sangat sayangkan iman dan islam anugerah dr Tuhan. sihir demokrasi benar2 sudah menjadi barah dlm tubuh badan mansyarakat kita namun tanah di sebelah sini masih dihuni oleh org2 yg masih kuat semangat juangnya membela agama spt ustaz amin termasuk juga cikgu-cikgi sejarah realiti di alam maya yg tidak jemu2 berkongsi ilmu kpd kita semua

“Respons Dari Pendedahan Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”

http://www.ustazamin.com/2012/12/universiti-kehidupan-234-respons-dari.html


Tulis semula dari 
http://lokalgenius.blogspot.my/2012/12/perang-kastilan-melayu-vs-sepanyol.html
.

Tiada ulasan: