Google+ Badge

Rabu, 2 Mei 2018

Bangang. 7423.

Orang berilmu (ilmu pun pinjaman Allah kepada manusia makhluk hamba Nya) tidak akan menggunakan perkataan sedemikian rupa dalam berkata-kata. 

Termasuklah perkataan menghina... "bapak engkau" "seko (seekor)" "bangsat" "haram jadah" dan sebagainya. Apa lagi berisyarat lucah. 
"Peringatan untuk bermuhasabah diri sendiri dan yang membaca khususnya serta kaum muslimin dan muslimat umumnya kerana Allah ." Aamiin. 
💭coretan dakwah💭

Dunia adalah merupakan ladang untuk kita menyemai sebanyak mungkin benih kebaikan. Dalam menyemai kebaikan, carilah kebaikan yang mampu memberi manfaat yang sangat besar dan luas untuk ummat.

Apabila sudah disemai subur segala kebaikan yang telah dilakukan, kita akan melangkah ke Alam Barzakh yang merupakan alam sementara untuk menuju ke Alam Akhirat.

Di sinilah segala semaian kebaikan kita akan dihadapkan hasilnya. Sama ada menjadi hamba yang masuk ke Syurga atau ke Neraka. Oleh itu, marilah sama-sama kita hadam dengan wasiat Imam Syafie agar sentiasa lurus niat kita untuk berbuat kebaikan.

Imam Syafi'e memberi 5 wasiat:

1. Sebut nama Allah lebih banyak daripada nama makhluk.

2. Sebut akhirat lebih banyak daripada urusan dunia.

3. Sebut dan ingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

4. Jangan sebut-sebut kebaikan diri dan keluarga.

5. Jangan sebut-sebut dan menghebohkan keaiban atau keburukan orang lain.

Tiada ulasan: