Isnin, 23 April 2018

Gembar gembur PRU14. 7341.

Nga Kor Ming,
saya harap saya akan berjumpa kamu dalam forum politik. Saya mendoakan agar ianya terjadi. Saya tidak akan lepas kan kamu. Ini janji saya.
Untuk para pengundi Teluk Intan,
Kesultanan Melayu Perak itu berdaulat dan berjiwa besar. Ketika sultan pertama Perak belayar dari Kampar (Sumatera), bahtera Raja Muzaffar Shah telah terdampar di ‘Beting Beras Basah', baginda mencampak mahkota kebesaran Kesultanan Melaka ke laut selepas melaungkan,
"Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka”.
Melayu Perak bukan dayus dan pengecut. Melayu Perak itu bangsa pejuang. Telah gah tercatat dalam sejarah bangsa Melayu dan Negeri Perak nama-nama Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Che' Gondah, Ngah Ahmad, Laksamana Tun Mohamad Amin, Syahbandar, Che' Ngah Ibrahim dan lain-lain lagi disamping Sultan Abdullah sendiri sebagai penebus maruah bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dan hak mutlak Kesultanan Melayu.
Walaupun ramai diantara mereka yang dihukum gantung dan di buang negeri di asingkan di Pulau Seychelles di Lautan Hindi tetapi perjuangan mereka akan terus menjadi aspirasi Melayu di Malaysia.
ADAKAH HARI INI ANDA AKAN MENYERAHKAN KUASA KEPADA “ANAK HARAM” INI UNTUK MENTADBIR BANGSA MELAYU?
Tolaklah Mahathir wahai bangsa ku. Tolak Mahathir bukan kerana dia Melayu. Tolak Mahathir bukan kerana dia bekas Perdana Menteri yang membina bangunan tertinggi di dunia hingga kering tabung Petronas.
Tetapi tolak lah Mahathri kerana “ANAK HARAM” ini yang akan bertanding di Parlimen Teluk Intan pada PRU14!
Cincang lah saya, tetap saya perangi Nga Kor Ming hingga dia belajar menghormati bangsa Melayu.
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA
Ref: Sejarah Kesultanan Perak 


Gambar-gambar kempen Umno dan penentangnya: 


















Sumber:
Anina Saadudin
Shahrizat Abdul Jalil - Halaman Utama
‪#‎DosaDosaMahathir‬ - Carian Facebook



....

Tiada ulasan: