Jumaat, 19 Januari 2018

6964. SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI MENUJU KE ARAH SYAHADAH (MATI DI JALAN ALLAH) Anaknya Muhammad telah menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara. Namun bapanya membalas: “Kami menuju kepada syahadah , kami berasal dari Allah dan akan kembali pada Allah.” Beliau adalah pengasas kepada gerakan HAMAS di palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425 hijrah. syeikh yang sudah tua, buta dan lumpuh namun bersemangat untuk solat subuh berjemaah di masjid. Namun mahasiswa2 islam hanya sedikit sahaja yg mampu ke masjid dan memenuhi saf hadapan. sebab apa? sebab pemuda2 sekarang sudah tua imannya, buta hatinya dan lumpuh amalannya. Yang lebih menyedihkan orang yang tak mampu berada di saf hadapan pada waktu subuh ni adalah orang yang bercakap dan berkerja utk Islam. Apa tujuan mereka sebenarnya? Marilah bersama merenung bagaimana saat akhir kematian kita. Inilah persediaan yang perlu kita buat. Segala apa yang kita rancang di dunia adalah perkara yang tak pasti tidak kira urusan study, kerjaya, perkahwinan, sukan dan lain-lain. Yang pasti kita akan mati. Oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Masanya belum terlambat selagi nyawa belum sampai ke leher. Janganlah bertangguh kerana kita tidak tahu bila saat kita dicabut nyawa.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185) 

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

Paparan 6964.
1. Saat-saat kematian.
2. Kisah Bijak Para Sufi: Orang yang 'Menyedari' Kematian.
3. Kisah Bijak Para Sufi: Anjing, Tongkat dan Sang Sufi.
4. Anjing musafir.
5. Anjing-Anjing Neraka.
6. Amerika tinggalkan bumi Iraq dengan sejuta ekor anjing.
7. Masjid Ibrahim saksi kebiadaban Israel dan Yahudi.

1. Saat-saat kematian. 

Oleh : Ustaz Salman Maskuri

MUKADDIMAH

Baru2 ini kita dikejutkan dengan beberapa kematian. Bermula dengan kematian syeikh Azhar syeikh Tantawi di airport arab saudi, kemudian dengan kematian pelajar perubatan tanta Ahmad sarhan bin Ahmad khan dan semalam saya dijemput utk baca tahlil, yasin dan sedikit peringatan di imarah junior perubatan kerana kematian ayah seorang pelajar. Oleh itu saya menulis beberapa kisah kematian pemaksiat dan orang yamg mulia untuk dijadikan pengajran bersama. Semoga ini menjadi titik keinsafan kepada kita semua.

KEMATIAN SEORANG PEMAKSIAT

Seorang lelaki telah terlibat dengan eksiden. Datang seorang lelaki yang lain, mendapatinya dia dalam keadaan nazak. Lalu diajar mengucap dua kalimah syahadah tetapi jawapannya:

“AKU DALAM SAQAR, AKU DALAM SAQAR…” DAN TERUS MATI

Lalu lelaki tadi bertanya kepada ahli keluarga si mati tentang si mati. Mereka menjawab “Dia tidak sembahyang.”

Benarlah Firman Allah swt:

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?” Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat.” (42 – 43 : al-Muddathir)

Ulasan: Oleh itu kepada pemaksiat2 tegar bertaubat. Walaupun kecik dosa tadi cthnya chating tak syarie, sembang laki pempuan tak syarie tapi boleh membawa kpd dosa besar. Ulama kata:

لا صغيرة مع الإصرار 

Bukannya dosa kecik lagi kalau dah buat sokmo2 (selalu)

Ada dua orang yang nazak masih menyanyi walau diajar mengucap di Arab saudi. Nak ke kita mati tengah bergayut laki pempuan.

KEMATIAN SYEIKH KANDAHKLAWI

Pada malam kematian seorang ulama hadis Muhaddis Muhammad Ilyas al-Kandahlawi bertanya kepada para hadirin “Adakah hari ini hari khamis?” Mereka menjawab “Ya” Beliau bertanya lagi “ Cuba kamu lihat pakaianku adakah ia bernajis?” Mereka menjawab “Ianya bersih.” Lalu beliau pun turun dari katil, berwuduk dan solat isya berjemaah dalam bilik. Beliau berwasiat kepada hadirin supaya memperbanyakkan doa dan menjampinya. Beliau berkata:

ليكونن اليوم عندي أناس يميزون بين فعل الشيطان وفعل ملائكة الرحمن

“Hendaklah pada hari ini orang-orang yang berada di sisiku orang-orang yang dapat membezakan di antara perbuatan syaitan dan perbuatan malaikat.”

Pada tengah malam dia dalam keadaan tidur-tidur ayam dan sentiasa mengucapkan lafaz Allahu Akbar.

Ketika waktu sahur, beliau meminta anaknya Muhammad Yusuf datang. Beliau berkata kepada anaknya:

“Marilah duduk bersamaku hai yusuf, aku tidak dapat hidup selepas malam ini dan aku akan pergi berangkat.”

Akhirnya beliau meninggal dunia sebelum azan subuh pada malam tersebut. Ia adalah pada 21 Rejab 1363 hijarah.

AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h) seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangan sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu benda yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang sakit yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل

“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan: Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluasa sekarang adalah:

1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar. (contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut fikiran sendiri.

AKU BERSEDIA SEJAK 50 TAHUN

Diceritakan bahawa Malaikat Maut datang kepada seorang lelaki soleh untuk mencabut nyawanya. Lalu lelaki itu berkata:

مرحبا أنا والله منذ خمسين سنة أتأهب لك

“Selamat datang , demi Allah aku menanti bersedia untuk menemui mu sejak 50 tahun lepas.”

PESANAN TERAKHIR SAIDINA ALI

Suatu hari Hasan cucu Nabi saw bertemu dengan ayahnya saidina Ali ra yang sedang sakit nazak. Ini menyebabkan Hasan mengeluh. Ayahnya pun berkata “ Adakah engkau mengeluh?” Lalu Hasan menjawab “Wahai Amirul Mukminin bagaimana aku tidak mengeluh sedangkan ini adalah hari terakhir mu di dunia dan hari terawal mu di akhirat.” Saidina Ali ra pun berpesan:

ألا أعلمك أربع كلمات إن حفظتهن ففيهن غناء الدهر وإن ضيعتهن ففيهن فقر الأبد؟ يا بني لا غناء مثل العقل ولا فقر أشد من الجهل ولا وحشة أشد من العجب ولا أنس مثل حسن الخلق

“Adakah engkau hendak aku ajarkan empat ayat yang mana jika engkau menjaganya pasti engkau akan kaya selamanya dan sekiranya engkau sesiakannya pasti engkau akan faqir selamanya? Wahai anak ku tidak ada perkara yang lebih mengayakan dari akal fikiran dan tidak ada yang memfakirkan lebih dari kejahilan. Tidak ada yang lebih menggelisahkan dari sifat perasan(rasa hebat) dan tidak ada yang menyeronokkan lebih dari akhlak yang baik.”

SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI MENUJU KE ARAH SYAHADAH (MATI DI JALAN ALLAH) 

Anaknya Muhammad telah menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara. Namun bapanya membalas: 

نحن نسعى إلى الشهادة وإنا لله وإنا إليه راجعون
“Kami menuju kepada syahadah , kami berasal dari Allah dan akan kembali pada Allah.” 

Beliau adalah pengasas kepada gerakan HAMAS di palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425 hijrah. 

Ulasan: syeikh yang sudah tua, buta dan lumpuh namun bersemangat untuk solat subuh berjemaah di masjid. Namun mahasiswa2 islam hanya sedikit sahaja yg mampu ke masjid dan memenuhi saf hadapan. sebab apa? sebab pemuda2 sekarang sudah tua imannya, buta hatinya dan lumpuh amalannya. Yang lebih menyedihkan orang yang tak mampu berada di saf hadapan pada waktu subuh ni adalah orang yang bercakap dan berkerja utk Islam. Apa tujuan mereka sebenarnya? 

KESIMPULAN

Marilah bersama merenung bagaimana saat akhir kematian kita. Inilah persediaan yang perlu kita buat. Segala apa yang kita rancang di dunia adalah perkara yang tak pasti tidak kira urusan study, kerjaya, perkahwinan, sukan dan lain-lain. Yang pasti kita akan mati. Oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Masanya belum terlambat selagi nyawa belum sampai ke leher. Janganlah bertangguh kerana kita tidak tahu bila saat kita dicabut nyawa.

Rujukan: Lahzat qablal maut oleh Muhammad Khair Ramadan.

sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

2. Kisah Bijak Para Sufi: Orang yang 'Menyedari' Kematian. 

Konon, ada seorang tokoh darwis yang berangkat mengadakan perjalanan melalui laut. Ketika penumpang-penumpang lain memasuki perahu satu demi satu, mereka melihatnya dan sebagai lazimnya, mereka pun meminta nasihat kepadanya.

Apa yang dilakukan semua darwis tentu sama sahaja, yakni memberi tahu orang-orang itu hal yang itu-itu juga. Darwis itu tampaknya mengulangi saja salah satu rumusan yang menjadi perhatian para darwis sepanjang masa.

Rumusan itu adalah: "Cubalah menyedari maut, sampai kau tahu maut itu apa." Hanya beberapa penumpang saja yang secara khusus tertarik akan peringatan itu.

Mendadak ada angin taufan menderu. Anak buah kapal mahupun penumpang semuanya berlutut, memohon agar Tuhan menyelamatkan perahunya. Mereka terdengar berteriak-teriak ketakutan, menyerah kepada nasib, meratap mengharapkan keselamatan. Selama itu, sang darwis duduk tenang, merenung, sama sekali tidak memberikan reaksi terhadap gerak-geri dan adegan yang ada di sekelilingnya.

Akhirnya, suasana kacau itu pun berhenti, laut dan langit tenang, dan para penumpang menjadi sedar kini betapa tenang darwis itu selama peristiwa ribut-ribut itu berlangsung.

Salah seorang bertanya kepadanya, "Apakah Tuan tidak menyedari bahawa pada waktu angin taufan itu tak ada yang lebih kukuh daripada selembar papan, yang boleh memisahkan kita dari maut?"

"Oh, tentu," jawab darwis itu. "Saya tahu, di laut selamanya begitu. Tetapi saya juga menyedari bahawa, kalau saya berada di darat dan merenungkannya, dalam peristiwa sehari-hari biasa, pemisah antara kita dan maut itu lebih rapuh lagi."

Nota
Kisah ini ciptaan Bayazid dari Bistam, sebuah tempat di sebelah selatan Laut Caspian. Ia adalah salah seorang di antara sufi besar zaman lampau, dan meninggal pada separuh kedua abad ke-9.

Republika.co.id
Sumber: Kisah-Kisah Sufi karya oleh Idries Shah
Kisah Bijak Para Sufi: Orang yang 'Menyedari' Kematian | Detik Islam

3. Kisah Bijak Para Sufi: Anjing, Tongkat dan Sang Sufi. 

Suatu hari seorang lelaki berpakaian sufi sedang berjalan-jalan. Di tengah jalan dilihatnya seekor anjing yang tanpa sebab dan tanpa alasan dipukulnya keras keras dengan tongkat.

Anjing itu meraung kesakitan dan lari kepada guru agung Abu Said. Anjing itu rebah di dekat kaki Abu Said, sambil terus menjilati lukanya. Ia menuntut keadilan atas kekejaman lelaki berpakaian sufi itu.

Orang bijak itu mempertemukan kedua-duanya. Kepada sufi itu Abu Said berkata, "Hai, orang yang tak berbelas kasih! Teganya engkau menyakiti makhluk malang ini. Lihatlah hasil perbuatanmu!"

Jawab sufi itu, "Sekali-kali ini bukan salahku. Aku memukulnya bukan hanya kerana ia menyalak, tetapi juga kerana ia telah mengotori jubahku."

Tetapi, anjing itu berkeras dengan pengaduannya.

Kemudian, guru tiada banding itu berkata kepada anjing, "Daripada menunggu datangnya Pembalasan terkini, biarlah kini aku membalas rasa sakit yang kau alami."

Kata anjing itu, "Alangkah luhur dan bijaknya engkau, guru. Ketika kulihat orang ini berpakaian seperti seorang sufi, aku mengira ia takkan menyakitiku. Seandainya kulihat seorang berpakaian biasa, seperti biasa aku akan segera menyingkir dan jalan agar ia bisa lewat. Aku telah salah sangka bahawa penampilan lahiriah menandakan batin yang suci. Jika guru hendak menghukumnya maka ambillah daripadanya jubah orang Terpilih itu. Tanggalkan darinya pakaian orang-orang Saleh! "

Republika.co.id
Sumber: Kisah Bijak Para Sufi karya Idries Shah
Kisah Bijak Para Sufi: Anjing, Tongkat dan Sang Sufi | Detik Islam

4. Anjing musafir. 

Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.

“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada aku.”

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.

Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

sumber darulnuman.com
Anjing musafir | Detik Islam

5. Anjing-Anjing Neraka. 

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan:
* Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
* Bacalah Al-Qur'an
* tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
* Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
* Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
* Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
* Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
* Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
* Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
* Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

*Sumber dari nur-addin.blogspot.com
Anjing-Anjing Neraka | Detik Islam

6. Amerika tinggalkan bumi Iraq dengan sejuta ekor anjing. 

Ketika tentera Amerika pulang perang ke negaranya, banyak anjing memenuhi setiap jengkal tanah Iraq. Banyak sebab mengapa anjing-anjing ini dibawa secara besar-besaran ke Iraq. New York Times menyebutnya sebagai sesuatu yang terlambat bagi masyarakat Iraq mengenali anjing.

Sejak dulu, Iraq mempunyai sejarah yang pendek tentang anjing. Kanak-kanak Iraq tidak pernah memilih anjing sebagai binatang peliharaan mereka. Sebabnya sudah jelas anjing adalah najis. Semasa pergolakan Sunni dan Syiah, kerajaan Iraq juga menghadapi musuh baru iaitu anjing.

Menurut Daily Mail Britain, Iraq menghabiskan 35 juta dinar untuk membeli senapang baru yang akan digunakan untuk membunuh sekitar sejuta ekor. Dalam satu hari, pihak keselamatan Iraq perlu membunuh 2400 ekor. "Kita boleh menganggap ini adalah kempen terbesar dalam melaksanakan untuk membasmi anjing," kata Ketua Doktor Haiwan Baghdad, Mohammed al-Berbukit.

Kedengarannya kejam dan seperti jenayah. Tentera Amerika datang ke Iraq membawa anjing-anjing ini dengan dua tujuan iaitu sebagai binatang peliharaan, dan sebagai penjejak jerangkap samar yang banyak tertanam di bumi Iraq. Anjing-anjing yang ditinggal sangat liar dan ganas.

Bagi rakyat Iraq, anjing-anjing selain kerana najis, penyakit rabies juga menjadi ancaman kepada penduduk. Ibu bapa di Iraq tidak membiarkan anak-anak mereka bermain di luar rumah.

Komando tentera AS sebenarnya melarang tenteranya memelihara haiwan ketika berada dalam zon perang. Mempunyai anjing di Iraq seperti menggunakan ubat-ubatan terlarang, mengedarkan pornografi, minum minuman keras, menjaga rampasan perang, atau menjual pistol.

Mengapa anjing-anjing ini menjadi banyak di Iraq? Jika anda berjalan di Iraq, anda tidak akan tahu dan yakin bahawa tanah yang anda akan pijak itu akan meletup atau tidak. Sebab itu anjing dijadikan pengesan jerangkap samar  walaupun alat pengesan masih digunakan. Kos yang dikeluarkan hanya sekitar $8,000 hingga $18,000 bagi setiap anjing dan bergantung pada tahap latihan mereka. Ada penjimatan kos yang sangat banyak daripada menggunakan alat pengesan.
Ketika Amerika Syarikat menceroboh pada tahun 2003, pihak polis Baghdad hanya mempunyai sekitar 12 ekor anjing. Pada tahun 2010, tentera Amerika "menyumbangkan" sekitar 270 anjing pengesan.

Mushib, seorang pengusaha anjing sekarang ini mempunyai 310 anjing yang dikerahkan di seluruh wilayah Iraq. Dari jumlah tersebut, 302 dilatih untuk menghidu bahan letupan dan 8 ekor untuk mengesan dadah. Tambah Mushib, dia memerlukan sekitar 600 anjing yang baru.

"Anjing di Iraq telah terbukti lebih berkesan dibandingkan dengan alat pengesan yang kami miliki," katanya.

Di unit tentera Iraq sekarang ini telah wujud unit anjing iaitu Unit K-9. Mereka menjadi penjaga keselamatan 24 jam yang mengesan setiap tubuh rakyat Iraq yang merasa jijik dengan air liur anjing. Dan jika diperlukan, anjing-anjing itu dilepaskan dan memburu rakyat yang dianggap sebagai penghalang demokrasi atau menentang kerajaan di negara bekas kerajaan Saddam Hussein itu.

Sumber: 
Amerika tinggalkan bumi Iraq dengan sejuta ekor anjing | Detik Islam

7. Masjid Ibrahim saksi kebiadaban Israel dan Yahudi. 

Di tengah-tengah bandar "Hebron" Khalil Ar-Rahman (gelaran Nabi Ibrahim), di tengah-tengah kampung-kampung bersejarah yang usianya lebih dari 6000 tahun, berdirilah bangunan Masjid Ibrahim. Dengan menara menjulang gagah dan kubah serta arkiteknya yang bersejarah seakan mengisytiharkan identitinya sebagai masjid milik bangsa Arab dan Islam. Masjid ini membawa warisan peninggalan para nabi Ibrahim, Ishak, Yakub dan Yusuf.

Akar bandar bersejarah ini berdiri 6000 tahun lalu. Bandar ini dibina oleh bangsa Arab Kan'an. Ibrahim alaihissalam singgah di sana pada tahun 2800 SM. Bandar ini menjadi tempat tinggalnya, anak-anak dan cucunya. Di sanalah Ibrahim membina asas-asas keimanan dan tauhid.

Tahun 15 H, kaum muslimin menguasainya setelah Baitul Maqdis (Al-Quds) dikuasai. Namun kaum Salib kembali merebutnya tahun 492 H. Selama 90 tahun kota ini hidup di bawah cengkaman dan kezaliman kaum Salib. Namun ia kembali di bawah pangkuan Islam setelah dibebaskan panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubi tahun 583 H.

Di bawah kuasa Mamalik (650-915), kota Hebron tumbuh besar dari sisi bangunan fizikal dan peradabannya. Di bandar ini mereka bangun masjid-masjid, menara, pesantren, sekolah, toilet-tolilet dan kemudahan am yang memberikan pengaruh budaya dan peradaban.

Bandar Hebron "Khalil" dan masjidnya "Ibrahim" jatuh di bawah kekuasaan penjajah zionis Israel pada Jun 1967. Tentera Israel dan warga penduduk Yahudi melecehkan dan menginjak-injak kemudahan dan laman masjid. Mereka mengadakan perayaan dan pesta minuman keras dan mengotori kesuciannya. Israel tidak lagi mengindakan perasaan umat Islam dan harga diri mereka.

Israel menukar Masjid Ibrahim menjadi sinagog Yahudi. Di samping itu, mereka mengubahnya menjadi barak tentera di dalamnya dan sekitarnya. Bahkan pemerintah penjajah Israel merosakkan kampung-kampung Palestin di sebalah timur Masjid Ibrahim. Ini bertujuan agar umat Islam tidak boleh solat di masjid tersebut.

Sebahagian besar kampung Salayimah, Jabir, Ain Hamra juga telah dibongkar Israel. disanalah Israel membina tempat rekreasi, kafe dan tempat rehat warga penjajah Yahudi.

Sementara di dalam masjid, kita dapati bencana lebih menyakitkan. Tahun 1980, penjajah Israel memutuskan untuk memberikan izin rasmi kepada warga Yahudi untuk menggelar ritual di dalam Masjid Ibrahimi dan sebahagian besar laman. Kecuali di sisi Jawiliyah yang dibina Sultan Sinjar Jawali di awal abad 8 H.

Laman Utama Masjid Ibrahim, yang disebut laman Ishak, Yakub dan Yusuf, semuanya di bawah kuasa warga penjajah Israel. di sana ditulis dengan tulisan dari Taurat. Sementara umat Islam dilarang masuk ke sana. bahkan di hari-hari besar Aidil Fitri, Adha, Jumaat dan Ramadhan sekalipun.

- sumber dari republika.co.id
Masjid Ibrahim saksi kebiadaban Israel dan Yahudi | Detik Islam
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: