Ahad, 22 April 2018

Antara calon kitar semula dengan Mengangkat individu yang kalah PRU sebagai secubit kepimpinan kerajaan. 7325.

Berita putih bersih suci... 

Takbur .....muga Allah beri hidayah kepada kita semua.
Aamiin.
Shahrir Abdul Samad beramah mesra dengan para pengunjung program Jualan Sentuhan Rakyat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, semalam. MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

Sedia ditentang sesiapa calon pembangkang dalam PRU-14
Maznah Mohd. Arsad
22 April 2018 3:00 AM

JOHOR BAHRU 21 April - Walaupun calon pembangkang yang bakal menentang Tan Sri Shahrir Abdul Samad belum terjawab, namun penyandang kerusi Parlimen Johor Bahru itu tetap mengalu-alukan sesiapa sahaja termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pemimpin veteran yang memenangi kerusi berkenaan selama tujuh penggal sejak 1978 (kecuali 1990-1999) itu tetap optimis dan tidak gentar untuk berdepan dengan sesiapa sahaja calon daripada pembangkang atau calon bebas.

“Saya dah bertanding dan menawarkan diri jadi calon beberapa kali, soal gentar bukan sesuatu yang patut dirasai kerana kalau kita dah berusaha, dah berkhidmat dengan ikhlas, lepas itu kita berserah.

“Inilah cara dan falsafah orang Johor. Kita kena bekerja, ber­usaha secara ikhlas, orang akan nampak dan pada saya ini bukan keadaan luar biasa,” katanya dalam program Jualan Sentuhan Rakyat di Bandar Baru Uda di sini hari ini.

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, biar­lah rakyat khususnya pengundi di kawasan Parlimen Johor Bahru yang menilai sama ada khidmat baktinya masih diperlukan untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Saya sebagai wakil mereka, saya serah kepada rakyat sekiranya jadi calon PRU-14,” katanya.

Dalam PRU-13, Shahrir menewaskan calon PKR, Md. Hashim Hussein dengan majoriti 10,134 undi dan pada pilihan raya kali ini, beliau dikatakan bakal ditentang beberapa nama seperti Kit Siang atau aktivis PKR, Akmal Nasir.

Sebelum ini, Shahrir pernah beberapa kali menyatakan hasrat untuk bersara dan tidak mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru pada PRU-14, namun me­nukar pendiriannya selepas beberapa kali dipujuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mempertimbangkan semula keputusan berkenaan.

Mengenai sokongan warga Felda terhadap BN, Shahrir yang juga pengerusi agensi tanah rancangan berkenaan yakin semua usaha dan komitmen tanpa henti kerajaan akan diterjemahkan oleh peneroka pada PRU-14.

Selepas dilantik menerajui Felda pada Januari tahun lalu, beliau yakin momentum dan sokongan peneroka sentiasa bersama-sama kerajaan apabila Gerakan Muafakat Felda kini mencecah 93 peratus daripada 112,000 lebih peneroka berada dalam sistem kewangan dan pentadbiran Felda.

“Dengan ini bererti 103,000 daripada jumlah keseluruhan peneroka sudah pun bersama-sama dengan Felda,” katanya.

Sumber: 

Respect kehendak pengundi khasnya dan rakyat jelata umumnya. Ada tidak sikap tu, atau pentingkan diri yang diutamakan? 

Antara calon kitar semula dengan Mengangkat individu yang kalah PRU sebagai secubit kepimpinan kerajaan. 

Hok Liong calon kitar semula DAP

LABIS 19 April – DAP Johor seakan ketandusan pemimpin berkaliber apabila mencalonkan Pang Hok Liong untuk kerusi Parlimen Labis dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Langkah tersebut mengitar ca­lon lama parti cauvinis itu kerana Hok Liong bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok dalam Parlimen Labis sebelum ini.

Pengumuman Hok Lion yang merupakan Pengerusi DAP Bahagian Segamat sebagai calon kerusi Parlimen Labis dilakukan di Pejabat DAP Cawangan Labis di sini semalam.
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, Hok Lion mengantikan Timbalan Pengerusi DAP Johor, S. Ramakrishnan, 62, yang bertanding merebut kerusi tersebut pada PRU-13.
Menurut beliau, Ramakrishnan pula akan bertanding di kerusi DUN Bekok bagi menggantikan penyandang kerusi DUN Bekok, Lim Eng Guan yang sebelum ini menang di kawasan tersebut.
“Hok Liong pernah terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok pada 1990. Beliau adalah calon yang bertan­ding di kerusi DUN Jementah dan Parlimen Segamat sejak PRU-9 hingga PRU-12.
“Saya harap pengundi di kawasan Parlimen Labis dapat memberi kepercayaan kepada beliau untuk tempoh lima tahun akan datang. Beliau merupakan seorang peguam,” katanya.
Yang turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP Johor, Gan Peck Chen dan Pengerusi PAN Labis, Mohd. Zin Johar.
Pengerusi DAP Bahagian Segamat itu dijangka akan bertembung dengan penyandang kerusi Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong daripada MCA.
Sementara itu, Ramakrishnan yakin mampu mengekalkan kerusi DUN Bekok yang dimiliki DAP ketika ini berdasarkan tinjauan yang dilakukan serta sokongan diterima ketika bertanding di Parlimen Labis pada PRU-13.
Sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini beliau mendakwa bertemu ramai pengundi di Labis dan mendapat maklum balas positif yang mahukan perubahan kepimpinan walaupun tiada sebarang masalah dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) ketika ini.
“Pada PRU-13 saya hanya kalah tipis dengan majoriti 353 undi kepada penyandang kerusi Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong dan saya yakin boleh menang dan mengekalkan kerusi DUN Bekok ditangan DAP kali ini,” katanya.

Sumber:
Hok Liong calon kitar semula DAP - Politik - Utusan Online















Tiada ulasan: