Selasa, 16 Januari 2018

6947. Benarkah Rasulullah pernah disihir.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

Paparan: (6947)
1. Rasulullah disihir Yahudi. 
2. Sungai zaman Nabi Daud. 
3. 7ujuh tanda kebahagiaan di dunia. 
4. Siapa penghuni Syurga dan Neraka ketika Ini? 
5. Uzair Hidup Selepas 100 Tahun Ditidurkan. 
6. Bagaimana Nabi Ibrahim Membina Kaabah. 
7. Kisah hamba Allah yang beribadah selama 500 tahun. 

1. Rasulullah disihir Yahudi. 

Benarkah Rasulullah pernah disihir. Bukankah Rasulullah itu maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia dan jin? 

Soalan: 

1. Saya mendengar dakwaan sesetengah pihak, mengatakan Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dishir betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia, adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunnah tentang perkara ini? 

2. Apakah hikmah Islam melarang keras pekerjaan atau amalan sihir? 

3. Bolehkah saya mengunakan memakai tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia? 

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. 

Jawapan 1: Nabi Muhammad s.a.w memang maksum, seperti Firman Allah yang mafhumnya, “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (Surah al-Maaidah, 67). 

Perkataan maksum jelas disebut daripada makna perkataan ‘ya’tsimuka’ (Memelihara kamu). Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa. 

Adapun makna keselamatan umum, sepeti Nabi disakiti sehingga pernah luka kaki baginda dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku ke atas baginda. 

Semua ini bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah S.W.T kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya. 

Merujuk kepada dakwaan Nabi disihir, jika diteliti huraian di atas, bermakna sihir memang boleh berlaku. Di sebut dalam hadis sahih, Daripada A’ishah r.anha: “Kata A’ishah, telah disihir Rasulullah s.a.w oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah s.a.w berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A’ishah, “Wahai A’ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah S.W.T telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, ‘apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah mensihirnya? Dijawab lagi, sihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A’ishah, “Bahawasanya, Allah S.W.T telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Hadis sahih ini sekurang-kurangnya memberikan kefahaman kepada kita bahawa musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat bahawa berpandukan kepada hadis sahih ini, memang ada percubaan oleh insan yang kenali melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. 

Nabi s.a.w memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir tersebut, dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa. 

Peristiwa ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan menggangu ibadat, malah menganggu daripada melakukan kerja harian, ini semua tidak menganggu Nabi. 

Nabi Muhammad cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang mengetahui, A’ishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-muawwiyat, ayat pelindung penyakit sihir. 

Sekaligus, ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. 

Seterusnya, jelas bahawa Nabi sendiripun bila disihirkan orang, baginda sendiri tidak mengetahui, melainkan selepas Jibril a.s memberitahu bahawa baginda telah matbub (disihirkan). 

Jika Nabi sendiri tidak mengetahui baginda disihirkan, bagaimana orang yang datang untuk berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba orang yang hendak mengubat tersebut mengatakan ‘kamu telah kena sihir?’ Datang pesakit lain, kita mengatakan pula, ‘kamu telah kena buatan orang.’ 

Ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘kamu telah disihir fulan bin si fulan.’ 

Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, inilah masalah yang kita hadapi. 

Tidak sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah S.W.T sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya. 

Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai kita mendakwa orang itu kena sihir atau menuduh serta menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir. 

Jawapan 2 

Pekerjaan dan amalan sihir adalah sesuatu yang pada kebiasaannya mengagungkan makhluk halus sama ada yang bernama iblis, jin, syaitan dan sebagainya. Makhluk ini sememangnya bertugas sepenuh masa menyesatkan anak Adam dan menjauhkan mereka dari rahmat Allah S.W.T. 

Mereka telah dilaknati Allah S.W.T, maka mereka berusaha untuk menyesatkan manusia supaya dijauhkan rahmat Allah. Salah satu caranya adalah menggunakan sihir sebagai satu profesion mereka mengajar manusia melakukan kerja jahat tersebut. 

Manusia akan mudah terpengaruh apabila seorang manusia mampu melakukan perkara yang ganjil pada pandangan manusia lain. Atau seolah-olahnya ada kelebihan khusus kepada orang tertentu, yang mengetahui penyakit orang lain tanpa diberitahu. Atau mungkin boleh membaca fikiran orang lain. 

Hal sedemikian ini ada kemungkinan boleh berlaku dengan bantuan makhluk halus, dapat mengagak atau makhluk halus mengetahui daripada percakapan mereka kepada diri atau kawan-kawan. 

Perkara ini merangsang manusia mendampingi dan mendapatkan khidmat ahli sihir untuk menyampaikan sesuatu maksud mereka. 

Bila sihir dilakukan, maka berlaku perkara negatif, yang paling besar sekali adalah kerosakan aqidah. Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya),”Sesiapa yang mendatangi ahli sihir maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah S.W.T.” (Riwayat Imam Muslim). 

Hadis lain menyebut (mafhumnya), “Sesiapa yang mendatangi seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib, lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quranul Karim yang diturunan kepada Nabi Muhammad.” 

Dengan amalan sihir juga membuka jalan kepada seseorang mempercayai apa sahaja yang dikatakan ahli sihir kepadanya. Kata-kata seperti, ‘penyakit itu berpunca daripada orang yang terdekat kepadanya’, kadang-kadang menamakan orang tertentu (sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya), terus dipercayai tanpa menyiasat dengan terperinci. 

Hal ini boleh menimbulkan permusuhan yang berpanjangan sehingga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, dilakukan. Lebih buruk apabila, dibalas balik dengan sihir juga. 

Dalam al-Quran, Allah S.W.T menyebut (mafhumnya), “Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengkehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci.” (Surah ali-Imran, 91). 

Jelas bahawa peluang yang terbuka kepada orang yang mendatangi ahli sihir ini, syaitan mengambil kesempatan menimbulkan permusuhan antara dua orang yang berkasih, menimbukkan kebencian yang amat sangat antara anak beranak. 

Ilmu sihir merupakan perantaraan yang boleh menimbulkan caca merba dalam masyarakat. Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir, tetapi mendakwa boleh melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keuntungan duniawi sehingga mengenakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit. 

Oleh kerana itu maka Islam sebagai agama salam sejahtera, menyelamatkan manusia dari hal-hal yang tidak baik, khasnya menjaga aqidah supaya tidak rosak, memelihara harta benda dari pemerasnya dan untuk manusia kembali kepada pertolongan Allah S.W.T. 

Islam melarang dengan sekeras-kerasnya menggunakan sihir sebagai medium menyampaikan sesuatu maksud. 

Jawapan 3 

Di zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan ramai masyarakat jahiliyyah. Raslullah s.a.w telah mengharamkan pengunaan tangkal dan menggantikan dengan pengunaan ayat al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah S.W.T menghindari dari sesuatu yang tidak diingini. 

Dakam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang mafhumnya, “Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.” 

Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat-sahabat menerima ayat al-Quran daripada Rasulullah s.a.w, diamalkan untuk menghindari ganguan, menulis ayat tersebut dikertas dan menggantungkan kepada anak-anak mereka yang belum boleh membaca al-Quran.Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak melarangnya. 

Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan. 

Pandangan ulama-ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, “Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama-ulama berselisih pendapat di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya, dengan syarat-syarat khusus. Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal, sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. Tentang keharusan yang Rasulullah berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam. Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana, 1; mencegah daripada keburukan yang lebih besar, 2; menjaga kesucian al-Quran dari terbawa dalam tandas dan 3; membulatkan keyakinan bahawa Allah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya.” 

Wallahu’alam…. 
Sumber dari hasnulhadiahmad.com 

2. Sungai zaman Nabi Daud. 

Ada kisah menarik di masa Nabi Daud 'alaihissalam. Bani Israil ingin berjuang melawan kezaliman raja Jalut. Segala persiapan telah dilakukan termasuk ujian pada hati dan jiwa. Sebelum pergi berperang, ketua mereka yang bernama Thalut menunjuk sesuatu sebagai ujian utama. Sesuatu itu bernama sungai.

"Sesungguhnya Allah akan mengujimu dengan sungai. Siapa yang meminum airnya, dia bukan pengikutku. Siapa yang tidak meminumnya kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia pengikutku, "ucap Thalut ke seluruh pasukan. Selepas itu, pasukan itu pun bergerak.

Lama mereka berjalan. Panas terik keadaan padang pasir Palestin melemahkan tenaga mereka. Haus tidak lagi tertahan. Tiba-tiba, sungai yang begitu jernih terbentang di hadapan mereka. Seolah memberikan sokongan atas perjuangan yang begitu memenatkan.

Ternyata tentera-tenteranya teruji dengan kesabaran, kepatuhan kepada ketua dan kesanggupan menghadapi kesusahan dalam memikul tugas. Ujian demi ujian mereka tempuhi, akhirnya hanya sedikit dari kalangan mereka yang berjaya. Kebanyakan daripada mereka telah meminum air sungai dengan sepuas-puasnya dan menyerah kalah untuk tidak terus berjuang.

Ujian-ujian ini telah dapat menapis keimanan angkatan tentera Thalut;

“Dan apabila Thalut dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka pun berkata: Kami tidak mempunyai tenaga kekuatan lagi pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentera-tenteranya.” QS al-Baqarah:249

Kini Thalut bersama dengan tenteranya yang beriman, namun sebahagian daripada mereka mula berasa gentar apabila melihat tentera Jalut yang ramai bilangannya. Keimanan mereka masih belum sempurna kerana mereka lupa dengan kekuasaan Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Manakala kumpulan kecil Mukmin yang sejati berkata;

“Lalu berkatalah orang-orang yang yakin bahawa mereka akan tetap menemui Allah: Berapa banyak peristiwa kumpulan yang sedikit telah mengalahkan kumpulan yang banyak dengan keizinan Allah, dan Allah itu bersama-sama orang-orang yang sabar.” QS al-Baqarah:249

Kemenangan pasti akan dicapai oleh mereka yang berhubung rapat dengan sumber kekuatan yang tiada tolok bandingnya lagi iaitu kekuatan dari Allah swt yang menguasai segala urusan. Kemenangan diserahkan kepada Allah swt; “Dengan keizinan Allah, dan Allah itu bersama-sama orang-orang yang sabar.”

Mereka juga memperbaharui janji mereka dengan Allah swt dan bertawajjuh kepada-Nya dengan hati mereka. Mereka juga memohon pertolongan dan kemenangan dalam menghadapi peperangan ini.

“Dan apabila (mereka yang beriman) keluar menentang Jalut dan tenteranya mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Curahkanlah kesabaran ke atas kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami mengalahkan kaum yang kafir.” QS al-Baqarah:250

Kemenangan adalah milik Allah swt. Anugerah ini adalah untuk Mukmin kesayangan-Nya yang melaksanakan kehendak-Nya dengan tiada kepentingan diri sendiri. Niat yang baik dan keazaman yang kukuh untuk terus taat dan bertawajjuh kepada Yang Esa dengan penuh keikhlasan.

Nabi Daud a.s ketika itu adalah seorang anak muda Bani Israil yang masih belia, sedangkan Jalut adalah seorang raja yang gagah perkasa dan seorang panglima perang yang sangat ditakuti. Namun urusan hidup tidak berlangsung mengikut keadaan-keadaannya yang lahiriyah tetapi ia berlangsung mengikut hakikat-hakikatnya yang berada di tangan Allah swt.

Kematian Jalut kelihatan sangat mudah ditangan Nabi Daud a.s. Malah baginda telah menerima teraju pemerintahan daripada Thalut. Kemudian mewariskannya kepada putera beliau iaitu Nabi Sulaiman a.s. Zaman Nabi Daud a.s adalah zaman keemasan bagi Bani Israil.

Di dalam masa yang sama, Nabi Daud a.s diangkat sebagai seorang nabi. Allah swt telah mengajarkan beliau ilmu pertukangan membuat baju besi dan alat-alat perang.

Tujuan sebenar pertarungan ini ialah untuk mewujudkan kebaikan di bumi dan menguatkannya melawan kejahatan dan pencerobohan.

“Dan andainya Allah tidak menolak pencerobohan setengah yang lain tentulah bumi menjadi rosak, tetapi Allah mempunyai limpah kurnia ke atas semesta alam.” QS al-Baqarah:251

Allah swt mengakhiri kisah ini dengan firman-Nya;

“Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakannya kepadamu dengan membawa kebenaran dan sesungguhnya engkau adalah dari nabi-nabi yang diutuskan(Allah).” QS al-Baqarah:252

***
Pengajaran yang boleh diambil:

1.    Bani Israil biasanya mempunyai sifat yang suka memungkiri janji, mengelak dari ketaatan, enggan melaksanakan tugas, berpecah-belah dan berpaling dari kebenaran yang jelas. Sifat-sifat ini hendaklah dijauhi oleh orang-orang Islam. Untuk mengubahnya memerlukan tarbiyah yang berkesan dan memakan masa yang agak lama.

2.    Orang yang berpaling dari perjuangan dan enggan memikul tugas kebenaran untuk menentang kebathilan adalah termasuk di dalam golongan yang zalim.

3.    Di dalam ketenteraan, orang yang tidak tahan diuji dan cepat mengalah dengan kesusahan adalah orang-orang yang patut dikeluarkan dari barisan perjuangan kerana mereka merupakan benih-benih kelemahan dan kekalahan.

4.    Berniat berjuang Fi Sabilillah sahaja tidak mencukupi. Ia akan teruji secara amali/praktikal.

5.    Kemenangan yang hakiki adalah melalui kekuatan aqidah dan iradat Ilahi. Bukannya tertakluk kepada kekuatan kebendaan dan majoriti.

6.    Hubungan jiwa dengan Allah swt perlulah tinggi dan ikhlas. Ini dapat direalisasikan melalui doa-doa yang mathur.

7.    Kepimpinan hanya akan diberi kepada seorang Mukmin yang sejati, taat dan patuh terhadap kehendak Sang Pencipta yang memiliki segala urusan di langit dan di bumi.

Wallahu'alam bissawab
والله أعلمُ بالـصـواب

Diterjemahkan dan disusun dari... 
sumber bersamaummualiya.blogspot.com,  islampos.com.  

3. 7ujuh tanda kebahagiaan di dunia. 

Ibnu Abbas ra adalah salah seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan gelaran Turjumaanul Qur'an (orang yang paling ahli dalam menterjemahkan Al-Quran). Beliauh sangat telaten dalam menjaga dan melayani Rasulullah SAW.

Beliau pernah secara khusus didoakan Rasulullah SAW, maka pada usia 9 tahun Ibnu Abbas telah hafal Al Quran dan telah menjadi imam di masjid. Beliau pernah didoakan Nabi dua kali, saat didakap beliau dan saat beliau  melayani Rasulullah dengan mengambil air sembahyang. Rasul berdoa,'' Ya Allah pahamkanlah (faqihkanlah) ia.'' (HR. Muslim).

Sejak kecil Ibnu Abbas sudah menunjukkan kecerdasan dan semangatnya dalam menuntut ilmu. Sepeninggal wafat Nabi, ghiroh Ibnu Abbas menuntut ilmu tak menjadi surut.

Tanpa bosan beliau  mendatangi satu per satu sahabat untuk sekadar bertanya aku berbagai perkara yang belum diketahuinya. Alhasil, dalam masa yang singkat Ibnu Abbas digelar sebagai faqih al ashr (faqih di masanya) dan imam al mufassirin (penghulu ahli tafsir).

Ibnu Abbas juga berjuluk al bahr (lautan ilmu). Seiring perjalanan waktu, penglihatan Ibnu Abbas mulai berkurang hingga ia wafat di kota Thaif. Musnad Abdullah Ibnu Abbas mencapai 1.660 hadis. 75 hadis diantaranya disepakati oleh Bukhari dan Muslim (Muttafaq 'alaihi). Bukhari meriwayatkan 120 hadis sedang Muslim sebanyak 9 hadis.

Suatu hari ia ditanya oleh para Tabi'in (generasi selepas para Sahabat) mengenai apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan dunia. Ibnu Abbas menjawab bahawa ada 7 (tujuh) indikator kebahagiaan dunia, iaitu:

Pertama, Hati yang selalu bersyukur.

Ertinya selalu menerima apa yang telah Allah SWT berikan dengan ikhlas apapun bentuknya. Agar dapat selalu bersyukur, maka mestilah kita memahami ayat. "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman." (QS. Al Mu'minun, 23: 1)

Mengapa beruntung?. Kerana setiap peristiwa apapun itu yang ditimpakan oleh Allah terhadap hambanya yang beriman adalah sebuah keberuntungan bagi dirinya. Apapun bentuknya. Tetapi kuncinya jika hambanya ikhlas. Ikhlas dalam erti memurnikan. Ilustrasinya jika dia diberikan kesenangan, orang yang beriman akan ikhlas dan bersyukur dengan memuji Allah, berdoa serta membahagikan rezeki, kesenangan atau nikmatnya kepada hamba-hamba yang lain. 

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu sebarkan. (QS. Ad Dhuha, 93: 11) Kerana itu Allah pun akan menambah rezekinya bagi orang-orang yang pandai bersyukur. "Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan;" Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azab KU sangatlah pedih. "(QS. Ibrahim, 14: 7) Dan jika Allah menimpakan musibah kepadanya, maka mereka bersimpuh, berdoa memohon kepadaNYA agar musibah tersebut menjadi penghapus dosa-dosanya, serta menjadikan mereka hamba-hamba yang selalu mengingati Allah.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (sahih muslim no. 4673) dinyatakan bahawa: Rasulullah bersabda "janganlah kamu terlalu bersedih & tetaplah berbuat kebaikan kerana dalam setiap musibah yang menimpa seorang muslim terdapat penghapusan dosa bahkan bencana kecil yg menimpanya atau kerana sebuah duri yg menusuknya."

Memiliki jiwa syukur bererti selalu menerima apa adanya (qona'ah), sehingga tidak ada cita-cita yang berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. berbahagialah orang yang pandai bersyukur!

Ke-dua, pasangan hidup yang soleh.

Pasangan hidup yang soleh akan menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh pula. Di akhirat kelak seorang suami (sebagai imam keluarga) akan diminta pertanggungjawaban dalam mengajak isteri dan anaknya kepada kesholehan. Berbahagialah menjadi seorang isteri bila memiliki suami yang soleh, yang pasti akan bekerja keras untuk mengajak isteri dan anaknya menjadi muslim yang soleh.

sebaliknya pula seorang isteri yang solehah, akan mempunyai kesabaran dan keikhlasan yang luar biasa dalam melayani suami dan anak-anaknya. Pasangan hidup yang soleh. ia menciptakan suasana rumah teduh dan menurunkan keluarga yang soleh pula. indah dan mententeramkan. para penyelidik membuktikan, kesolehan (inner beauty) adalah 2/3 faktor penentu kebahagiaan hidup, sedangkan kecantikan atau ketampanan dan kekayaan hanyalah 1/3 darinya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami / isteri yang mempunyai seorang suami / isteri yang solehah.

Ke-tiga, anak yang soleh.

Rasulullah saw bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati, maka terputuslah semua amalnya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR. Muslim)

Apabila Rasulullah SAW tawaf. Rasulullah bertemu dengan seorang anak muda yang pundaknya lecet-lecet. Setelah selesai tawaf Rasul bertanya kepada anak muda itu: "Kenapa bahumu itu?" Jawab anak muda itu: "Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia.

Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, ketika solat, atau ketika berehat, selain itu selebihnya saya selalu menggendongnya ". Lalu anak muda itu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua?"

Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: "Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak yang soleh, anak yang berbakti, tapi anakku ketahuilah, cinta orang tuamu tidak akan terbalaskan olehmu". Dari hadis tersebut kita mendapat gambaran bahawa amal ibadah kita ternyata tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan orang tua kita, namun sekurang-kurangnya kita boleh bermula dengan menjadi anak yang soleh, di mana doa anak yang soleh kepada orang tuanya dijamin dikabulkan Allah. Berbahagialah kita bila mempunyai anak yang soleh.

Ke-empat, persekitaran yang kondusif untuk iman kita.

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar (jujur)." (QS. At-Taubah, 9: 119)

Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasihati kita.â € ¨ "Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang buruk adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak kasturi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak misk olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat harumnya. Adapun berteman dengan pandai besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaian hangus terbakar, minimal engkau dapat baunya yang tidak enak. "(HR. Bukhari)

Ibnul Qayyim mengisahkan, "Kami (murid-murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan gundah gulana atau muncul dalam diri kami prasangka-prasangka buruk atau ketika kami merasakan sempit dalam menjalani hidup, kami akan mendatangi Ibnu Taimiyah untuk meminta nasihat.

Maka dengan hanya memandang wajah beliau dan mendengar nasihat beliau serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, tegar, yakin dan tenang. Itulah pentingnya bergaul dengan orang-orang soleh, dapat kembali membangkitkan semangat keimanan sehingga kita pun boleh menularkan nuansa kebaikan kepada lingkungan sekitar kita.

Ke-lima, harta yang halal.

Harta yang halal. yang terpenting dalam Islam high harta, bukan kuantiti harta. Ini tidak bererti Islam tidak menyuruh umatnya untuk kaya. Dalam riwayat Imam Muslim di dalam bab sadaqoh, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus", kata Nabi SAW, "Namun sayang makanan, minuman dan pakaian dan tempat tinggalnya didapati secara haram, bagaimana doanya dikabulkan".

Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh, sehingga memberi ketenangan dalam hidupnya. Maka berbahagialah orang-orang yang selalu dengan teliti menjaga kehalalan hartanya.

Ke-enam, semangat untuk memahami agama.

Semangat memahami agama diwujudkan dalam semangat memahami ilmu-ilmu agama Islam. Semakin ia belajar, semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya. Semangat memahami agama akan meng "hidup" kan hatinya, hati yang "hidup" adalah hati yang selalu dipenuhi cahaya nikmat Islam dan nikmat iman. Maka berbahagialah orang yang penuh semangat memahami ilmu agama Islam.

Ke-tujuh, umur yang barokah.

Umur yang baroqah itu ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. Umur yang dalam kesehariannya selama 24 jam adalah menjadi nilai ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata-mata, maka hari tuanya akan diisi pada bagaimana caranya menikmati sisa hidupnya, maka ia pun sibuk berangan-angan terhadap kenikmatan dunia yang belum ia sempat rasakan, hatinya kecewa bila ia tidak mampu menikmati kenikmatan yang diangankannya. Sedangkan orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah) maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Allah SWT. Inilah semangat "hidup" orang-orang yang baroqah umurnya, maka berbahagialah orang-orang yang umurnya barokah.

Demikianlah mesej-mesej dari Ibnu Abbas ra. mengenai 7 indikator kebahagiaan dunia.

Tidaklah lebih baik dari yang menulis ataupun yang membaca, kerana yang lebih baik di sisi ALLAH adalah yang mengamalkannya.

Sumber: 

4. Siapa penghuni Syurga dan Neraka ketika Ini? 

Adalah kemestian bahawa manusia dan makhluk yang lain akan dibangkitkan pada hari kiamat, dihisab amalannya, dan kemudian dimasukkan ke syurga dan neraka. Semua itu terjadi nanti setelah kiamat di akhir zaman. Mengenai hal itu, masih ingat dengan peristiwa Isra 'Mi'raj yang dialami Rasulullah? Ya, Rasul diperlihatkan langsung oleh Allah dengan penghuni-penghuni syurga dan neraka.

Dalam hadis sahih mengenai Isra 'Mi'raj, kita temui kisah Rasulullah shalallahu' alaihi wa sallam melihat pelbagai pemandangan penduduk syurga dan neraka. Lalu selepas peristiwa Isra 'Mi'raj, apakah sekarang ada penghuni neraka dan syurga sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah ribuan tahun lalu?

Bahagian Pusat Konsultasi Syariah dalam menjawab soalan tersebut menjawabnya berdasarkan apa yang tertera di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

Bahawa sumber sumber aqidah Islam adalah Al Quran dan As Sunnah, dan kita wajib mempercayai dan meyakini sepenuhnya maklumat yang ada dalam Al Quran dan As Sunnah itu, apatah lagi berkaitan dengan hal yang ghaib. Kerana saiz dan cara memandang masalah yang ghaib itu jelas berbeza dengan dunia yang nyata. Secara logik dan sebab musabab, akal kita boleh menerima bahawa di sisi lain dari segala yang nyata dan empiris ini, ada hal hal yang bukan empirikal di mana logik dan hukum fizik tidak lagi berlaku disana. 4. 

Kerana itu apa-apa yang dimaklumkan oleh Al Quran dan As Sunnah sudah pasti benarnya, mutlak dan mutlaq. Mengingkari salah satu kandungannya sama saja mengingkari semuanya. Sehingga yang paling bijaksana adalah tidak mengingkari teks Al Quran dan As Sunnah.

Dengan beberapa prinsip di atas, mari kita melihat soalan tentang ini dengan cermat.

Hadis yang menjelaskan peristiwa Isra 'Mi'raj Rasulullah Shalallahu' Alaihi wa Sallam dan juga berkaitan dengan bertemunya beliau dengan para nabi yang lain di dalam syurga adalah hadis hadis yang kuat darjatnya sehingga boleh diterima.

Selama dalil itu sahih, kita diharamkan menolak dan mengingkarinya. Kalau pun kurang boleh difahami logiknya, itu tidak lain kerana lingkup sains dan teknologi kita masih terbatas ketika ini.

Syurga dan neraka telah lama dicipta dan banyak sekali nas dalam Al Quran dan As Sunnah yang menjelaskan bahawa si fulan saat ini ada di syurga atau di neraka. Termasuk hadis yang menjelaskan bahawa siapa yang membina masjid di dunia ini, maka Allah membangunkan baginya rumah di syurga (saat ini juga).

Sedangkan syurga yang mana, bagaimana, di mana dan semua soalan yang bersifat teknikal, tidak ada maklumat yang terperinci dalam dalil dalil itu. Jadi apa yang ada kita imani dan apa yang tidak ada maklumat apa apa di dalamnya, tidak perlu diperdebatkan.

Kerana membantah sesuatu yang ghaib adalah pekerjaan bodoh seperti sekumpulan semut berdebat soal dimana matahari berehat di waktu malam dan di mana rehatnya bulan dan bintang pada siang hari? Semut semut itu bahawa tidak tahu bahawa matahari adalah bola gas pijar yang selalu mengalami reaksi nuklear dan seterusnya. Sains dan teknologi para semut itu terlalu dangkal untuk dapat memahami hakikat semua itu.

Jangan jangan kita ini pun juga sekumpulan semut semut yang berdebat tentang hal yang dimensi logik manusia takkan mampu memahaminya. Wallahu a'lam bissawab.

Sementara pasukan Asy Syariah menjawab soalan sama dengan menyebutkan beberapa dalil adanya penghuni syurga dan neraka:

Dari 'Imran bin Husain dari Nabi shallallahu' alaihi wasallam beliau bersabda,

"Aku mendatangi, syurga maka kulihat kebanyakan penduduknya adalah para faqir dan aku mendatangi neraka maka aku lihat kebanyakan penduduknya para wanita". (HR. Al-Bukhari no. 3002 dan Muslim no. 4920 dari Ibnu Abbas)

Hadis ini diberikan judul bab oleh Imam Al Bukhari: Bab keterangan tentang sifat syurga dan bahawasanya dia telah tercipta. Maka ini menunjukkan bahawa Al Bukhari memahami kalau apa yang dilihat oleh Nabi alaihishshalatu wassalam adalah kejadian ketika itu, bukan kejadian yang akan datang selepas hari kiamat atau sekadar penggambaran semata. Demikian pula Imam Ahmad berhujah dengan hadis seperti ini untuk menunjukkan bahawa syurga dan neraka sudah ada sekarang, sebagaimana yang beliau sebutkan dalam Ushul As Sunnah.

Juga di antara dalil yang menguatkan hal ini adalah bahawa roh para syuhada sudah berada di dalam syurga dan juga Nabi alaihishshalatu wassalam pernah melihat Amr bin Luhai orang yang pertama kali memasukkan penyembahan berhala ke Semenanjung Arab sedang mengheret ususnya di neraka. (HR. Al-Bukhari no. 1136 dan Muslim no. 5096)

Dan dalam Shahih Al Bukhari no. 4826 dan Muslim no. 4408 bahawa beliau bertanya tentang pemilik istana di dalam syurga, maka ada seorang wanita dalam riwayat Muslim: Ada sekelompok orang yang menjawab bahawa itu miliknya Umar. Maka ini juga menunjukkan syurga sudah dihuni.

Jika ada yang mengatakan: Bukankah manusia nanti akan masuk syurga dan neraka setelah melalui hisab dan sirath, sementara hisab dan shirath hanya ada setelah hari kiamat?

Maka kami katakan: Wallahu a'lam, ini termasuk perkara ghaib yang kita tidak punya ilmu padanya. Kami menetapkan apa yang ditetapkan oleh syariat dan menafikan apa yang dinafikan oleh syariat. Wallahul muwaffiq.

Sementara Ustaz Dzulqarnain As Salafi menyatakan bahawa masalah ini memang ada perbezaan pendapat di kalangan ahlussunnah, ada yang menetapkan, ada yang menafikan, dan ada juga yang tidak senang menyinggung masalah ini. Dan beliau sendiri memilih pendapat yang terakhir iaitu tidak menyinggung masalah ini.

Syaikh Ubaid Al Jabri menyatakan bahawa kewajipan atas seorang muslim, jika telah sampai kepadanya sebuah hadis yang sahih dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah beriman dengannya, membenarkan dan menerimanya, baik dia memahami maknanya atau tidak.

Kemudian jika dia mendapat jalan untuk memahami maknanya, baik dengan nash hadits yang lain atau dengan tafsiran seorang sahabat atau dengan ijma 'para imam yang dipercayai dari ahli agama yang benar daripada ulama Islam dan Sunnah, maka hendaklah dia memuji Allah yang telah memberikan petunjuk kepadanya untuk memahami hal-hal masih belum jelas dari hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Jika dia tidak mendapatkan keterangannya, maka wajib atasnya untuk menempuh jalan para ulama yang kukuh keilmuannya, yang telah Allah meninggikan penyebutan mereka di dalam firman-Nya,

"Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata, 'Kami beriman dengannya, semuanya itu dari sisi Tuhan kami'." (Ali Imran: 7)

Jika engkau memahami hal ini, maka hadis-hadis yang telah engkau sebutkan dan yang serupa dengannya yang menyebut tentang nikmat dan azab, menurutku dapat dilihat pada dua sisi:

Pertama, maknanya adalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadis, iaitu terdapat penduduk dunia yang berada di syurga dan neraka (sekarang ini).

Kedua, keadaan-keadaan yang diberitakan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang keadaan alam barzakh. Allah menunjukkan kepada beliau tentang keadaan mereka. Seorang hamba akan mendapatkan nikmat atau azab di alam kubur, sebagaimana telah mutawatir beritanya dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Sisi kedua inilah yang jiwaku condong kepadanya dan hatiku tenang dengannya. Dan ilmunya di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Sementara, Ustaz Ahmad Faris BQ, dalam jawapannya atas kenyataan serupa menyatakan bahawa bagi makhluk, memang terhad dimensi masa dan ruang, tetapi bagi Allah tidak dibatasi oleh dimensi waktu dan ruang. Sehingga menurut beliau, saat ini penghuni syurga dan neraka memang ada berdasarkan zahir lafaz-lafaz hadis yang ada. Allahu a'lam bissawab. 

sumber: 
dai21juli.blogspot.com 
Siapa penghuni Syurga dan Neraka ketika Ini? | Detik Islam

5. Uzair Hidup Selepas 100 Tahun Ditidurkan. 

Nabi Uzair AS adalah seorang hamba Allah yang hidup pada zaman antara Nabi Saleh A.S. dan Nabi Ibrahim A.S. iaitu sekitar 5000 sampai 4000 tahun sebelum masa Nabi Isa AS. Nabi Uzair A.S. adalah seorang Nabi dan Rasul utusan Allah S.W.T, salah satu diantara 313 orang Rasul utusan Allah. 

Kemusnahan kota Jerusalem
Allah S.W.T. telah meranapkan kaum Yahudi sebanyak dua kali akibat sikap mereka yang degil. Selepas mereka menyeleweng buat kali pertama, Allah S.W.T. mentakdirkan sepasukan tentera yang tanpa gentar menghadapi serta memusnahkan mereka iaitu tentera dari kalangan bangsa Kanaan yang dipimpin oleh Jalut namun akhirnya dikalahkan oleh Nabi Daud A.S.

Kali keduanya pula adalah serangan Raja Bukhtanasar yang menyerang Jerusalem dan membunuh penduduknya dan seterusnya membawa hampir semua yang selebihnya sebagai hamba ke empayarnya. Kota terbabit musnah sama sekali termasuklah harta benda mereka yang dirampas. Kota tersebut sunyi sepi tanpa ada seorang pun yang tinggal. 

Selepas Raja Bukhtanasar pulang ke empayarnya sambil meninggalkan kemusnahan di belakangnya, Nabi Uzair A.S. telah melalui Jerusalem bersama-sama seekor keldainya dan menyaksikan kesan-kesan kemusnahan yang dahsyat. 

Beliau kemudian, turun dari keledainya dan bersujud kepada Allah S.W.T dengan berkata “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?"

Maka dengan itu Allah menidurkannya (mematikannya) selama 100 tahun. Dalam tempoh 70 tahun penidurannya itu, bandar itu mula dihuni oleh penduduk-penduduk bertambah pesat dan membangun serta kepulangan orang-orang yang dibawa pergi oleh Raja Bukhtanasar ke tanah air asal mereka atas arahan Raja Kurush (Nabi Zulqarnain A.S.).

Nabi Uzair A.S. dihidupkan/dibangunkan semula
Setelah 100 tahun tertidur, Allah S.W.T membangunkan atau menghidupkan kembali beliau dengan jasadnya sebagaimana sebelum beliau tertidur. Kemudian Allah bertanya kepada beliau: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Beliau menjawab: “Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging”. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) beliau pun berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (QS 2 Al Baqarah 259).

Nabi Uzair A.S. bertemu semula ahli keluarga dan masyarakat
Selepas itu beliau pun menunggang keldai itu dan pergi ke rumahnya sendiri yang ditinggalkannya 100 tahun dahulu dan menemui seorang wanita buta yang berusia 120 tahun. Beliau bertanya kepadanya, adakah rumah itu kepunyaan Uzair? Beliau (wanita itu) mengiakan persoalan itu dan menyatakan yang Uzair sudah dilupakan orang. Akhirnya, apabila beliau berjaya meyakinkan kepada wanita itu beliau adalah Uzair, wanita itu pun mengumumkan kepada orang ramai yang Uzair sudah kembali dan nabi Uzair pun didatangi oleh anaknya sendiri yang berusia 118 tahun. Sewaktu beliau ditidurkan, anaknya hanya berusia 18 tahun. Lalu anaknya mengatakan yang ayahnya dahulu memiliki tanda kelahiran di antara dua bahunya. Maka dengan itu, beliau pun menunjukkan tanda kelahiran itu.

Penulisan semula kitab Taurat
Oleh sebab tidak ada sesiapa yang menghafal kitab Taurat dan kitab itu sudah dibakar kesemuanya pada zaman penyerangan Raja Bukhtunasar, maka mereka meminta Nabi Uzair mengeluarkan satu-satunya salinan Taurah yang disembunyikan oleh ayahnya sendiri yang bernama Sarukha.

Namun apabila Nabi Uzair mengeluarkan salinan kitab Taurat dari tempat persembunyian asalnya, didapati kertasnya sudah reput dan berderai. Maka Nabi Uzair pun duduk seketika sambil dikelilingi orang ramai dan memikirkan bagaimana beliau dapat menulis semula kitab Taurat, maka pada ketika itu di hadapan penyaksian orang-orang Yahudi, terdapat dua tahi bintang jatuh dari langit dan menghentak dadanya yang menyebabkan galakan pada daya pemikirannya, lalu menulis kembali kitab Taurat daripada ingatannya.

Maka dengan itu, orang-orang Yahudi mengatakan yang beliau adalah anak Allah disebabkan dua perkara iaitu yang pertama, penyaksian mereka pada jatuhnya dua tahi bintang dari langit yang terkena kepada Nabi Uzair. Menurut pandangan mereka, ini adalah tanda sebagai anak Tuhan. Perkara yang kedua pula adalah walaupun Nabi Musa seorang yang hebat daripada pelbagai aspek termasuk mukjizat-mukjizatnya, namun beliau tidak mampu menyampaikan ajaran kitab Taurat kecuali daripada penulisan Taurat itu sendiri sedangkan Nabi Uzair berupaya menyalin kitab Taurat hanya melalui ingatannya. Perbuatan mereka ini amatlah tercela dan dilaknat oleh Allah kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Hal ini telah dirakamkan dalam Al Quran yang bermaksud : Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (At-Taubah 9:30)

*Sumber dari alfateh90.blogspot.com

6. Bagaimana Nabi Ibrahim Membina Kaabah. 

Telaga Zam-Zam semakin dikunjungi manusia, sehingga itu terbangun sebuah masyarakat baru. Perkembangan secara mendadak ini telah sampai pada pengetahuan beberapa suku kaum yang menetap di bahagian pendalaman kota Makkah. Ini menarik perhatian mereka dan dengan itu mereka mengambil kesempatan untuk sama-sama menyertai serta mendapatkan manfaat dari telaga suci Zam-Zam.

Hajar, ibu Nabi Ismail tidak keberatan menerima penghijrahan mereka. Malah Hajar menyambut mereka sebagai tetamu-tetamu terhormat dengan diberi layanan yang sebaik-baiknya. Keadaan ini mereka menghormati dan memuliakan lagi keluarga Nabi Ibrahim. Juga mereka bersedia mematuhi peraturan-peraturan yang telah diatur dan ditetapkan oleh Hajar. Justeru itu keadaan ini membawa mereka hidup dalam suasana berkasih sayang dan saling bertolong bantu.

Nabi Ismail yang kian dewasa, hidup di tengah-tengah kelompok masyarakat itu, turut melaksanakan tugas suci seperti Nabi Ibrahim. Menyebar dan menyampaikan risalah Allah serta membawa masyarakat sekelilingnya kepada jalan yang benar, sehingga akhirnya bangsa Arab yang terkenal dengan sikap kasar dan bengis itu mengubah sikap mereka.

Nabi Ismail seterusnya membina sebuah keluarga dengan menikahi seorang gadis dari bangsa Jurhum. Namun dengan gadis pertama ini, kehidupan mereka tidak kekal lama. Melalui isteri keduanya, kebahagiaan hidup dapat dirasai oleh Nabi Ismail di samping anak-anak yang dikurniakan sebagai keturunannya. Dan dari keturunan itu lahirnya Nabi Muhammad SAW. 

Kerinduan Nabi Ibrahim yang sekian lama berpisah dengan puteranya Ismail kian menebal di dadanya. Namun kerana tugasnya sebagai Nabi Allah, menyampaikan dakwah dan risalah Allah, keinginannya untuk bertemu itu ditangguhkan pada suatu masa yang belum pasti.

Nabi Ibrahim terpaksa mengembara ke seluruh pelusuk padang pasir yang amat luas, bagi menemui rombongan-rombongan atau kafilah-kafilah manusia, menyeru dan mengajak mereka pada agama yang benar menyembah dan mengEsakan Allah. Inilah suatu tugas berat yang mesti dilaksanakan oleh baginda sebagai utusan Allah.

Sementara Nabi Ismail pula tetap berada di sekitar telaga Zam Zam, yang terus menerus mengeluarkan airnya dan sentiasa dikunjungi manusia, sehingga pertambahan mereka menyebabkan keadaan di sekitar Zam Zam berubah kepada sebuah kota, iaitu yang selalu disebut-sebut mereka sebagai kota Makkah.

Ketika Nabi Ibrahim sibuk dengan tugasnya mengajak dan menyeru manusia menyembah Allah, maka Allah SWT telah menurunkan wahyu memerintahnya mendirikan Rumah Allah (Baitillahil Haram) iaitu Kaabah berhampiran telaga Zam Zam. Tugas suci ini mesti dilakukan bersama-sama anaknya Nabi Ismail.

Dengan itu Nabi Ibrahim segera menuju ke Makkah, mendapatkan Ismail. Tiba di Mekah mereka bertemu di telaga Zam Zam. Di dalam kemuncak kegembiraan atas pertemuan itu Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail akan wahyu Allah yang diterimanya, “Wahai anakku Allah telah memerintahkan kepadaku untuk mendirikan sebuah rumah di atas dataran yang tinggi itu.” Binaan Rumah Allah akan dibina berhampiran telaga Zam-Zam.

Mendengarkan perintah itu Nabi Ismail yang sangat taat pada Allah dan kedua orang tuanya, hanya menundukkan kepalanya tanpa sebarang kata. Setelah itu kedua Nabi Suci Allah segera menuju pada tempat yang telah ditetapkan oleh Nabi Ibrahim secara tapak pembinaan Baitillahil Haram. Dengan dibantu oleh beberapa alat dan dengan tulang empat kerat yang ada, mereka membuat kerja-kerja mendatarkan tanah, mengangkut, mengumpulkan pasir dan seterusnya sedikit demi sedikit meninggikan beberapa tiang dan benteng Kaabah.

Dalam pada mereka bekerja keras berhempas pulas mengerjakan pembinaan Rumah Allah, kedua Nabi suci itu memanjatkan doa kepada Allah dengan berkata, “Ya Allah. Terimalah persembahan kami, Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Wahai Tuhan Jadikanlah kami muslimin untuk Engkau, begitu pula anak dan keturunan kami semua menjadi umat yang Islam. Tunjukkanlan kepada kami akan cara peribadatan kami, berilah ampun terhadap kami, kerana Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”

Doa Nabi Ibrahim ini Allah SWT rakamkam dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 128.

Nabi Ibrahim ketika berdoa, baginda telah berdiri pada satu tempat yang berhampiran dengan bangunan Kaabah yang sedang dalam pembinaan. Dan tempat berdiri baginda itulah yang dinamakan Maqam Ibrahim yang sekarang ini sesiapa yang mengadakan tawaf di rumah suci Allah itu disunnahkan melakukan sembahyang sunat dua rakaat dan berdoa. Maqam NaD Ibrahim ini adalah merupakan di antara tempat-tempat berdoa yang dimakbulkan Allah. Sehinggalah di saat ini tempat itu sentiasa menjadi rebutan ribuan manusia setiap tahun yang tidak pernah kosong dari dahulu dan sekarang.

Doa yang telah diucapkan oleh Nabi Ibrahim itu mengandungi dua makna terpenting. Pertamanya, merupakan persembahan kepada Allah terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Bergantung kepada sejauh mana penilaian Allah terhadap usaha-usaha mereka. Sementara yang keduanya, mengandungi permohonan atau pengharapan. Mengharap agar Allah menjadikan Ibrahim dan Ismail serta keturunan mereka menjadi manusia yang beragama Islam dan dipilih menjadi orang-orang yang beriman serta yang menyerah diri semata-mata kepada Allah. Dan juga agar Allah menunjukkan kepada mereka cara-cara beribadah yang sebenarnya.

Nabi Ibrahim dan Ismail kembali meneruskan pekerjaan yang belum selesai. Setelah binaan Kaabah hampir siap, mereka dapati masih ada kekurangan yang perlu ditambah. Waktu itulah Allah SWT dengan kekuasaan-Nya menghantarkan kepada mereka seketul batu hitam dari syurga. Batu yang luar biasa keadaannya, berwarna hitam (asal berwarna putih) serta berkilat.

Oleh kerana gembiranya mereka mendapatkan pemberian besar dari Allah itu, mereka mengucapkan syukur berulang-ulang kali sambil mengucup batu tersebut dan di waktu yang sama mereka membawanya mengelilingi Rumah Allah dan sama-sama meletakkan pada tempatnya, yang sekarang ini dinamakan Hajar Aswad.

Peristiwa ini dijadikan salah satu dari ibadah- ibadah sunat yang digalakkan melakukannya semasa mengerjakan haji. Kerana itu pada setiap kali musim haji, mereka yang tawaf keliling Kaabah berebut-rebut untuk mengucup batu hitam tersebut. Sementara mereka yang tidak berpeluang berbuat demikian memadailah dengan mengangkat tangannya sebagai syarat ke arah batu hitam dan mencium tangannya. Seolah-olah ia juga turut menciumi Hajar Aswad.

Sekalipun ibadah ini bukan ibadah yang wajib, tetapi setiap muslimin yang datang ke situ berhabis tenaga untuk mendapatkannya, kerana ia memberi kesan mendalam bagi seseorang yang dapat berbuat demikian seperti mencium Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail. Merekalah orang yang pertama sekali melakukan begitu pada Hajar Aswad. Begitu juga seakan-akan mencium Nabi Muhammad, para sahabat, orang-orang soleh yang pernah datang ke situ.

Pengaruh ini dibawa oleh seorang yang bernama Amar bin Lahyin. Seorang yang terkenal dengan hartawan dan juga dermawan. Kedermawanan Amar pernah satu ketika menyumbangkan 10,000 ekor unta dan membahagi-bahagikan makanan dan pakaian kepada berpuluh-puluh ribu jemaah haji. Oleh kerana kebanyakan jemaah haji yang datang itu terdiri dari mereka yang kurang pengetahuan dan kefahaman tentang ajaran Ibrahim, mereka menganggap perbuatan Amar itu sebagai satu perbuatan yang suci. Mereka juga menganggap Amar seorang yang mulia dan suci sehingga menyama tarafkan Amar dengan Tuhan. Segala apa yang dikatakan oleh Amar dianggap wahyu dan syariat. Akhirnya berubah dan terbubar keseluruhan ajaran Nabi Ibrahim. Dan manusia kembali kufur dan derhaka kepada Allah.

Mereka kembali kepada ajaran umat manusia sebelum kedatangan Nabi dan Rasul. Mereka menyembah berhala dan memuliakan binatang (unta). Menyembah Al Manat, Yaghut, Nasr dan lain-lain berhala yang sengaja mereka bawa masuk ke kota suci Makkah dan memenuhi Kaabah dengan patung-patung berhala mereka. Hingga Kota Makkah dan seluruh Tanah Arab dipenuhi berhala dan cara penyembahan yang karut itu. Demikianlah besarnya pengaruh manusia kepada ajaran Amar.

Namun demikian Allah SWT tidak akan membiarkan bumi-Nya dipenuhi oleh kejahilan, kederhakaan dan kekurafatan manusia. Maka Allah mengutuskan Nabi Muhammad dari keturunan Ismail dan Ibrahim, untuk seluruh umat manusia. Kedatangan bagindaadalah membersih dan mengembalikan manusia kepada menyembah dan mengesakan Allah SWT.

Demikianlah Allah telah menerima permohonan dan doa Nabi Ibrahim dan Ismail. Sementara perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah, para sahbat serta orang-orang soleh, juga para ulama menegakkan kembali ajaran Allah, bukan sahaja terpikul di atas bahu mereka, malah inilah juga perjuangan bagi seluruh umat muslimin, dalam mengajak manusia kepada kebenaran.

Firman Allah pada akhir surah Al Haj yang bermaksud: “Berjuanglah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benar kesungguhan (jiwa, raga dan harta). Ia (Allah) sudah memilih kamu dan tidaklah ia menjadikan satu perkara yang amat berat atas kamu dalam agama ini, iaitu agama yang diajarkan oleh bapa kamu Ibrahim, lalah yang menamakan kamu Muslimin sebelum ini dan juga dalam Al Quran, agar Rasul itu menjadi penyampai (berita) kepada kamu. Maka dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat, dan berpeganglah dengan agama Allah. Ia Tuhan kamu, adalah sebaik- baik Tuhan dan sebaik-baik penolong.”

Tindakan ini melambangkan rasa cinta-iaitu cinta seorang hamba terhadap kekasih-kekasih Allah. Ini juga bererti mencintai Allah. Kerana kecintaan inilah yang menarik jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia untuk datang mengerjakan haji dan tawaf di Kaabah atau Baitul Atiq atau Baitul Makmur iaitu rumah yang selalu dikunjungi manusia, sebagaimana Baitul Makmur yang ada di langit tempat tumpuan para Malaikat.

Setelah pembinaan rumah Allah itu selesai, maka Allah mengajarkan kepada Nabi Ibrahim dan Ismail bagaimana untuk mengerjakan ibadah haji iaitu cara penyembahan terhadap Allah SWT. Dengan ibadah ini jugalah Nabi Ibrahim dan Ismail menyampai dan menunjuk ajar kepada semua para nabi dan rasul yang kemudiannya hinggalah ibadah haji ini sampai kepada Nabi terakhir dan penutu segala nabi iaitu Nabi Muhammad SAW. Ibadah-ibadah yang termasuk sembahyang, puasa, zakat dan haji, kerana nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan kemudian hanya tinggal meneruskan saja ajaran Nabi Ibrahim.

Akhirnya Nabi Ibrahim berdoa lagi pada Allah, “Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya aku menempatkan anak turunanku di lembah yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan dan manusia, di sekirat rumah Engkau yang suci (Kaabah). Ya Tuhan! Agar mereka mendirikan sembahyang. Jadikanlah tempat ini sebagai tempat bertawaf, iktikaf, rukuk dan sujud. Jadikanlah hati manusia tertarik dan simpati terhadap mereka. Berikanlah rezeki kepada mereka dari buah-buahan. Mudah-mudahan mereka menjadi orang yang bersyukur.”

“Wahai Tuhan! Bangkitkanlah seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, serta yang akan membersihkan mereka, kerana sesungguhnya Engkau Maha Gagah, lagi Maha Bijaksana.”

Berabad-abad telah berlalu, setelah kewatatan Nabi Ibrahim dan Ismail, Makkah Baitillahil Haram semakin menjadi tumpuan dan kunjungan manusia dari seluruh dunia untuk melakukan ibadah haji dan umrah. Yang dikerjakan dalam bulan-bulan tertentu dalam bulan Islam. Namun demikian, lama kelamaan, mereka mulai lupa kepada ajaran Nabi Ibrahim. Syariat yang diwahyukan Allah kepada Nabi Ibrahim satu demi satu mereka tinggalkan. Mereka mereka dan menokok tambah cara-cara ibadah yang sedia ada dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Mereka bukan lagi menyembah Allah tetapi menyembah Rumah Allah iaitu Kaabah dan berhala.

*Sumber dari... cintarindurasul.blogspot.com 

7. Kisah hamba Allah yang beribadah selama 500 tahun. 

Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya: Wahai Muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai Nabi Yang Besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.” 

Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.” 
Berkatalah malaikat lagi: Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dan dihadapkan pada Allah s.w.t. Lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat: “Masukkanlah hambaKu itu ke dalam Syurga dengan limpah rahmatKu.” 

Maka berkata orang itu: Dengan disebabkan amalku?” 

Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira. 

Maka Allah s.w.t. berfirman: Masukkan ia kedalam neraka.” Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatmu.” Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat: Bawakan ia ke mari.” 

Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu: Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada.” Lalu orang itu menjawab: Engkau ya Allah.” 

Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi: Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?” Jawab orang itu: Ya Allah, dengan rahmatMu.”

Allah s.w.t. bertanya lagi: Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?” Jawab orang itu: Engkau ya Allah.” 

Allah s.w.t. bertanya lagi: Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?” Lalu orang itu berkata: Ya Allah, ya Tuhanku Engkaulah yang melakukanya.”

Allah s.w.t. berfirman: Maka semua itu adalah dengan rahmatKu dan kini aku masukkan kamu ke dalam Syurga juga adalah dengan rahmatKu.” 

Malaikat Jibrail berkata: Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t.” 

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada hambaNya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam Syurga Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah dengan rahmatNya.

Sebab hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki SyurgaNya. Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya dimasukkan ke dalam Syurga dengan rahmatNya maka mintalah supaya Allah s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatNya ke dalam Syurga FIRDAUS. In Syaa Allah.

*Sumber dari suatuperjalananmaya.com 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

100 Tahun Dihidupkan Kembali: Kisah Nabi Uzair a.s


Nabi Uzair a.s, adalah seorang Nabi yang pernah Allah matikan selama 100 tahun dan kemudian menghidupkannya kembali. Nabi Uzair a.s telah keluar daripada kampungnya pada umur 40 tahun kemudian dalam perjalanan bersama keldainya dia telah berehat di bawah sepohon pokok berdekatan dengan tanah perkuburan. Dia terlalu asyik berfikir berkenaan dengan bagaimana Allah SWT menghidupkan kembali orang yang telah mati.

Lalu, Allah SWT memerintahkan kepada malaikat maut agar mencabut rohnya sedangkan keldai itu masih terikat di situ sehingga mati kelaparan. Dia dimatikan selama 100 tahun. Ramai kaum kerabat dan orang-orang kampung yang mencarinya namun mereka berputus asa, isterinya menangis dengan sangat lama akan kehilangannya.

Kemudian, pada 100 tahun selepasnya, Nabi Uzair a.s dihidupkan kembali oleh Allah SWT. Apabila dia terjaga daripada tidurnya, dia hanya merasakan bahawa dia tertidur sejak waktu zohor sehingga waktu hendak masuk maghrib. Lalu Allah SWT mengutuskan malaikat. Malaikat yang diutuskan bertanya kepada Nabi Uzair a.s “Berapa lama kamu tidur di sini?

Nabi Uzair menjawab; “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Kemudian malaikat bersuara “Sebenarnya engkau tinggal di sini selama seratus tahun lamanya.” Nabi Uzair a.s merasa sangat hairan dan semakin bertambahlah imannya kepada Allah SWT.

Kemudian malaikat menunjukkannya kepada makanan yang telah dia bawa bersama sebelum ini. Makanan itu juga masih sama berada di keadaannya. Kemudian Nabi Uzair a.s melihat kepada keldainya yang telah mati. Seterusnya, Nabi Uzair a.s memerhatikan kepada keldai itu. Keldai tersebut dihidupkan oleh Allah SWT kembali dengan proses pengembalian otot-otot saraf daging kepada tulang belulangnya kemudian terbentuklah tulang dan rambut.

Setelah itu, roh keldai itu diperintahkan oleh malaikat agar kembali kepada keldai tersebut dan kemudian keldai tersebut bangun berdiri. Nabi Uzair a.s menyaksikan sendiri kejadian itu lalu dia telah mengetahui bagaimana Allah SWT menghidupkan kembali orang-orang yang mati yang telah menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat kejadian tersebut Nabi Uzair berkata “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Nabi Uzair a.s kemudiannya menunggangi keldainya dan kembali semula ke kampungnya. Namun dia melihatkan suasana yang sangat berbeza daripada keadaan kampung yang telah ditinggalkannya sebelumnya. Rumah-rumah banyak telah berubah dan manusia banyak yang tidak dikenali dan tidak pula ada yang mengenalinya. Kemudian, dia mencari seorang lelaki dan perempuan yang telah tua yang berkemungkinan mengenalinya.

Setelah mencari, dia bertemu dengan seorang perempuan tua yang telah uzur, dia bertanya sama ada perempuan itu mengenal Uzair. Kemudian perempuan itu menangis dan mengatakan bahawa Uzair telah pergi hilang selama 100 tahun yang lalu. Kemudian Nabi Uzair a.s mengatakan bahawa dirinya adalah Nabi Uzair. Maka, wanita itu mengatakan kepadanya bahawa jika benarlah dia adalah Nabi Uzair maka berdoalah kepada Tuhan agar memulihkan penglihatan matanya dan sihatkan dia agar dia dapat mengenali Nabi Uzair.

Maka Nabi Uzair a.s memohon kepada Allah SWT. Lalu Allah SWT memperkenankannya dan wanita itu sihat dan mengenali Nabi Uzair a.s sehinggakan dia berlari keluar dengan memberitahu semua orang bahawa Nabi Uzair telah kembali sehingga masyarakat di situ menganggapnya gila.

Setelah itu, diadakan pertemuan di antara para alim ulama. Majlis itu turut dihadiri oleh cucu kepada Nabi Uzair a.s yang telah berumur 70 tahun sedangkan Nabi Uzair a.s tetap berumur 40 tahun sama seperti dia keluar daripada kampungnya dahulu.

Daripada perbincangan yang dijalankan ada seorang yang pandai bertanya bahawa dia mendengar daripada mereka-mereka yang hidup terlebih dahulu bahawa Nabi Uzair a.s adalah seorang Nabi yang menghafal kitab Taurat. Mereka telah kehilangan kitab tersebut sewaktu peperangan Bukhtunnashr.

Dalam peperangan tersebut, pihak musuh telah membakar dan membunuh para ulama yang menghafal kitab suci itu. Kemudian dia berkata, “Seandainya engkau menghafal taurat. Maka kami akan percaya engkau adalah Uzair.”

*Sumber dari inan-naurah.blogspot.com




Tiada ulasan: