Jumaat, 12 Januari 2018

6912. Najib jamin BN tidak akan laksanakan Hudud. Video.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Najib jamin BN tidak akan laksanakan Hudud. 

Hudud Bagi Bukan Islam [Ustaz Azhar Idrus]


Sekarang ramai individu yang membahaskan isu hukum Allah.. iaitu hukum Hudud. 

Yakni undang-undang Islam yang telah ditetapkan untuk melindungi dan menghukum kesalahan yang dilakukan oleh makhluk ciptaan-Nya yang masing-masing dicipta dengan kelemahan dan kelebihan yang tersendiri sesuai dengan perjalanan kehidupan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Subhanallah.. begitu luasnya Pengetahuan-Nya, dan setiap perjalanan kehidupan kita hatta setiap titisan peluh kita ke bumi di bawah Kekuasaan-Nya.

Di sini, Lady rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang mungkin berguna bagi yang masih was-was berkaitan perlaksanaan hukum Allah tersebut.

Masih ramai di kalangan kita yang masih belum yakin dengan al-Quran dan hukum yang telah termaktub di dalamnya. Pelbagai persoalan timbul di benak masing-masing jika hukum Hudud diperdebatkan. 

Ada yang takut, dan tidak kurang juga yang sangat-sangat bersetuju jika undang-undang berlandaskan al-Quran dan hadis tersebut terlaksana di bumi Malaysia ini. 

Masing-masing mempunyai alasan tersendiri berdasarkan kefahaman masing-masing. Alhamdulillah.. Hebatnya Allah menciptakan manusia dengan akal fikiran, dan masing-masing diberi kebebasan untuk berfikir dan mengutarakan pendapat. 

Tetapi, sebebas manapun kita diberi hak untuk mengeluarkan pendapat.. Allah telah memberi garis panduannya.. dan jangan sesekali biarkan ia terpesong daripada landasannya.. 

Di sini lady ingin kongsikan video daripada You Tube.. olahan daripada Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu HUDUD ini.. dan di bawah video ini lady tuliskan intipati daripada ceramah beliau. 

Soalan :  Jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini adakah semua akan menjalani hukuman berlandaskan hukum Allah termasuk orang kafir atau hukuman terhadap mereka berlandaskan hukuman sivik? 

Olahan daripada Ustaz Azhar Idrus:

Setiap orang yang mengakui dirinya Islam, wajib berazam di dalam hatinya untuk melihat undang-undang Allah terlaksana dalam negara. Kalau tidak berniat begitu, maka berdosa kita pada Allah.

Perjuangan untuk menjalankan hukum Allah, WAJIB menyertai sekurang-kurangnya dengan doa. 

Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan dan tentangan kepada undang-undang Islam. Andai kita termasuk di dalamnya.. kita termasuk di dalam golongan orang-orang MUNAFIQ.

Siapa yang halang ISLAM.. siapa yang lawan undang-undang ISLAM.. dia MUNAFIQ.. penghuni Neraka yang paling bawah. Nauzubillah...

Apabila Hudud dilaksanakan, contoh;

Hukum potong tangan: Pencuri laki-laki dan perempuan yang disabitkan kesalahan dan cukup syarat-syaratnya perlu dipotong tangan keduanya oleh kerajaan (undang-undang).

Tetapi berbeza bagi orang kafir, hukuman terhadap orang kafir adalah tepulang kepada pihak mahkamah yang menetapkan hukuman.

Orang Islam tidak perlu bimbang tentang perlaksanaan hukum tersebut kerana ulamak-ulamak terdahulu telah menyediakan kitab-kitab yang mengandungi enakmen jenayah yang berpandukan hukum Allah jauh lebih banyak daripada kitab undang-undang karangan barat yang terdapat di dalam mahkamah masa kini.

Ketetapan hukuman telah disediakan.. setiap kesalahan ditentukan hukumannya.. istihad mendahului zaman seribu tahun. Allah telah memberi ilham kepada ulamak-ulamak terdahulu di mana kejadian yang belum berlaku mampu difikirkan oleh ulamak-ulamak Islam lampau.

Subhanallah, hebatnya ulamak dahulu. Allah menganugerahkan mereka ilham melangkau zaman.. demi untuk kemudahan kita sekarang..

Contoh: 

Persoalan (Tahun ke-4 Hijrah) : Siapa yang ada dua (2) kepala, yang mana satu perlu diambil whudu'? 

Jawapan: Muka (wajah) yang banyak menghadap kiblat perlu diwhudu'kan.

Sewaktu persoalan dan jawapan ini ditetapkan, tidak wujud lagi manusia berkepala dua pada abad tersebut. Pada tahun 1970-an, lahir manusia berkepala dua yang hidupnya hanya sekitar 30 tahun.

Kita sebagai orang awam tidak perlu bimbang dan gusar terhadap perlaksanaan hukum ini kerana tanggungjawab untuk melaksanakan hukum tersebut bukan kita, tetapi telah dipertanggungjawabkan kepada pemimpin-pemimpin kita. 

Tetapi kita perlulah memberi sokongan, bantuan, dan tenaga supaya tertegaknya Islam di bumi Allah ini.

Perbezaan antara orang Islam dengan orang MUNAFIQ:

Islam: Akan bersungguh-sungguh berusaha supaya Islam tertegak. Samada melalui percakapan, fikiran, pekerjaan dan keseluruhan aspek menjurus kepada hendakkan Islam.

Munafiq: Mereka akan bersungguh-sungguh untuk memastikan hukuman Islam tidak dilaksanakan.

Mari kita sama-sama fikirkan.. kita tergolongan dalam kumpulan yang mana satu.

Walaupun siapa kita, sama ada jahil, jahat, kaki perempuan, tetapi perlu dipastikan.. akidah kita tetap pada Islam. Samada dengan doa, dengan fikiran, dengan duit, atau dengan tenaga.. pastikan walau sedikit.. kita tetap libatkan diri dan jangan sesekali terlibat dalam memberi halangan daripada tertegaknya hukum Allah.

Semoga kita terdiri daripada kalangan orang-orang yang dilindungi. Insya-Allah.

Sumber: Hudud Bagi Bukan Islam [Ustaz Azhar Idrus] | LadyBird's Life

Apa Itu Hukum Hudud??

Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu: 
  • Zina.
  • Tuduhan Zina (Qazaf) tanpa empat saksi.
  • Minum Arak.
  • Mencuri.
  • Hirabah (Perusuh/ganggu keamanan).
  • Murtad.
  • Baghy (Bughah – Pemberontakan).
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan (hukuman) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).

Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. 

Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan (dimaafkan) sama ada oleh individu atau masyarakat. (Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (al-Quran, al-Isra: 32)

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan. (al-Quran, an-Nur: 2)

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya:
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati. (Muslim, Sahih: hlm. 188)

Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri (taghrib) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin (muhsan), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina (Qazaf) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq. Iaitu tuduhan zina (Qazaf) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar (arak), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan (kejayaan) (al-Quran, al-Maidah: 90)

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul (sebat) seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan (Muslim, Sahih: hlm. 214) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud; Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah. (al-Quran, al-Maidah: 38)

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar. (al-Quran, al-Maidah: 33)

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud: Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi. (al-Quran, al-Imran: 35) 

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat. (al-Quran, al-Baqarah: 217)

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya; Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga (orang) iaitu penzina yang telah berkahwin (muhsan), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya (murtad). (Muslim, Sahih: hlm. 164)

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud: Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah. (al-Quran, al-Hujurat: 9)

Inilah sumber perundangan yang utama (dari al-Quran dan al-Sunnah) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.

Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafka untuk kali pertama? kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula. 

Sumber: Apa Itu Hukum Hudud??

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: