Ahad, 22 April 2018

Sebab calon dan mencalonkan leh diangkat sebagai abang besar. 7326.

Berubah kepada politik dinamis, cerdik dan tidak mudah diperlekehkan dengan cakap-cakap pemain politik.

Umum menteri Kabinet, serlah sikap sebenar DAP sebagai "abang besar" 
MENTERI Pertahanan merangkap penyandang kerusi Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
MENTERI Pertahanan merangkap penyandang kerusi Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama-sama anggota Rela dalam Majlis Ramah Mesra Rela Bersama Pemimpin Parlimen Sembrong di pekan Kahang hari ini. - UTUSAN ONLINE/RAJA JAAFAR ALI
Zulhisham Isahak
22 April 2018 12:49 PM

KLUANG 22 April - Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan dua calon Parlimen DAP sebagai calon Menteri Kabinet sekiranya gabungan pembangkang PKR berjaya membentuk kerajaan menyerlahkan sikap sebenar parti itu yang dominan dan ‘abang besar’ dalam pembangkang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan jawatan itu disifatkan sebagai angkuh sekali gus membelakangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku ketua dalam pembangkang.

“Saya minta Lim Guan Eng tanya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri kerana kita tahu jawatan dalam kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri.

“Kalau Tun Dr. Mahathir berangan-angan mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi, bukan Guan Eng yang tentukan Menteri Kabinet (tetapi Mahathir), jadi nak tanya Guan Eng kenapa angkuh sangat sehingga kalau betul dia nak kedua-dua ahli Parlimen DAP jadi jemaah menteri, kenapa dia pula yang buat pengumuman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Rela Bersama Pemimpin Parlimen Sembrong di Gelanggang Bola Keranjang, pekan Kahang, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang, R. Vidyanathan dan penyandang kerusi DUN Paloh, Teoh Yap Kun.

Guan Eng baru-baru ini ketika mengumumkan Nga Kor Ming sebagai sebagai calon DAP di Parlimen Teluk Intan, Perak berkata, Pengerusi DAP Perak itu akan dilantik menteri pusat jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Guan Eng juga turut mengumumkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebagai menteri Pusat jika menang di Parlimen Ayer Hitam. - UTUSAN ONLINE

Sumber:
Umum menteri Kabinet, serlah sikap sebenar DAP sebagai "abang besar" - Politik - Utusan Online
.
Bila tak ada point dan untuk menutup pekong di dada. Hal remeh yang mcm itu pun jadi isu. Yang penting bukan mengangkut manusia yang kalah pru sebagai anggota kerajaan. Bila buat lagu tuu ertinya tidak hormat kehendak rakyat dalam pru. Pentingkan diri atau pentingkan rakyat yang memberi amanah? 

Tiada ulasan: