Isnin, 23 April 2018

Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. 7342.

 Mata Kuyup Kuyup  Luahan hati Syed Mokhtar Bukhary berkenaan Najib Razak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,
Tan sri syed mokhtar al-bukhary
Sayangkan Islam dan Negara
Nauzubillah
Wallahualam

C&P

KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA. 

Kenyataan Media Bersama oleh Pimpinan Pakatan Harapan di Kuala Lumpur pada 21 April 2018:

 Kerajaan UMNO-BN di bawah Datuk Seri Najib Razak adalah sebuah pentadbiran kleptokrasi di mana seorang Perdana Menteri memegang semua kuasa penting sehingga Kabinet dan Parlimen menjadi badan-badan yang tidak relevan. Sedangkan demokrasi wajib mengamalkan pemisahan kuasa.

 Ini bererti sistem pentadbiran Malaysia secara pratikalnya gagal mengamalkan pengasingan kuasa (separation of powers) serta prinsip semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa. Hanya satu pihak sahaja menguasai semua kuasa. Ini bahaya untuk rakyat dan negara.

 Skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri merupakan akibat langsung pemusatan kuasa PM. PM dan konco-konconya terus terlepas dari siasatan, dakwaan, dan sebarang hukuman kerana berlaku campur tangan dari atas dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, serta institusi-institusi berkenaan melalui pengaruh politik.

Kuasa besar PM

Hari ini pemusatan kuasa terlalu bertumpu kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bidang kuasa Perdana Menteri terlalu kuat dan luas sehingga Menteri lain seperti tidak diketepikan. Sebagai contoh, Menteri Pengangkutan tidak diberi kuasa dan tanggungjawab berkenaan bidang urus tadbir serta dasar-dasar pengangkutan awam, dan sebaliknya JPM menguasai portfolio tersebut melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Institusi seperti SPRM, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ISUHAKAM), Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga secara wajarnya diletakkan di bawah pemantauan Parlimen dan bukannya JPM.

 Apabila keadaan itu berlaku, rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang tinggi susulan dasar ekonomi pincang oleh pentadbiran kleptokrasi. Tiada Menteri dan Kementerian boleh membantu rakyat apabila PM dan JPM terlalu berkuasa.

PM tak boleh jadi Menteri Kewangan 

Perdana Menteri juga tidak sepatutnya memegang jawatan Menteri Kewangan. Tidak pernah ada dalam negara-negara Komanwel di mana PM juga menjadi Menteri Kewangan kerana ia mewujudkan konflik kepentingan.

Malah, pada masa ini Datuk Seri Najib mempengerusikan Majlis Ekonomi Negara, sebuah badan yang ditubuhkanya selepas 2008 yang memintas kuasa Kabinet serta boleh membuat keputusan ekonomi bagi pihak Kabinet.

Dalam sistem Westminster, Menteri Kewangan adalah orang yang berperanan menjadi pemimpin nombor 2 dalam Kabinet yang bertanggungjawab memantau dan meneliti prestasi kementerian lain melalui pemeriksaan belanjawan dan pengauditan kewangan negara.

Peruntukan JPM terlalu besar

Apabila Datuk Seri Najib sebagai PM menguasai kerajaan, peruntukan kewangan juga dipusatkan dan ditambah begitu banyak kepada JPM.

Bagi tahun 2008, peruntukan untuk JPM adalah RM6.9 bilion, iaitu masing-masing RM3.4 bilion bagi peruntukan pengurusan dan RM3.5 bilion untuk pembangunan.

Bagi tahun 2018, peruntukannya melonjak kepada RM12.2 bilion, iaitu masing-masing RM5.2 bilion peruntukan pengurusan dan RM12.2 bilion pembangunan. Ia naik 2.5 kali ganda berbanding 2008.

“Pintu belakang” dan “dana gelap”

JPM diperuntukkan anggaran kos pengurusan yang terlalu tinggi kerana “ruang” pejabatnya terlalu besar. Di JPM terdapat 10 orang Menteri dan banyak lagi “penasihat-penasihat” dan “duta-duta khas” yang masuk dari “pintu belakang” yang mana kedudukan mereka setaraf dengan Menteri.

Kebanyakan peruntukan pembangunan JPM adalah dalam bentuk “dana gelap” (slush funds) yang hanya Datuk Seri Najib mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan bagaimana ia hendak dibelanjakan.

Kami bimbang beliau menggunakan dana gelap tersebut untuk tujuan kepentingan survival politik beliau. Dana semacam ini tidak pernah wujud sejak Merdeka hingga ke hari ini kecuali pada era pentadbiran Najib hari ini.

Bagi Rancangan Malaysia pula, kuasa pembahagian peruntukan tertumpu di JPM melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Kementerian-kementerian lain tidak boleh menjalankan kerja mereka tanpa kelulusan peruntukan daripada EPU.

Sistem pentadbiran Najib telah menyerap kuasa dari kementerian-kementerian yang lain, dan ini dapat mengukuhkan kuasa PM agar Menteri-menteri lain hanya menuruti kehendak PM.

Reformasi Pakatan Harapan

Justeru itu, Pakatan Harapan bermuafakat dan bertekad untuk mereformasi institusi pentadbiran dan politik, khususnya menstruktur semula JPM apabila diamanahkan oleh rakyat Malaysia menjadi kerajaan yang baru. Ini adalah salah satu teras utama Buku Harapan yang merupakan Manifesto Pakatan Harapan bagi PRU14.

Melalui Kerajaan baru Pakatan Harapan, Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan.

Kerajaan baru Pakatan Harapan juga akan menurunkan bilangan Menteri di JPM kepada 3 orang sahaja. Tanggungjawab lain akan diturunkan kepada kementerian-kementerian yang bersesuaian.

Pakatan Harapan akan mereformasi peranan Kabinet dan JPM secara keseluruhannya supaya sistem pentadbiran kabinet kolektif akan kembali diamalkan di Malaysia.

Demi rakyat dan negara, sertailah kami akan membentuk sebuah kabinet berwibawa, berpengalaman, berkelayakan dan berkemampuan agar membawa Malaysia ke satu arah yang betul dan makmur.

Dikeluarkan oleh:

PENGERUSI 
Tun Dr Mahathir Mohamad

PRESIDEN 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail

TIMBALAN PRESIDEN
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Saudara Mohamad Sabu
Saudara Lim Guan Eng

Sumber:
al- Husseyn: KUASA PM TERLALU BESAR, PERLU REFORMASI PULIH NEGARA

Mufti Perlis dahului senarai dilabel ‘pembenci tegar Pas’ - ARIF ATAN 

Antara kritikan yang dilontar ekoran senarai tujuh ahli akademik yang dianggap pembenci tegar Pas,

Laman kumpulan Facebook penyokong tegar Pas, Buletin Istiqomah menyelar tujuh ahli akademik yang sebelum ini mengkritik parti tersebut sebagai golongan ‘pembenci tegar Pas’.

Menduduki senarai teratas adalah Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin diikuti pensyarah fekah dan usul fiqh, Dr Rozaimi Ramle dan jurulatih debat Qatar Foundation, Ustaz Salman Ali.

Turut disenarai penganalisis Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Pengarah Akademik Yayasan Pendidikan Khalifah, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan penceramah Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

Tidak ketinggalan ‘disenaraihitam’ oleh penyokong Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini Pensyarah politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Agus Mohammad Yusoff.

“Senarai di atas itu adalah golongan pembenci tegar Pas. Anda hanya membuang masa anda, tenaga anda di Page mereka.

“Jika anda ingin mengkritik kenyataan mereka, buat posting baru secara baik, snap shot sahaja posting mereka dan kritik satu persatu secara ilmiah kenyataan mereka.

“Kita tahu kecerdikan mereka selaku ahli akademik yang bertitle Dr menjadi tumpul apabia mereka memberikan kenyataan mengenai Pas disebabkan mereka sudah membenci Pas,” dakwa pentadbir kumpulan itu yang diikuti lebih 200,000 pengguna media sosial itu.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Walau bagaimanapun selepas lapan jam senarai tersebut dimuat naik, rata-rata komentar mengkritik kembali sikap Pas termasuk mempersoal kewajaran parti itu membantu kemenangan BN pada PRU-14 ini.

Antaranya, Noor Syamimi Abdullah yang berpendapat Pas perlu bersikap terbuka menerima teguran golongan ahli akademik memandangkan parti itu tidak sempurna.

“Ahlinya pun sama (tidak sempurna). Yang sempurna hanyalah Islam. Jadi tidak salah sekiranya kita terbuka.

“Bagi saya akhlak dan keterbukaan adalah bonus bagi penyokong Pas untuk menunjukkan parti ini boleh membentuk masyarakat yang baik menurut sisi Islam,” ujarnya.
Ustaz Salman Ali antara sasaran serangan penyokong tegar Pas.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, parti-parti pembangkang wajib berpakat untuk menjatuhkan regim kleptokrat BN yang wajib dilakukan menurut Islam kerana bencananya lebih besar.

Menurutnya, dari sudut awlawiyat syar’iyah Pakatan Harapan (PH) wajib dimenangkan demi perjuangan mendaulatkan Islam kerana PH berkebolehan menggantikan BN berbanding Pas yang kehilangan posisi strategik.

“Pas perlu merehatkan diri dan merawat diri, tidak memecahkan undi rakyat demi menunaikan kewajiban menjatuhkan kezaliman BN.

“Jika Pas menjadi faktor pemecah undi untuk tujuan yang syar’i ini maka Pas dan pengundinya adalah salah dan berdosa!” tegas Abdul Ghani lagi.

Sumber:
KERENGGA: Mufti Perlis dahului senarai dilabel ‘pembenci tegar Pas’














Sekarang nak undi senang sikit. Tiga pilihan saja:
1. Undi pencuri
2. Undi yang menerima duit pencuri
3. Undi yang nak menangkap pencuri.
Pilihan di tangan anda. Tak payah debat2.

Sumber:
Anina Saadudin



... 

Tiada ulasan: