Khamis, 18 Januari 2018

6954. Jawab Nabi Muhammad SAW: Islam adalah kamu mengakui yang tiada Tuhan lain kecuali Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu bersembahyang, kamu membayar zakat, kamu berpuasa sepanjang Ramadan dan kamu menunaikan haji apabila mampu. Video.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 
Video: Binatang Haram, dan tidak sedikit yang memandang Hina.. Tetapi telah melakukan perbuatan yang Mulia .
Tonton di Sumber: plus.google.com
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

Paparan: (6954)
1. Keajaiban Manusia di Akhir Zaman.
2. Membaca Tanda-Tanda Kiamat.
3. Yahudi; Bangsa yang paling suka perkara khurafat.
4. 5 perkara yang perlu orang Islam lindungi.
5. Tujuh Perkara Ganjil Dilihat Oleh Pencuri kain Kafan.
6. Soal jawab antara Rasulullah s.a.w dengan Jibrail.
7. Kisah langit dan bumi sebelum Israk dan Mikraj.

1. Keajaiban Manusia di Akhir Zaman. 

Sesungguhnya keajaiban manusia di akhir zaman ini sangat ramai. Kita kurang peka kerana kita melihat dunia ini aman. 

Namun, bila kita amati dengan baik, kita akan mencari pelbagai keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman dan hampir dalam semua garis kehidupan. 

Keajaiban yang kita maksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik tetapi melainkan pola fikiran manusia yang paradoks yang berkembang di akhir zaman ini. 

Berikut ini adalah sebahagian kecil dari fikiran paradoks yang berkembang akhir-akhir ini dalam masyarakat kita. 

Lebih ajaib lagi, fikiran paradoks tersebut dimiliki pula oleh sebahagian umat Islam dan para tokoh mereka. Di antaranya: 

1. Tidak ada bukti. 
Bila seorang pengusaha atau penjabat tinggi melakukan korupsi berbilion, maka pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dengan mudah mengatakan tidak ada bukti untuk menahan dan mengadilinya. 

2. “Hukum dunia: Double standard - salah tetap salah - cara tidak menghalalkan hukum.”  
Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan, dengan mudah dapat ditangkap, dibicarakan dan diputuskan hukuman penjara, walaupun mereka mengambil hanya satu biji buah tembikai atau tiga batang ubi kayu, mungkin saja kerana lapar. 
“.” 
3. “Bila berlaku di Negara Islam: orang kafir berkebebasan berpendapat, berekspresi dan menafsirkan agama.”  
Bila ada orang atau kumpulan dengan jelas merosakkan dan menghina ajaran Islam yang sangat fundamental, seperti Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya berlaku di negara Islam, maka orang dengan mudah mengatakan yang demikian itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan menafsirkan agama. 

4. “Bila berlaku di Negara Islam: Orang Islam mengajak berjuang untuk Allah dan kerana Allah hingga dicop sebagai pengganas.” 
Namun, bila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten dengan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak boleh berdakwah dengan hikmah, bahkan perlu dicurigai sebagai calon pengganas. 

5. “Mudah menerima dan menyakini sebarang berita atau maklumat sebagai soheh, tanpa kaji selidik apa yang akhbar paparkan.” 

Apa saja yang dituliskan dalam akhbar, dengan mudah orang mempercayainya, walaupun itu hanya tulisan manusia dan belum teruji kebenarannya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan. 

6. “Memperlekeh Al Quran. Nauzubillahminzalik” 
Akan tetapi, apa yang tercantum dalam Al-Quran belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Quran itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang mustahil berbohong. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari berbagai sisi ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan mengajarkan Al-Quran boleh mengajarkan fahaman terorisme. 

7. Sistem kehidupan ciptaan manusia membelakangi sistem kehidupan yang Allah perintahkan. 
Tidak sedikit manusia, termasuk yang mengaku Muslim yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka kacau dan mereka selalu menghadapai pelbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para penguasa negara mereka. Mereka masih saja menuntut: inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman. 

8. “Ada yang memperlekeh kehidupan yang telah Allah gariskan. Nauzubillahminzalik. ” 
Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu akan membawa kepada kemunduran, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat, Adalah mustahil Allah menzalimi hamba-Nya.

9. “Yes Man dalam jiwa orang yang namanya Islam?” 
Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia sedang menjalankan ajaran agamanya.

10. “Orang Islam dicurigai malah teranggap penjahat.” 
Namun, ketika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang selalu harus dicurigai, khususnya ketika masuk ke tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.
“.” 
11. “Berprasangka baik terhadap agama lain.” 
Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya dengan rapi, orang akan mengatakan bahawa Biarawati itu telah menghadiahkan dirinya untuk Tuhan-nya. 

12. “Prajudis terhadap cara pemakaian Muslimah sebagaimana yang dituntut oleh Allah.” 
Namun, bila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terbelakang dan tidak sesuai dengan zaman, padahal mereka yang menuduh itu, para penganut fahaman demokrasi, yang katanya setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.

13. “Bersangka baik terhadap ibu yang bukan Islam.” 
Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja di luar kerana menjaga anak, menguruskan rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja di luar rumah demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya. 

14. “Prajudis terhadap Ibu Muslimah.” 

Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suami, menguruskan kerja rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya dia dikongkong dan perlu dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki atau apa yang sering mereka katakan dengan kesaksamaan gender

15. “Hak asasi untuk bukan Islam.” 

Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan pelbagai barang perhiasan dan pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.

16. “Mempertikai corak atau cara pemakaian Muslimah seperti yang diperintahkan Allah. Malah wujud pengharaman berpakaian Islam bagi Muslimah. Nauzubillahminzalik.” 
Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya eksklusif dan berfikiran sempit tidak sesuai dengan peraturan dan paradigma kampus atau tempat kerja mereka.

17. “Diskriminasi perasaan dan pemikiran tidak timbul di kalangan masyarakat jenis ini.” 
Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah pembinaan bakat, kecerdasan dan kreativiti seorang kanak-kanak. 

18. “Belajar di Sekolah Islam tiada masa depan. Nauzubillahminzalik.” 
Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pola pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan. 

19. “Hipokrit.” 
Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke atas negara Islam khususnya di Palestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana. 

20. “Penjahat, penceroboh, pengganas dan perompak mengaku manusia suci. Nauzubillahminzalik.” 
Akan tetapi, bila kaum Muslim melawan Yahudi atas nama pembebasan Palestin, atau melawan Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas. 

21. “Perosak mengaku hero. Nauzubillahminzalik.”
Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan. 

22. “Menafikan hak Orang Islam adalah kerja jahat tangan ghaib yang digerakkan yahudi laknatullah.” 
Namun, bila orang Palestina melakukan hal yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari penculikan dan pembunuhan oleh tentara Israel atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari dinoda oleh pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? kerana dia adalah seorang Muslim. 

23. “Anak penjenayah dunia diwar-warkan suci. Nauzubillahminzalik.”
Bila anak-anak Yahudi diajarkan ilmu perang dan senjata automatik untuk membunuh kaum Muslimin di Palestin, maka akan menegatakan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri walaupun mereka adalah penceroboh. 

24. “Menafikan hak mempertahankan tanah air untuk Allah dan kerana Allah. Dakyah palsu dan kejahatan yahudi laknatullah.” 
Namun, bila anak Palestina belajar melemparkan batu menghadapi rejim Yahudi yang dilengkapi dengan tank dan senjata canggih yang menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka sebagai pelaku kejahatan yang pantas ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan belasan tahun. 

Inilah sekelumit keajaiaban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita mendapatkan pelajaran yang baik sehingga dapat menentukan sikap yang benar, atau kita akan jatuh menjadi mangsa keajaiban akhir zaman? 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

2. Membaca Tanda-Tanda Kiamat. 

Hari kiamat pasti berlaku. Hanya saja, bilakah peristiwa itu akan berlangsung? Allah SWT sajalah yang mengetahui.

Tak ada satu pun makhluk di alam semesta, termasuk malaikat, yang mampu meramalkan waktu kiamat. Bahkan, Nabi Muhammad SAW yang menjadi kekasih-Nya pun tidak diberi maklumat yang jelas.

Hal tersebut ditegaskan Allah dalam surah Al-A'raf ayat 187. "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kiamat, bilakah terjadinya? Katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat hanya ada pada sisi Tuhanku. Tiada seorang pun yang mengetahui kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. "

Tidak dapat dinafikan bahawa kita hari ini hidup di akhir zaman. Pelbagai peristiwa telah mengisyaratkan bahawa bumi semakin tua. Cuaca semakin tidak menentu dan sukar diramal. Berbagai bencana, seperti gempa bumi, gunung meletus, badai, dan banjir kerap terjadi di berbagai penjuru dunia. Ini ditambah dengan gejala pemanasan global (global warming) yang makin membimbangkan.

Dalam kehidupan sosial, pelbagai kejadian memilukan juga sering terjadi akhir-akhir ini. Misalnya pembunuhan, rogol, perang saudara, korupsi, dan berbagai bentuk kebejatan moral lainnya. Hal tersebut melanda di pelbagai penjuru dunia. Banyak yang mengatakan pelbagai kejadian tersebut merupakan petanda kiamat sudah dekat.

Dan memang, walaupun kiamat adalah suatu rahsia besar, tapi Allah memberikan sejumlah isyarat atau tanda kepada manusia bahawa saatnya telah dekat. Perlu kepekaan hati untuk boleh membaca tanda-tanda tersebut. Buku karya ulama besar Ibnu Katsir ini mengungkap banyak hal tentang kiamat. Antara lain, tentang tanda-tanda kedatangannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, "Segeralah beramal baik sebelum terjadi enam tanda kiamat. Iaitu, matahari terbit dari arah ia terbenam, Dajjal, asap tebal, haiwan melata bicara (dabbah), petaka (kematian khusus) individu, dan petaka am (kiamat besar). "(HR Ahmad).

Dalam hadis lain Rasulullah menjelaskan, "Ada enam tanda kiamat. Iaitu kematianku, pembebasan Baitul Maqdis, kematian akibat penyakit di dada (wabak binatang), harta benda melimpah sehingga orang memberi 100 dinar masih membuat yang diberi marah, petaka menimpa semua rumah bangsa Arab dan gencatan senjata antara kamu dengan keturunan kuning (Rom). Namun, mereka khianat dan menyerang kalian melalui lapan puluh panji, yang masing-masing dengan 12 ribu orang. "

Hal lain yang banyak dibicarakan orang berkaitan dengan kiamat adalah kemunculan Dajjal. Dalam Al-Quran dan hadis banyak digambarkan tentang Dajjal. Antara lain, dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sehingga muncul 30 kaum Dajjal sang pendusta. Semuanya mengaku sebagai utusan Allah, harta benda melimpah, timbul banyak petaka, dan kekacauan merebak. "Sahabat bertanya, 'Kekacauan seperti apa?' Beliau menjawab, 'Pembunuhan, pembunuhan, dan pembunuhan."

Pembahasan tentang turunnya Nabi Isa juga dibahas panjang lebar dalam buku ini. Juga tentang kemunculan Ya'juj dan Ma'juj, haiwan melata keluar dari bumi dan menyapa manusia, matahari terbit dari arah tenggelam, asap tebal yang mengepul di akhir zaman. Selain itu, juga tentang apa yang telah dan belum terjadi berkaitan tibanya saat kiamat dan gambaran umat akhir zaman.

sumber dari republika.co.id

3. Yahudi; Bangsa yang paling suka perkara khurafat. 
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman, sedang Sulaiman tidak menyihir, tetapi syaitan-syaitan itulah yang menyihir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut di Babylon dan tidaklah mereka mengajarkan kepada seorang pun sehingga mereka berkata, "Kami ini hanya cobaan, kerana itu jangan kamu belajar sihir". Lalu mereka belajar dari dua malaikat itu apa yang mereka dapat menceraikan antara seseorang dengan isterinya. Padahal mereka tidak dapat membahayakan kepada seorang pun dengan sihir itu, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka belajar sesuatu yang membahayakan mereka, dan yang tidak berguna bagi mereka. Demi, mereka sungguh telah meyakini, bahawa siapa yang membelinya (sihir), maka baginya tidak ada bahagian sedikit pun di akhirat. Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui, "(QS. Al-Baqarah: 102).

KHURAFAT ialah sesuatu yang dibuat-buat atau dongeng-dongeng yang tidak ada asas pembuktian kebenarannya. Termasuk di dalam pengertian khurafat ialah sihir. Orang-orang Yahudi menganggap sihir sebagai ilmu yang diwariskan oleh Nabi Sulaiman kepada Ummat manusia.

Hal ini disangkal oleh Allah dalam ayat di atas.

Segolongan pendeta Yahudi dengan sikap pura-pura bodoh terhadap ajaran-ajaran Taurat dengan sengaja melemparkan Kitab suci Taurat, kemudian mereka mengikuti dan mengamalkan sihir yang diterimanya dari syaitan-syaitan pada zaman Sulaiman bin Daud.

Bangsa Yahudi beranggapan bahawa Nabi Sulaimanlah orang pertama yang mempunyai koleksi buku-buku sihir, kemudian menanam buku-buku tersebut di bawah singgahsana kerajaannya. Kemudian dari tempat inilah Bangsa Yahudi menukil dan menyebarkan ilmu sihir. Cerita semacam ini jelas merupakan kebohongan yang dengan sengaja dilontarkan oleh Bangsa Yahudi atas nama Nabi Sulaiman.

Sihir adalah suatu usaha untuk menipu dan mengelabui mata manusia. Para ahli sejarah meriwayatkan bahawa ahli-ahli sihir Firaun menggunakan air raksa untuk merubah tali-tali, tongkat-tongkat bergerak laksana ular yang sedang berjalan sehingga mata orang awam terpedayakan dan memercayainya apa yang dilihatnya benar-benar ular.

Dari sinilah sebenarnya pangkal tolak sihir boleh memukau manusia. Sihir dengan bentuk dan kerjanya seperti ini boleh mempunyai pengaruh untuk menanamkan angan-angan pada diri manusia, sehingga yang bersangkutan dapat dikawal perasaan dan fikirannya.

Bangsa Yahudi dengan keyakinannya yang sesat, bahawa Nabi Sulaiman sebagai guru sihir telah menjadikan sihir sebagai alat untuk melakukan ke rusakan di tengah masyarakat. Mereka menggunakan sihir untuk menimbulkan pertengkaran dan perceraian antara suami isteri. Bahkan mereka mempunyai buku panduan untuk menimbulkan rasa kebencian antara suami isteri.

Ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa salah satu dari jenis sihir yang oleh orang Yahudi dipandang sebagai alat ampuh untuk mencipta malapetaka, sesungguhnya adalah anggapan yang tidak benar. Sebab seseorang memperoleh malapetaka hanyalah kerana kehendak Allah. Allah telah menetapkan undang-undang sebab akibat (prima causa) yang tidak dapat dilanggar ataupun dihapuskan oleh kemahuan manusia sendiri, sekalipun dengan cara-cara sihir.

Bangsa Yahudi dengan kepercayaan kepada sihir yang boleh dijadikan alat menimbulkan penderitaan dan kesusahan kepada manusia telah menjadi sasaran kebencian umat manusia. Sebab orang yang senang menimbulkan penderitaan orang lain sudah tentu dijauhi oleh masyarakat. Pengalaman kita menyaksikan bahawa orang-orang yang melakukan pekerjaan sihir mengalami hidup kefakiran dan kehinaan.

Taurat telah melarang Bangsa Yahudi mempelajari sihir. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang-orang yang mengikuti bisikan syaitan dan dukun sama dengan hukuman bagi penyembah berhala dan patung.

Perbuatan Bangsa Yahudi mengikuti ajaran-ajaran sihir menunjukkan bahawa mereka tidak beriman kepada Kitab Taurat. Kerana Taurat telah melarangnya. Begitu pula Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam sebagai Nabi yang telah dijanjikan dalam Kitab Taurat juga telah melarang sihir dan mengajak mengikuti tuntunan wahyu. Namun, Bangsa Yahudi bahkan mengingkari ajaran wahyu dan lebih patuh mengikuti para pendeta mereka yang mengajarkan khurafat dan sihir. 

sumber Islampos.com
Yahudi; Bangsa yang paling suka perkara khurafat | Detik Islam

4. 5 perkara yang perlu orang Islam lindungi. 

Islam agama keamanan. Menurut Dr Mahmood Mustafa Ayoub dalam buku karangannya, Islam Kepecayaan dan Amalan menjelaskan: Islam adalah kalimah terbitan dari perkataan salama yang bermaksud ‘mempersetujui  dan memperakui sesuatu atau memiliki keamanan’. 

Kata kerjanya pula ialah aslama yang bermaksud menyerahkan segala urusan hidup kepada kehendak Allah. 

Muslim  adalah mereka yang melakukan penyerahan ini. 

Agama Islam mempunyai prinsip undang-undang yang bertujuan memberi keamanan kepada manusia. 

Ini dapat di lihat dari perlaksaan syariahnya di dalam kehidupan manusia. 

Al-Quran menjelaskan matlamat ini di dalam Surah Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud:

“Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu(Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.”

Inilah tujuan sebenar perutusan Rasulullah s.a.w  yang memperkenalkan sistem syariah Islam kepada manusia. 

Syariah ini mempunyai konsep keadilan dan keamanan. 

Dr Mohammad Hashim Kamali di dalam bukunya, Prinsip-Prinsip Dalam Undang-Undang Islam menyatakan bahawa kalimah rahmah ini membawa pengertian jelas tentang apa yang ingin di sampaikan oleh al-Quran dan Sunnah ialah menghilangkan kemudaratan yang wujud dalam kehidupan manusia, mengelakkan dari terjadinya sebarang kerosakan dan membina keadilan seterusnya membina keamanan sejagat. 

Dengan penjelasan ini, maka rahmat yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah jelas dinyatakan dalam perlaksanaan maslahah dalam kehidupan manusia. Maslahah ini juga perlu dijaga dan dipertahankan dari sebarang unsur yang boleh membawa kepada kemusnahannya. 

Oleh itu, ulama’ berpendapat bahawa rahmat merupakan asas perlaksanaan syariah.

Ulama’ Usulul Fiqh menjelaskan bahawa terdapat 3 pembahagiaan maslahah. Maslahah tersebut ialah Dhoruriyyat, Hajiyyaat dan Tahsiniyyat. 

Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Al-Wajir Fi Usulul Fiqh menjelaskan bahawa dhoruriyyat adalah perkara yang sangat diperlukan oleh manusia bagi menjamin kehidupan yang sempurna. Dhoruriyyat juga diperlukan bagi memastikan kehidupan mereka tidak membawa kepada sebarang bentuk kesengsaraan. Terdapat 5 perkara yang sangat diperlukan itu adalah agama, jiwa, keturunan, akal, dan harta. Keperluan yang dimaksudkan itu adalah agama, jiwa, aqal, keturunan dan harta. Kelima-lima perkara ini perlu dititik beratkan dan dilindungi.

1. Agama         
Perkara pertama ialah agama. Manusia memerlukan agama yang benar untuk memastikan aktiviti harian mereka dipandu oleh prinsip yang di bawa agama tersebut. Ini kerana manusia tidak akan mampu mencapai kebahagiaan hidup tanpa panduan agama. Tidak ada agama yang mampu merealisasikan matlamat ini melainkan agama Islam. 

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-Imran ayat 19 sebagaimana bermaksud:
“Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah agama Islam.”

Lantaran kepentingan agama, Allah telah mengizinkan para sahabat di zaman Rasul s.a.w untuk berperang. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-Hajj ayat 39 yang bermaksud:
“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangai, kerana sesungguhnya mereka telah dizalimi, dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka.”

2. Jiwa
Perkara kedua ialah jiwa. Islam amat menitik beratkan aspek menjaga jiwa. Hanya dengan jiwa manusia menjadi satu entiti yang hidup. Di dalam al-Quran Allah menegah sama sekali manusia dari melakukan perbuatan membunuh. Ini bertujuan untuk memberi jaminan kepada perlindungan jiwa. Allah berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 33 yang bermaksud:

“dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah melainkan dengan alasan yang benar, dan barang siapa yang membunuh secara zalim maka sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan(hak untuk membalas) kepada ahli warisnya, tetapi janganlah mereka(ahli waris) itu melampaui batas dalam membunuh(membalas), sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.”

3. Keturunan
Islam amat menekankan kepada penganutnya untuk mementingkan penjagaan keturunan dari sebarang unsur yang boleh merosakkannya. Dari keturunan, terbinanya kesinambungan zuriat manusia di dunia ini. Penenkanan Islam ini dapat di lihat dari pengharaman zina di dalam Al-Quran. Sebagaimana yang di dapati di dalam surah Al-Isra’ ayat 32 sebagaimana bermaksud:

“Dan janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk”

Islam tidak hanya melarang dari melakukan perbuatan yang mepunyai unsur-unsur yang boleh membawa kepada zina, bahkan turut menyediakan satu hukuman tetap kepada mereka yang melakukan perbuatan zina ini. Ini dapat dilihat dari al-Quran surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud:

“Penzina perempuan dan penzina lelaki, maka rotanlah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali, dan janganlah  kasihan  kepada keduanya menyebabkan kamu tidak menjalankan agama Allah,jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah hukuman itu disaksikan oleh golongan yang beriman.”

Larangan dari mendekati zina  dengan ketetapan bentuk hukuman yang akan diterima membuktikan bahawa Islam amat mementingkan perlindungan aspek keturunan ini. Harus di ingatkan bahawa hukuman yang di tetapkan bukanlah bertujuan untuk mendenda mereka yang melakukan perbutan ini, tetapi di sebalik perlaksanaan hukuman ini tersembunyi hikmah untuk melindungi keturunan manusia.

4.Akal
Perkara yang keempat adalah akal. Akal sangat penting kepada kehidupan manusia. Dengan pertimbangan akal yang waras memastikan tindakan yang dilakukan adalah tepat. Ketepatan dalam membuat keputusan amat penting bagi manusia kerana ianya boleh mempengaruhi aktiviti harian dan memberi kesan langsung kepada keharmonian hidup. Dengan akal yang cerdas memberi kelebihan kepada seorang pelajar untuk mecapai kejayaan berbanding dengan rakan mereka yang lain. Begitu juga dengan ibu bapa, mereka perlu bijak melakukan keputusan dan tindakan demi menjamin kebahagiaan keluarga. Oleh sebab itu antara langkah awal Islam untuk menjaga kepentingan akal ini kepada manusia, Allah telah mengharam arak kepada umat islam. Ini dapat dilihat dari surah al-Maaidah ayat 90 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya khamar, berjudi, korban berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji yang merupakan sebahagian dari perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.”

5. Harta
Perkara terakhir yang perlu di lindungi oleh manusia ialah harta. Untuk mendapatkan harta, manusia memerlukan usaha, tenaga dan masa. Mereka perlu bekerja untuk mendapatkan harta. Dengan harta manusia dapat memenuhi keperluan mereka untuk hidup seperti makan, minum, berkeluarga dan sebagainya. Dengan ini jelaslah bahawa harta merupakan perkara penting bagi memastikan keharmonian hidup manusia. Islam menyedari hakikat ini. Oleh itu Allah s.w.t telah memberi panduan kepada manusia dalam usaha mereka untuk mendapatkan harta. Di dalam surah an-Nisa’ ayat 29 Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan cara yang salah, kecuali melalui perniagaan yang berlaku dengan saling mempersetujui antara kamu, Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”

Walaubagaimanapun, Islam tidak hanya memberi panduan kepada manusia, bahkan turut menetapkan hukuman kepada mereka yang mengambil harta orang lain dengan jalan mencuri. 

Hal ini dapat di lihat daam surah al-Maidah ayat 38 yang bermaksud:

“ pencuri laki-laki dan pencuri perempuan , maka potonglah tangan kedua-duanya, sebagai balasan bagi apa yang mereka lakukan dan sebagai siksaan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Sesungguhnya, Islam tidak sama sekali datang untuk memberi beban kepada manusia. Islam selaku agama milik Pencipta manusia pastinya sudah mengetahui kelebihan dan kelemahan yang ada pada manusia. Allah s.w.t sama sekali tidak membebankan makhluk dengan hukuman yang telah ditetapkannya. Semua bentuk larangan Allah mengandungi kemudharatan kepada manusia, dan semua perkara yang di halalkan oleh Allah mengandungi hikmah kebaikan kepada manusia. Renungilah firman Allah yang bermaksud:

“…dan Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban serta belengggu-belenggu(kesusahan)yang ada pada mereka…” (Al-Quran 7:157) 


5. Tujuh Perkara Ganjil Dilihat Oleh Pencuri kain Kafan. 

Ada seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. 

Pada suatu hari pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk kenyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. 

Dia berkata, ”Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
1. 
”Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. 

”Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain.” jawab ahli ibadah tersebut.

2. 
Sambung pemuda itu lagi, ”Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begituhalnya, wahai tuan guru?” 

Jawab ahli ibadah tersebut. ”Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.”

3. 
Pemuda itu menyambung lagi, ”Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” 

”Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda.” balas ahli ibadah itu lagi.

4. 
”Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” 

Jawab ahli ibadah itu, ”Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.” 

5. 
“Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. 

”Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda.” jelas ahli ibadah tersebut.

6. 
”Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya.” 

”Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya.” jawab ahli ibadah tadi. 

7. 
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. 

Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” 

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggung-jawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

*Sumber dari losong.com

6. Soal jawab antara Rasulullah s.a.w dengan Jibrail. 

Umar bin Khattab meriwayatkan, “Pada suatu hari ketika kami sedang duduk dengan Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai pakaian putih bersih dan rambutnya hitam berkilat. Tidak ada tanda-tanda dia baru datang dari jauh. Tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenali orang itu.

Duduk bertemu lutut

Lelaki itu datang lalu duduk betul-betul di depan Nabi Muhammad SAW sehingga kedua-dua lutut lelaki itu bersentuhan dengan lutut Nabi Muhammad SAW.

Kemudian lelaki itu meletakkan kedua-dua belah tapak tangannya di atas pahanya lalu bertanya: Terangkan apa itu Islam. Jawab Nabi Muhammad SAW: Islam adalah kamu mengakui yang tiada Tuhan lain kecuali Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu bersembahyang, kamu membayar zakat, kamu berpuasa sepanjang Ramadan dan kamu menunaikan haji apabila mampu. 

‘Betul’, kata lelaki itu. Kami semua berasa hairan bagaimana pula dia yang bertanya dan kemudian dia pula yang menyatakan jawapan itu betul. 

Kemudian lelaki itu bertanya lagi: Terangkan apa itu iman? Jawab Nabi Muhammad SAW: Kamu percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, percaya kepada Nabi dan Rasul, percaya kepada kitab-kitab suci yang diterima oleh pesuruh Allah, percaya adanya akhirat dan kamu percaya kepada takdir Allah, sama ada yang baik atau buruk.

‘Betul’, kata lelaki itu. 

Kemudian dia bertanya lagi: Terangkan apa itu ihsan? Jawab Nabi Muhammad SAW: Kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu nampak Dia, dan apabila kamu tidak nampak Dia, kamu yakin Dia nampak kamu. 

Kemudian lelaki itu bertanya lagi: Terangkan bilakah kiamat akan terjadi. Nabi Muhammad SAW menjawab: Yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu.

Tanda hari akhirat

Kemudian lelaki itu bertanya lagi: Terangkan apa tanda-tanda hari akan kiamat? Jawab Nabi Muhammad SAW: Apabila perempuan hamba melahirkan majikan mereka sendiri. Apabila orang yang tidak berkasut, orang yang telanjang, orang miskin dan penternak kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi. 

Selepas mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, lelaki itu pun pergi. 

Aku terdiam beberapa waktu sehingga Nabi Muhammad SAW menjelaskan: "Umar, tahukah saudara siapa lelaki tadi? Aku menjawab: "Allah dan pesuruh-Nya yang lebih tahu." Kata Nabi Muhammad: "Lelaki tadi adalah Malaikat Jibrail. Dia datang bagi menerangkan kepada saudara sekalian berkenaan agama saudara.” (Riwayat Muslim)

Sumber: 
Riyadus Solihin Taman Orang Soleh 
dari al-bakriah.com.my
Soal jawab antara Rasulullah s.a.w dengan Jibrail | Detik Islam


7. Kisah langit dan bumi sebelum Israk dan Mikraj. 

Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj dikisahkan bumi merasa bangga dengan langit. 

Berkata bumi kepada langit,

"Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Langit pun menjawab "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falak, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata pula bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." 
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata,

"Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu Ya Allah supaya kekasih-Mu yakni Muhammad dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga dengannya kelak."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit. Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail AS pada malam tanggal 27 Rejab,

"Janganlah engkau (Jibril) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail, jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi ke Syurga dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. 

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

*Sumber dar suatuperjalananmaya.com
Kisah langit dan bumi sebelum Israk dan Mikraj | Detik Islam

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
.................................... https://plus.google.com/photos/photo/112025182080518800247/6511705281240588738?sqid=103471626542613787876&ssid=8010c6e5-f64b-47d2-b95e-76a1218a56ac

Tiada ulasan: