Jumaat, 26 Januari 2018

7020. KATA-KATA HIKMAT. Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki. SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

سبحان الله

الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 


أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين
.

KATA-KATA HIKMAT. 


REPUTASI KATA IBARAT KACA SENANG DIHANCURKAN TETAPI SUKAR UNTUK MEMPERBAIKINYA


ILMU ADALAH KUASA

- Francis Bacan.

BIARPUN SERIBU KAPAL TENGGELAM DI TENGAH LAUTAN, NAMUN CITA-CITA MENUSIA TIDAK PERNAH PADAM.- Hamka.


KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA, BUKAN KEJAYAAN.- Mahatma Gandhi.
JIKALAU SATU-SATUNYA YANG ADA HANYALAH TUKUL, MAKA SEMUA MASALAH AKAN DILIHAT SEPERTI PAKU.- Maslow.

ORANG YANG DILAHIRKAN DI DALAM KANDANG KUDA, TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI KUDA.- Pepatah Inggeris.

Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......" (Imam Ghazali)

Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.

"...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan." (AnNahl:61)

Bukan senang nak jadi senang bukan susah nak jadi susah

Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.

...kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu.... kekadang rasanya tak mampu....  kadang-kadang mahu beralah..... tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....

Redha Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa.

Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.

Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.

Ilmu mu yang manfaat, sedekah mu yang ikhlas dan orang yang soleh, itulah syarat yang dituntut di ALAM BAKA....

God be with you, be happy and keep up the rituos live

Wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga.

Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar dan mengajar Al-QURAN

Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.

Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.

Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.

Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah. 

Wanita adalah hiasan dunia, sabaik-baik hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga di dunia

Kejayaan Jin dan Manusia itu terletak pada agama. Sejauh mana dia dapat taat pada perintah Allah dan mengikut sunnah Rasulullah itu yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. 

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang menghafal AL-QURAN

Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita... Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah

Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.

Jaga diri, hiasi peribadi.

Cinta pada bunga, bunga akan layu. Cinta pada manusia, manusia akan mati

TAPI Cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi.

Orang yang mendapat pertolongan daripada Allah adalah orang yang bertakwa dan selalu ingat kepadaNya.

Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.

Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.

Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam

Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.

Don't ask what you demand for life but ask what life demands from you.

Kejari cita-cita sebelum mengejari cinta.

Cinta itu suci, jangan cemari cinta itu dengan jiwa yang lara

Keikhlasan cermin kesucian hati sabar itu penahan derita ketenangan hati tanda redhanya jiwa

Hidup tak selalunya indah tetapi hidup ini akan menjadi indah seandainya kita bersyukur dan bertaqwa kepada Allah.

Rakan yang paling jujur adalah seseorang yang bergelar musuh

Menghormati orang lain seperti anda menghormati diri anda sendiri. Menghormati diri lebih memberi kepercayaan pada kita dan hendaklah kita jaga diri kita dengan menghiasi perbadi kita.

Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.

Fikirkan dosa dan pahala ..lalu laksanakan yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa.

Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.

Perjalanan yang jauh itu, dimulai dengan langkah pertama.

Jika mengharapkan suami sehebat Saidina Ali Karramallahu Wajhah maka, jadikanlah diri anda semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra.

Apabila banyak berkata-berkata, maka banyak lahirnya tipu daya.

Sesungguhnya sedekah yang paling baik ialah sedekah amalan kita.

Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.

Gadisku. Jadilah seorang yang solehah kepada mujahid yang kau sayangi..... ingatilah akan kejadianmu yang unik dan simbolik itu..... hargailah masa mudamu dan renungilah masa tuamu itu..... Insya-Allah kau akan diberkati Illahi.

Kejayaan hari esok bermula dengan usaha hari ini.

Cinta yang kekal abadi adalah cinta Illahi.

Cinta yang berlandaskan suci tidak pernah memungkiri janji. 

Membaca membentuk keperibadian,Menulis membentuk kesempurnaan....

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

Solat itu ibarat tiang agama, Jika kukuh tiang itu maka kukuhlah solatnya.....

Hidup ini sementara....Jadikanlah ia penuh bermakna.....

Tragedi yang paling dahsyat dalam hidup seseorang adalah dia tidak kenal siapa penciptanya, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya dan di manakah destinasi terakhir yang akan menjadi persinggahannya.

Sabda Rasullulah s.a.w: Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu. (riwayat al-Bukhari & Muslim)

Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang.

Ilmu dunia jika digunakan untuk kebaikan maka baiklah jadinya dan jika dihalakan pada kejahatan maka jahatlah jadinya.

Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.

Carilah ilmu itu sehingga jangan lupa beribadat,dan beribadatlah sehingga jangan lupa mencari ilmu.

Kita tidak boleh hanya berjaya dalam akademik,tetapi sahsiah juga haruslah cemerlang.

Tuturkata yang lemah lembut itu lebih berkesan dari yang kasar dan tidak sopan.

Cakap orang tidak semestinya dipedulikan tetapi nasihat dari seseorang mesti diberi perhatian.

Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan.

"Barangsiapa yang mendedahkan walau sehelai bulu romanya(auratnya), sesungguhnya dia telah membina sebuah mahligai untuk ibubapanya di NERAKA..."

Kita sering lupa apabila diuji dengan nikmat daripada diuji dengan bala.

Tiada pengorbanan tanpa darah dan air mata.pegorbanan menuntut darah dan air mata....

Sesuatu kehidupan itu amat berharga.Janganlah disia-siakan ,melainkan pada apa yang terbaik

Kejayaan bermula dengan impian di fikiran .Menulisnya adalah langkah kedua. Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga.

Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. HIdup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.

Disiplin adalah ramuan tersembunyi di mana menukar seseorang yang biasa kepada orang yang penting.

Setiap kali bangun dari tidur, berfikirlah tentang kehidupan anda yang baru bermula.

Orang yang hina adalah sentiasa mencela orang lain, manakala orang yang mulia adalah sentiasa mencela dirinya.

Kita boleh mengubah diri kita dengan mengubah pemikiran, sikap dan amalan.

Meninggi suara merendahkan kuasa. Orang yang berlagak sahaja yang pandai berkata-kata. Orang yang bijak sentiasa mendengar dahulu.

Tingkah laku diri mencerminkan peribadi lebih daripada apa yang kita katakan tentang diri sendiri.

Cinta itu unik dan bermakna jika pandai menilainya.

Kecantikan itu terletak pada peribadi seseorang dan bukan pada rupa parasnya.

Allah manciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi Allah hanya mencipta sekeping hati, kerana Allah mengamanahkan kepada kita untuk mencari Nya.

Basahkan selalu lidahmu dengan Zikrullah dan sucikan hatimu dengan Kalamullah.

Orang yg berjaya akan membuka peluang kepada orang yg gagal.

Hiburan hanya hiburkan anda sekarang...masa depan bukan bergantung kepada hiburan...berusahalah demi masa depan.

MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA. MINDA SEDERHANA berbicara berkaitan PERISTIWA. MINDA BESAR berbicara tentang IDEA

Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki.

Mendiamkan diri lebih baik daripada membuka mulut....

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.

Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita dihari kemudian.

Jangan lari dari masalah kalau tidak anda kan menjadi orang bermasalah seboleh-bolehnya cubalah selesaikannya. Disitulah bermulanya kematangan seseorang.

Orang yang sering tidak mempercayai orang lain, dia sendiri tidak boleh dipercayai....

Kita sering berdoa supaya diberi ketabahan dan kekuatan, bila diuji dengan masalah kenapa kita mengeluh....???

Sesungguhnya siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya.

Kejayaan yg diperoleh dpt membantu: keluarga seseorang, kawan-kawan karib dan diri seseorang, jadi hendaklah kita berusaha dari sekarang untuk mencapai apa yang diingini......

Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.

Fikirkanlah! Guru sebagai pintu ilmu, namun demikian pelajarlah yang membukanya.

Cinta Agung hanya dari Allah S.W.T.

Cinta lain kepada suami, isteri, anak-anak, ibu dan bapa, kepandaian,

Kejelitaan, pangkat dan harta benda hanya bersifat sementara. Boleh

Hilang dalam sekelip mata. Yang kekal hanya Allah S.W.T.

Ignorance magnifies a problem, understanding diminishes it.

Great spirits have always encountered violent opposition from mediocre minds.

Real integrity stays in place whether the test is adversity or prosperity.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

Y what you want to say when tou have the time,tomorrow maybe one day late.Oue deepest regrets are words unsaid and things undone.

KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA. 

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa." 

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup." 

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair" 

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN. 

DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN. 

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia. 

"USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI" 

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADADAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadang kala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan." "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik: 

Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki. ( A.L Alek Wong)

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.

Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan

satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

 " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah

beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,

Harta itu satu tamu yang akan berangkat,

Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"

" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang

lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi darinenek moyang" - (Saidina Ali)

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,

dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.

Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan kecemerlangan."

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda...

v Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat. - Charles Cahier

v Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier

v Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya. 
- James Allen

v Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina

v Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat. - Benjamin Disraeli

v Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain. - Salanter Lipkin

v Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya. - Aristotle

v Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. - Albert Camus

v Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius

v Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. - Jose Joaquin Olmedo

v Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad

v Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. - William J. Siegel

v Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah. - Philip Massinger

v Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. - Lao Tze

v Kegagalan adalah asas kemenangan. - Lao Tze

v Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah. - Lao Tze

v Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. - Flower A. Newhouse

v Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. - Samuel Johnson

v Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille

v Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab

v Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. - Peribahasa Melayu

v Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. - Confucius

v Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. - Confucius

Sumber: 
FAKTA MENARIK
AROWANA BAKA PRIMITIF - Ikan Kelisa juga dikenali sebagai Arowana adalah spesies daripada famili Osteoglossidae, yang memiliki ciri-ciri primitif. Kelisa spesies Scleropages Formosus adalah daripada famili yang sama wujud di Kepulauan Melayu. Saudara ikan ini termasuklah ikan Arapaima Gigas di Amazon dan Arowana Hitam yang dikenali dengan nama Saratoga di Australia.

APABILA IKAN PAUS MAKAN - Dianggarkan, semasa musim makan di Antartika, ikan paus biru (blue whale) memakan kira-kira 40 juta Krill (sejenis hidupan laut seperti udang) setiap hari atau pun 3,600 kilogram atau 4 tan setiap hari selama enam bulan. Jumlah pengambilan makanan itu boleh mengenyangkan manusia selama empat tahun!

BAKA PADI BARU - Unit Teknologi Nuklear (UTN) telah berjaya menghasilkan 101 jenis baka padi baru. Jenis baka padi baru ini mampu menghasilkan pengeluaran jauh lebih banyak daripada jenis padi yang ada sekarang.

Jenis padi baru yang terhasil ini, di antaranya mampu menghasilkan pengeluaran di antara 6,000 hingga 7,000 kilogram padi sehektar.

Antara ciri-ciri yang menarik baka padi baru yang dihasilkan ini ialah mempunyai batang yang tegap, tidak mudah tumbang apabila dilanda angin, dan berkeupayaan menghadapi penyakit, terutama bena perang.

Baka padi baru ini juga mempunyai masa matang yang singkat, iaitu di antara 120 hari hingga 130 hari.

APABILA BAHAN BUANGAN DIBAKAR

Umum mengetahui bahawa bahan buangan merupakan salah satu punca utama pencemaran alam kian meningkat setiap hari.

Sejak dahulu sampailah kini, pembakaran merupakan salah satu cara untuk melupuskan bahan buangan. Namun demikian, adakah pembakaran merupakan satu jalan terbaik yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalah pencemaran alam?

Sebenarnya, bahan buangan yang dibakar tidak lenyap begitu sahaja!

Hal demikian kerana kira-kira 30 peratus daripada bahan buangan tersebut akan menjadi abu. Malah bakinya, dalam bentuk gas dan bahan terampai, akan memasuki pula ruang udara. Bahan yang terkumpul di udara, akhirnya akan meresap kembali ke tanah, tumbuhan dan air.

Oleh yang demikian, bahan itu akan memasuki rantai makanan. Akhirnya, bahan tersebut akan kembali kepada kita semula.

ANCAMAN DUNIA BARU

Dunia bakal menghadapi bahaya baru apabila pelantar ais terbesar di benua Artik retak. Pelantar seluas 443 kilometer persegi di benua yang tegap berdiri di hujung dunia itu kini telah retak. Retakan pelantar yang dikenali dengan nama Ward Hunt Ice Shelf itu mengakibatkan air tawar yang terkepung di bawahnya terlepas ke laut. Suhu yang semakin panas di sekitar kawasan benua itu dipercayai menjadi punca rekahan tersebut.

ALAT KEBESARAN DIRAJA

Antara alat kebesaran diraja di negara kita ialah tengkolok diraja, cogan agama, gendik diraja, kalung diraja, dan pending diraja.

Semua peralatan tersebut merupakan simbol kedaulatan raja dan kerajaan yang memerintah.

Sumber: 

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................
Santai: 

TELUR PUNYA PASAL

Seorang pakcik, berumur 70-an, datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit. Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan RM5 ribu, kadang2 RM8 ribu, ade jugak sampai RM12 ribu!!

Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank. Banyak betul duit pakcik ni, tiap2 hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank. Pengurus Bank pun pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan. Maka berlakulah perbualan berikut:

Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?

Pakcik: Boleh.. ape salahnya..

Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?

Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..

Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?

Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?

Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..

Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..

Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!

Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000. kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000. kita jumpa minggu depan, kat sini..

Pengurus Bank: Ok..

Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau.

Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak. Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot2 kalau 'telur'nya betul2 hilang! Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7.

Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..

Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..

Pakcik: Kenapa pulak?

Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..

Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?

Pengurus bank: Silakan..

Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang 'telur' si pengurus bank.

Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..

Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..

Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..

Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..

Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..

Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?

Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..

Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?

Pakcik: Nampak jaga kat luar yg tengah tengok kita tu? Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan pegang 'telur' pengurus bank ni..


Pengurus bank: HARAMJADAHHH!!
.

Tiada ulasan: