Ahad, 22 April 2018

Ceramah kita pasti akan dipenuhi dengan orang ramai. 7328.

Takbur: 

In Syaa Allah ...Allah kurniakan kita hidayah.
Aamiin. 


Rakyat Johor bangkit, Khaled Nordin tak tidur malam. 

Kehadiran orang ramai pada program ceramah Jelajah Pasukan Harapan Johor 
yang berlangsung di Taman Universiti Skudai.
Sebelum ini Kerajaan Negeri Johor telah dikaitkan dengan skandal rasuah yang memuncak sehingga hari ini.

Dalam ceramah Jelajah Pasukan Harapan Johor yang berlangsung di Taman Universiti Skudai, kehadiran orang ramai di ceramah tersebut telah membuatkan kegelisahan kepada parti Barisan Nasional (BN) semakin memuncak.

Perkara itu telah telah diucapkan oleh Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor dan bakal calon N49 Kota Iskandar, Haji Dzulkefly Ahmad yang menyatakan kehadiran ke ceramah tersebut adalah tamparan hebat kepada BN.

“Ingatkan Najib (Datuk Seri) dan Rosmah (Datin Seri) saja yang tak tidur malam rupanya Khaled Nordin (Datuk Seri) pun sama tak boleh tidur malam.

“Sebelum ini Khaled ingat dia selesa di Johor namun malam ini hakikatnya semakin jelas apabila di mana sahaja ceramah kita pasti akan dipenuhi dengan orang ramai.
Haji Dzulkefly Ahmad berucap pada program Jelajah Pasukan Harapan Johor di Skudai.
Gimik pelancaran Jelajah Pasukan Harapan Johor.
“Gelombang kali ini berlaku bukan hanya pada Melayu, malah seluruh bangsa Malaysia mahukan perubahan terhadap kepimpinan negara,” kata beliau.

Ceramah tersebut telah menampilkan beberapa tokoh nasional seperti Timbalan Presiden AMANAH, Haji Salahuddin Ayub, Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta beberapa tokoh negeri Johor serta tempatan.

Ceramah mega tersebut dihadiri seramai lebih kurang 5000 orang dan program ini turut melancarkan treler Jelajah Pasukan Harapan Johor.

Sumber:
Rakyat Johor bangkit, Khaled Nordin tak tidur malam – Malaysia Dateline

Tiada ulasan: