Sabtu, 28 April 2018

Takdir Allah segala-galanya. Susunan peristiwa... 7397.

Takdir Allah segala-galanya. Susunan peristiwa... pencorak percaturan politik Malaysia dewasa ini. 


- 17 April 2014. Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan expresway. 
- 10 Februari 2015. Mahkamah putuskan Anwar bersalah, kekal hukuman penjara 5 tahun. 
- 12 Februari 2015. Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia. 

Karpal maut dalam nahas dekat Kampar - Malaysiakini

https://www.malaysiakini.com/news/260228
17 Apr 2014 - "Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut. Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kampar Supt. Ng Kong Soon berkata Karpal dan Cornelius, 40-an, maut di tempat ...

Karpal maut dalam nahas dekat Kampar

Radzi Razak & Susan Loone  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi ini.
 
Pembantu peribadi beliau,  Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung. Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta itu dilaporkan cedera. 
Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk.
Anak Karpal - Gobind Singh Deo (kiri) yang juga MP Puchong - memberitahu The Star bahawa bapanya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Adik saya Ram cedera ringan tetapi kita cuba untuk menghubunginya, katanya ketika dihubungi The Star pada jam 3.30 pagi. 

Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'.
 
Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas
didapati bersalah dalam kes hasutan.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulis twit tersebut.

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal dan Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C Selvan, 27, yang merupakan warga India, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 1.10 pagi itu.

Menurutnya, pemandu lori Abu Mansor Mohd, 45, dari Petaling Jaya mengalami cedera ringan manakala dua penumpang kenderaan itu, Nur Azlina Ahmad, 23 dan seorang kanak-kanak perempuan, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4, tidak cedera.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ketika kejadian itu, katanya, Karpal duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu manakala Michael di tempat duduk belakang Karpal.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata akibat rempuhan itu, kenderaan Toyota Alphard berkenaan mengalami rosak teruk di bahagian hadapan sebelah kiri manakala lori rosak di bahagian belakang sebelah kanan.

"Semakan ke atas kenderaan MPV itu mendapati, ia mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas iaitu pandu laju dan 15 saman masih belum dijelaskan," katanya.

Menurut Ng, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat manakala pembantu rumah berkenaan menerima rawatan di hospital sama.

Operasi mengeluarkan kesemua mangsa turut dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mendiang Karpal dan Michael tiba di hospital besar Ipoh pada jam 7.20 pagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kanan) dan timbalannya, Mohd Rashid Hasnon, dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut berada di sana.
Mereka mengucapkan takziah kepada anak Karpal - Gobind dan Jagdeep. Isteri Karpal kelihatan menangis, manakala saudara mara cuba menghalang gambar diambil. Mayat dihantar untuk bedah siasat.

Gobind berkata keluarganya menjangka bedah siasat itu selesai pada jam 10.30 pagi, selepas itu mereka akan membawa mayat pulang ke rumah keluarga mereka di Pulau Pinang sebelum jam 1 tengahari.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada jam 2.15 pagi, dan beliau serta isterinya, terus bergegas ke tempat kejadian. Gobind dan ibunya, Gurmit Kaur, sempat melihat mayat Karpal.

Upacara pengebumian ahli politik veteran itu dijangka dijalankan sama ada pada petang Sabtu atau pagi hari Ahad, katanya.

"Mendiang mempunyai keluarga dan rakan-rakan di luar negara dan kami menunggu mereka pulang untuk pengebumiannya," katanya.

"Mayat mendiang akan ditempatkan di rumah keluarga kami di Jalan Utama (Pulau Pinang)" katanya.

Gobind berkata Ram, yang mengalami lebam-lebam sedikit, berada dalam keadaan baik.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka dan berharap mereka memberi keluarganya privasi.

Menurutnya, mereka akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini.

Pada kira-kira jam 8.30 pagi, seorang lelaki yang dipercayai pemandu Karpal, Selvam, dilihat menghampiri jabatan forensik di hospital. Dia menangis teresak-esak tetapi beberapa orang membawanya pergi dari situ.

Difahamkan mayat mendiang Karpal akan dibakar di dewan pembakaran Sikh pada jam 11 pagi hari Ahad.

ref: 

Karpal maut dalam nahas dekat Kampar 


Kes Liwat II Mahkamah putuskan Anwar bersalah kekal ...

www.astroawani.com/.../kes-liwat-ii-mahkamah-putuskan-anwar-bersalah-kekal-huku...
10 Feb 2015 - Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000. Mahkamah mengarahkan ...
Kes Liwat II: Mahkamah putuskan Anwar bersalah, kekal hukuman penjara 5 tahun. 
Februari 10, 2015 14:18 MYT

Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. 

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu disampaikan pada jam 2.05 petang tadi. 

Mahkamah Persekutuan mendapati  Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu.

Dengan keputusan ini, Anwar gagal mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya. 

Peguam Anwar, Gopal Sri Ram telah meminta masa sehingga jam 1 untuk proses mitigasi.

Keputusan itu disampaikan selepas perbicaraan selama lapan hari, menjangkaui jadual asal perbicaraan selama dua hari.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti secara 100 peratus tentang sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin telah diganggu atau tercemar sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Walau bagaimanapun, pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah juga mendapati Anwar gagal membuktikan dakwaannya bahawa wujud konspirasi politik dalam pertuduhan terhadapnya.

Dengan keputusan ini, Anwar, 67, boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
   
Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar.    

Dalam kes pertama, dia didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada tahun 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Namun selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 Sept, 2004, selepas Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan dan mengetepikan hukuman penjara ke atas beliau atas tuduhan liwat, dengan keputusan majoriti 2-1.
     
Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti, berkata hakim mendapati Anwar dan tertuduh bersama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja "terlibat dalam kegiatan homoseksual" dan hakim-hakim lebih cenderung untuk mempercayai bahawa liwat yang didakwa itu memang berlaku. 

ref: 
Kes Liwat II Mahkamah putuskan Anwar bersalah kekal hukuman penjara 5 tahun | Astro Awani

Adakah Shafee terbabit lanjut khidmat Raus dan Zulkefli, soal Anwar. 
FMT Reporters 
| July 10, 2017Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat Shafee Abdullah terbabit dalam memberi pandangan perundangan dan asas untuk memutuskan lanjutan perkhidmatan Raus Sharif dan Zulkefli Ahmad Makinudin. 

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa perdana menteri mengesahkan jika peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terbabit dalam melanjutkan tempoh perkhidmatan Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan itu menerusi satu kenyataan hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat Shafee terbabit dalam memberi pandangan perundangan dan asas untuk memutuskan penyambungan perkhidmatan Raus dan Zulkefli.
“Saya telah difahamkan peguam, Tan Sri Shafee Abdullah terlibat di dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan Raus dan Zulkefli.
“Oleh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu pada kadar segera mengesahkan sama ada perkara ini adalah benar atau tidak. Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus.”
Sabtu lalu, Shafee dilaporkan berkata, ada duluan dalam penggunaan Perlembagaan Persekutuan untuk melantik semula hakim.
Beliau merujuk pelantikan semula hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri S Chelvasingam MacIntyre pada 1965 dan hakim bersara, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa untuk menyambung semua perkhidmatannya di Mahkamah Persekutuan selama 2 tahun pada September 2016.
Jumaat lalu, pejabat Najib mengumumkan Raus akan terus memegang jawatan ketua hakim negara selama 3 tahun lagi mulai 4 Ogos ini, manakala Zulkefli terus berkhidmat sebagai presiden Mahkamah Rayuan untuk 2 tahun lagi, mulai 28 September.
Raus dijadualkan bersara pada 3 Ogos ini dan Zulkefli pada 27 September, apabila usia mencecah 66 tahun dan 6 bulan, maksimum umur persaraan untuk hakim.
Putrajaya berkata, pelantikan Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan dibuat berdasarkan cadangan dan nasihat bekas ketua hakim negara, Tun Arifin Zakaria kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac lalu, sebelum beliau bersara.
Anwar berkata, pengumuman lanjutan perkhidmatan Raus dan Zulkefli mendapat reaksi negatif orang ramai yang dikatakan melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Malah, katanya, beberapa bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam turut menyifatkan lanjutan perkhidmatan itu bercanggah Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas.”
FMT cuba menghubungi Shafee untuk mengulas dakwaan itu, tetapi gagal.
Sabtu lalu, bekas presiden Majlis Peguam, Zainur Zakaria dilaporkan berkata, mengekalkan Raus dan Zulkefli menghantar mesej kepada hakim lain di Mahkamah Persekutuan yang mereka tidak layak.
Bekas ketua hakim negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad secara terbuka menyifatkan lanjutan perkhidmatan Raus tidak berperlembagaan.
Pandangan sama turut disuarakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Majlis Peguam, George Varughese.

ref: 
Adakah Shafee terbabit lanjut khidmat Raus dan Zulkefli, soal Anwar | Free Malaysia Today

Siapa Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Yang Cukup Digeruni Anwar? 
13/02/2014
USAHA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan melucutkan kelayakan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes liwatnya hanyalah untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut. 

Ini adalah pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Anwar sebenarnya takut untuk dibicarakan.
“Ini cuma usaha untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Dia (Anwar) takut untuk dibicarakan kerana dia buat salah.
“Jadi dia takut mahkamah akan jatuhkan hukuman ke atasnya. Tetapi memanglah dia takut pada Shafee. 
“Shafee dah menang banyak kes-kes rumit. Saya fikir Anwar pun gentar jugalah,” katanya.
Siapa sebenarnya Muhammad Shafee, satu nama yang cukup hebat dalam dunia perundangan sehingga turut diakui oleh Dr. Mahathir ini?
Dari segi kelulusan, beliau adalah lulusan undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1977.
Kemudiannya beliau menyambung pelajaran di institusi pendidikan tersohor, London School Of Economics hingga memperolehi Masters in Law pada tahun 1984.
Muhammad Shafee juga pernah menghadiri kursus di US State Department on “Legal Institutions and Grass Roots Movements dan di National College for District Attorneys di Houston, Texas.
Beliau adalah ahli kehormat County Bar Association, Minnesota, U.S.A.
Muhammad Shafee pada awalnya bertugas sebagai pendakwa sebelum meninggalkan Jabatan Peguam Negara pada tahun 1983 untuk menjadi peguambela dan peguamcara.
Sewaktu berkhidmat dengan kerajaan lagi, beliau sudah memenangi pelbagai kes berprofil tinggi dengan berjaya membuktikan kesalahan ramai individu yang terlibat dengan kes pembunuhan, pengedaran dadah, pemilikan senjata api, pecah amanah dan pelbagai lagi.
Pada 22 oktober 2009 beliau dilantik mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) – badan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.
Dalam mahkamah, Shafee cukup terkenal dengan kelantangannya dan cukup garang bila berbahas.
Kita tak mungkin lupa bagaimana beliau menghempas fail dalam kes Raja Petra Kamaruddin.
Kisahnya Raja Petra tidak lama dulu telah menuduh Muhammad Shafee dengan pelbagai tuduhan termasuk menggunakan firma guamannya untuk melancarkan ’operasi khas’ menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Ia terkandung dalam artikel tulisannya bertajuk Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivated Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation.
Bosan dengan sikap penulis blog itu, Muhammad Shafee bertindak menemui Raja Petra secara bertentang ‘mata-ke-mata’ dengannya di Mahkamah Majistret pada 15 Ogos lalu. Tujuaannya hanya satu, menyerahkan perintah mahkamah dan writ saman kepada tuan punya diri.
Apabila menyedari Raja Petra enggan menerimanya, Muhammad Shafee hilang sabar dan terus menghempaskan semua fail itu ke lantai!
Beliau belum puas!
Berikutnya beliau sekali lagi mencabar Raja Petra dalam sidang akhbar khas di pejabatnya.
Beliau juga mengkritik Raja Petra yang hanya tahu berselindung di sebalik laman webnya dengan tidak membenarkan debat secara terbuka.
“Raja Petra hanya menyiarkan komen yang dirasakan baik untuk dirinya dengan ada tapisan, tetapi mendakwa dia mahukan masyarakat yang terbuka.
“Dia (Raja Petra) seorang yang manusia yang pengecut seperti kata pepatah ‘baling batu sembunyi tangan!!!”
Mengenali peguam tersohor itu, beliau tidak akan terhenti di situ saja.
Tabiat Muhammad Shafee ialah, beliau akan berlawan habis-habisan dengan mereka yang ingin bersilat dengannya. 
Dan kali ini peguambela terkenal Anwar, Karpal Singh akan menyambut ‘kehadiran’ Muhammad Shafee di mahkamah. 
Inilah yang dikatakan buku bertemu ruas.
Yang pasti Karpal Singh tidak akan menempuh lalu dan jalan yang mudah kali ini.
Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa!!!! – Mynewshub.my
ref: 
Siapa Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Yang Cukup Digeruni Anwar? - 1 Malaysia News - Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian, Utusan Malaysia

Siapa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah – Biodata

Hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjadi faktor penting dalam menentukan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adakah Muhammad Shafee akan mengemukakan penemuan baharu berhubung perbicaraan ini berbanding pasukan peguambela yang hanya mengemukakan hujah dan fakta lama?
Para peguam Anwar telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ia suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara diulang-ulang, tiada penemuan baharu dan ramai peguam pemerhati menyatakan ia adalah tanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar.
Tambahan pula, ramai pengamal undang-undang sangat terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah, menarik diri.
Anwar sangat gerun dengan Muhammad Shafee, bukan sahaja kerana mereka seangkatan, sangat kenal-mengenali berpuluh-puluh tahun, malah tiada satu pun helah Anwar yang tidak difahami Muhammad Shafee.
“Saya lebih kenal Anwar berbanding Tun Dr Mahathir,” demikian kata Muhammad Shafee.
Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan Muhammad Shafee, perkiraan intinya apakah anda sanggup bangun subuh buta jika dipanggil, adakah anda akan terkejut jika yang mengetuk pintu rumah anda bukannya posmen Muhammad Shafee tetapi beliau sendiri, dan adakah anda sanggup menerima panggilan telefon di kala anda sedang lena diulit mimpi.
Adakah anda sanggup datang ke pejabatnya pada subuh jantan sekiranya dipanggil? Guaman adalah dirinya dalam dirinya.
Anda tidak akan menerima sehelai kertas pun daripada Muhammad Shafee melalui orang ketiga. Beliau akan membuatnya sendiri dari A hingga Z. Sampai ke tahap itu integriti dan sekuriti diamalkannya.
Maka tiada siapa mampu mencuba belinya jauh sekali merasuahnya, jika sesiapa mencuba pasti kecewa. Anwar tahu hal ini, kerana itu Anwar berusaha membatalkan Muhammad Shafee daripada menjadi pendakwa raya.
10 ribu patah perkataan yang dilontarkan oleh peguam-peguam termahal Anwar, tidak akan sama dengan 100 patah perkataan dikeluarkan oleh Muhammad Shafee.
Kita tidak bercakap siapa salah siapa betul,itu hak peguam-peguam kedua-dua belah pihak, dan hakim-hakim untuk menentukan selepas selesai semua hujah masing-masing.
Asasnya ialah keadilan mesti ditegakkan, sama ada kepada Anwar atau kepada Saiful Bukhari Azlan.
Kerajaan tidak ada apa-apa kepentingan dalam isu ini, ia kes Anwar dengan bekas pembantunya, Saiful.
Ia bukan soal siapa kalah siapa menang, rakyat dan negara mesti kekal aman, damai dan harmoni selepas selesai perbicaraan ini. Kita perlu ada muka yang baharu.
Kalah atau menang adalah di luar kuasa kita sebagai hambaNya tetapi Insya Allah berkat ketulusan Muhammad Shafee menentang yang mungkar, kemenangan akan memihak pada yang benar. – MYNEWSHUB.CC
ref: 
Siapa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah - Biodata ★ MRM

4 persoalan berkaitan Shafee Abdullah

Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Pemuda PKR (AMK) membuat laporan polis terhadap dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima wang bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, berjumlah RM9.5 juta daripada perdana menteri.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan terbaru laman pendedah maklumat Sarawak Report itu dan berkata Shafee harus “berehat” daripada kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
N Surendran, peguam Anwar, sebelum ini berkata mereka akan membincangkan tindakan lanjut, susulan dakwaan itu.
Shafee adalah peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam sabitan kes liwat melibatkan bekas ketua pembangkang.
Nik Nazmi hadir bersama Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dan Ketua Biro Agama AMK Wan Ji Wan Hussin ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 11.00 pagi dan keluar sejam kemudian.

Sarawak Report mendakwa Najib membayar wang yang banyak itu pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Menteri kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata laman itu “tiada kewibawaan” dan beliau justeru tidak percaya terhadap dakwaan itu.
Portal pro-Najib MyKMU menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan kerana tiada keperluan untuk Najib membayar kepada pendakwa raya apabila keputusan dibuat oleh hakim.
Sementara itu, Nik Nazmi yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia dalam laporannya mengemukakan empat persoalan berkaitan dakwaan itu, jika benar berlaku transaksi:
  • Tujuan pembayaran RM 9.5 juta dari Najib kepada Shafee.
  • Apa hubungan Najib dan Shafee sehinggakan jumlah yang begitu besar dibayar.
  • Adakah pembayaran itu berkaitan dengan kes liwat Anwar.
  • Siapa lagi yang menerima pembayaran daripada duit SRC melalui akaun peribadi Najib.
Terus membisu?

Bagaimanapun, Nik Nazmi juga percaya Najib dan Shafee akan terus membisu terhadap dakwaan itu.
Beliau justeru mempertimbangkan untuk mengadukan dakwaan sama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Majlis Peguam.
"Beliau merupakan peguam dan peguam ada kod etika dia sebagai seorang profesional," tambah Nik Nazmi.
Dokumen yang dipegang peguam negara dalam sidang media pada Januari lalu lepas menunjukkan sekurang-kurangnya RM32 juta disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri dari SRC.
Tan Sri Apandi Ali bagaimanapun membersihkan Najib daripada sebarang salah laku atas alasan bahawa perdana menteri tidak sedar menerima wang berkenaan.
Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan dakwaan laporan Sarawak Report atau menentukan sama ada bayaran yang dikatakan itu berkaitan dengan peranan Shafee dalam kes Anwar.
Shafee sebelum ini dilaporkan tidak sihat dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu. Usaha Malaysikini untuk mendapatkan ulasannya setakat ini juga tidak berjaya. 
ref: 
4 persoalan berkaitan Shafee Abdullah
https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=6AKjL4H2ddo

Muhammad Shafee Abdullah

Tan Sri Dato' Sri Dr. Muhammad Shafee Bin Muhamad Abdullah merupakan seorang peguam terkemuka di Malaysia. Beliau mula berkhidmat sebagai peguam pada 26 April 1985. Beliau pernah menjadi timbalan pendakwa raya sebelum berpindah ke sektor swasta, dilantik oleh Abdul Gani Patail pada 11 Julai 2014 mengetuai barisan pendakwaan dalam kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.[1]

Wakil Suhakam ke AICHR

Muhammad Shafee adalah Pesuruhjaya suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Pada 22 oktober 2009 beliau dilantik mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) - badan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik. Pemimpin negara-negara ASEAN turut hadir sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di Hua HinThailand. Nama Shafee dicadangkan oleh Wisma Putra dan diterima Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau diharap dapat mempertahankan Malaysia daripada sebarang tuduhan serta melaksanakan tugas dengan berkesan.[2]

Membela Rais Yatim

Pada 13 Januari 2012, Shafee Abdullah menjadi peguam kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kes saman fitnah dan menghina mahkamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat. Pada 31 Jan 2011, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember 2010. [3]

Wakil kerajaan Malaysia ke AS

Pada 18 April 2012, portal online Malaysiakini mendedahkan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April 2012. Kandungan surat beliau didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012. Shafee dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum. Antara lokasi kunjungan beliau ialah New YorkLondonDubai Paris dan BaselSwitzerland

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz tidak dapat mengesahkan surat permohonan bertarikh 23 Mac 2012 berhubung pengecualian perbicaraan di dalam tempoh tersebut. [4][5]

Membela Abdul Razak Baginda

Beliau ialah salah seorang peguambela kepada Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.[6]

Membela Pasukan B

Beliau turut antara individu yang menyebabkan UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1986, dengan mewakili pihak yang kemudiannya menubuhkan parti Semangat 46, ketika berlaku kemelut dalaman UMNO pada ketika itu.[7]

Kes liwat II Anwar Ibrahim

Datuk seri Anwar pernah tiga kali cuba menggugurkan Shafee daripada barisan pendakwaan atas alasan tidak layak, konflik kepentingan dan melanggar etika, tetapi tidak berjaya.bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga menyatakan bahawa tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa raya menyalahkan tertuduh selepas mahkamah membuat keputusan. Menurut Mingguan Malaysia Shafee sanggup bersumpah di tanah suci Mekah bagi membuktikan Anwar bersalah .[8]
Selepas perbicaraan , Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dihukum penjara lima tahun. Ternyata Shafee selaku pendakwaraya menang kes . Bagi Abdu Talib Osman, tidak pernah lantik orang di luar daripada AGC untuk membuat pendakwaan. Tidak nampak keperluan lantik seseorang daripada luar. Bekas AG: Shafee 'iklankan' diri sendiri 

ref:
Muhammad Shafee Abdullah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia | ...

www.astroawani.com/.../mursyidul-am-pas-nik-aziz-nik-mat-meninggal-dunia-52581
12 Feb 2015 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 9.40 malam tadi di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan. 

Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia. 
Februari 12, 2015 22:10 MYT
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Beliau berumur 84 tahun.

Pemergian beliau disahkan Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari lalu kerana mengidap kanser prostat.

Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang tadi memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya, pada Rabu dan doktor ketika itu sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.
"Doakan semoga ayahanda sihat kembali," tulisnya dalam kenyataan itu.

Nik Abdul Aziz, yang merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, telah dibawa pulang dari hospital pada kira-kira 8.40 malam tadi. 
Keadaan di rumah Allahyarham di Kampung Pulau Melaka di Kota Baharu 
malam tadi - Semua foto oleh Astro AWANI 
Orang ramai datang berpusu-pusu ke rumah Allahyarham 
untuk menziarahi beliau buat kali terakhir


Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.
ref: 
Temubual bersama penganalisis politik Dr Maszlee Malik dati Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Temubual bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muhafandi Muhamad

ref:
Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia | Astro Awani


Pesanan dari Datin Dr Marzelina Ahmad Marzuki, Pakar Motivasi Siber & NLP semasa hadir talk nya baru2 ini menyatakan berikut:

"Jika ingin menjadi pemimpin yang baik dan berjaya,  maka belajarlah dari ALAT KEMALUAN LELAKI ".

Sebabnya, dia kata:

1) Tidak pernah menonjolkan diri tapi tampil paling depan saat diperlukan.

2) Ada ketikanya keras, ada ketikanya lembut (mengambil tindakan mengikut situasi semasa).

3) Mampu membantu melahirkan Generasi modal insan pelapis.

4) Boleh "menyerang" pihak lawan sambil tetap memberi kebahagiaan dan kenikmatan.

5) Walau terjadi pergeseran antara kedua belah pihak, namun pada akhirnya semua bahagia.

6) Setelah mencapai kejayaan, kembali bersikap menunduk, tidak berbesar kepala serta mengecilkan @ merendah diri. Tidak membangga dengan kejayaan.

Sudah pasti kita akan sentiasa dikenang oleh lawan sebagai pemimpin yg super power.🤥🤥



Tiada ulasan: