ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)
ماشاءالله
سبحان الله
الله اکبر
Lagi Skandal Felda Terbongkar. Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak mahu ada pihak tertentu membuat tuduhan melulu terhadap agensi itu. Sebaliknya, beliau mencabar pihak yang membuat tuduhan tersebut agar tampil memberikan bukti sahih. (Berita klik sini)
“Jika benar ada lagi skandal (dalam Felda), maka tunjukkan. Janganlah suruh kita korek (cari).
“Nanti korek-korek, kalau tak ada, buang masa kita. Kalau betul ada skandal sebut,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang mendakwa kes tanah Felda di Jalan Semarak adalah sebahagian isu yang sudah dibongkarkan dan masih ada isu lain yang diketahui dan akan didedahkan.
Sementara itu, Shahrir sekali lagi menegaskan isu pemindahan tanah Felda yang dipindah milik melalui transaksi diragui adalah yang terakhir untuk diperjuangkannya dalam meletakkan kembali Felda di landasan betul.
“Saya ingat tak ada lagi (isu). Isu sebelum ini juga sudah dibawa ke mahkamah. Sebelum ini pun dia (Mazlan) kata macam-macam pada Felda.
Dia dakwa penipuan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’) oleh Felda. “Kemudian pembangkang pula kata, Felda sudah bankrap. Kita ambil tindakan dan kita menang. Ini satu tuduhan dan kita telah minta pihak bertanggungjawab siasat,” katanya.
Menurut Shahrir, Felda juga sentiasa terbuka untuk disiasat oleh SPRM sekiranya agensi penguat kuasa itu merasakan ada perkara yang tidak kena.
Sumber:
Sinar Harian.
.
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan
Silakan Klik untuk membacanya:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan