Waspada di PRU14... Jika tidak ingin undi kalian dibeli dan bukan dengan keputusan muktamad kalian, berdasarkan situasi Malaysia terkini.
Pakatan Harapan serasi pendekatan politik arwah ayah, kata Nik Omar.
ZIKRI ABDULLAH
Meskipun tidak mengambil bahagian dalam politik ketika almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, anakandanya Nik Omar berkata beliau sentiasa mengikuti rapat gerak geri politik bekas Mursyidul Am Pas itu.
Menurutnya, dalam konteks politik semasa, bersama Pakatan Harapan (PH) adalah lebih serasi dengan pendekatan politik arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz.
“Saya hormati pendirian Pas untuk berada di luar mana-mana pakatan Barisan Nasional (BN) atau PH.
“Tapi saya yakin bersama PH lebih mendekati cara ayah saya berpolitik,” katanya pada sidang media khas PH Kelantan selepas proses penamaan calon berakhir pagi ini.
Nik Omar sebelum itu mengemukakan kertas pencalonannya di Pusat Sumber Pendidikan Pengkalan Chepa.
Beliau bakal berhadapan calon Pas Nik Mohd Fathan dan calon BN Mohamad Fareez Noor Amran.
ref:
Azmin ditentang Pas, BN di Gombak.
Mohamed Azmin Ali (empat kiri) bersama calon Pakatan Harapan N.16 DUN Sungai Tua, Amiruddin Shaari (dua kanan), calon Pakatan Harapan N.17 DUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham (tiga kanan) dan calon Pakatan Harapan N.18 DUN Hulu Kelang, Saari Sungib (tiga kiri) mengangkat tangan ketika tiba di hadapan Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 28 APRIL 2018.
GOMBAK – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mewakili PKR akan ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahim Pandak Kamaruddin dan Khairil Nizam Khirudin dari Pas.
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amirul Azizan Abdul Rahim sebentar tadi.
Manakala salah satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya pula iaitu Sungai Tua pula bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan kehadiran calon Bebas, Badrul Hisham Md Zin, BN Datuk N. Rawisandran (BN), Amiruddin Shaari (PKR) dan Muhammad Ibrahim (Pas).
DUN Gombak Setia dan Hulu Kelang masing-masing berdepan dengan tiga penjuru.
Calon BN di DUN Gombak Setia ialah Datuk Megat Zulkarnain Omardin Hilman Idham (PKR) dan Hasbullah Mohd Ridzwan (Pas).
DUN Hulu Kelang pula Ismail Ahmad mewakili BN, Saari Sungip (PKR) dan Kamalulhysham Mohd Suhut (Pas).
Kata Amirul Azizan kesemua calon sah bertanding tanpa ada apa-apa halangan.
“Kesemua calon sah bertanding setelah disemak dan hari mengundi awal akan jatuh pada 5 Mei,” katanya ringkas selesai proses penyerahan borang dari calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak.- MalaysiaGazette
ref:
Azwan Ali bakal menentang abang kandungnya, Datuk Seri Azmin Ali
bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.
Azwan Ali bakal menentang abang kandungnya, Datuk Seri Azmin Ali
bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.
Azwan Ali cabar Azmin Ali di DUN Bukit Antarabangsa.
AMPANG - Selebriti kontroversi, Azwan Ali tiba di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Dato Ahmad Razali, di sini pagi tadi.
Azwan yang hadir dengan diiringi dua pengawalnya kemudiannya menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa sebagai calon bebas menggunakan logo gajah.
Beliau dijangka menentang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan abangnya. - K! ONLINE
ref:
Tiga yg menarik perhatian aku ari ni.
Warna warni dihari penamaan calon hari ini,banyak suka duka tercatit dikebanyakan tempat percalonan hari ini, antaranya..
Kejutan dari anak arwah Tok Guru Nik Aziz yang muncul sebagai calon PAN, hingga menepis segala spekulasi sebelum ini kemana hala tuju beliau.
Pencalon Nik Omar di DUN Chempaka, menyebabkan penyokong dikedua dua pihak memainkan sentimen dan perbalahan dimedia sosial.
Bagi aku biasa, biarkan Nik Omar dengan wadah politik baru beliau, penyokong Pas harus meraikan perbezaan politik yang disertai oleh beliau, 9hb titik penentu kemana hala tuju beliau sama ada diterima oleh pengundi dun Chempaka atau tidak, tak perlu main sentimen keluarga.
Cuma khabar2 angin yg menafi beliau tinggalkan parti Pas itu adalah benar.
Satu lagi warna warni dihari pencalonan ari ini ialah ,Isu calon tak bawak kad pengenalan yang paling kelakar hahahaha..
Haru biru betul, benda basic je tu, takan dah sampai duduk depan SPR baru nk bukak wallet, hahaha
Mcm sabotaz pun ada..atau pun mungkin dia mudah lupa kut haha...
Dan satu lagi mengenai Tian Chua , Otai Reformasi, aku solute kat dia neh, aku pun harap dia menang mempertahankan Parlimen Batu, tapi sayang, pencalonan beliau ditolak atas sebab satu kes Mahkamah 2013..
Yang pelik bagaimana perkara teknikal semacam ini PKR tak study sebelum menyerah watikah pada beliau,dengan penolakan pencalonan Tian Chua maka tiada calon PH di Parlimen Batu, peluang terbuka antara BN , Pas serta dua calon bebas nanti.
“Mohon majlis tertinggi PH buat siasatan & ambil tindakan terhadap kes2 seperti tertinggal IC, tiada pas calon & hilang kelayakan bertanding”
Ok itu saja dari aku, selamat berkempen dan selamat pengundi..
Batu vs Kayu: Tiga yg menarik perhatian aku ari ni
Kenapa MB Negeri Sembilan menang tanpa bertanding?
Lawan tetap lawan. Lawan tapi kalau tak pakai otak dan strategi yang betul buat penyokong sakit kepala. Kenapa benda remeh macam ni tak ambil berat?Belum apa-apa BN dah menang 1 kerusi di N9. Sakit hati betul. Mana pas kebenaran kamu wahai S Streram? Hilang? Tertinggal? Kamu kena beri penjelasan!!
Barisan Nasional mendapat kelebihan awal satu kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini.
Kemenangan itu diisytiharkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub di pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau.
Ini berikutan calon yang dinamakan PKR, S Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon seperti yang disyaratkan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon.
Selain Streram, kedua-dua penyokong dan pencadangnya juga tidak dapat memasuki perkarangan dewan itu kerana tidak mempunyai pas perakuan daripada SPR.
Pengumuman itu menyaksikan Mohamad, yang juga pengerusi BN negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, mempertahankan kerusi DUN Rantau pada PRU14, 9 Mei ini, buat penggal keempat sejak 2004.
Pada PRU13 lepas, Mohamad yang juga penyandang kerusi itu menang dengan majoriti 4,613 undi menewaskan Aisah Lamsah daripada PKR.
Terdahulu, suasana agak tegang apabila Streram dan penyokongnya membantah sekatan polis yang tidak membenarkan beliau memasuki pusat penamaan calon di sini, meskipun telah hadir seawal pukul 8 pagi.
- Bernama
ref:
Kenapa MB Negeri Sembilan menang tanpa bertanding? ~ Menconteng Untuk Perubahan™Pertanda buruk bagi BN Sabah...
Calon BN untuk Batu Sapi (di Sandakan) jatuh pergi laut... Pertanda buruk BN akan turut roboh dan lingkup di Sabah...
Jambatan BN cemerlang, gemilang, terbilang...
ref:
al- Husseyn: Pertanda buruk bagi BN Sabah...
Mengejutkan!! SPR batal pencalonan Tian Chua.
Laporan media mendakwa ini disebabkan oleh kes mahkamah sebelumnya.
ref:
KERENGGA: Mengejutkan!! SPR batal pencalonan Tian Chua
MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Raja Bomoh 'ghaib' di Bagan Datuk.
'Raja Bomoh' atau Ibrahim Mat Zin yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen Bagan Datuk tidak hadir menyerahkan borang pencalonannya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga penyandang kerusi Parlimen itu berkata bomoh kontroversi berkenaan tidak dapat meneruskan hasratnya selepas disahkan muflis.
"Kita tunggu juga, tapi akhirnya dia tak datang. Saya diberitahu bahawa dia telah muflis maka tak layak untuk bertanding," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon kawasan Parlimen Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.
Pada 17 April lalu Ibrahim mengumumkan hasratnya bertanding di Parlimen Bagan Datuk.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga penyandang kerusi Parlimen itu berkata bomoh kontroversi berkenaan tidak dapat meneruskan hasratnya selepas disahkan muflis.
"Kita tunggu juga, tapi akhirnya dia tak datang. Saya diberitahu bahawa dia telah muflis maka tak layak untuk bertanding," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon kawasan Parlimen Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.
Pada 17 April lalu Ibrahim mengumumkan hasratnya bertanding di Parlimen Bagan Datuk.
ref:
Raja Bomoh 'ghaib' di Bagan Datuk ~ Menconteng Untuk Perubahan™
PRU14: Pengerusi SPR, malulah kepada diri kamu sendiri
Timbalan Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah patut malu pada diri sendiri kerana sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia, beliau sepatutnya mendahulukan rakyat. Beliau berkata demikian berikutan penolakan SPR terhadap permohonan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menjadi pemerhati pilihan raya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini. [image: Pengerusi SPR, malulah kepada diri kamu sendiri] “Suhakam adalah sebuah badan bebas ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Sur... lagi »
HARI PENAMAAN CALON - LANGKAH PERTAMA KE ARAH PERUBAHAN, MALAYSIA AKAN BERTAMBAH KOTOR JIKA BN TIDAK DIKALAHKAN
Hari ini adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya ke-14 dan merupakan langkah pertama ke arah perubahan yang diidam-idamkan oleh majoriti rakyat Malaysia. Selepas ini dan ruang masa kempen selama 11 hari sebelum hari pengundian pada 9 Mei depan, ia adalah detik penting bagi merubah wajah negara yang telah dikotorkan oleh kepimpinan Najib Razak sehingga Malaysia yang berasaskan pemerintahan demokrasi sudah dilihat oleh banyak dunia telah bertukar menjadi kleptokrasi. Berbanding beberapa pilihanraya sebelumnya, PRU 14 kali ini amat mencabar buat UMNO dan BN kerana rakyat ter... lagi »
PRU14: SPR jelas tidak berminat adakan pilihan raya bebas dan adil
[image: SPR jelas tidak berminat adakan pilihan raya bebas dan adil] Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, matlamat Suruhanjaya Hak Assi Manusia (Suhakam) untuk memantau proses pilihan raya adalah untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan tugas baiknya. Justeru katanya, dengan menolak permohonan Suhakam untuk berbuat demikian, SPR telah hilang peluang keemasan untuk menunjukkan bahawa ia benar-benar bebas dan tidak memihak. “Hal ini juga membangkitkan banyak keraguan, terutama sekali apabila SPR mengumumkan bahawa ia akan menjemput pemerhati pilihan raya ... lagi »
Bagaimana BN boleh menang PRU ke-14
Dalam masa sebulan sahaja BN melakukan pelbagai cara untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 dengan apa sahaja kaedah yang dianggap perlu - atau, dengan izin: “*by any means necessary*”. Memang bagi Umno dan BN serta sekutunya, ia adalah mempergunakan isu kaum atau agama. Semuanya dalam bentuk matlamat menghalalkan cara. Malah, agama menjadi alat paling popular untuk mengekalkan kuasa. Sekian lama perencanaan dibuat untuk mematikan saingan Pakatan Harapan (HARAPAN). Kini langkah terakhir BN benar-benar ditingkatkan darjah kepanasanya sejak ia bermula pada 28 Mac 2018. Rentetan ... lagi »
PANAS!!! Nasib baik pesawat saya tak terhempas kena sabotaj - Dr M
PRU14 | Menjelang sehari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pesawat peribadi yang disewa khas telah disabotaj oleh pihak tertentu. Sebelum itu, Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali berada di Lapangan Terbang Subang dan sudah menaiki pesawat tersebut untuk menuju ke Langkawi bagaimanapun telah
Baca juga:
p3C3q™: 345. Bubar sudah.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan