Rabu, 2 Mei 2018

Alif. 7422.

Alif dalam entry ini sekadar ambilan huruf pertama dalam Al Quran.
Macam juga entry Bodoh 7421. Sekadar jadikan perkataan itu sebagai tajuk. Alhamdulillah ada yang terasa, untuk bermuhasabah diri kerana Allah.

Astaghfirullahalazim ...

ref: 
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/05/tun-daim-yakin-pakatan-harapan-berjaya.html?showComment=1525233444676#c8869627967555128

Kena soal bodohkan siapa? Walhal sekadar tajuk dan tidak memperbodohkan sesiapa. Alhamdulillah ada yang melenting: untuk bermuhasabah diri kerana Allah.

Kamu menagta pengkomen di 7420 bodoh? Siapa dia 7420?

Kena kilas dengan yang bukan pemunya blog yg dilawati bukan blog agama. Rupa-rupanya ada garis pemisah Islam dalam aktiviti harian, kepada sesetengah makhluk Allah. Masya Allah.

Kamu kata "kalian hina dengan pelbagai perkataan yang tidak memuji Allah". Tapi blog ini bukan blog syarahan agama.

Kena pertikai tak boleh beri pendapat. Sudah pasti di hujung disertakan "Peringatan untuk diri sendiri dan yang membaca khususnya serta kaum muslimin dan muslimat umumnya."

Kamu kata lagi "Ramai mensasar diri menjadi hakim dan penghukum ..." Apa makna sasar diiri? Tak boleh nak keluar pendapat ke?

Kena tuduh nak iklankan blog. Kena tuduh cakap tak betul. Kena tuduh jadi hakim dan menghukum. Kena tuduh cakap tak serupa bikin. Alhamdulillah lima jari yang Allah jadikan pun xsama panjang. Bismillahi Walhamdulillah. Aamiin Ya Allah. 

Kamu nak iklankan blog kamu. Tapi jangan lah kamu sendiri cakap tak betul, jugak jadi hakim dan menghukum di sini.

Itu cakap tak serupa bikin, nama nya. 

ref: 
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/05/tun-daim-yakin-pakatan-harapan-berjaya.html?showComment=1525221158575#c1723113689201534051

Kandungan penuh.
Kamu menagta pengkomen di 7420 bodoh? Siapa dia 7420?

Kamu kata "kalian hina dengan pelbagai perkataan yang tidak memuji Allah". Tapi blog ini bukan blog syarahan agama.

Kamu kata lagi "Ramai mensasar diri menjadi hakim dan penghukum ..." Apa makna sasar diiri? Tak boleh nak keluar pendapat ke?

Kamu nak iklankan blog kamu. Tapi jangan lah kamu sendiri cakap tak betul, jugak jadi hakim dan menghukum di sini.

Itu cakap tak serupa bikin, nama nya. 
ref:
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/05/tun-daim-yakin-pakatan-harapan-berjaya.html?showComment=1525221158575#c1723113689201534051


Aku masih tak faham, Matt, apa kau maksudkan "Bodoh. 7420.
Menghina, penghinaan."

Antara sebab aku komen di atas tuh ia lah nak tahu jika kau maksudkan aku ke, siapa ke.

Aku ingat ada makna nya dalam link yang kau beri itu, tapi aku kelik, di bawa kapada pos di atas ini jugak. Dan aku tak nampak di mana bodoh nya, menghina dam penghinaan nya.

Aku nak elakkan seliseh faham, jadi aku akan diam sahaja lah selepas ini. 

Wassalam.
💭coretan dakwah💭

Dunia adalah merupakan ladang untuk kita menyemai sebanyak mungkin benih kebaikan. Dalam menyemai kebaikan, carilah kebaikan yang mampu memberi manfaat yang sangat besar dan luas untuk ummat.

Apabila sudah disemai subur segala kebaikan yang telah dilakukan, kita akan melangkah ke Alam Barzakh yang merupakan alam sementara untuk menuju ke Alam Akhirat.

Di sinilah segala semaian kebaikan kita akan dihadapkan hasilnya. Sama ada menjadi hamba yang masuk ke Syurga atau ke Neraka. Oleh itu, marilah sama-sama kita hadam dengan wasiat Imam Syafie agar sentiasa lurus niat kita untuk berbuat kebaikan.

Imam Syafi'e memberi 5 wasiat:

1. Sebut nama Allah lebih banyak daripada nama makhluk.

2. Sebut akhirat lebih banyak daripada urusan dunia.

3. Sebut dan ingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

4. Jangan sebut-sebut kebaikan diri dan keluarga.

5. Jangan sebut-sebut dan menghebohkan keaiban atau keburukan orang lain.

dptn: wsp grp. 
....

Tindakan 3 bekas menteri ini boleh hancurkan BN. 

MALAYSIA DATELINE

Ketiga-tiga mereka kini senjata baru untuk menangkan PH.

Tanpa meninggalkan Umno, tindakan tiga bekas menteri berpengaruh, Tun Daim Zainudin, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Rais Yatim turun berkempen pilihan raya umum ke 14 bakal meranapkan Barisan Nasional (BN).

“Mereka adalah ikon-ikon besar dalam politik Melayu. Mereka dahulu bertanding di kerusi-kerusi Melayu termasuk kerusi luar bandar.

“Saya yakin pengaruh mereka dalam masyarakat Melayu masih besar kerana mereka menteri-menteri yang perform ketika berada dalam kabinet dahulu dan bakal memberikan impak lagi apabila mereka menyokong PH,” kata Dr Mazlan Ali, pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bagi penganalisis, Hisomuddin Bakar pula, tindakan mereka turun mengajak pengundi menyokong Pakatan Harapan boleh memberikan anjakan sokongan baru kepada gabungan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

“Saya rasa masih tidak terlambat untuk gerakan mereka disusun dengan baik walaupun sebelum ini mereka bergerak tanpa susunan yang baik,” kata Hisomuddin.

Bagi beliau, jika mereka bergerak dengan terancang, pengaruh mereka boleh mengubah sokongan pengundi.

“Tun Daim terkenal sebelum ini dengan jangkaan beliau yang tepat.

“Sebab itu bila beliau berkata sesuatu orang akan percaya dan ikut,” katanya.

Menurut Hisomuddin, PH perlu menyelaraskan aktiviti mereka agar lebih berkesan.

Daim Zainudin turun ke Pendang Kedah semalam dan menyeru pengundi di sana mengundi PH.

Semasa penamaan calon, bekas menteri kabinet Rais Yatim turun dan dilihat bersama penyokong PH.

Semalam Rafidah Aziz, seorang lagi bekas menteri yang berpengaruh membuat kenyataan panjang meminta orang ramai mengundi PH dalam pilihan raya ini.

ref: 
KERENGGA: Tindakan 3 bekas menteri ini boleh hancurkan BN
...
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
WEDNESDAY, MAY 02, 2018
1MBD : Satu dunia yang lain semuanya salah… hanya Najib seorang yang betul dalam skandal besar ini.
Kerajaan Singapura telah penjarakan lima atau enam orang yang terlibat dalam kecurian wang 1MDB. 

Kerajaan Singapura juga telah batalkan lesen perniagaan dua buah bank antarabangsa yang terlibat dalam kes money laundering 1MDB. 

Apakah kerajaan Singapura begitu bodoh menyiasat jenayah atau kecurian wang 1MDB yang tidak wujud atau sebenarnya tidak pernah berlaku?

The Singapore government is so stupid? Kerajaan Singapura pun salah? 

Rupanya hanya Najib seorang yang betul dalam skandal besar ini. Satu dunia yang lain semuanya salah. 

Siapakah orang-orang yang lain yang salah itu?

1. Tan Sri Ghani Patail, Peguam Negara waktu itu - salah. 

2. Dato Hamid Bador, Timbalan Ketua Special Branch, PDRM - salah. 

3. MACC director special operations Datuk Bahri Mohamad Zin - salah 

4. MACC director strategic communications Datuk Rohaizad Yaakob - salah 

5. Seorang Tan Sri ex- (MACC) adviser - salah 

6. Seorang officer from Attorney General's Chambers - salah 

7. Rahman Dahlan confirm MO1 itu adalah Najib - salah 

8. FBI / DOJ menyiasat kes 1MDB - salah 

9. 10. FBI / DOJ merampas / sita syarikat Red Granite - salah 

11. Riza Aziz anak tiri Najib, sahabat karib Jho Low bayar settlement RM240 juta kepada DOJ - salah. 

12. Pendakwaraya Switzerland merampas duit RM430 juta - salah 

13. Singapura penjarakan lima atau enam orang yang terlibat kecurian wang 1MDB - salah 

14. Singapura batal lesen dua bank antarabangsa terlibat dengan wang curi 1MDB - salah Hanya Najib saja betul. Satu dunia lagi semua adalah salah.

Terbaru, Financial Times (FT) hari ini melaporkan bahawa pihak pendakwa Switzerland telah mengesahkan bahawa mereka sedang mengejar dakwaan jenayah terhadap dua pegawai yang tidak bernama dari bekas rakan usahasama 1MDB, PetroSaudi.

Pengumuman oleh Swiss itu berikut keputusan oleh pendakwa untuk mengambil aduan jenayah yang dibawa oleh bekas pengarah PetroSaudi, Xavier Justo, yang mengatakan dia telah dipenjara secara palsu di Thailand selama 18 bulan, akibat penipuan dan rasuah pada dua petroSaudi pengarah Patrick Mahony (seorang warga negara UK) dan Tarek Obaid (seorang warga Arab Saudi) dan terpaksa membuat pengakuan palsu.

"Siasatan ke atas dua individu yang tidak dinamakan dari PetroSaudi kerana kesalahan yang disyaki termasuk penipuan, penyogokan dan pengubahan wang haram adalah sebahagian daripada siasatan yang lebih luas kepada penyelewengan dana 1MDB, pejabat pendakwa raya mengesahkan kepada FT.

Berita mengenai penyelidikan Swiss ke petugas PetroSaudi adalah pendedahan terbaru yang merosakkan pentadbiran perdana menteri Malaysia dari beberapa siasatan internationl ke atas dakwaan penyelewengan berbilion dolar dari 1MDB. 

"Artikel itu seterusnya menjelaskan bahawa kedua-dua lelaki itu disyaki "salah urus jenayah, rasuah pegawai awam asing, pengubahan wang haram, dan salah laku di pejabat awam ... salah satu pasangan itu juga disyaki memalsukan dokumen". ~ sumber

Harapan besar Najib adalah orang Melayu kurang faham apa pun berkenaan undang-undang, perbankan dan pecah amanah. 

Harapan besar Najib adalah orang Melayu tidak membaca apa pun melainkan akhbar tempatan yang dikawal kerajaan. 

Harapan besar Najib adalah orang Melayu tidak mempunyai tempat bergantungan lain kecuali bantuan kerajaan, sabsidi kerajaan, BR1M, bayaran gaji dan bonus oleh Kerajaan. 

Paling besar harapan Najib, orang Melayu tidak ada akai kecuali menumpang akai Najib!!

ref: 
al- Husseyn: 1MBD : Satu dunia yang lain semuanya salah… hanya Najib seorang yang betul dalam skandal besar ini.
...

Tiada ulasan: