Jumaat, 27 April 2018

Islam dikejami. 7394.


Selesai Sudah Pembunuhan Kejam Ke Atas 17 Imam dan Khatib. 

Selesai Sudah Pembunuhan Kejam Ke Atas 17 Imam dan Khatib 
Oleh: Asmaa Yusof
Krisis peperangan Yaman yang tercetus sejak hampir tiga tahun lalu dilihat tiada penghujung.
Menurut para aktivis Yaman, beberapa bulan lalu peperangan memaksa hampir setengah juta penduduk menjadi pelarian.
Terbaru, Kota Aden menyaksikan pembunuhan kejam terhadap para imam masjid dan juga para khatib.
Kesal dengan apa yang berlaku, Setiausaha Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Sheikh Ali Qurrah Daghi mengecam tindakan tersebut melalui akaun twitternya.
Katanya, pembunuhan itu dilakukan oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali dan sudah melarikan diri.
Menurutnya lagi, pengkhianat telah melakukan pembunuhan kejam tersebut ke atas 17 imam dan khatib sejurus selepas mereka dibebaskan dari tahanan.
“Selesailah sudah pembunuhan 17 imam dan khatib.
“Pembunuhan ini dilakukan di masjid-masjid yang berasingan di sekitar bandar Aden sejak pembebasannya.
“Ianya dilakukan oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali yang melarikan diri dan lelaki itu tidak ditangkap bahkan tidak didedahkan identiti pelaku perbuatan kejam tersebut,” katanya.
Memetik sumber sama, Sheikh Qurra mengakhiri catatan Twitter beliau dengan mendoakan keselamatan para ulamak Yaman.
“Selamatkan para ulamak Yaman dari tangan pengkhianat dan kejahatan yang sangat kejam!,” katanya.











Selesai Sudah Pembunuhan Kejam Ke Atas 17 Imam dan Khatib | Kesatuan Ulamak Islam Sedunia
http://ulamasedunia.org/2018/02/17/selesai-sudah-pembunuhan-kejam-ke-atas-17-imam-dan-khatib/

Tiada ulasan: