Jumaat, 29 Disember 2017

6810. Mantan pengerusi itu tak layak jadi ahli KPF.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ


Allah berfirman yang bermaksud; Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)

ماشاءالله


سبحان الله


الله اکبر

Apa ilmu mantan pengerusi Felda pakai?


DALAM tahun 2013, saya mewakili beberapa orang peneroka Felda bagi mendapatkan perintah semakan kehakiman di Mahkamah bagi membatalkan keahlian mantan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF). Alhamdulillah kami berjaya.
Mohamed Hanipa Maidin
Alasan permohonan kami amat mudah. Mantan pengerusi itu tak layak jadi ahli KPF, jadi bagaimana Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) boleh kekalkan beliau sebagai ahli KPF. Saya hujah ia bertentangan dengan undang-undang kecil KPF.

KPF adalah koperasi terbesar di Malaysia dan ibarat lubuk emas Felda.

Sebelum itu, dalam tahun 2012 iaitu sehari sebelum mesyuarat agung KPF hendak diadakan, saya yang mewakili para peneroka Felda terbabit berjaya mendapatkan perintah pembekuan sementara keahlian mantan pengerusi Felda itu dan berjaya juga mendapat perintah injunksi interim menghalang beliau hadir dalam mesyuarat agung KPF. Kami dapat maklumat jika tidak ada perintah injunksi itu, ada perkhabaran yang mantan pengerusi Felda itu mungkin akan dilantik sebagai Pengerusi KPF.

Yang ‘best’nya pada masa itu, YA Hakim benarkan permohonan para peneroka itu meskipun ada bantahan daripada pihak pejabat Peguam Negara. 

Saya masih ingat terpaksa gunakan hujah “kahwin” untuk batalkan keahlian mantan pengerusi Felda dalam KPF tersebut. Saya kata tak logik jika perkahwinan diisytiharkan tak sah tapi dalam masa yang sama perkahwinan itu dikekalkan. Begitulah juga dalam kes ini, saya kata keahlian mantan pengerusi Felda dalam KPF adalah tidak sah, tapi SKM masih boleh kata keahliannya masih kekal. Tak logik sama sekali, saya kata pada YA Hakim. 

Saya bawa cerita itu sebab nak kongsi karenah si mamat itu dan nak kata betapa sayangnya MO1 dengan mantan Pengerusi Felda ini. Sebelum ini, beliau pernah disabitkan bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno sendiri kerana terlibat dengan politik wang @ rasuah tapi dia tak pernah didakwa.

Ya, beliau digugurkan daripada kabinet dan digantung keahlian Umno, tapi lepas tu masih dicalonkan sebagai calon dalam PRK Bagan Pinang, menang lagi jadi Adun. Lepas tu dilantik pula sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi FGV. 

Dia mendedahkan harta para peneroka kepada risiko yang tinggi dengan penyenaraian FGV itu, disamping peneroka terus dibelenggu dengan hutang piutang yang semacam tiada kesudahan. Lepas itu didakwa ada skandal pula dalam Felda tetapi masih dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) pula oleh MO1 – yang juga berselirat dengan skandal.

Urus niaga mencurigakan 

Kini didedahkan pula masa dia jadi pengerusi Felda, hartanah Felda di Jalan Semarak sudah terlepas kepada sebuah syarikat tapi Felda tak dapat sesen pun dari urusniaga yang mencurigakan itu, meskipun nilai tanah itu katanya mencecah RM270 juta dan sekarang ini dikatakan bernilai berbilion ringgit.

Lepas tu ada laporan polis dibuat. Polis kata, mamat ini ada di luar negara dan hanya akan diambil keterangan bila dia dah balik ke Malaysia. Lepas itu, menular foto mamat ini dah balik ke Malaysia dan siap boleh pengerusikan mesyuarat AJK Umno Bahagian Teluk Kemang tapi masih tak dipanggil polis. 

Yang ‘best’nya, dia boleh kata, “Saya masih belum dipanggil polis”. Tak tahu ilmu apa dia pakai hingga polis macam tak boleh nampak dan kesan dia. Terbaru, katanya polis hanya akan panggil beliau minggu depan. Lihatlah betapa seriusnya pihak berkuasa! 
Polis pula kata hanya akan siasat kes itu di bawah kes tipu – Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) dan kes pemalsuan dokumen – Seksyen 471 KK. Macam mana dengan kes CBT (criminal breach of trust) – Seksyen 405, 408, 409 KK – yang lebih serius dan boleh membawa penjara hingga waktu yang lama, sebatan dan denda sekali.
Bukankah beliau adalah pengerusi Felda dan Pengerusi FIC (Felda Investment Corporation) yang terlibat dalam transaksi tersebut? 

Yang lebih mengejutkan, media melaporkan kenyataan SPRM bahawa mereka tidak dapati ada unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kes penjualan/pindah milik tanah Felda itu, hanya kes kelemahan tadbir urus. 

Apa gamaknya ilmu yang dipakai oleh mantan pengerusi Felda ini? Macam kebal semacamlah!

Ayuh warga Felda bangun dan tunjukkan pada mereka yang anda semua ada harga diri dan maruah! ~ sumber 
 _______________________ 
Mohamed Hanipa Maidin ialah Ahli Parlimen Sepang dan Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) AMANAH. 

SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

FRIDAY, DECEMBER 29, 2017


PENGKHIANAT AMANAH FELDA MESTI DIHUKUM!



E nEntah sebab apa Najib pilih Isa Samad untuk menguruskan Felda walaupun trek rekod Isa sebelumnya ternyata sangat burok.
Isa telah didapati bersalah kerana skandal 'rasuah politik' sewaktu pemilihan parti Umno ketika menjadi MB Negeri Sembilan. Beliau telah digantung keahlian oleh Lembaga Disiplin Umno selama tiga tahun dari 24 Jun 2005 atas tujuh pertuduhan politik wang dan pembelian undi terhadapnya:


  • Membenarkan setiausaha politiknya, Mohd Salim Sharif, membayar RM300 kepada setiap perwakilan dari bahagian Telok Kemang ke Perhimpunan Agung Umno pada atau sekitar September 2004
  • Membenarkan ejennya membayar sejumlah wang kepada perwakilan dari bahagian Cameron Highlands, Kuala Lipis dan Bentong ke Perhimpunan Agung Umno pada 11 September
  • Membenarkan ejennya membayar RM1,000 setiap satu untuk mewakilkan kepada Perhimpunan Agung Umno di Crown Princess Hotel pada pukul 11 ​​malam pada 22 September dan pagi 23 September
  • Membenarkan ejennya membayar RM1,000 setiap satu untuk mewakilkan kepada Perhimpunan Agung Umno pada atau kira-kira pukul 1 pagi pada 23 Sep di Pan Pacific Hotel, Kuala Lumpur
  • Membenarkan ejennya membayar pelbagai wang kepada perwakilan Sabah ke Perhimpunan Agung Umno kira-kira pukul 1 pagi pada 23 Sep di Legend Hotel, Kuala Lumpur
  • Membenarkan ejennya membayar RM300 kepada perwakilan Umno Sabah di Kelab Golf Tanjung Aru dan Mahkamah "Kandarah", kedua-duanya di Sabah pada awal September
  • Membenarkan ejennya membayar RM300 kepada perwakilan Umno Kedah di Holiday Villa Hotel, Alor Star dan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani kira-kira dua hingga tiga minggu sebelum Perhimpunan Agung Umno pada 2004. ~ sumber
  • Felda menjadi berserabut dan terjebak dengan kerugian jutaan ringgit sepanjang beliau menjadi pengerusi Felda (2011 - Jan 2017). Berikut adalah senarai skandal urus tadbir Tan Sri Isa Samad :
    MAC 2012: Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta.

    JUN 2013: Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net)

    JULAI 2013: Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my)

    OKTOBER 2013: Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu.

    Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab atas integriti dan ketelusan berkata SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam isu ini!

    Case closed! (Sumber: theedgemarkets.com)

    NOVEMBER 2015: Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berkeknologi tinggi ikan sturgeon.

    Felda Carviartive Sdn Bhd (FCSB) didakwa menandatangani kontrak bernilai RM146.25 juta dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan Lembaga Pengarah Felda.

    Dan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini disenarikan banyak lagi pelan bisnes yang dilaporkan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya menemui jalan GAGAL!

    Ketua Audit Negara menasihatkan FELDA supaya lebih berhati-hati dan membuat penilaian, kajian kemungkinan dan daya maju (business analysis) sebelum membuat keputusan perniagaan!

    (Sumber: astroawani.com)

    JUN 2017: Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

    DISEMBER 2017: Felda melalui Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, TS Shahrir Samad mengakui Felda kehilangan tiga hartanah yang bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak! Ia dikatakan bertukar hak milik melalui transaksi diragui sejak tahun 2015! (Sumber: bharian.com.my)

    KESIMPULANNYA? Punca utama adalah apabila Felda ('lombong emas orang Melayu') ini diserahkan pada tangan-tangan yang tidak amanah!

    Apalah yang boleh diharapkan pada sebuah sistem yang sudah kronik krisis moralnya.

     ISA SAMAD berada dimana dia berada kini adalah atas atas tangan anda yang memangkah dikertas undi suatu ketika dahulu. ~ sumber
    Walaupun telah dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa ketika menjadi Pengerusi Felda, Isa Samad tetap menjadi pilihan PM Najib untuk memangku Pengerusi SPAD selepas meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda.

    Siapa sebenarnya pengkhianat Amanah Felda? Isa Samad seorang? Jawapannya ada pada anda. Anda juga boleh menghukum mereka pada PRU14 nanti. Lakukanlah!!

    Sumber: 
    .
    Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan
    Silakan Klik untuk membacanya:

      1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
      2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
      3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
      4. Surat An Nisa' (Wanita)
      5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
      6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
      7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
      8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
      9. Surat At Taubah (Pengampunan)
      10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
      11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
      12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
      13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
      14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
      15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
      16. Surat An Nahl (Lebah)
      17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
      18. Surat Al Kahfi (Gua)
      19. Surat Maryam (Maryam)
      20. Surat Thaha (Thaahaa)
      21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
      22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
      23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
      24. Surat An Nur (Cahaya)
      25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
      26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
      27. Surat An Naml (Semut)
      28. Surat Al Qashash (Cerita)
      29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
      30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
      31. Surat Luqman (Luqman)
      32. Surat As Sajdah ((Sujud)
      33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
      34. Surat Saba' (Kaum Saba')
      35. Surat Fathir (Pencipta)
      36. Surat Yaasiin
      37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
      38. Surat Shaad
      39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
      40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
      41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
      42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
      43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
      44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
      45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
      46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
      47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
      48. Surat Al Fath (Kemenangan)
      49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
      50. Surat Qaaf
      51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
      52. Surat Ath Thuur (Bukit)
      53. Surat An Najm (Bintang)
      54. Surat Al Qamar (Bulan)
      55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
      56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
      57. Surat Al Hadid (Besi)
      58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
      59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
      60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
      61. Surat Ash Shaff (Barisan)
      62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
      63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
      64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
      65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
      66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
      67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
      68. Surat Al Qalam (Pena)
      69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
      70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
      71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
      72. Surat Al Jin (Jin)
      73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
      74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
      75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
      76. Surat Al Insaan (Manusia)
      77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
      78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
      79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
      80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
      81. Surat At Takwir (Menggulung)
      82. Surat Al Infithar (Terbelah)
      83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
      84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
      85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
      86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
      87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
      88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
      89. Surat Al Fajr (Fajar)
      90. Surat Al Balad (Negeri)
      91. Surat Asy Syams (Matahari)
      92. Surat Al Lail (Malam)
      93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
      94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
      95. Surat At Tiin (Buah Tin)
      96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
      97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
      98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
      99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
      100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
      101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
      102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
      103. Surat Al 'Ashr (Masa)
      104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
      105. Surat Al Fiil (Gajah)
      106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
      107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
      108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
      109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
      110. Surat An Nashr (Pertolongan)
      111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
      112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
      113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
      114. Surat An Naas (Manusia)
        ............................

        Tiada ulasan: