Khamis, 18 Januari 2018

6955. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan atau pun dosa. Video.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين
Paparan: (6955)
1. 1. Ibrah MH370. 
2. Akhir Zaman: Akan Berlaku Perselisihan Setelah Wafatnya Seorang Pemimpin. 
3. Kisah Malaikat Maut Menyamar. 
4. Malaikat maut tertawa dan menangis ketika mencabut nyawa. 
5. Malaikat Maut dengan Seorang Raja. 
6. Kisah Hidup Raja Faisal al Saud, Raja Arab Saudi Yang Berani!. 
7. 7ujuh golongan dan rombongan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut. 

1. Ibrah MH370. 
Oleh:
Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa

Insafi Diri Dan Elak Jadi Penyebar Berita Palsu

Allah SWT; Tuhan Yang Maha Berkuasa, menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan manusia. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dan baginda berperanan menjelaskan petunjuk yang terkandung dalam al-Quran. Manusia yang hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah Nabi Muhammad saw adalah manusia yang berjaya mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam al-Quran; surah al-Isra' ayat 97 yang bermaksud, "Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan. Dan sesiapa yang disesatkannya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang".

Seluruh rakyat Malaysia sedang diuji oleh Allah SWT berkenaan isu kehilangan kapal terbang MH 370. Pelbagai usaha dilakukan dan pelbagai berita disampaikan. Walau apapun tindakan yang dilakukan, al-Quran dan as-Sunnah wajib menjadi panduan. Qabisah bin al-Mukhariq melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Al-Quran itu memberi syafaat di hari akhirat kelak dan sumber kesuburan hati yang diakui. Sesiapa yang menjadikannya di hadapannya (mengikuti petunjuknya), maka al-Quran itu akan memandunya ke syurga. Sesiapa yang menjadikannya di belakangnya (mengingkari petunjuknya), maka al-Quran itu akan menghumbannya ke neraka". (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban)

Dalam kerancakan masyarakat membicarakan isu MH370, terdapat panduan al-Quran yang diabaikan oleh kita sebagai umat Islam, iaitu dalam menerima, menilai dan mengesahkan sesuatu maklumat sebelum disebarkan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. Allah SWT mengarahkan kepada orang yang beriman, apabila mendapat sesuatu berita, maka hendaklah disiasat terlebih dahulu kebenarannya sebelum sebarang tindakan diambil. Ini bagi mengelakkan tindakan tersebut dibuat atas asas yang tidak betul, sehingga melahirkan akibat yang buruk. Umat Islam tidak selayaknya menjadi golongan penyebar berita palsu, atau berita yang masih diragui kesahihannya, kerana ia hanya akan mengundang bencana dalam masyarakat.

Terdapat pelbagai spekulasi diberikan tentang kehilangan MH370. Ada yang menjangkakan ia telah meletup, ada yang mengatakan ia terjunam jatuh ke dalam laut, ada yang beranggapan ia dirampas dan disembunyikan, dan pelbagai spekulasi diberikan. Kehadiran pelbagai media menjadikan isu ini menjadi semakin kompleks. Setiap media memaparkan pelbagai spekulasi, sehingga menjadikan masyarakat semakin bingung. Persoalan yang timbul, kenapa masyarakat kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang masih belum disahkan kesahihannya. Banyak masa dihabiskan membicarakan pelbagai spekulasi. Apa manfaat spekulasi ini kepada ahli keluarga mangsa dan masyarakat umumnya?

Nabi Muhammad saw telah memberikan panduan, umat Islam seharusnya hanya melakukan perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi perkara yang sia-sia. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding seorang mukmin yang lemah. Pada setiap kebaikan maka lakukanlah apa-apa yang mendatangkan manfaat untuk kamu. Mintalah bantuan daripada Allah dan jangan sekali-kali kamu merasa lemah dan berputus asa. Jika kamu ditimpa dengan satu musibah, maka janganlah kamu berkata, 'Jika aku lakukan begini, maka sudah tentu kesannya begitu dan begini'. Tetapi katakanlah, 'Segala-galanya telah ditentukan oleh Allah. Dia hanya lakukan apa yang Dia kehendaki.' Sesungguhnya ungkapan 'kalau' hanya akan membuka pintu gangguan syaitan." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim)

Allah SWT memberi amaran agar jangan bercakap sebarangan membuat ulasan, mungkin kita menyangka isu yang diulas adalah perkara biasa atau remeh tapi dosanya sangat besar di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam al-Quran; surah al-Nur ayat 15 yang bermaksud, "Iaitu (ingatlah) semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya”.

Ulasan terhadap isu MH370 yang tidak bersandarkan data dan maklumat yang sahih hanya akan mengundang perbalahan antara anggota masyarakat. Satu pihak menuding jari kepada pihak lain, kononnya menyembunyikan fakta sebenar, pihak yang lain pula melaga-lagakan sesama umat Islam dengan mengemukakan spekulasi berdasarkan logik akal semata-mata, ada pula yang menganalisa isu ini dengan kaca mata kepentingan politik. Yang lebih teruk, apabila ada orang Islam yang cuba melakukan spekulasi terhadap perbuatan Allah SWT, dengan mengemukakan analisa liar yang menghubungkan isu MH370 sebagai hukuman Allah kepada seseorang atau sesuatu isu yang sedang berlaku di Malaysia, seolah-olahnya penganalisis itu menjadi juru bicara Allah menyampaikan apa yang termaktub dalam Luh Mahfuz.

Umat Islam hendaklah menjaga lidah daripada menjadi penyebar fitnah atau pembawa berita palsu, kerana semua perbuatan dan perkataan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Azza Wajalla pada hari Kiamat. Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Isra' ayat 36 yang bermaksud, "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

Kembalilah Kepada Allah SWT

Pencarian kapal terbang MH370 dan para penumpangnya masih belum mendapat kata pemutus. Bagaimanakah keadaan mereka, adakah masih selamat? Persoalan demi persoalan timbul, pelbagai usaha telah dilakukan. Namun, jawapannya masih kabur. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan dalam bukunya, Jami' al-'ulum wa al-hikam: "Antara rahsia yang terkandung dalam setiap penderitaan itu ada kebahagiaan, setiap kesulitan ada kemudahan iaitu jika penderitaan yang ditanggung semakin menyakitkan, seseorang hamba Allah mula berputus asa daripada bergantung kepada mahkluk, lantas hatinya hanya mengharap kepada Allah semata-mata, maka itulah hakikat tawakkal kepada Allah. Tawakkal itulah yang dituntut bagi setiap penyelesaian masalah. Firman Allah SWT dalam surah al-Talaq ayat 3, '...dan ingatlah, sesiapa bertawakkal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (jil. 1, hlm. 493)

Ibnu Rajab berkata, “Tawakkal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia mahupun akhirat. Menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata-mata.”

Namun begitu, tawakkal bukan bermaksud seseorang hamba hanya pasrah kepada ketentuan Allah tanpa sebarang usaha. Tanggungjawab seorang hamba adalah berusaha mengikut cara yang dibenarkan oleh Allah SWT. Menurut Ibnu Rajab, "Bertawakkal tidaklah bermaksud seseorang meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakkal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakkal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya”.

Segelintir umat Islam tersalah faham tentang konsep tawakkal. Ada yang menyerah diri sahaja kepada takdir tanpa berusaha, hanya berdoa memohon agar Allah menyelesaikan masalahnya. Ada pula sebaliknya, hanya yakin dengan usaha yang dilakukan tanpa meyakini bahawa yang mampu memberikan hasil daripada usaha yang dilakukan hanyalah Allah. Terkadang manusia terpedaya dengan kecanggihan teknologi yang ada. Mereka yakin dengan peralatan canggih, segala masalah boleh diselesaikan. Lihat sahaja isu MH370. Kecanggihan sistem kapal terbang yang direka, ketepatan sistem radar dalam mencari maklumat, alat komunikasi penghubung antara benua, dan pelbagai teknologi canggih, masih belum mampu merungkai isu MH370. Ketika seseorang telah sampai pada jalan buntu dalam upaya mencapai tujuan dan tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan dan memecahkan persoalannya, dia akan menyandarkan diri kepada Allah tanpa menghentikan usahanya. Walaupun manusia mampu mencipta peralatan canggih, namun faktor utama yang boleh menyelesaikan masalahnya adalah Allah SWT sahaja.

Tetapi berlaku juga kepada orang yang berusaha, berdoa dan bertawakal dalam usahanya itu, tetapi tetap tidak berjaya dan Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya. Kita wajib bermuhasabah diri dalam mencari penyelesaian isu MH370 ini. Adakah usaha yang dilakukan itu menepati Syariat Allah SWT? Adakah usaha itu sudah mencukupi dan dilakukan bersungguh-sungguh? Adakah orang yang berdoa dan sembahyang hajat mengabaikan ibadah-ibadah wajib, sering melakukan dosa atau sebagainya? Sebab itulah tawakkal kita perlu bersama dengan redha dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah. Orang yang bersabar itu adalah orang yang mempunyai iman dan keyakinan akan kekuasaan Allah. Abdullah bin Mas'ud melaporkan, Rasulullah saw bersabda “Bersabar itu separuh daripada iman”. (Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Haythami)

Jauhi Perkara Yang Haram

Dalam masa berusaha mencari penyelesaian berkaitan isu MH370, manusia perlu sedar tentang satu hakikat, Allah SWT telah menetapkan dalam SyariatNya, usaha yang halal dan usaha yang haram. Ketika berusaha menyelesaikan masalah, manusia wajib menghindari daripada usaha yang diharamkan oleh Allah SWT.

Kerancakan usaha mencari petanda MH370, masyarakat Malaysia dan dunia digemparkan dengan sekumpulan 'tok bomoh' yang dikatakan berusaha untuk membantu mencari MH370. Aksi ala 'Laksama Do Re Mi' di KLIA mendatangkan reaksi pelbagai daripada masyarakat; sama ada tempatan atau antarabangsa. Menggunakan buluh sebagai teropong, bubu dan kelapa seumpama radar pengesan, serta tikar terbang, diselangi dengan doa, zikir, dan jampi serapah; menjadikan masyarakat bingung. Adakah ini termasuk dalam usaha yang dibenarkan Syarak untuk merungkai persoalan MH370? Sehingga ada media antarabangsa melabelkan 'Sihir adalah jalan terakhir Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu MH370'.

Aksi perbomohan seumpama itu termasuk dalam amalan sihir dan khurafat yang dilarang dalam Islam. Doa dan zikir yang diungkapkan tidak meng'halal'kan perbuatan khurafat yang dilakukan. Menurut Islam, terdapat tiga hukum yang bertautan antara satu sama lain iaitu hukum Syarak, hukum akal dan hukum adat. Sesuatu tindakan yang berlawanan dengan hukum akal dan adat hanya diterima oleh hukum Syarak sekiranya ia termasuk dalam maksud mukjizat atau karamah. Mukjizat merupakan perkara luar biasa yang berlawanan dengan dengan hukum adat dan akal yang dikurniakan Allah kepada para Nabi dan Rasul. Manakala perkara luar biasa yang berlawanan dengan dengan hukum adat dan akal yang dikurniakan Allah kepada manusia selain Nabi dan Rasul dinamakan karamah.

Meneropong bagi mengesan objek yang jauh menggunakan buluh merupakan perkara yang berlawanan dengan hukum adat dan akal. Manakala bubu pula menurut hukum akal dan adat, ia direka untuk menangkap ikan, bukan dijadikan sebagai radar pengesan. Tikar pula bukanlah digunakan untuk tujuan terbang di udara. Persoalan yang timbul, adakah penggunaan buluh, bubu, kelapa, dan tikar yang berlawanan dengan hukum adat dan akal itu termasuk dalam karamah yang dikurniakan oleh Allah SWT? Adakah ilmu 'tok bomoh' itu termasuk dalam karamah?

Memang terdapat hamba Allah yang mempunyai keistimewaan di sisi Allah, mereka dikurniakan Allah dengan karamah seperti Maryam, ibu Nabi Isa boleh menerima hidangan makanan dari langit hanya dengan berdoa kepada Allah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 37, "...tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya, 'Wahai Maryam, dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?' Maryam menjawab, 'Ia daripada Allah'. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". Namun, apakah yang membezakan hidangan yang dikurniakan oleh Allah kepada Maryam dengan hidangan hasil tiupan bangsi hikmat 'Laksamana Do Re Mi'?

Jawapannya, Allah mengurniakan kepada hambaNya perkara luar biasa yang menyalahi hukum adat dan akal dalam dua keadaan; pertama: karamah dan kedua: istidraj. Karamah dikurniakan Allah kepada hambaNya yang ikhlas beramal soleh kepadaNya. Manakala istidraj pula perkara luar biasa yang dilakukan oleh seseorang manusia dengan dibantu oleh iblis dan syaitan.

Perbezaan antara karamah dan istidraj boleh dilihat pada watak seseorang individu. Individu yang patuh kepada segala perintah Allah dan menjaga adabnya dengan Allah dan sesama makhluk Allah, berkemungkinan besar, perkara luar biasa yang dilakukannya itu adalah karamah pemberian Allah. Namun, jika sebaliknya, seseorang individu yang boleh melakukan perkara luar biasa, tidak mencerminkan akhlak seorang Mukmin, maka jelaslah ialah adalah istidraj. Orang yang sombong, menunjukkan kebolehan diri di khalayak ramai dan kemudian dengan angkuh menghentam orang yang mengkiritiknya sehingga mencabar untuk menampar orang itu dan menyumpahnya menjadi buaya, orang seperti ini secara jelas dan terang tidak layak mendapat karamah daripada Allah. Mana ada dalam sejarah umat manusia, ada Nabi atau wali Allah yang dikurniakan kelebihan oleh Allah, berlaku sombong dan angkuh seperti itu.

Amalan sihir adalah termasuk dalam maksud istidraj. Walaupun ahli sihir boleh melakukan perkara luar biasa yang berlawanan dengan hukum adat dan akal, namun, perkara itu dilakukan dengan bantuan iblis dan syaitan. Oleh itu, perkara luar biasa yang berlawanan dengan hukum adat dan akal yang berasaskan sihir dan istidraj ditentang oleh hukum Syarak.

Islam mengharamkan amalan sihir dan ia termasuk dalam perbuatan Syirik. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Jauhkan diri kamu daripada tujuh dosa besar yang menghancurkan!" Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah tujuh dosa itu?" Jawab baginda, "Mensyirikkan Allah, sihir..." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari) Abdullah bin Mas'ud melaporkan, Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang datang bertemu dengan penenung nasib, ahli sihir, atau kahin (tok bomoh), lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka orang itu telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad". (Hadis sahih direkod oleh al-Haythami) Imam al-Khattabi menjelaskan, "Golongan 'kahin' (tok bomoh) ialah golongan yang mendakwa tahu ilmu ghaib dan memberitahu manusia tentang rahsia yang berlaku di alam. Dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah, golongan ini mendakwa tahu banyak ilmu ghaib yang tidak diketahui oleh orang ramai". (Ma'alim al-sunan, jil. 4, hlm. 228)

Orang Islam yang mengamalkan sihir; sama ada menjadi ahli sihir atau meminta pertolongan kepada ahli sihir, maka hukumnya adalah Syirik. Orang Islam itu telah menjadi murtad kerana amalan sihir tersebut. Menurut undang-undang jenayah Islam, individu yang terlibat dengan sihir telah melakukan jenayah riddah. Oleh itu, dalam kerancakan kita mencari penyelesaian kepada isu MH370, elemen syirik dan sihir seumpama ini wajib dijauhi. Ia bukan membantu menyelesaikan isu ini, bahkan ia menjadi penghalang kepada rahmat Allah. Maka seluruh umat Islam di Malaysia, wajib menunjukkan penentangan kepada amalan syirik tersebut dan pihak berkuasa Agama di Malaysia, wajib mengambil tindakan kepada individu terbabit.

Wallahu A'lam. 

2. Akhir Zaman: Akan Berlaku Perselisihan Setelah Wafatnya Seorang Pemimpin. 

Hadis berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama, perselisihan berpanjangan sesudah kematian seorang pemimpin. Kedua, dibai'atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai'at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ
وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ
"Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai'at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai'at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah. "(HR Abu Dawud 3737)

Saudaraku, sebahagian pemerhati tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahawa indikasi yang pertama telah terjadi, yaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah meninggal dunia itu? Sebahagian spekulasi bahawa yang dimaksudkan adalah Saddam Husein (atau Raja Abdullah?). Kerana semenjak kematiannya, negeri Iraq berada dalam kekacauan berpanjangan. Wallahua'lam bish-showwab. Bila analisa ini benar bermakna dewasa ini kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai'atan paksa Imam Mahdi di depan Kaabah.

Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, bermakna Ummat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi tahu bahawa Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir ... Dan bila ini telah menjadi jelas kitapun terikat dengan pesan Nabishollallahu 'alaih wa sallamsebagai berikut: 
فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ
"Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai'at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi." (HR Abu Dawud 4074)

Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: 'isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid). Amin ...

*Sumber dari eramuslim.com
Akhir Zaman: Akan Berlaku Perselisihan Setelah Wafatnya Seorang Pemimpin | Detik Islam

3. Kisah Malaikat Maut Menyamar. 
Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. 

Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. 

Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata: "Wahai diriku, berilah aku ketenangan kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu." 
Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang Malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. 

Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.

Pengawal menemui tetamu tersebut dan bertanya: "Apa maksudmu?"

Tetamu menjawab: "Tolong panggilkan tuanmu." 

Lantas pengawal istana menjawab: "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau." "Siapa engkau?"

Kata malaikat Maut lagi: "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun aku mesti menemuinya." 

Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tetamu.

Kemudian tetamu itu berkata lagi: "Beritahu kepada tuanmu bahawa aku adalah Malaikat Maut."

Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata: "Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (Malaikat Maut)" Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil.

Kemudian Malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata: "Lakukanlah apa yang kamu mahu dengan harta kamu, yang jelas aku tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa kamu melayang."

Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya: "Semoga engkau dilaknat Allah SWT, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah."

Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab: "Mengapa tuan mencela aku? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat berkahwin dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan atau pun dosa." 

Lalu Malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati....

Sumber:
Kisah Malaikat Maut Menyamar | Detik Islam

4. Malaikat maut tertawa dan menangis ketika mencabut nyawa. 

Allah swt. bertanya kepada malaikat maut: "Apakah kamu pernah menangis ketika kamu mencabut nyawa anak cucu Adam?"

Maka Malaikat pun menjawab: "Aku pernah tertawa, pernah juga menangis, dan pernah juga terkejut dan kaget."

"Apa yang membuatmu tertawa?"

"Ketika aku bersiap-siap untuk mencabut nyawa seseorang, aku melihatnya berkata kepada pembuat kasut, 'Buatlah kasut sebaik mungkin supaya boleh dipakai selama setahun',".

"Aku tertawa kerana belum sempat orang tersebut memakai kasut dia sudah kucabut nyawanya."
Allah swt. lalu bertanya: "Apa yang membuatmu menangis?"

Maka malaikat menjawab: "Aku menangis ketika hendak mencabut nyawa seorang wanita hamil di tengah padang pasir yang tandus, dan hendak melahirkan. Maka aku menunggunya sampai bayinya lahir di padang pasir tersebut. Lantas kucabut nyawa wanita itu sambil menangis kerana mendengar tangisan bayi tersebut kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui hal itu. "

"Lalu apa yang membuatmu terkejut dan kaget?"

Malaikat menjawab: "Aku terkejut dan kaget ketika hendak mencabut nyawa salah seorang ulama Engkau. Aku melihat cahaya terang benderang keluar dari kamarnya, setiap kali Aku mendekatinya cahaya itu semakin menyilaukanku seolah ingin mengusirku, lalu kucabut nyawanya disertai cahaya tersebut. "

Allah swt bertanya lagi: "Apakah kamu tahu siapa lelaki itu?

"Tidak tahu, ya Allah."

"Sesungguhnya lelaki itu adalah bayi dari ibu yang kaucabut nyawanya di padang pasir gersang itu, Akulah yang menjaganya dan tidak membiarkannya." 

*Sumber dari 
islampos.com [Dedih mulyadi / islampos / kitab Tadzkirah karangan imam Qurthubi]

5. Malaikat Maut dengan Seorang Raja. 

Wahab bin Munabbih telah menceritakan: “Ada seorang raja hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu dia meminta pakaian yang cantik-cantik. Setelah mencuba berbagai pakaian, tetapi beliau tetap tidak puas hati, akhirnya beliau memakai pakaian yang paling baik. Hal yang serupa turut terjadi apabila beliau berkehendakkan kenderaan yang terbaik. Maka beliau akhirnya memakai pakaian dan kenderaan yang terbaik sekali” 
Setelah berpuashati dengan pakaian dan kenderaannya, maka datanglah Iblis menghembuskan lubang hidungnya dengan ‘virus’ sombong. Maka beliau menjadi cukup sombong.

Kemudian datang seorang lelaki memberi salam tetapi tidak dijawabnya salam tersebut kerana sombongnya. Lalu lelaki tersebut memegang tali kuda yang dinaiki oleh raja tersebut. Oleh kerana lelaki tersebut memegang tali kuda dengan kuat lalu raja tadi dengan marahnya berkata: “Lepaskan tali kuda ini, engkau telah melampau”

Lalu lelaki itu berkata: “Aku ada keperluan yang hendak aku sampaikan kepadamu sekarang.” 

Jawab raja: “Sabar, biar aku turun dulu dari kuda ini.” 

Lelaki itu berkata lagi: “Tidak, aku hendak sampaikan sekarang juga.” 

Lelaki itu tetap berkeras sehingga raja mengalah dan berkata: “Katakan apakah keperluan yang engkau hendak.?”

Seterusnya lelaki itu berkata: “Ini adalah rahsia.”

Maka raja pun mendekatkan telinganya kepada lelaki tersebut dan lelaki tersebut pun berkata: “Aku adalah Malaikat Maut.” 

Apabila terdengar sahaja kata-kata lelaki itu gementarlah seluruh anggota raja dan berkata: “Wahai Malaikat Maut, tinggallah aku buat setika kerana aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah aku melihat mereka.” 

Malaikat Maut berkata: “Tidak! Demi Allah, engkau tidak akan dapat melihat keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya.” 

Lalu Malaikat Maut pun mencabut nyawa (nyawa pinjaman Allah) raja tersebut dan jatuhlah raja itu dari kudanya serta merta dan menjadi mayat. 

Sumber: 
Malaikat Maut dengan Seorang Raja | Detik Islam

6. Kisah Hidup Raja Faisal al Saud, Raja Arab Saudi Yang Berani!. 

Raja Faisal adalah ketua negara Arab Saudi yang paling menyerlah hingga ke hari ini. Baginda pernah dinobatkan sebagai Man of the Year 1974 oleh majalah TIME, sebuah media massa terkemuka di Amerika Syarikat. 

Namun penobatan itu bukan kerana Raja Faisal disenangi oleh Amerika, tapi sebaliknya dia adalah orang yang pernah menyerang pemerintah Amerika, bahkan hampir membuat negara itu lumpuh akibat embargo minyak yang dilakukannya.

Nama penuh beliau adalah Faisal Ibnu Abdul Aziz Ibnu Abdul Rahman Ibnu Faisal As-Saud. Ia dilahirkan pada bulan April 1906. Raja Faisal adalah putera Raja Abdul Aziz ibnu Saud pengasas dinasti Saud di Jazirah Arab, sekaligus pengasas Kerajaan Arab Saudi pada tahun 1932.

Raja Faisal juga dari keturunan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab, yang dikatakan pengasas Wahabiyah, melalui ibunya. 

Wahabi adalah suatu gerakan reformasi dan penulinan keagamaan Islam yang menjadi penyokong utama Raja Abdul Aziz ketika mendirikan Kerajaan Arab Saudi.

Pendidikan Raja Faisal asasnya adalah pendidikan agama. 

Di dalam keluarganya dia yang paling menonjol. 

Debat pertamanya adalah ketika di usia remajanya, iaitu ketika berumur 13 tahun Raja Faisal berkesempatan menjadi orang pertama dalam keluarganya yang mengunjungi Britain dan Perancis, selepas Perang Dunia I. Di sana baginda dianugerahkan pingat St. George dan pingat St. Michael dari Raja United Kingdom. 

Pada umur 16 tahun Raja Faisal telah diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin sebuah ekspedisi untuk menumpaskan pemberontakan sebuah suku di Asir, bahagian Selatan Hijaz. Kemudian pada umur 19 tahun baginda menjadi komandan pasukan yang menawan kota Jeddah dari suku Hashemit, rival dinasti Arab Saudi.

Ayahnya menabalkan Raja Faisal menjadi Raja Muda Hijaz pada tahun 1926. Setelah itu pada tahun 1930 ia dilantik menjadi menteri luar negara. Raja Faisal mencapai puncak karier ketenteraannya pada tahun 1934 dengan kenaikan pangkat yang cepat setelah menawan pelabuhan Hoderida sewaktu perang singkat melawan Yaman.

Baginda pergi ke Amerika Syarikat untuk pertama kalinya pada ketika bermulanya Perang Dunia II. Raja Faisal kembali setelah perang itu berakhir tahun 1945. Baginda turut serta dalam peristiwa penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) di San Fransisco pada 24 Oktober 1945 sebagai wakil Arab Saudi. 

Ketika ayahnya, Raja Abdul Aziz, wafat pada tahun 1953, abang Raja Faisal yang bernama Saud menggantikannya. Raja Faisal menjadi putera mahkota Saud. Setahun kemudian pada tahun 1954, Raja Faisal dilantik menjadi Perdana Menteri Arab Saudi.

Satu krisis kewangan pemerintah yang parah berlaku pada tahun 1958 mendorong pengalihan kekuasaan pemerintahan secara penuh kepada Raja Faisal. Sehingga Raja Saud hanya sebagai simbol negara sahaja.

Pada tahun 1964, akhirnya Raja Saud diturunkan dari tahtanya, digantikan oleh Raja Faisal. Raja baru ini kemudian bekerja dengan penuh semangat untuk menyatukan dunia Islam dan dunia Arab, sehingga menjadi pemimpin yang menonjol di dunia Islam dan Arab. 

Salah satu peranan pentingnya adalah turut mempelopori lahirnya OIC. Ini didorong oleh keinginannya yang kuat untuk menyatukan dunia Islam dan mempereratkan ukhuwah Islamiyah. 

Raja Faisal terkenal sebagai raja yang soleh dan sangat mengambil berat kesejahteraan rakyatnya. Salah satu langkah awal dari program Raja Faisal untuk mensejahterakan rakyatnya adalah me-'rumah'-kan rakyatnya. Hal ini kerana majoriti rakyatnya adalah orang-orang Badwi yang memiliki pola hidup secara nomad (berpindah-pindah tempat tinggal) di padang pasir. Raja Faisal berpendapat cara hidup seperti ini susah untuk membuat rakyat sejahtera. 

Untuk itu Raja Faisal membangunkan prasarana seperti jalan beraspal (berturap-tar), perumahan buat yang layak dan membuka lapangan pekerjaan di berbagai bidang untuk seluruh rakyatnya. Raja Faisal juga membuat pembaharuan dalam bidang pendidikan. Sebelum beliau menjadi pemerintah, perempuan tidak diberi kesempatan untuk memasuki sekolah. Sejak zaman pemerintahan Faisal wanita telah digalakkan untuk bersekolah. "…untuk pertama kali kita mengalakkan anak-anak perempuan untuk belajar di sekolah negeri," kata Raja Faisal, dipetik dari majalah National Geographic, edisi Januari 1966. 

Dengan pembinaan jalan-jalan aspal (tar) moden di gurun-gurun pasir Arab Saudi maka perjalanan di gurun menjadi jauh lebih singkat. Satu perjalanan yang sebelum ini ditempuh 3-4 hari menjadi hanya 6-7 jam. Sudah tentu suasana ini mampu menggerakkan ekonomi negara. Lalu lintas pun jadi semakin pesat. Gudang-gudang, apartmen-apartmen dan hotel-hotel berdiri dalam waktu singkat. Pemandangan itu mendominasi langit Makkah, Madinah, Jeddah dan Riyadh. 

Pada masa awal pemerintahan Raja Faisal itu pula ditemui kawasan-kawasan minyak baru di perairan Arab Saudi, terutama di kawasan pantai kota Dahran. Penemuan ini jelas memberi impak positif bagi program pembangunan yang dicanangkan oleh Raja Faisal. Penemuan emas hitam itu membenarkan janji Allah dalam Al-Quran, surah al-A’raaf, 7:96 "Jika penduduk suatu negeri beriman dan bertakwa, Allah akan menurunkan berkah dari langit dan bumi."

Sejak itu Arab Saudi menjadi negara dengan sumber minyak bumi terbesar di dunia. Seluruh Timur Tengah pada tahun 1968 menghasilkan 3.8 juta tong minya pertahun, terbesar di dunia. Cadangan minyak yang belum digali ada 248 juta tong. Saingan terdekatnya adalah Afrika yang kawasan minyaknya 42.5 juta tong minyak.

Keadaan itu menjadikan negara-negara di kawasan Timur Tengah mempunyai posisi tawaran tinggi dalam politik ekonomi minyak melawan Soviet Union dan Amerika. Inilah yang disebut senjata minyak, kerana jumlah penggunaan minyak tertinggi adalah negara-negara industri iaitu Amerika, Jepun dan benua Eropah.

Dalam perang Enam Hari antara negara-negara Arab melawan Israel pada bulan Jun 1967, Arab Saudi tidak melibatkan tenteranya. Namun pemerintah negara itu memberikan subsidi ekonomi yang tinggi kepada negara-negara Arab yang memerangi Israel, iaitu Mesir, Jordan dan Syria.

Pada Perang Yom Kippur tahun 1973, perang besar kedua antara Arab Israel, Arab Saudi kembali mengambil peranan besar dalam mewarnai perang itu. Perang itu disebut Perang Yom Kippur kerana peperangan itu terjadi pada hari raya umat Yahudi, Yom Kippur. Kadangkala disebut juga Perang Badar Baru kerana terjadi pada bulan Ramadhan. 

Berkat bantuan itu, pasukan Mesir yang terdiri dari sukarelawan Ikhwanul Muslimin dan tentera biasa Mesir telah memperoleh kemenangan yang gemilang. Pasukan Israel terpaksa berundur ke tepi timur Terusan Suez dan berundur dari sebahagian Semenanjung Sinai.

Kemenangan ini juga berkat strategi yang hebat. Pada ketika pasukan Mesir menyerang dari arah Barat, pada waktuyang sama tentara Iraq dan Jordan menyerang dari arah timur, tentara Syria dan Lubnan dari arah utara, serta mujahidin Palestin dari dalam kota-kota di wilayah penjajahan Israel. Sebahagian besar peruntukan kewangan untuk perang ini ditanggung oleh Arab Saudi.

Oleh kerana Amerika Syarikat dan negara-negara industri Eropah menjadi pembantu penuh Israel, Raja Faisal kemudian menggunakan minyak sebagai salah satu senjata perangnya. Ia memimpin embargo minyak kepada negara-negara Barat. 

Akibatnya industri dan pengangkutan di negara Barat menjadi lemah dan Amerika terpaksa menghentikan sementara bantuannya kepada Israel. Untuk mengatasi krisis minyak ini, Presiden AS Richard Nixon telah campur tangan secara lansung. Beliau segera mengunjungi Raja Faisal di negaranya pada bulan Jun 1974 dan memintanya menghentikan embargo minyak dan perang Arab-Israel. Dengan penuh izzah Raja Faisal berkata, "Tidak akan ada perdamaian sebelum Israel mengembalikan tanah-tanah Arab yang dirampas pada tahun 1967!" Alhasil Nixon pulang ke negaranya dengan tangan kosong.

Penolakan itu jelas membuat Amerika merasa geram. Dalam diam mereka telah merancang sebuah operasi untuk menyingkirkan Raja Faisal. 

Pada tarikh 25 Mei 1975 Raja Faisal telah mangkat akibat dibunuh oleh anak saudaranya sendiri di istananya. Innalillahiwainnailaihirojiun. 

Siasatan rasmi menyatakan pembunuhan itu dilakukan oleh anak saudaranya sendiri (tanpa campur tangan asing). Namun ramai yang yakin Amerika dengan CIA berperanan menjadii dalang pembunuhan tersebut.

Selamat jalan wahai raja yang adil dan berani. Semoga Allah menempatkan engkau bersama para syuhada di syurga-Nya. Wallahu a'lam bish-shawab. 

Kisah Hidup Raja Faisal al Saud, Raja Arab Saudi Yang Berani! | Detik Islam

7. 7ujuh golongan iblis laknatullah dan rombongan laknatullahnya datang mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut. 

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.

Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,

berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.

Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

sumber dari 
peribadirasulullah.wordpress.com
7 golongan dan rombongan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut | Detik Islam

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
.................................... 

Tiada ulasan: