Selasa, 16 Januari 2018

6948. Tukar tiang pintu rumah. Kekalkan tiang pintu rumahmu... "Dialah Assalam dan daripada-Nya salam dan kepada-Nya segala keselamatan."

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين
Paparan: (6948)
1. Kisah Nabi Ibrahim dan Menantunya.
2. Allah SWT Menolak 1 Dari 3 Doa Rasullullah S.A.W.
3. Kisah Si Penggali Kubur Dengan Jenazah Gadis.

1. Kisah Nabi Ibrahim dan Menantunya. 

Mari kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu puteranya Nabi Ismail tiada di rumah, sedangkan isterinya belum pernah bertemu dengan mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumahnya terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya....

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail
Nabi Ibrahim : Di manakah suami mu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga ?
Menantu : Oh kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh tidak penah senang dan lapang)
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suami mu pulang sampaikan salamku padanya, katakan padanya tukar tiang pintu rumahnya (kiasan untuk menceraikan isterinya)
Menantu : Ya baiklah

Setelah Nabi Ismail pulang dari berburu ,isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka....

Nabi Ismail : Adakah apa yg ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang kehidupan kita....
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ni orang susah, hidup kita ni selalu dalam kesempitan tidak pernah senang...
Nabi Ismail : Ada dia pesankan apa-apa?
Isteri : Ya ada, dia pesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu...
Nabi Ismail : Sebenarnya dia tu ayahku, dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kepada keluargamu... 

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. 

Tidak lama selepas itu Nabi Ismail berkahwin lagi, setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Mekah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Terjadi lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah,dia sedang berburu
Nabi Ibrahim : Bagaimana hidupmu sekeluarga mudah-mudahan dalam kesenangan
Menantu : Syukur kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu
Menantu : Silalah duduk sebentar, boleh saya hidangkan sedikit makanan
Nabi Ibrahim : Apa pula yang kamu nak hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging,tunggulah saya sediakan minuman dahulu
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku berkatilah mereka dalam makan minum mereka. Baiklah nanti bila suami mu pulang sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia kekalkan tiang pintu rumahnya (kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail)

Apabila Nabi Ismail pulang seperti biasa dia bertanya sekiranya ada sesiapa yang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa ketiadaan aku di rumah
Isteri : Ya ada seorang tua yang baik rupanya dan perwatakan sepertimu
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang hidup kita
Nabi Ismail : Apa jawapanmu...
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik tiada apa yang kurang, aku ajak dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Ada dia pesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia kirim salam buatmu dan suruh kekalkan tiang pintu rumahmu...
Nabi Ismail : Oh begitu... Sebenarnya dialah ayahku.. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang diminta untuk kekalkan....
Isteri : Alhamdulillah.. Syukur...

Bagaimana pandangan anda tentang petikan sejarah ini...sejarah ini sungguh menyentuh jiwakan... ( dipetik dalam buku bertajuk 70 sifat lelaki dan wanita yang perlu diketahui)

*Sumber dari bersihjiwahati.blogspot.com 

2. Allah SWT Menolak 1 Dari 3 Doa Rasullullah S.A.W. 

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa: "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T:

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir bertepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya?

*Sumber dari harmoni-my.org/arkib/1001kisah 

3. Kisah Si Penggali Kubur Dengan Jenazah Gadis. 

Pada suatu hari Saiyidina Umar Al-Khattab menghadap Rasulullah S.A.W sambil menangis, maka bertanyalah Rasulullah S.A.W Wahai Umar, apakah yang membuatkan engkau menangis? Jawab Umar Ya Rasulullah, ada seorang di muka pintu ini yang yang telah membakar hatiku.” Berkata Rasulullah Ya Umar, bawalah ia masuk.” 

Lalu Umar membawa pemuda yang sedang menangis itu masuk. 

Bertanya Rasulullah S.A.W Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis? Pemuda itu menjawab Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada Allah S.W.T yang sangat murka kepadaku.” 

Bertanya Rasulullah S.A.W “Apakah kamu mempersekutukan Allah?" Jawab pemuda itu "Tidak Ya Rasulullah.” 

Bertanya Rasulullah lagi “Apakah kamu membunuh jiwa yang kamu tiada hak membunuhnya? Jawab pemuda itu “Tidak Ya Rasulullah.” 
Sabda Rasulullah S.A.W “Maka Allah S.W.T akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.” Berkata pemuda itu “Wahai Rasul Allah, Aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.” 

Rasulullah S.A.W bertanya lagi. “Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?” Jawab pemuda itu “Dosaku lebih besar.” 

Rasulullah S.A.W bertanya lagi “Apakah dosamu lebih besar dari Arsy? Jawab pemuda itu  “Dosaku lebih besar.” 

Rasulullah S.A.W bertanya lagi “Apakah dosamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah? Maka jawab, pemuda itu “Maafnya lebih besar? Lalu Rasulullah S.A.W bersabda “Sesungguhnya tidak dapat mengampun dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar pengampunan-Nya.” 

Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W “Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan? Jawab pemuda itu “Aku malu hendak memberitahumu, Ya Rasulullah.” 

Rasulullah bertanya dengan kuat “Beritahu aku apakah dosamu itu? 

Jawab pemuda itu  “Begini Ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan ia.” 

Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu akupun menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba jenazah gadis itu bankit seraya berkata, “Celaka betul kamu wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah S.W.T dalam keadaan junub!.” 

Apabila Rasulullah selesai mendengar keterangan dari pemuda tersebut, maka dengan segera Rasulullah bangun sambil bersabda “Hai orang yang fasik!, memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini.” Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam ke 44, ia memandang ke langit sambil berdoa “Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan Hawa, jika Engkau telah mengampunkanku, maka beritahulah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepada aku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari seksa akhirat.” 

Tidak berapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibril A.S menemui Rasulullah. Selepas memberi salam Jibril A.S berkata “Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.” Jawab Rasulullah S.A.W Dialah Assalam dan daripada-Nya salam dan kepada-Nya segala keselamatan.” 

Berkata Jibril A.S Allah S.W.T bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk? Jawab Rasulullah S.A.W “Dialah Allah yang menjadikan segala makhluk.” 

Tanya Jibril A.S lagi Adakah kamu yang memberikan rezeki kepada makhluk? Jawab Rasulullah S.A.W “Dialah Allah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk yang lain.” 

Berkata Jibril A.S lagi Apakah kamu memberi taubat kepada mereka? Jawab Rasulullah S.A.W “Dialah Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.” 

Maka berkata Jibril A.S Allah berfirman, maafkanlah hamba-Ku itu kerana Aku telah mengampunkannya.” 

Maka segera baginda memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.

*Sumber dari nasronhashim.blogspot.com 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: