Jumaat, 4 Mei 2018

Akibat momokan berpuluh-puluh tahun. 7442.

Bila dalam otak tidak mahu berubah...
Akibat momokan berpuluh-puluh tahun.
Seperti Allahyarham Mat Kilau, semasa hayatnya pernah cakap, Melayu ini umpama Buah Manggis.

Klik untuk baca:
"Melayu umpama buah manggis, berwaspadalah dengan mereka"

Kerajaan Malaysia adalah BN dan BN adalah Kerajaan Malaysia. Walhal Kerajaan Malaysia adalah milik mutlak Rakyat Malaysia. Kalau hak BN kenapa diadakan pilihan raya umum?

Dalam Pilihan Raya Umum sebenarnya tiada parti pemerintah (yang ada hanya bekas parti pemerintah) dan tiada parti pembangkang. Tetapi sudah jadi kebiasaan dalam kamus PRU Malaysia ...label BN tu kerajaan dan pihak menentang dijenamakan parti pembangkang. Apakah Melayu menganggapkan BN itu tuan mereka? Sedangkan dalam BN pun ada komponen parti-parti bangsa lain. Malah ada yang menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa rasmi dalam persidangan parti mereka, bukan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) pun.

Kerajaan Malaysia tidak pernah bertanding dalam PRU. Yang bertanding hanyalah parti politik untuk dapatkan kepercayaan rakyat Malaysia untuk memegang amanah Kerajaan Malaysia.

Dulu kononnya bila sebut Melayu, Islam lah mereka. Islam itu Melayu. Sekarang apa sudah jadi? Yang murtad banyak dah. Mana wacana pemimpin Islam? BN parti pejuang Islam atau hanya bunyi bila PRU sahaja? Nauzubillahminzalik.

...

Tiada ulasan: