Khamis, 18 Januari 2018

6960. 1. Wanita Syurga - Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW. 2. 15 dosa di kepala wanita. 3. Tiga Gaya Wanita Yang Tidak Mencium Bau Syurga. 4. 19 hadis Rasulullah tentang wanita. 5. Wanita solehah lebih baik daripada bidadari syurga. 6. Syria perang akhir zaman. 7. 30 tahun berjihad akhirnya menemui syahid di Syria.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

Paparan 6960:
1. Wanita Syurga - Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW.
2. 15 dosa di kepala wanita.
3. Tiga Gaya Wanita Yang Tidak Mencium Bau Syurga. 4.
19 hadis Rasulullah tentang wanita.
5. Wanita solehah lebih baik daripada bidadari syurga.
6. Syria perang akhir zaman.
7. 30 tahun berjihad akhirnya menemui syahid di Syria. 

1. Wanita Syurga - Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW. 

Siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya pada saat semua orang enggan memberinya? Siapakah wanita yang mampu memberikan Rasulullah SAW keturunan? Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami pada saat semua orang membencinya? Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah a-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murabbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang.

Aishah R.A merupakan wanita pertama di hati Rasulullah SAW selepas Khadijah R.A. Wanita ini memiliki tujuh kelebihan yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti ‘Imran. Aishah R.A lebih memilih kesederhanaan walaupun seringkali dilimpahkan kekayaan. Dia pernah membahagi-bahagikan 70,000 dirham wang perak padahal pada waktu yang sama dia menampal jahitan pakaiannya.

Siapa pula gerangan wanita tabah yang mekar berbapakan seorang tokoh Quraisy yang dermawan dan pemurah? Wanita ini dengan penuh kecekalan hati mendukung anak dari buaian lalu membawanya menaiki unta. Biarpun tiada sesiapa yang menemani perjalanan panjang yang melelahkan dan berisiko tinggi itu, namun si ibu tekad meneruskan perjalanan untuk menyusuli suaminya demi menyatukan kembali cinta tiga beranak itu di Madinah. Itulah Ummu Salamah. Tokoh wanita agung yang ternukil dalam Siyar A’lam Al-Nubala’ hasil nukilan Imam Al-Zahabi.

Suatu hari, Rasulullah SAW memberitahu Fatimah R.A bahawa dia bukanlah wanita pertama yang masuk ke syurga. Fatimah sangat sedih dengan perkhabaran itu dan cemburu kepada wanita tersebut. Fatimah tertanya-tanya, apakah amalan wanita itu sehingga beliau layak menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga? Nekad untuk berjumpa dengan wanita yang bernama Muti’ah, Fatimah akhirnya diizinkan masuk ke rumah wanita itu pada hari ketiga lawatannya untuk menyelidik keistimewaan atau amalan wanita tersebut. Fatimah kagum dan terharu dengan layanan istimewa yang diberikan oleh Muti’ah kepada suaminya. Rasulullah memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Muti’ah ialah wanita yang akan menjadi penarik kudanya di syurga nanti. “Maka sebab itu dia akan masuk dahulu, namun hakikatnya engkaulah Fatimah wanita pertama yang masuk ke syurga,” Rasulullah memujuk sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih.

Terdapat seorang isteri Rasulullah SAW yang tidak berkesempatan meriwayatkan sebarang hadis kerana singkatnya hidup bersama Baginda. Walaubagaimanapun beliau tidak pernah menyembah berhala kerana keislamannya sejak dalam buaian lagi. Muslimah ini telah menyaksikan perjuangan Islam dan cabaran-cabarannya sejak awal kemunculan dan diberi julukan ‘Ummul Masakin’ yang bermaksud ‘Ibu Orang Miskin’. Itulah Zainab binti Khuzaimah. Zainab sedar, Rasulullah SAW telah berkorban untuk menikahinya demi menafkahi dan melindunginya. Justeru itu, dia menyibukkan diri dengan menyantuni orang miskin selain beribadah kepada Allah SWT.

Terlalu banyak srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW yang kisah kehidupannya wajar diselusuri untuk diteladani oleh wanita muslimah di zaman ini. Dalam setiap pancaroba yang dilalui, pastinya boleh dikaitkan dengan pengalaman eksklusif para wanita syurga yang diharungi hanya berpaksikan kesetiaan terhadap Allah dan Rasul. Masih ramai yang belum dapat dikenali, inikan pula untuk dihayati.

Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia.

Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai tonggak pemimpin masa hadapan ummah. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri Rasulullah SAW dan para sahabat.  

‘The Bidadari’ merupakan sebuah festival, ekspo dan bengkel ilmu yang menyasarkan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ilmu dan agama. Diadakan buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen ‘The Bidadari’ bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.

Dua hari yang sarat dengan keilmuan menjanjikan peluang untuk mengetahui dan mengambil ibrah srikandi mulia di sisi Rasulullah SAW. Di samping itu, Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Topik-topik yang akan dibincangkan adalah mengenai para sahabat hasil didikan Rasulullah SAW melalui perjalanan dakwah, panduan dan kepimpinan yang sentiasa relevan dengan cabaran semasa. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kira-kira 3,000 orang peserta dijangka hadir ke Konvensyen ‘The Bidadari’ pada kali ini. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui www.thebidadari.com dengan harga tawaran sebanyak RM 100 sehingga 31 Julai 2014. Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.

Sumber:
1. Aisyah Binti Abu Bakar R.A – Isteri yang Kreatif Mempamerkan Cintanya, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Solusi Isu No. 22
2. Zainab binti Khuzaimah – Dua Bulan Menjadi Isteri Nabi SAW, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Solusi Isu No. 29
3. Wanita Pertama Masuk ke Syurga, Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood, Solusi Isu No. 42
4. Ummu Salamah – Terpisah Cinta 3 Beranak, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Solusi Isu No. 31
5. Khadijah al-Khuwailid – Isteri Terbaik, Fatimah Syarha Mohd Noordin, Solusi Isu No. 23

Sumber: 
Wanita Syurga - Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah SAW | Detik Islam

2. 15 dosa di kepala wanita. 

1. Tidak bertudung (menutup aurat).

Allah berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .

2. Menyambung rambut / memakai sanggul.

Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).

3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).

4. Mencabut uban.

Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).

5. Memakai bulu mata palsu.

Fatwa: "... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh. 

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

6. Bersolek/berhias.

Allah Azza wa Jalla berfirman, yang ertinya: "Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu" [al-Ahzaab: 33].

7. Merenggangkan / mengikir gigi.

Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melarang orang mencukur kening, mengkikir gigi, menyambung rambut dan bertatu, kecuali kerana penyakit. (HR. Ahmad 3945 dan sanadnya dinilai kuat oleh Syuaib Al-Arnaut).

Dari ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, "Semoga Allah melaknat orang yang bertatu, yang minta ditato, yang mencabut kening, yang minta dikikis kening, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah.(HR. Bukhari 4886).

8. Membuat tatu.

Lihat kenyataan ke-7.

9. Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).

10. Memakai rambut palsu.

Memakai rambut palsu hukumnya haram, kerana termasuk al-'wasl' iaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-'wasl', maka rambut palsu itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-'wasl'. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya." (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530). (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).

Perbuatan al-'wasl' ini diharamkan, sama saja jika si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, kerana perbuatan haram tidak berkaitan dengan izin dan redha.

11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.

Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)

Potongan yang menyerupai potongan seperti wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu 'anhuma bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut" (Hr Abu Daud, dan dishahihkan al-Albani)

12. Mencukur / mencabut bulu kening.

Lihat kenyataan ke-7.

13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.

Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... kanta kenalan berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]

14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.

Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?"

Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari)(Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.

15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.

Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik atu indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Sesetengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri. "Allahu a'lam. (Dijawab oleh Tim Redaksi Konsultasi Syariah).

Diterjemahkan dari sumber Abu Fahd Negara Tauhid

3. Tiga Gaya Wanita Yang Tidak Mencium Bau Syurga. 

Ada tiga gaya penampilan atau mode wanita muslimah yang diancam tidak akan mencium bau syurga. 

Berikut keterangan dari Imam Nawawi dalam Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim .

1. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang
Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.

-  Wanita yang mendapat nikmat Allah , namun enggan bersyukur kepada Nya. 
- Wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap sebahagian lain.
- Wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan bentuk tubuhnya.

2. Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat.
Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini ..

- Maa-ilaat yang dimaksudkan adalah tidak taat pada Allah dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksudkan adalah mengajar yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela.
- Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua punggung atau bahunya.
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.

3. Wanita yang kepalanya seperti bonggol unta.
maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban.

Keterangan lebih lanjut: Lihat Syarh kitab Shahih Muslim, terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).

Masya ALLAH, Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita agar kita sentiasa berada di jalan yang ALLAH redhai. Wanita marilah berjalan dengan tuntunan Al-Quran dan yang lelaki hendaknya menasihati apabila ada yang jauh dari norma Al-Quran. aamiin

Ya ALLAH ...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini
✔ Gerak kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya
✔ Bahagiakanlah keluarganya
✔ Luaskan rezekinya seluas lautan
✔ Mudahkan segala urusannya
✔ Kabulkan cita-citanya
✔ Pastikan dari segala Musibah
✔ Pastikan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.
✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang
membaca dan berkongsi status ini.

Aamiin ya Rabbal'alamin

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber 
peribadirasulullah.wordpress.com

4. 19 hadis Rasulullah tentang wanita. 

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
*Sumber dari luvislam92.blogspot.com
19 hadis Rasulullah tentang wanita | Detik Islam

5. Wanita solehah lebih baik daripada bidadari syurga. 

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…. (hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku, seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung; “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.”

Berdasarkan ayat 31, surah An Nurr, Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik” (surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?” sahut puteri kecil terus ingin tahu. “ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.” 

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata ”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh.” 

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (riwayat Al Bazzar) 


6. Syria perang akhir zaman. 

Peperangan dan konflik antara kaum muslimin sunni dengan kaum Syi'ah Nushairiyyah Rejim Bashar Al-Assad yang berlaku di Syria sekarang ini memang takkan pernah ada kata berhenti untuk dibincangkan dan menjadi perhatian umum dunia antarabangsa khususnya Dunia Islam.

Ahad pagi 12/8/2012 di masjid At-Takhim, Forum Komunikasi Aktivis Masjid (FKAM) cawangan Yogyakarta mengadakan kajian "Tinjauan Kritis Konflik Syria" sekaligus penggalangan dana yang akan diperuntukkan bagi kaum muslimin sunni Syria yang saat ini mengalami penindasan, penangkapan beramai-ramai, pembunuhan dan pemerkosaan yang dilakukan oleh Rejim Bashar Al-Assad yang menganut mazhab Syiah Nushairiyyah. 

Sedangkan diadakannya kajian tersebut tidak lain adalah sebagai peringatan bagi kaum muslimin akan kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Syiah Alawiyah pimpinan Bashar Assad. Hal ini dinilai penting kerana sebahagian besar kaum muslimin masih memandang acuh tak acuh terhadap konflik atau "Revolusi" yang berlaku di Syria sebagai sebahagian daripada urusan dalam negeri Syria.

Sebenarnya apa yang berlaku di negeri Syria yang sekarang ini diperintah oleh rejim Syiah Alawiyah sudah berlaku sejak 40 tahun yang lalu. Dan hal tersebut merupakan Dendam Ideologi dari kelompok atau perikatan Syi'ah kepada kaum Muslimin Sunni.

Kajian dan penggalangan dana yang diisi oleh Ustadz Fahrrurozi Pengamal Da'wah dari Yogyakarta   ini di sambut dengan begitu bersemangat dan baik sekali oleh kaum muslimin khususnya yang ada di Jogja. Hal ini terbukti dengan banyaknya kaum muslimin yang datang dalam kajian ini untuk mengetahui keadaan saudara sesama muslim yang tertindas di Syria. Menurut Kru FAI, lebih dari 300an jemaah ikhwan mahupun akhwat penuhkan kawasan di mana kajian berlangusng.

Negera yang banyak melahirkan banyak ulama Islam itu, sehingga kini telah "melahirkan" belasan ribu Syuhada 'pejuang yang syahid disebabkan tujuan mereka semata-mata hanya untuk menegakkan syari'at islam di bumi Syam yang diberkati tersebut.

Tercatat hingga Mei 2012, sekitar 12,000 muslim sunni telah terbunuh dan insya Allah syahid. Puluhan ribu lainya cerdera dan menderita di penjara-penjara rejim Bashar Assad, ribuan Muslimah diperkosa, anak-anak kecil yang tidak berdosa-pun tak lepas dari lindasan buldoser dan peluru serta meriam para jagal Syiah Nushairiyyah.

Dalam kajian ini Ustadz Fahrurozi sebagai penceramah mengatakan bahawa Syria, negeria yang menderita tersebut adalah salah satu negera yang diagungkan dalam islam, maka sudah sewajarnya jika kaum muslimin seluruh dunia menaruh perhatian padanya.

"Syria, negera yang menderita tersebut merupakan salah satu tempat yang diagungkan dalam Islam. Banyak Ulama yang menulis keutamaan Syria (Syam-red), terutama ibukotanya Damaskus. Sebagaimana sabda Rasulullah saw, "Jika penduduk Syam telah rosak, maka tiada kebaikan lagi di antara kamu". (HR.Ahmad) ", kata beliau.

Beliau-pun meneruskan, bahawasanya Rasulullah saw sendiri langsung menyebut bandar Damsyik sebagai benteng umat Islam pada perang akhir zaman kelak.

"Harus difahami oleh kaum Msulimin bahawa Damsyik yang masuk wilayah Syria merupakan tempat berlakunya Al-Malhamah Al-Kubra dan tempat terbaik bagi kaum muslimin pada saat itu. Rasulullah saw bersabda, "Di hari perang semesta (Al-Malhamah Al-Kubra atau Armagedon), benteng kaum muslimin di sebuah tempat yang bernama Ghuthoh, di Ghuthoh itu terdapat sebuah tempat yang disebut Damaskus. Disitulah sebaik-baiknya tempat bagi kaum muslimin pada hari itu. (HR.Abu Dawud) ", tegasnya.

Pada kajian tersebut juga diberikan maklumat terkini dari Syria, bahawa pada hari Ahad 12 Ogos 2012 pukul 03.00 wib sebanyak 179 kaum Msulimin sunni sudah terbunuh kembali dan Insya Allah Syahid dan maklumat di dapat dari NGO Hilal Ahmar yang sekarang berpusat di Turki.

Rata-rata kaum muslimin sunni yang terbunuh di Syria sebanyak 150 hingga 200 jiwa per harinya. Dalam penutup kajian tersebut Ustadz Fahrurozi berpesan bahawa penyelesaian terbaik dan satu-satunya penyelesaian dari konflik dan penindasan yang dialami oleh kaum muslimin di Syria serta kaum muslimin yang lain di pelbagai belahan dunia adalah Jihad.

Kerana dengan berJihadnya seluruh kaum muslimin, sesungguhnya boleh menjadi penyatu dari bersatunya pelbagai kaum muslimin yang ada di dunia, yang sebelumnya tidak tahu dan tidak mengenal akan menjadi kenal antara satu dengan yang lain sehingga terjalinlah ukhuwah islamiyyah yang hakiki sesama muslim. Sesuai dengan firman Allah swt,

"Demikianlah apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka. dan memasukkan mereka ke dalam jannah yang telah diperkenankanNya kepada mereka. "(Surah Muhammad 47: 5-6)", jelasnya. (Umar Khan / Kru FAI) 


7. 30 tahun berjihad akhirnya menemui syahid di Syria. 

Selepas menghabiskan tiga dekad dalam hidupnya terlibat dalam Jihad di Afghanistan, Bosnia dan Hezergovina serta Kashmir, Abdul Aziz Al-Jeghaiman,mujahid berasal dari Arab Saudi menemui syahid (insya Allah) di Idlib, Syria, pada awal tahun Islam(Muharram)akibat pengeboman besar-besaran oleh tentera rejim Syiah Bashar Assad.

Al-Jeghaiman, seorang pemuda bijak, pernah ditawarkan menjadi pembantu pengajar di Universiti King Faisal pada tahun 1980-an, tetapi dia lebih memilih untuk pergi ke Afghanistan untuk berjihad bersama para pemuda Saudi dan Arab yang lain.

Sumber menceritakan kepada Al-Hayat bahawa Al-Jeghaiman bahkan memimpin barisan hadapan pasukan Mujahidin ketika itu dalam waktu yang lama dan meninggalkan negara itu ketika perang berakhir.

Kemudian, ketika perang meletus di Bosnia, pemuda gagah berani itu bertolak ke sana untuk berjihad bersama-sama kaum Muslimin di sana.

Dia menetap di sana sehingga perang berakhir. Kerana tidak pernah puas dengan Jihad, dia memutuskan pergi ke Kashmir dan bergabung dengan barisan Mujahidin Kashmir. Konflik di Kashmir yang sangat rumit, membuatnya memutuskan untuk meninggalkan Kashmir.

Setelah itu dia pergi ke Syria pada 2002, takdir mengharuskannya ditangkap dan dipenjara selama dua tahun. Al-Jeghaiman dibebaskan pada 2004 melalui orang tengah dari Arab Saudi.

Selepas dibebaskan dia kembali ke Arab Saudi dan menetap di sana. Ketika sebahagian pemuda pergi ke Iraq pada saat pencerobohan AS, namun Al-Jeghaiman memilih tidak pergi.

Tetapi dia memilih untuk masuk ke Syria lagi pada 2011 dan bergabung dengan para Mujahidin di sana untuk mengejar cita-citanya di jalan Allah. Dia tidak akan kembali lagi hingga menemui syahid di negeri Syam itu.

Mendengar kesyahidan Al-Jeghaiman, orang-orang di Al-Ahsa iaitu tempat asalnya bergembira bahawa dia menemui syahid ketika sedang berjihad dengan para Mujahidin Syria. Keluarganya hanya mengatakan bahawa siapa sahaja yang ingin menyampaikan takziah, mereka harus pergi ke rumah ibunya.

Menurut sumber yang terdekat dengan keluarganya, Al-Jeghaiman adalah seorang pemuda yang selalu menginginkan mati syahid.

Semoga Allah merahmatinya dan memasukkannya ke dalam Jannah-Nya.

Mujahiddin Jabhah Nushrah menentang rejim Syiah Assad dicop sebagai pengganas oleh Amerika. Puak-puak syiah di Malaysia begitu membela rejim syiah Assad. Hujah paling popular mereka ialah mujahid-mujahid di Syria ditaja oleh Amerika untuk menjatuhkan rejim Syiah Assad. Apa reaksi puak-puak syiah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Syiah Melayu yang menganuti agama tersebut berkenaan Mujahiddin Jabhah Nushrah yang telah disenaraikaan oleh laknatullah Amerika sebagai pengganas? 












رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: