Memaparkan catatan dengan label Amanah Allah - Muhasabah diri kerana Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amanah Allah - Muhasabah diri kerana Allah. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Januari 2018

6912. Najib jamin BN tidak akan laksanakan Hudud. Video.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Najib jamin BN tidak akan laksanakan Hudud. 

Hudud Bagi Bukan Islam [Ustaz Azhar Idrus]


Sekarang ramai individu yang membahaskan isu hukum Allah.. iaitu hukum Hudud. 

Yakni undang-undang Islam yang telah ditetapkan untuk melindungi dan menghukum kesalahan yang dilakukan oleh makhluk ciptaan-Nya yang masing-masing dicipta dengan kelemahan dan kelebihan yang tersendiri sesuai dengan perjalanan kehidupan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Subhanallah.. begitu luasnya Pengetahuan-Nya, dan setiap perjalanan kehidupan kita hatta setiap titisan peluh kita ke bumi di bawah Kekuasaan-Nya.

Di sini, Lady rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang mungkin berguna bagi yang masih was-was berkaitan perlaksanaan hukum Allah tersebut.

Masih ramai di kalangan kita yang masih belum yakin dengan al-Quran dan hukum yang telah termaktub di dalamnya. Pelbagai persoalan timbul di benak masing-masing jika hukum Hudud diperdebatkan. 

Ada yang takut, dan tidak kurang juga yang sangat-sangat bersetuju jika undang-undang berlandaskan al-Quran dan hadis tersebut terlaksana di bumi Malaysia ini. 

Masing-masing mempunyai alasan tersendiri berdasarkan kefahaman masing-masing. Alhamdulillah.. Hebatnya Allah menciptakan manusia dengan akal fikiran, dan masing-masing diberi kebebasan untuk berfikir dan mengutarakan pendapat. 

Tetapi, sebebas manapun kita diberi hak untuk mengeluarkan pendapat.. Allah telah memberi garis panduannya.. dan jangan sesekali biarkan ia terpesong daripada landasannya.. 

Di sini lady ingin kongsikan video daripada You Tube.. olahan daripada Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu HUDUD ini.. dan di bawah video ini lady tuliskan intipati daripada ceramah beliau. 

Soalan :  Jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini adakah semua akan menjalani hukuman berlandaskan hukum Allah termasuk orang kafir atau hukuman terhadap mereka berlandaskan hukuman sivik? 

Olahan daripada Ustaz Azhar Idrus:

Setiap orang yang mengakui dirinya Islam, wajib berazam di dalam hatinya untuk melihat undang-undang Allah terlaksana dalam negara. Kalau tidak berniat begitu, maka berdosa kita pada Allah.

Perjuangan untuk menjalankan hukum Allah, WAJIB menyertai sekurang-kurangnya dengan doa. 

Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan dan tentangan kepada undang-undang Islam. Andai kita termasuk di dalamnya.. kita termasuk di dalam golongan orang-orang MUNAFIQ.

Siapa yang halang ISLAM.. siapa yang lawan undang-undang ISLAM.. dia MUNAFIQ.. penghuni Neraka yang paling bawah. Nauzubillah...

Apabila Hudud dilaksanakan, contoh;

Hukum potong tangan: Pencuri laki-laki dan perempuan yang disabitkan kesalahan dan cukup syarat-syaratnya perlu dipotong tangan keduanya oleh kerajaan (undang-undang).

Tetapi berbeza bagi orang kafir, hukuman terhadap orang kafir adalah tepulang kepada pihak mahkamah yang menetapkan hukuman.

Orang Islam tidak perlu bimbang tentang perlaksanaan hukum tersebut kerana ulamak-ulamak terdahulu telah menyediakan kitab-kitab yang mengandungi enakmen jenayah yang berpandukan hukum Allah jauh lebih banyak daripada kitab undang-undang karangan barat yang terdapat di dalam mahkamah masa kini.

Ketetapan hukuman telah disediakan.. setiap kesalahan ditentukan hukumannya.. istihad mendahului zaman seribu tahun. Allah telah memberi ilham kepada ulamak-ulamak terdahulu di mana kejadian yang belum berlaku mampu difikirkan oleh ulamak-ulamak Islam lampau.

Subhanallah, hebatnya ulamak dahulu. Allah menganugerahkan mereka ilham melangkau zaman.. demi untuk kemudahan kita sekarang..

Contoh: 

Persoalan (Tahun ke-4 Hijrah) : Siapa yang ada dua (2) kepala, yang mana satu perlu diambil whudu'? 

Jawapan: Muka (wajah) yang banyak menghadap kiblat perlu diwhudu'kan.

Sewaktu persoalan dan jawapan ini ditetapkan, tidak wujud lagi manusia berkepala dua pada abad tersebut. Pada tahun 1970-an, lahir manusia berkepala dua yang hidupnya hanya sekitar 30 tahun.

Kita sebagai orang awam tidak perlu bimbang dan gusar terhadap perlaksanaan hukum ini kerana tanggungjawab untuk melaksanakan hukum tersebut bukan kita, tetapi telah dipertanggungjawabkan kepada pemimpin-pemimpin kita. 

Tetapi kita perlulah memberi sokongan, bantuan, dan tenaga supaya tertegaknya Islam di bumi Allah ini.

Perbezaan antara orang Islam dengan orang MUNAFIQ:

Islam: Akan bersungguh-sungguh berusaha supaya Islam tertegak. Samada melalui percakapan, fikiran, pekerjaan dan keseluruhan aspek menjurus kepada hendakkan Islam.

Munafiq: Mereka akan bersungguh-sungguh untuk memastikan hukuman Islam tidak dilaksanakan.

Mari kita sama-sama fikirkan.. kita tergolongan dalam kumpulan yang mana satu.

Walaupun siapa kita, sama ada jahil, jahat, kaki perempuan, tetapi perlu dipastikan.. akidah kita tetap pada Islam. Samada dengan doa, dengan fikiran, dengan duit, atau dengan tenaga.. pastikan walau sedikit.. kita tetap libatkan diri dan jangan sesekali terlibat dalam memberi halangan daripada tertegaknya hukum Allah.

Semoga kita terdiri daripada kalangan orang-orang yang dilindungi. Insya-Allah.

Sumber: Hudud Bagi Bukan Islam [Ustaz Azhar Idrus] | LadyBird's Life

Apa Itu Hukum Hudud??

Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu: 
  • Zina.
  • Tuduhan Zina (Qazaf) tanpa empat saksi.
  • Minum Arak.
  • Mencuri.
  • Hirabah (Perusuh/ganggu keamanan).
  • Murtad.
  • Baghy (Bughah – Pemberontakan).
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan (hukuman) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).

Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. 

Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan (dimaafkan) sama ada oleh individu atau masyarakat. (Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (al-Quran, al-Isra: 32)

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan. (al-Quran, an-Nur: 2)

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya:
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati. (Muslim, Sahih: hlm. 188)

Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri (taghrib) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin (muhsan), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina (Qazaf) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq. Iaitu tuduhan zina (Qazaf) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar (arak), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan (kejayaan) (al-Quran, al-Maidah: 90)

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul (sebat) seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan (Muslim, Sahih: hlm. 214) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud; Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah. (al-Quran, al-Maidah: 38)

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar. (al-Quran, al-Maidah: 33)

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud: Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi. (al-Quran, al-Imran: 35) 

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat. (al-Quran, al-Baqarah: 217)

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya; Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga (orang) iaitu penzina yang telah berkahwin (muhsan), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya (murtad). (Muslim, Sahih: hlm. 164)

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud: Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah. (al-Quran, al-Hujurat: 9)

Inilah sumber perundangan yang utama (dari al-Quran dan al-Sunnah) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.

Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafka untuk kali pertama? kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula. 

Sumber: Apa Itu Hukum Hudud??

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Jumaat, 1 Disember 2017

6451. Nikmat Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185] 



•


استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه



استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه



استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه


•


Nikmat Allah


Tujuan kita di dunia, bersyukur dengan nekmat Allah
Syukur dengan hati, syukur nekmat yang dilimpah, nekmat hidup, dan redha dengan Allah

Bersyukur dengan hati bermakna penerimaan , dengan ugama Allah tanpa rasa berat dengan tugasan Allah dan malah bersyukur dengan ketentuan Allah.

Bersyukur dalam hati kerna nekmat yang amat besar, spt perhati pada tubuh badan kita, yang memberi Allah Taala yg Maha Berkuasa, maka tiada sesuatu pun di dunia dapat menandingi kekuasaan Allah, maka bersyukur lah dengan beramal dan amalan amalan yang berterusan perbuatan nya.

Firman ayat 286 baqara
mereka yg mengharap rahmat Allah bukan senang, dan Allah tak zalim tetapi untuk mendapat rahmat Allah, maka kena mendapatkannya

sabda Nabi
barang siapa yang hendak kebaikan Allah , Allah akan menyenangkan nya untuk mendalami ilmu Allah, itu adalah pentunjuk Allah, Allah akan bagi faham mereka perkara ugama. Jadi nak tau kena belajar dan mereka mesti berkehendak untuk belajar , berkehendak itu adalah hidayah. Jaga hidayah untuk mendapat golongan yg mendapat rahmat Allah

redha Allah
1. orang yg beriman- kunci iman
2. orang yg berhijrah- paksi nya iman
iman - kena jaga, byk kena istiqamah, guna kan asset dalam tubuh badan untuk berada dan menjaga dalam iman, dan iman itu tempat ya dihati.

ayat
ingat guna hati bukan hanya diotak, ingat kpd Allah Taala menjadi satu syarat bagi mereka yg mukmin dan munafik. Ingat kpd Allah tidak kira waktu dan semua sudut .

Dia jugak akan fikir kejadian bumi dan langit , sebagai simbolik dalam kejadian langit dan bumi, betapa besarnya ciptaan Allah
Allah Taala jugak menjadikan kebaikan dan musibah supaya manusia berfikir...dengan azab yang kecil supaya manusia merasa dan mudah mudahan manusia merenung dan berfikir...

Berfikir- akal untuk digunakan sebaik mungkin, setiap kejadian yg berlaku ada hikmahnya
manusia perlu me lihat dari sudut:
1. pandangan mata- apa yg dilihat, dibaca
2. pandangan akal- analisa , mencari sebab dan memerlukan ilmu
3. padnagan hati, - faham perkataan Maha Suci Allah


setelah faham di atas maka boleh berhijrah, orang meninggalkan Perkara yg dilarang

Sumber:
http://mylovelychannel.blogspot.my/2015/12/
.

Khamis, 30 November 2017

6442. Kalau tidak kerana hakim dan ulamak yang jahat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

•


استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه



استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه



استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه


•
"SESUNGGUHNYA ROSAKNYA RAKYAT KERANA ROSAKNYA PEMIMPIN, ROSAKNYA PEMIMPIN KERANA ROSAKNYA ULAMA', KALAU TIDAK KERANA PARA HAKIM DAN ULAMA' YANG JAHAT, PASTINYA KEROSAKAN PEMIMPIN AKAN BERKURANG KERANA MEREKA TAKUT PENENTANGAN HAKIM DAN ULAMA' " (IMAM AL GHAZALI)


(بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ)
Kepada yang tersayang...
"BANGUNLAH"
Ingatlah... 
Ucapan hamba/anakanda...

"Sungguh si tukang sihir amatlah berat azabnya"...

Dan ALLAH jualah yang menjadi saksi atas perbuatannya itu hingga tegar melakukan keatas orang yang bergelar suami...
Sekeras-kerasku... 
Dan Ingatlah kau kepada FIRMAN ALLAH... 

INSYAA'ALLAH...
ALLAH JUALAH YANG MENGINZINKAN AKU DENGAN MEMULAKAN......

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِِْ

(بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ)

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ ۚ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

(Surah Al-baqarah 102)..

PELIHARALAH SHOLAT... 

Hilangnya keseimbangan bumi...
Kerana Tinggalkan Kewajipan Sholat Ibadah
5 Waktu Sehari Semalam...

Hilangnya arah matlamat sebenar...
Kerana Tinggalkan Kewajipan Sholat Ibadah
5 Waktu Sehari Semalam...

Hilangnya kasih sayang/hormat...
Kerana Tinggalkan Kewajipan Sholat Ibadah
5 Waktu Sehari Semalam...

Hilangnya pengetahuan Islam
Kerana Tinggalkan Kewajipan Sholat Ibadah
5 Waktu Sehari Semalam...

Hilangnya Agama...
Kerana Tinggalkan Kewajipan Sholat Ibadah
5 Waktu Sehari Semalam...

(SEORANG SAHABAT DAN KAWAN)

Sahabat tahu mana yang betul...
Kawan tahu mana yang salah...

Bila seorang sahabat bertanya apa sebab
berkawan?
Jawaplah : Sebab nak jadi seperti SAHABAT...

Bila seorang Kawan pula bertanya apa sebab
bersahabat?
Jawaplah : Sebab SAHABAT...(ALLAH) ingatkan kematian...
Sebab KAWAN...(ALLAH) ingatkan
kehidupan...

TETAPI BILA DUA-DUA BERTANYA APA YANG ADA PADA KEMATIAN DAN KEHIDUPAN?

"SESUNGGUHNYA INGATKAN PADA KEMATIAN SENTIASA MEMBUATKAN KITA LEBIH BIJAK MENGENDALIKAN KEHIDUPAN
SEBENAR DI DUNIA DAN BERGUNA DI AKHIRAT"
(IN'SYAA ALLAH)...

INGAT SHOLAT...
INGAT {الله}...
JAGA SHOLAT...
JAGA HUBUNGAN
DENGAN {الله}...
KITA INI DI CIPTAKAN...
BUKAN MENCIPTAKAN...
KITA INI MANUSIA...
BUKAN JIN...
BUKAN SIA-SIA...
LETAKKAN TANGAN DI
DADA SENDIRI...
DAN LAFAZ KAN SEBANYAK 3 KALI...

"INNI AKHAFULLAH" "( إني أخاف الله )"
"SESUNGGUHNYA AKU TAKUTKAN ALLAH"


(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم)
JANGAN PERNAH MUSLIM MENGATAKAN DOA QUNUT BID'AH..

(Hukum dan Dalil Doa Qunut)

Hukum qunut adalah sunat, beberapa sahabat yang mensunahkannya antara lain, Abu Bakar As-Sidik, Umar bin Khatab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Tholib, Ibnu Abbas dan Barra Bin Azis. Mereka berpedoman pada salah satu dalil 'Hadist' (Rasulullah Muhammad ﷺ) yang dari Anas bin Malik R.A yang diriwayatkan oleh Ahmad. Beliau berkata,
"(Rasulullahﷺ) senantiasa membaca qunut ketika sholat subuh hingga beliau wafat." (HR. Ahmad).

Selain dalil tersebut, dalil-dalil lainnya yang dijadikan landasan pelaksanaan doa qunut ini antara lain, sebagai berikut:

Termuat dalam kitab fiqh as-Sunah Juz II dalam hadist yang diriwayatkan oleh ibnu Sirin, sahabat Anas bin Malik pernah ditanya: Apakah (Rasulullahﷺ) menjalankan qunut pada sholat subuh? Jawab Anas bin Malik: Ya! Kemudian ditanya lagi: letaknya dimana sebelum atau sesudah ruku'? Jawabnya: sesudah ruku'.

Dalam hadist yang diriwayatkan oleh Hakim dalam kitab Mustadrak dari Abu Hurairah: (Rasulullah Muhammadﷺ) mengangkat kepalaNya dari ruku' pada sholat subuh pada rakaat kedua, dia mengangkat tanganNya kemudian berdoa: Allahumma ihdini fi-man hadait,...(Rasulullahﷺ) tidak memakai kata-kata Rabbana...

Dalam kitab Nail al-Authar Juz II, Anas ketika ditanya sahabat tentang qunut fajar, beliau menjawab: (Rasulullahﷺ) ketika qunut, ia memanjangkan sholat subuh tidak seperti sholat lainnya. Panjang, arena ia membaca doa memuji {الله سبحانه و تعالى} , mengagungkan-Nya dalam i'tidal.. (Rasulullahﷺ)

PADA TIAP SUBUHNYA BACAAN DOA QUNUT


لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّه محمد رسولُ الله
لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّه محمد رسولُ الله

لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّه محمد رسولُ الله


Semenjak Al-Aqsa diceroboh dan di galinya bawah tanah...Seperti yang semua ketahui...

Lihatlah...
Banyaknya ahli magic/t berkeliaran di pelusuk dunia kecuali "Mekah dan Madinah" yang ingin menyatakan sesuatu yang sekarang ini dibanggakan sehingga lupa diri telah tertipu dengan sihir si mata satu...ketahuilah tipu dayanya terlalu kuat untuk menghadapi jika tidak dimulakan dengan "Tiang Agama"...

"AL-QURAN DAN AS-SUNNAH"
RUKUN ISLAM.5
RUKUN IMAN.6
(Dan jaminanNya{اللهﷻ} sentiasa bersama)



Kisah Zuhud dan tawadhu'nya Khalifah Umar r.a

Pada tahun 636 M seramai 41,000 tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al Walid, berjaya menewaskan 70,000 tentera Rom yang terkenal dengan kelengkapan artileri. Kekalahan tentera Rom pada waktu itu yang dikenali dalam perang Yarmouk, telah membuka peluang kepada umat Islam menguasai Baitul Maqdis.

Kerajaan Rom ingin menamatkan penjajahan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota Al Quds kepada umat Islam. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang uskup gereja di Al Quds berkeras dan enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam kecuali Amirul Mukminin, Umar Al Khattab datang sendiri menemui rakyat Illiya’ dan mengambil kunci dari tangannya sendiri. Di sinilah hikayat agung pembukaan Kota Al Quds yang diukir Sahabat Rasulullah S.A.W yang digelar Al Faruq, Umar al Khattab.

Setelah bermesyuarat, Umar pun berangkat dari Madinah ke Palestin dengan hanya menaiki seekor unta dan ditemani oleh seorang khadamnya sahaja.  Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta. Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya yang akan memandu pedati unta tersebut. Manakala jika khadamnya naik unta, Umar pula yang akan berjalan menjadi pemandu permusafiran itu. Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat. Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga tiba di Kota al Quds.

Apabila Kota al Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus mengambil kedudukan di atas pelana unta, sementara dia yang akan memandu unta tersebut. Tetapi Umar melarang dan mengarahkannya agar terus mengikut tempoh gantian yang telah disyaratkan sejak berada di Madinah. Dan kebetulan saat mereka berdua hampir ke gerbang Kota Al Quds, ia adalah giliran Umar memandu unta tersebut. Saat itu rakyat Illiya’ yang majoritinya beragama Nasrani memenuhi Jerusalem. Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah.

Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan membawa bala tentera dan sejumlah kebanggaan diraja, permaisuri dan gundik-gundik yang sudah menjadi kemestian mereka. Tetapi Umar sebagai khalifah Islam, yang berjaya mengurus tenteranya menundukkan Rom, datang dengan baju yang lusuh dan bertampal, manakala kedua-dua kakinya dipenuhi debu pasir.

Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat kerendahan Umar sekalipun kuasa pemerintahan terbuka luas di tangannya. Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi kerajaan dan namanya, sebaliknya Umar hanya ditemani oleh seorang khadam dan unta yang dipandunya Umar sendiri.

Mereka merasakan perbezaan yang sangat ketara antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini. Lalu seluruh rakyat Iliya’ di Kota Al Quds itu memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berteriak keras,

“Angkat kepala kalian sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Tuhan” 

Terpegun Sophronius melihat kesederhanaan Khalifah, lalu dia berkata, ”Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas” 

Khalifah Umar kemudiannya menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi dari Sophronius. Kemudian Umar mengikat jaminan aman kepada penganut Kristian Iliya’ yang ingin tetap tinggal di Jerusalem.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Inilah perdamaian yang diberikan oleh hamba Allah Umar, Pemimpin Negara Islam kepada rakyat Iliya’. Islam menjamin keamanan rakyat Iliya’, keselamatan harta benda , gereja-gereja, salib-salib, mereka yang sakit mahupun yang sihat dan seluruh keyakinan aliran agama mereka. Tidak boleh mencerobohi gereja mereka mahupun memusnahkan, mengurangi (melakukan rampasan) mahupun menghilangkan sama sekali…”

Genap 10 hari Saidina Umar bersama tentera-tentera Islam yang kemudiannya masuk ke Kota al Quds dengan aman. Kejayaan tersebut diraikan dengan doa kesyukuran kepada Allah Taala. Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis.  Lalu salah seorang bertanya kepada Umar, “Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini?”

“Iya, aku menangisi kemenangan ini. Aku teringatkan Baginda Nabi S.A.W pernah bersabda… – Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kalian. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada kalian sebagaimana diperolehi oleh orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kalian seperti mereka dibinasakan…” [Sahih Muslim]

Setelah itu, Umar kembali bersama khadamnya menuju semula ke Madinah. Datang dan perginya Khalifah Umar, hanya berperawakan seperti musafir biasa dan rakyat jelata. Inilah sifat peribadi tokoh yang mampu membebaskan Palestin, mereka adalah orang yang zuhud (memanfaatkan dunia seadanya, tidak melampau atau berlebih-lebihan) dalam semua perkara.  [www.tarbawi.my]

sumber:
.