Isnin, 23 April 2018

Permohonan siapa ditolak oleh Mahkamah dan PBBM terus wujud. 7343.

BERITA

Mahkamah gantung keputusan ROS bubar sementara BERSATU

Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan permohonan parti itu sehingga permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan BERSATU diputuskan.
Beliau membuat keputusan di kamar selepas mendengar hujah kedua-dua pihak. Azizah kemudian menolak bantahan awal yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsol Bolhassan. BERSATU diwakili peguam Rosli Dahlan.
Dengan kebenaran itu, merit penuh cabaran semakan kehakiman BRERSATU termasuk membatalkan sebarang keputusan oleh ROS untuk membubarkan parti itu kini boleh dibicarakan.
Rosli ketika dihubungi mengesahkan bahawa perintah kebenaran dan penangguhan telah diberikan dan berkata Azizah juga memutuskan bahawa Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md Salleh mempunyai kes untuk dibicarakan.
BERSATU memberi alasan bahawa Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan hanya boleh digunakan sekiranya butir-butir tidak dikemukakan dalam masa yang ditetapkan, selaras dengan surat ROS bertarikh 28 Feb.
Pada 13 April lalu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md Salleh memfailkan permohonan semakan kehakiman kali kedua dengan menamakan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim sebagai responden tunggal.
Parti itu memfailkan semula permohonan berkenaan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sini pada 11 April lalu menolak permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman atas alasan permohonan itu sudah menjadi akademik.
Dalam permohonan baru itu, Shahruddin selaku pihak pemohon antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan pendaftar pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 apabila memutuskan bahawa BERSATU tidak menghantar maklumat di bawah notis Seksyen 14(2).




Sumber:
Mahkamah gantung keputusan ROS bubar sementara BERSATU
Diterbitkan pada 23 Apr 2018
LANGGAN 497K
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan permohonan parti itu sehingga permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan BERSATU diputuskan. Muhyiddin berkata calon BERSATU tetap akan menggunakan logo PKR meskipun Mahkamah Tinggi telah menggantung arahan pembubaran sementara oleh ROS. Katanya, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan meskipun semua parti komponen gabungan pembangkang itu boleh menggunakan logo masing-masing.


Tiada ulasan: