Khamis, 28 Disember 2017

6800. Tiada sokongan Melayu maka meninggallah Umno.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)


ماشاءالله



سبحان الله



الله اکبر

Bismillahi Walhamdulillah. Tazkirah: Muhasabah diri sendiri untuk Allah dan kerana Allah. Ada kalangan rakyat/pengundi Malaysia, sekarang berpendirian umno yang perlukan rakyat/pengundi dan bukan rakyat/pengundi yang perlukan umno. - Dasar-dasar membandingkan negara ini dengan negara lain yang buat Malaysia di atas, sudah ketinggalan zaman. - Hal mengungkit jasa, lagi membuat sebahagian rakyat/pengundi meluat mendengarnya. Sebab di sebalik ungkitan itu sebenarnya Allah tunjukkan aib seseorang dan itulah pemuka-pemuka palsu dan pendusta. Tangan kanan bersedekah, jangan sampai tangan kiri tahu. - Menakut-nakutkan juga modal zaman berzaman dan menjadi ulang tayang di setiap PRU bagi sesetengah rakyat/pengundi. Apa lagi menimbulkan soal perkauman dan rasis. Rakyat/pengundi tahu mengapa penjajah british membawa masuk pendatang yang akhirnya menjadi rakyat negara ini tanpa syarat. Walau pun alasan jelas sebagai buruh ladang dan buruh lombong bijih timah. Di sebalik tabir ialah memecahkan domenasi majoriti Umat Muhammad beragama Islam di Tanah Melayu. Disamping menjadi langkah-langkah tersorok seperti Singapura yang menjadi bola yahudi di Nusantara dewasa ini. - Konsep ketuanan Melayu adalah jalan tanpa sedar yang sebenarnya cucukan jarum halus yang paling brutal demi menjauhkan diri kita dari TUAN kita yang sebenar iaitu Allah Subhanahuwatalla. - Sedar atau tidak hala tuju Melayu yang sepatutnya Islam Melayu dan bukannya Melayu Islam yang sekarang terpecah-pecah menjadi Melayu Bangsawan (Tidak boleh ditegur dan mempergunakan Melayu Bawahan), Melayu Bawahan (pendokong tegar Melayu Bangsawan), Melayu Yahudi dan Melayu Murtad. - Mahu lihat parti yang diberi amanah sebagai pemerintah itu amanah dan teguh atau tidak, lihat sahaja muka jalan raya utama di hadapan mata masing-masing. Selesa? Alahmdulillah dan sokonglah, asalkan tidak membawa rebah. Melambung-lambung? Alhamdulillah - berubahlah. - Mengapa sesebuah negara mendapat pemimpin yang bagus? Sebab rakyat jelata dekat dengan Allah. Selagi rakyat berbahasa kesat dan tidak mengamal perintah dan larangan Allalh, serupa itulah Allah hadiahi kita individu yang menjadi pemimpin kita. Jangan putus Solat dan berdoa untuk Allah dan kerana Allah. Astaghfirullahalazim. Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.


Huruf Pendaftaran Kenderaan: Umno dengan MIC xde dalam diari Malaysia. MCA ada PAS ada PKR ada DAP ...
Umno bukan lagi satu-satunya pembela Melayu, Najib ‘ditampar’ MB Negeri Sembilan
By Arianna -2017-08-2729

oleh Shahbudin Husin

Demi takut kehilangan kuasa dan tindakan undang-undang mungkin bakal menantinya jika tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Najib Razak adalah pemimpin paling kerap memainkan sentimen seolah-olah UMNO satu-satunya parti pembela kepada orang Melayu.

Antara kata-katanya ialah orang Melayu akan jadi bangsat jika UMNO kehilangan kuasa, di samping mereka juga didakwanya tidak lagi menjadi kaum yang akan diberi keutamaan di negara ini.

Seiring itu, ramuan menakut-nakutkan orang Melayu itu direncahkan lagi dengan gambaran kononnya selepas UMNO kehilangan kuasa, DAPlah yang paling berkuasa.

Beberapa pemimpin UMNO juga kerapkali mendendangkan lagu yang sama seolah-olah parti itu mesti dikekalkan berkuasa sehingga kiamat.

Advertisement

Sementara UMNO di bawah pemimpin sebelum ini dilihat lebih membela rakyat dan keinginan mengekalkan kuasa itu benar-benar untuk meneruskan kesinambungan terhadap pembangunan negara, sebaliknya hasrat Najib memastikan UMNO kekal berkuasa hanyalah untuk menyelamatkan dirinya semata-mata.

Hilang kuasa Najib sebagai Perdana Menteri, “bye byelah” segala-galanya.

Namun, kenyataan terbaru Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassanberkaitan Melayu dan UMNO benar-benar merupakan tamparan kepada Najib.

Kata beliau, UMNO tidak boleh lagi berpegang kepada falsafah bahawa orang Melayu memerlukan parti itu, tetapi sebenarnya UMNO yang lebih memerlukan sokongan Melayu demi kelangsungan hidupnya.

Orang Melayu kini sudah banyak pilihan seperti Pas, PKR dan Bersatu. UMNO tidak boleh terus leka dengan terus mengatakan orang Melayu memerlukan kita, kata beliau kata berucap merasmikan mesyuarat UMNO Sembrong, Johor.

Dengan gambaran itu, sebagai antara pemimpin cerdik yang tinggal dalam UMNO serta rekod kerjaya gemilang sebagai Pengarah Urusan Mercedes-Benz sebelum menceburi politik, ia dengan sendirinya menafikan kata-kata Najib sebelum ini.

Pertama, UMNO bukan lagi satu-satunya parti untuk orang Melayu dan Pas, PKR serta Bersatu juga adalah parti pilihan untuk mereka.

Yang kedua, bukan orang Melayu memerlukan UMNO, sebaliknya UMNO itu sendiri lebih memerlukan sokongan Melayu.

Dalam bahasa paling mudah, orang Melayu tidak mati, jauh sekali terbangsat jika tanpa UMNO, tetapi UMNO akan merempat dan mungkin ada pemimpinnya yang terpaksa masuk penjara kiranya orang-orang Melayu tidak lagi menyokong parti itu.

Ertinya juga, tidak menjadi kesalahan sama-sekali jika orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO kerana pilihan lain sedia terbentang sebagai alternatif, bahkan parti baru umpama kenderaan baru, tentunya lebih laju dan lancar perjalanannya dalam membawa bangsa dan negara menuju mercu kejayaan.

Yang tinggal sengsara dan derita bersama tiadanya lagi sokongan orang Melayu kepada UMNO hanyalah pendurjana, perompak, penyangak dan penyamun yang selama ini bebas menyalahgunakan kuasa atas kekuasaan yang dimiliki atas nama UMNO. – ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews sebagai laman penyebar berita.

Sumber: https://www.malaysiastylonews.com/170320/umno-bukan-lagi-satu-satunya-pembela-melayu-najib-ditampar-mb-negeri-sembilan/
.
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan
Silakan Klik untuk membacanya:

    1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
    2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
    3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
    4. Surat An Nisa' (Wanita)
    5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
    6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
    7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
    8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
    9. Surat At Taubah (Pengampunan)
    10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
    11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
    12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
    13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
    14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
    15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
    16. Surat An Nahl (Lebah)
    17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
    18. Surat Al Kahfi (Gua)
    19. Surat Maryam (Maryam)
    20. Surat Thaha (Thaahaa)
    21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
    22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
    23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
    24. Surat An Nur (Cahaya)
    25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
    26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
    27. Surat An Naml (Semut)
    28. Surat Al Qashash (Cerita)
    29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
    30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
    31. Surat Luqman (Luqman)
    32. Surat As Sajdah ((Sujud)
    33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
    34. Surat Saba' (Kaum Saba')
    35. Surat Fathir (Pencipta)
    36. Surat Yaasiin
    37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
    38. Surat Shaad
    39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
    40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
    41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
    42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
    43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
    44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
    45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
    46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
    47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
    48. Surat Al Fath (Kemenangan)
    49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
    50. Surat Qaaf
    51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
    52. Surat Ath Thuur (Bukit)
    53. Surat An Najm (Bintang)
    54. Surat Al Qamar (Bulan)
    55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
    56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
    57. Surat Al Hadid (Besi)
    58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
    59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
    60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
    61. Surat Ash Shaff (Barisan)
    62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
    63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
    64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
    65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
    66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
    67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
    68. Surat Al Qalam (Pena)
    69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
    70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
    71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
    72. Surat Al Jin (Jin)
    73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
    74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
    75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
    76. Surat Al Insaan (Manusia)
    77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
    78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
    79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
    80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
    81. Surat At Takwir (Menggulung)
    82. Surat Al Infithar (Terbelah)
    83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
    84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
    85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
    86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
    87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
    88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
    89. Surat Al Fajr (Fajar)
    90. Surat Al Balad (Negeri)
    91. Surat Asy Syams (Matahari)
    92. Surat Al Lail (Malam)
    93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
    94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
    95. Surat At Tiin (Buah Tin)
    96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
    97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
    98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
    99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
    100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
    101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
    102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
    103. Surat Al 'Ashr (Masa)
    104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
    105. Surat Al Fiil (Gajah)
    106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
    107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
    108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
    109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
    110. Surat An Nashr (Pertolongan)
    111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
    112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
    113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
    114. Surat An Naas (Manusia)

      ............................

      Tiada ulasan: