Ahad, 22 April 2018

Cakap biar terang supaya tidak salah tafsir. 7327.

Contoh: Jadi cikgu kalau kelas tuu ada 30 murid, didapati 28 dari 30 muridnya tidak faham atau salah tafsir dengan apa yang cikgu terangkan. Cikgu kena ulang balik penjelasan dengan teknik yang lain, untuk murid-muridnya mudah faham. In Syaa Allah. Supaya kita jadi guru atau pemimpin yang tidak kandas. In Syaa Allah. Sudah acap kali buat kenyataan dan setiap kali dihuraikan orang lain salah tafsir. Siapa tak faham siapa sebenarnya... Muhasabah dirilah sebaik-baiknya. Aamiin.

Salah tafsir terhadap Kenyataan Presiden Pas..
Kenyataan Media Setiausaha Akhbar Presiden PAS

PAS TERBUKA BEKERJASAMA DENGAN SYARAT MENERIMA ISLAM

Saya merujuk kepada berita RTM TV1 yang menyebut bahawa ‘PAS sedia bergabung dengan BN bentuk kerajaan persekutuan’ adalah salah tafsir daripada maksud sebenar Presiden PAS. 

Dalam sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Calon PAS Sarawak PRU 14 di Badan Perhubungan PAS Sarawak semalam, 21 April 2018, Presiden PAS menjelaskan bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada BN atau PH dengan meletakkan syarat Islam. 

Sekiranya BN dan PH tidak menerima syarat tersebut, PAS terus menjadi pembangkang. Jika semuanya menerima syarat, PAS akan bekerjasama membentuk gagasan perpaduan rakyat tanpa pembangkang. 

Oleh itu, tajuk yang diletakkan dengan mengkhususkan kerjasama dengan BN sahaja adalah salah tafsir dan tidak tepat. 

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS

Bertarikh: 5 Syaaban 1439 / 22 April 2018
(Admin)

Tiada ulasan: