Khamis, 25 Januari 2018

7006. 1. Doa Sahabat... 2. Fitnah: Teringat zaman sekolah dulu... 3. PERISTIWA KEJATUHAN KHALIFAH UTHMANIYAH TERAKHIR. 4. Warisan Pengkhianat Sehingga ke Hari Kiamat: Kamal Ataturk turut terlibat dengan peristiwa ini, walau setelah ketiadaannya dalam hempetan batu kuburannya, akibat bangkai tidak diterima tanah atas Perintah dan Kehendak Allah. Aamiin. 5. Kisah Pemimpin Khilafah Islam Terakhir. 6. Sultan Abdul Hamid II: Derita Dalam Buangan. 7. Memperingati Detik hitam 3hb March 1924, pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah. Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah. Dalam Hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda; “...Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”Ada tak pemimpin Malaysia macam nie? “Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta. Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Bani Uthmaniyah. Oleh itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu.” Teringat zaman sekolah dulu... disogokkan dengan kisah kononnya pemusnah Zaman Khalifah Isam ini sebagai bapa Turki moden. Rupa-rupanya sakratul maut dan bangkainya telah Allah aibkan. Nauzubillahminzalik. Ada tidak agaknya pemimpin Malaysia akan menerima hal yang sama bila nak mati dan telah mati. Sebab kes menjual Islam, negara dan bangsa. Astaghfirullahalazim.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 


أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين
Entry 7006: 

1. Doa Sahabat... 
2. Fitnah: Teringat zaman sekolah dulu... 
3. PERISTIWA KEJATUHAN KHALIFAH UTHMANIYAH TERAKHIR. 
4. Warisan Pengkhianat Sehingga ke Hari Kiamat: Kamal Ataturk turut terlibat dengan peristiwa ini, walau setelah ketiadaannya dalam hempetan batu kuburannya, akibat bangkai tidak diterima tanah atas Perintah dan Kehendak Allah. Aamiin. 
5. Kisah Pemimpin Khilafah Islam Terakhir. 
6. Sultan Abdul Hamid II: Derita Dalam Buangan. 
7. Memperingati Detik hitam 3hb March 1924, pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah. 

1. Doa Sahabat... 


بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DO'A RASULULLAH KETIKA MENDAPATI SEBUAH MASALAH YANG BERAT (DO'A KURB)

لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ العَلِيمُ الحَلِيمُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ، لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ رَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ

La Ilaha Illallahul Azimul Halim, La Ilaha Illallahu Rabbul Arsyil Azhim, La Ilaha Illallah Rabbus Samawati wa Rabbul Ardhi wa Rabbul Arsyil Karim

Ertinya: “Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah Pemilik ‘arsy yang agung. Tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Allah pemilik langit, pemilik bumi dan pemilik ‘arsy yang mulia.” (HR. Bukhari dan Muslim)
2. Fitnah: Teringat zaman sekolah dulu... Disogokkan dengan kisah kononnya pemusnah Zaman Khalifah Isam ini sebagai bapa Turki moden. Rupa-rupanya sakratul maut dan bangkainya telah Allah aibkan. Nauzubillahminzalik. Ada tidak agaknya pemimpin Malaysia akan menerima hal yang sama bila nak mati dan telah mati. Sebab kes menjual Islam, negara dan bangsa. Astaghfirullahalazim. Muhasabah diri untuk Allah dan kerana Allah. Aamiin. 

3. PERISTIWA KEJATUHAN KHALIFAH UTHMANIYAH TERAKHIR. 

Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Uthmaniah Terakhir) dan Bagaimana Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah.
Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 – 1909 ). Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa. Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya. Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.

“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. “Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu.” Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah. “Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu. “Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini.” baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata. Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul dan anak-anaknya dipisah-pisahkan, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun
“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal.” doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini.” seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut:

Pertama: Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua: Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. 

Apa yang terjadi? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama–samanya iaitu bon–bon, sekuriti, wang kertas dan lain–lain instrument kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. 

Cara perniagaan atau Muamalat Islam sejati diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal–hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. 

Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah, pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya, sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit. Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti) tidak lagi berfungsi. 

Pendidikan dua aliran diperkenalkan, tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain–lain institusi kewangan moden. 

Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.

Undang–undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran (Administrative Centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. 

Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham, ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. 

Secara tidak sedar, banker–banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank–bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. 

Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada di tangan pemilknya banker–banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja–kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan, semuanya melibatkan bank.

Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds
Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. 

Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga, undang–undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867, orang asing dibenarkan membeli tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna, Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank–bank Yahudi di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon–bon kerajaan Othmaniah. 

Pada tahun 1873, berlaku ‘crash 1873‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon–bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata–mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka–angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakili pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.

Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah. 

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. 

Beliau tidak percaya kepada pegawai–pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur–ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. 

Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. 

Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanah airnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. 

Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. 

Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut:

“Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..”

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga, pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.
Sumber: 


5. Kisah Pemimpin Khilafah Islam Terakhir. 

Kisah Sultan Abdul Hameed II Pemimpin Khilafah Islam Terakhir. Sejarah Islam yang kita patut tahu.

Antara lain tanda kejayaan Islam di benua Eropah ialah dengan berkembangnya wilayah kedaulatan Khilafah Othmaniah Turki. Selama berabad-abad, kerajaan Islam tersebut berjaya memantapkan pengaruhnya di Eropah Timur, Balkan, dan Mediterranean. Namun begitu selepas berabad-abad, pengaruh itu beransur pudar. Menjelang masa-masa kejatuhannya, muncul pemimpin Khilafah Othmaniah iaitu Sultan Abdul Hamid II. Dengan segala kuasa yang ada, ia cuba untuk terus mempertahankan pemerintahan Islam di wilayah-wilayah kekuasaannya dari bahaya yang semakin mengancam, khasnya dari kekuatan Barat dan Yahudi.

Kelahiran Khalifah

Sultan Abdul Hamid II dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama lengkapnya adalah Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan dan merupakan anak kedua Sultan Abdul Majid I (dari isteri keduanya).  

Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hamid sejak muda, sudah boleh berbahasa Turki, Arab, dan Parsi di samping mengetahui bahasa Perancis. Dia juga gemar mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi. 

Sewaktu orang tuanya, Sultan Abdul Majid meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz telah diangkat menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak terlalu lama memegang jawatan Khalifah. Dia dipaksa berhenti dari jawatannya dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Othmaniah. 

Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, namun dia pun disingkirkan dalam masa yang singkat kerana dianggap tidak layak. Pada tarikh 31 Ogos 1876, Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi Khalifah menggantikan saudaranya, Murad V. 

Umat memberikan baiat dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia telah berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hingga tahun terakhir memerintah pada 1909, dia tinggal di Istana Yildiz. Abdul Hamid menyedari, seperti yang diungkap dalam catatan hariannya, tentang pembunuhan bapa saudaranya dan pergantian kepimpinan yang selalu disebabkan adanya konspirasi menentang Daulah Islamiah (Negara Islam). 

Para sejarawan mengkaji secara mendalam tentang perwatakan Abdul Hamid. Menurut mereka, Abdul Hamid mewarisi jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting. 

Dia juga menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan konspirasi, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang terus terjadi. 

Diperalat oleh orang kepercayaannya sendiri. 

Cubaan pertama yang dihadapi Abdul Hamid adalah Midhat Pasha (1822-1885). Ada dakwaan bahawa Midhat berasal dari kaum Yahudi Dunnama. 

Midhat Pasha terlibat secara rahsia dalam usaha penyingkiran bapa saudaranya, Abdul Aziz. Tidak lama selepas dilantik sebagai Khalifah, Abdul Hamid melantik Midhat Pasha sebagai ketua Majlis Menteri-Menteri kerana Midhat Pasha amat terkenal pada masa itu. 

Abdul Hamid memerlukan jaminan untuk pemerintahannya stabil. Midhat Pasha adalah gabenor yang cekap tetapi keras kepala. Sultan Abdul Aziz telah menjadi Khalifah dalam tahun 1861 dan disingkirkan dalam tahun 1876. Empat hari selepas disingkirkan, ia meninggal dunia. Ketika pemerintahan Abdul Aziz, banyak kemajuan telah dicapai. 

Pasukan Khilafah Usmaniah membuat persiapan untuk menjadi pasukan ketiga terkuat di dunia dengan kekuatan tentera darat mencapai 700,000 orang. Sultan Abdul Aziz juga melawat Mesir, Perancis, Inggeris, dan Jerman. 

Tujuan lawatan itu ialah untuk mempengaruhi Perancis supaya berpihak kepada Daulah Usmaniyah dan supaya Perancis tidak berpihak kepada Rusia. Tujuan lain adalah untuk menghimpunkan negara-negara Eropah untuk menentang Rusia. 

Tidak lama kemudian, Inggeris mencadangkan diadakan pertemuan di Istanbul yang dihadiri oleh para duta kuasa-kuasa besar dengan tujuan untuk mewujudkan ‘perdamaian’ di Balkan. Perjanjian pertemuan akhirnya memaksa Khilafah Usmaniah untuk melaksanakan beberapa reformasi.

Maka, Midhat Pasha menjalankan reformasi-reformasi domestik tersebut. Termasuk di dalamnya pembentukan sebuah perlembagaan demokrasi dan undang-undang sekular.

Dikelilingi oleh negara-negara besar, undang-undang itu jelas bertentangan dengan Islam, yang jika dilaksanakan akan bermakna penghapusan sistem Khilafah dan bererti mewujudkan sebuah negara yang serupa dengan negara-negara Eropah lain.

Abdul Hamid, para ulama serta tokoh-tokoh Islam yang lain menentangnya. Khilafah menolak memenuhi desakan negara-negara besar. Inggeris berusaha gigih untuk menghancurkan Khilafah dan mereka berusaha untuk mempastikan pelaksanaan perlembagaan sekular yang didrafkan oleh Midhat Pasha. Untuk menghalang niat jahat ini, Abdul Hamid cuba mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari belenggu Midhat.

Midhat didakwa merancang pembunuhan Sultan Abdul Aziz. Seterusnya Abdul Hamid mengalihkan perhatian terhadap musuh luar negara Daulah Islam Usmaniah. Melalui kebijaksanaannya, dia mampu meramalkan bahawa revolusi komunis akan berlaku di Rusia dan akan membuat Russia lebih kuat dan lebih berbahaya.

Pada waktu itu Balkan yang merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan Daulah Islam Othmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya iaitu Rusia dan Austria. Abdul Hamid berusaha membangkitkan penduduk Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal dihadapi. 

Dia hampir berjaya membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan tetapi ketika perjanjian mencapai peringkat akhir, empat negeri Balkan mengambil keputusan lain dan mengenepikan Daulah Islam Usmaniah. 

Ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia. Abdul Hamid menyedari bahawa persekongkolan untuk memusnahkan Negara Islam Usmaniah lebih besar daripada yang disangkakan.

Persekongkolan itu melibatkan usaha dari dalam dan dari luar Negara Islam. Dari dalam, adalah Panglima Pasukan Awni Pasha yang cuba mengheret Daulah Islam Usmaniah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan Abdul Hamid. 

Abdul Hamid mengetahui jika terjadi peperangan, maka Rusia, Inggeris, Austria, Hungary, Serbia Montenegro, Itali, dan Perancis akan menyerang kerajaan Usmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas. Kejatuhan Daulah Islam Othmaniah tinggal menunggu waktu.

Istana Yildiz, Pusat Pemerintahan Kerajaan Othmaniah. 
Kisah Pemimpin Khilafah Islam Terakhir

Elias Hj Idris
Tidak dapat dibayangkan bagaimana sedih dan kecewanya Sultan Terakhir Kerajaan Bani Uthmaniyah Turki, Sultan Abd Hamid II menghadapi saat-saat genting ketika diturunkan dari takhtanya oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk dan kemudian beliau diasingkan dengan hinanya ke Salonika (Yunani). 
Universiti Islam pertama di Beijing, China 
pada zaman pemerintahan beliau, 1908

Beberapa waktu kemudian Sultan Abd Hamid dipindahkan pula ke istana tua Belarbe, Istanbul bukan sebagai raja yang kembali berkuasa, tetapi sebagai tahanan dalam istana hingga wafat pada 10 Februari 1918 dalam keadaan sepi dan kecewa. Negaranya, Turki telah bertukar pemerintahan dari Uthmaniah yang beribu negara di Istanbul kepada pemerintahan perwakilan yang membentuk parlimen di Ankara di mana Ataturk mengisytiharkan dirinya sebagai presiden Republik Turki. 

Empayar Uthmaniah. 
Turki di bawah kezaliman Kamal  Ataturk: Biar jadi kecil wilayahnya asalkan jangan Islam!

Maka lenyaplah kuasa Kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924. Sultan Abd Hamid II adalah pemerintah kerajaan Islam dari generasi yang ke-27. Ada satu catatan hariannya yang telah dibukukan tentang detik-detik akhir kejatuhannya dengan sangat pedih dan getir. Ia kisah bagaimana dia dibuang negeri ke Salonika bersama putera-puterinya, diasingkan di istana tua, dihina dan beberapa kali cubaan membunuhnya oleh agen tentera Ataturk. 

Catatan hariannya itu, antara lain menyebutkan bahawa penggulingan Kerajaan Bani Uthmaniah adalah disebabkan;

* Konspirasi jahat dari negara kafir–Inggeris, Perancis, Itali, Prusia, Rusia dan lain-lain yang anti dengan kerajaan Islam Bani Uthmaniah.

* Pecah belah (pecah perintah) yang ditaja oleh negara Barat melalui nasionalisme yang mengakibatkan negara Balkan seperti Serbia, Montenegro, Bosnia Herzegovena, Crosia, Kosovo, Bulgaria, Hungary, Rumania, Albania, termasuk Yunani, membebaskan diri dari ikatan Kerajaan Bani Uthmaniah. Begitu juga perbuatan negara Arab – Mesir, Hejaz, dan Nejd, Lebanon yang juga keluar dari naungan Bani Uthmaniah kerana dihasut oleh Inggeris.

* Tentangan dari organisasi massa seperti Gabungan Turki Muda, Persatuan dan Kemajuan, dan orgaisasi wanita yang menuntut kebebasan dan hak sama, yang didukung oleh negara asing, semuanya untuk menghancurkan kerajaan Islam Bani Uthmaniah.

* Kekuatan Yahudi dan Freemason yang mahu mendirikan negara Yahudi di Al-Quds (Palestin).
Sultan Abd Hamid II,
raja Bani Uthmaniah terakhir
Dari catatan harian Sultan Abd Hamid II itu kita boleh mendapat pelajaran tentang sejarah yang amat berharga, terutamanya detik-detik akhir kehidupan seorang khalifah. 

Semasa dalam tahanan di istana tua itu, Sultan Abd Hamid dan keluarganya dihina denga amat sangat oleh para pengawal tentera. Mereka tidak dibenarkan membaca akhbar atau mendengar radio. Mereka diberi makanan sekadarnya, dan tidak dibenarkan keluar istana. Bahkan ada berlaku satu peristiwa jahat para pegawai tentera yang menjaganya. Pada suatu malam Aidiladha, askar yang mengawal cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri sultan, Sydiyah.

Tentera pegawal itu menimbulkan perkhabaran bahawa mereka merancang akan meletakkan gas di bawah kamar puteri Sydiyah dan ketika istana itu terbakar, puteri sultan pasti akan lari mendapatkan askar yang berkawal untuk meminta perlindungan. Di situlah dirancangkan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri Sydiyah. Berikutannya, ia akan dihebahkan kepada akhbar di Istanbul untuk memalukan sultan dan keluarganya. Namun perancangan itu gagal.

Cubaan Membunuh 

Catatan harian Sultan Abd Hamid itu menyebutkan peristiwa percubaan askar pengawal untuk membunuhnya di istana tua tempat dia dikurung. Ini berlaku, menurut pembantu khas Sultan, Ali Said Bek, ketika Sultan Abd Hamid pergi solat Jumaat di kota Istanbul. Selepas solat beliau menaiki kenderaan untuk pulang ke istana. Di tengah jalan beliau bertemu dengan Syeikhul Islam Jamaluddin Afandi dan berbincang panjang mengenai pelbagai masalah Turki. 

Akhirnya Sultan terlambat pulang ke istana dan ini menyelamatkannya dari menjadi korban ledakan bom yang dirancangkan di istana untuk membunuhnya. Ledakan bom oleh orang Armenia itu sangat dahsyat. Bangunan tempat Sultan tinggal terbakar, banyak mangsa yang hangus dan bergelempangan.

Sedangkan Sultan Abd Hamid waktu itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke istana dan amat terkejut dengan peristiwa tersebut. 
Mayat yang bergelimpangan... kaum Armenia
Beliau menceritakan bahawa sama ada ketika dalam pembuangan di Salonika atau di istana tua di Istanbul, beliau dan keluarganya tidak dibenarkan keluar, malah ke perkarangan istana kecuali untuk bersolat Jumaat di luar istana. Makanan beliau dan putera puterinya dicatu, sementara mutu makanannya pun amat menyedihkan. Seterusnya, segala harta baginda dirampas oleh tentera Ataturk. 
Hari-hari yang dilalui oleh Sultan Abd Hamid dalam buangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya sentiasa diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diletupkan. Dan amat malang, kata catatan Sultan Abd Hamid lagi, bahawa ada di kalangan pegawai kerajaan baru Turki yang khianat kepada negara, seperti Mahmud Syaukat Pasha dan beberapa orang lagi yang telah menjadi orang suruhan Yahudi dan Freemason serta British.

Pada suatu pagi selepas solat Subuh, baginda sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah waris terpenting selepas ketiadaannya nanti. Sultan memberitahu dengan nada sedih bahawa; “Kita akan memberikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka telah memaksa kita menyerahkannya.” 

Puteranya itu menangis teresak-esak. Baginda bimbang dengan para tentera yang ganas itu. Beberapa hari berikutnya di lobi Deutche Bank, Istanbul berlaku upacara penyerahan secara paksa kesemua harta, termasuk wang Sultan Abd Hamid kepada pihak berkuasa tentera. 


Putera-puteri sultan tidak dibenarkan menyaksikan upacara tersebut. Putera kelima sultan, Abied cuba juga untuk melihat upacara penyerahan harta ayahandanya itu, tetapi dihalang oleh para pegawai tentera dan bank secara kasar. 
Punca tidak benarkan Yahudi membeli tanah Arab.  

Sikap tegas Sultan Abd Hamid terhadap Yahudi dan Inggeris menyebabkan dua pihak itu memusuhinya sejak lama. Baginda tidak membenarkan tanah orang Arab Palestin dijual kepada Yahudi. Menurut catatan seorang ahli sejarah Turki, Jamal Quthaiy bahawa setelah persidangan zionisme ke-3 di Zurich pada tahun 1896, wakil Yahudi, Immanuel Krusow telah mencadangkan kepada Sultan Abd Hamid supaya menjual tanah pertaniannya di Palestin (ketika itu Palestin di bawah pemerintahan Bani Uthmaniah, Turki) kepada Yahudi. Namun permintaan Yahudi itu ditolak menyebabkan Yahudi tersangat marah. Ini menyebabkan wakil Yahudi itu berikrar untuk datang lagi dan akan berusaha menghancurkan pemerintahan Bani Uthmaniah. 

Ada beberapa orang pegawai kerajaan Ataturk seperti Ali Mohsen Bek, yang menunjukkan simpati dan membantu Sultan Abd Hamid menulis memoirnya di istana. Tetapi setelah pihak atasan mengetahui hal itu lalu mereka dipenjarakan. Lebih malang lagi usaha sultan menulis memoirnya dianggap sebagai perbuatan jenayah oleh pihak tentera. 

Ada sesetengah pemimpin negara Arab yang menganggap Sultan Abd Hamid II sebagai seorang diktator ketika memerintah Turki. Ini berakibat daripada hasutan Barat, khususnya British dan Yahudi. Namun bagi rakyat Palestin, Sultan Abd Hamid sangat besar jasanya kerana Khilafah Bani Uthmaniah Turki itulah yang melindungi kepentingan rakyat Palestin. Malah kebanyakan umat Islam hingga kini, masih mengenang jasa kerajaan Bani Uthmaniah dalam melindungi Islam. (Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.) 
                                                         *  *  * 
“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta. Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Bani Uthmaniyah. Oleh itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu.” 

Gerbang Damsyik - Palestin
Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan betapa beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin, tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. 

Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II telah digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul (100,000 daripada keseluruhan jumlah penduduknya - 140,000 orang!). 

Di awal kurun ke-20, kerajaan Bani Uthmaniah ini mula menyusut sehingga digelarkan sebagai 'orang sakit' Eropah. Namun kemajuannya yang paling besar adalah dengan terbinanya Keretapi Hijaz bermula 1900-08 bagi membolehkan ribuan umat Islam negara itu selamat dan selesa pergi mengerjakan haji ke Mekah. Ia juga memberi keberkesanan pengawalan wilayah di barat dunia Arab di sebelah wilayah Palestin.

Landasan keretapi hingga ke Palestin
Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah kerajaan Islam yang agung, digantikan oleh sebuah kerajaan sekular di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Ataturk - tentera baginda sendiri!

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Uthmaniyah, banyak ulama yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka telah dibunuh, terutama ulama-ulama sufi dari pelbagai aliran tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah. Mereka ini telah dianggap sebagai kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkan Mustafa Kemal Ataturk daripada tampuk pemerintahan. 


Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture" yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki. Beliau telah menyatakan bahawa Republik Turki tidak akan didiami oleh syeikh-syeikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut-paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismenya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam. 

Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai asas perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Bani Uthmaniyah dan juga bukti jelas bahawa beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir; beliau menegaskan bahawa agama adalah terpisah dengan urusan harian bahkan turut mendakwa bahawa Nabi Muhammad saw telah pun berbuat demikian sebelumnya. 

Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya, “Saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan. Biar mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala/menutup aurat)!” 

Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar untuk menjadi perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar itu terus dilaksanakan sehingga ke hari ini sehinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan, tinggal di merata simpang jalan! 

Tugu dibina di mana-mana sahaja
Bagi menandakan Turki adalah sebuah negara yang maju, maka terdapat banyak binaan tugu dan patung-patung di mana binaan berkenaan dimegah-megahkan dan disanjung tinggi, terutamanya patung ukiran dirinya sendiri. Ini terjadi sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau telah berjaya memajukan Turki. 

Dengan dasar dan idea tersebut jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir yang suka bermegah-megah dengan binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. 
Memorial Mustafa Kemal Ataturk
Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid menjadi lengang dan kosong. Kebanyakan rakyat lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut, sedangkan azan yang dilaungkan oleh muazzin itu dianggap sebagai remeh dan ketinggalan. 

Si Firaun moden itu telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan solat Jumaat yang diterjemahkan di dalam bahasa Turki.

Sebarang bentuk tulisan yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam pentadbiran seperti mana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture.” 

Beliau telah menarik keluar segala asas penerapan Islam dari setiap institusi di Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran itu diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out Islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilteruskan juga secara rakus. 

Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, ialah apabila Mustafa Kemal Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari-menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang itu, dia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber dan tumpuan kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya seperti mana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.” 

Istana Yildiz
Adalah jelas sekali bahawa Mustafa Kemal Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu diluputkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki-baki nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. 

Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Mustafa Kemal Ataturk jelas sama sekali tidak menampakkan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi oleh binaan-binaan masjidnya yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota republik!” 

Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Mustafa Kemal Ataturk, terutama pihak barat. Manakala orang-orang di Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Mustafa Kemal Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.” 

Di antara mesjid yang dijadikan muzium seni
Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio-ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000. 

Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Mustafa Kemal Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Maha Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak perlu menunggu hari kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini. 

Seperti mana yang diterangkan dalam Hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda; “...Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”

Kejayaan awal Bani Uthmaniah, Turki
Sumber: 
Elias Hj Idris: Sultan Abdul Hamid II: Derita Dlm Buangan

7. Memperingati Detik hitam 3hb March 1924, pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah. 


Hari ini 3hb Mac 2013 adalah bertepatan dengan 89 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. 

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1301 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.

Kamal Atarturk telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.
Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.
Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah hampir 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimanakah keadaan umat Islam kini di Palestin, Syria, Rohingya, Iraq, Libya,  Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia?

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada keseluruhan penduduk dunia (1.8 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?
laknatullah.
Sumber: 

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

Tiada ulasan: