ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)
ماشاءالله
سبحان الله
الله اکبر
Bismillahi Walhamdulillah.
Tazkirah: Muhasabah diri sendiri untuk Allah dan kerana Allah.
Ada kalangan rakyat/pengundi Malaysia, sekarang berpendirian umno yang perlukan rakyat/pengundi dan bukan rakyat/pengundi yang perlukan umno.
- Dasar-dasar membandingkan negara ini dengan negara lain yang buat Malaysia di atas, sudah ketinggalan zaman.
- Hal mengungkit jasa, lagi membuat sebahagian rakyat/pengundi meluat mendengarnya. Sebab di sebalik ungkitan itu sebenarnya Allah tunjukkan aib seseorang dan itulah pemuka-pemuka palsu dan pendusta. Tangan kanan bersedekah, jangan sampai tangan kiri tahu.
- Menakut-nakutkan juga modal zaman berzaman dan menjadi ulang tayang di setiap PRU bagi sesetengah rakyat/pengundi. Apa lagi menimbulkan soal perkauman dan rasis. Rakyat/pengundi tahu mengapa penjajah british membawa masuk pendatang yang akhirnya menjadi rakyat negara ini tanpa syarat. Walau pun alasan jelas sebagai buruh ladang dan buruh lombong bijih timah. Di sebalik tabir ialah memecahkan domenasi majoriti Umat Muhammad beragama Islam di Tanah Melayu. Disamping menjadi langkah-langkah tersorok seperti Singapura yang menjadi bola yahudi di Nusantara dewasa ini.
- Konsep ketuanan Melayu adalah jalan tanpa sedar yang sebenarnya cucukan jarum halus yang paling brutal demi menjauhkan diri kita dari TUAN kita yang sebenar iaitu Allah Subhanahuwatalla.
- Sedar atau tidak hala tuju Melayu yang sepatutnya Islam Melayu dan bukannya Melayu Islam yang sekarang terpecah-pecah menjadi Melayu Bangsawan (Tidak boleh ditegur dan mempergunakan Melayu Bawahan), Melayu Bawahan (pendokong tegar Melayu Bangsawan), Melayu Yahudi dan Melayu Murtad.
- Mahu lihat parti yang diberi amanah sebagai pemerintah itu amanah dan teguh atau tidak, lihat sahaja muka jalan raya utama di hadapan mata masing-masing. Selesa? Alahmdulillah dan sokonglah, asalkan tidak membawa rebah. Melambung-lambung? Alhamdulillah - berubahlah.
- Mengapa sesebuah negara mendapat pemimpin yang bagus? Sebab rakyat jelata dekat dengan Allah. Selagi rakyat berbahasa kesat dan tidak mengamal perintah dan larangan Allalh, serupa itulah Allah hadiahi kita individu yang menjadi pemimpin kita. Jangan putus Solat dan berdoa untuk Allah dan kerana Allah.
Astaghfirullahalazim.
Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan
Silakan Klik untuk membacanya:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan