Rabu, 30 Mei 2018

Barang sumat, orang Kelantan kata... 7739.

Pas dan Umno.

Barang xleh pakai... kata orang Kelantan. Zaman hadi pas umno berpisah tiada. 

Sadisnya Pemimpin Politik Melayu terutama umno dan pas tidak pernah salahkan diri sendiri. 

Walhal diri sendiri terpalit pelbagai skandal yang masih dalam siasatan Kerajaan Persekutuan., selain memangsakan DAP sebagai berita cetakan umum, menggulai isu perkauman seenak-enaknya dan mengisukan Islam dan bukannya berdakwah, sebagaimana sepatutnya. 

Keadaan ini menyebabkan jurang persahabatan antara kaum dan salah anggap tentang Islam. Bila yang bukan Melayu melihat Melayu sebagai model Islam. Sedangkan untuk kenal Islam intronya ialah penganutnya. Walau bagaimana pun ditegaskan untuk kenali Islam jangan tengok Melayu, kaji al Quran dan Hadis Nabi Sallahualaihiwassalam. 

Seolah-olah mereka Pemimpin suci, insan terpilih dan bertakwa. Xboleh ditegur, apa lagi dilarang. 


Bersatu teguh ...bercerai roboh. 
Don’t want to contribute to nation building but always dreaming & hallucinating. He needs to be in a mental asylum soon!

Wednesday, May 30, 2018
PAS Sedia Berdamai Dengan DAP Demi Kebaikkan? Sebelum PRU14 pada 30 Januari 2017 Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairilnizam Khirudin dilaporkan Berita Harian telah berkata meminta DAP tidak bersikap 'gila talak' dan berhenti memaksa PAS menerima lamaran palsu mereka. DAP khususnya Lim Kit Siang perlu belajar menerima hakikat dan menghormati pendirian PAS yang sudah serik untuk bekerjasama dengan DAP.
"Sesungguhnya, sejarah tidak pernah menipu dan PAS tidak mudah lupa. DAP tidak pernah berhenti menghalang dan menghina prinsip perjuangan PAS. Dasar dan agenda PAS sejak dulu sehingga sekarang tidak pernah berubah iaitu mengangkat martabat Islam di Malaysia. Oleh itu katanya, Dewan Pemuda PAS menyokong penuh pendirian Presidennya yang menutup terus pintu kepada DAP yang pandai berpura-pura suci lapor Berita Harian di SINI Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pula sebelum PRU14 menganggap rakyat Pulau Pinang yang kerajaannya didominasi oleh DAP hidup dalam keperitan kerana kepincangan DAP. “DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincangannya. “Malah, untuk pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) turut bercanggah dengan realiti di Malaysia yang mana konsep negara Islam mestilah Islam itu berkuasa. Laporan penuh silalah baca di SINI Itu semua sebelum PRU14, sebelum Pakatan Harapan memperolehi kejayaan besar mengalahkan Barisan Nasional dan sebelum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan. Walaupun belum sebulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia.. nada Hj. Hadi terhadap DAP juga tiba-tiba berubah.. “Saya respon dengan cara positif apabila pemimpin DAP tidak lagi ‘cirit-birit’ dalam membuat kenyataan. “Dahulu dia (DAP) membuat kenyataan berkenaan Islam yang mana tiada hak dengannya untuk menyentuh hal berkaitan orang Islam, saya harap ‘break’ (DAP rehat dari buat kenyataan berkaitan Islam) ini diteruskan,” katanya ketika wawancara bertajuk Politik PAS Era Malaysia Baharu bersama Astro Awani, di sini, semalam. Sebelum ini, Majlis Syura PAS memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan pakatan pembangkang dalam PR, selepas tidak sehaluan dengan tindak tanduk DAP. Mengulas lanjut, katanya, amat penting supaya asas Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan diberikan keutamaan. “Hak berkaitan Islam biar orang Islam yang bercakap... mereka boleh bela hak kaum mereka sendiri dan Islam tak akan ganggu hak mereka. “Ini perlu dikembalikan kepada asas perlembagaan seperti saya sebut Islam agama Persekutuan perlu dihormati dan pada masa sama, kebebasan (diberikan untuk) mengamalkan agama lain yang tidak mengacau satu sama lain. Ini sangat penting,” katanya. Ditanya mengenai pendirian PAS sama ada sedia menyambut tangan dua pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk bekerjasama, Hadi mengakui bersedia untuk berbuat demikian jika bertepatan dengan konsep ‘taawun’, iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan. Laporan penuh sila baca di SINI Betul ke sedia berdamai dengan DAP demi kebaikkan ni?.. atau kerana Setiausaha Agung DAP dah dilantik jadi Menteri Kewangan..
ref:
Anak Sungai Derhaka: PAS Sedia Berdamai Dengan DAP Demi Kebaikkan?

Baru kenal umno kah? Gaya Politik Hadi pun ye. Dap xde campur tanganlah. Semua tu auta dari pihak baling batu sembunyi tangan (sama ada dari dalam Pas sendiri dan berpunca serta disemarakan kacau ganggu Umno) 

Monday, November 7, 2016
Tuan Ibrahim Akui.. Bukan DAP, Tapi UMNO Yang Pecahkan PAS 

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak dakwaan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bahawa DAP adalah punca parti Islam itu berpecah.

“(Berdasar) pengalaman lampau, Umno yang memecahkan PAS. Sejarah tumbangnya PAS di Kelantan dan Terengganu hasil pertembungan dengan Umno.

“Namun tindakan campur tangan DAP serta sikap menentang dasar dan perjuangan PAS menyumbang kepada apa yang berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.

Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas dakwaan Annuar bahawa DAP cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang termasuk PAS.

Bagaimanapun, katanya, walaupun DAP tidak meresap dalam PAS, parti itu berjaya menarik “serpihan PAS” sebagaimana yang berlaku.

Sebelum ini perpecahan dalam PAS berlaku sehingga Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan selepas sebahagian pemimpin parti Islam itu tidak berpuas hati dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

'Teori konspirasi'

Sementara itu, ahli jawatankuasa DAP Selangor Edry Faizal Yusof pula menolak dakwaan Annuar.

Beliau menyifatkan ia sebagai “teori konspirasi” untuk menyedapkan hati kerana ramai anggota Umno didakwa tidak mahu bersama parti Melayu itu.

“Pemimpin-pemimpin Umno kena berhenti tipu diri sendiri. Mereka cipta pelbagai teori konspirasi untuk sedapkan hati mereka selepas ramai ahli Umno sendiri sudah tak mahu bersama Umno.

“Pemimpin Umno kena terima hakikat Melayu bukan berpecah. Cumanya ramai Melayu yang bersama Umno dulu sudah serik dan tidak mahu bergelumang dengan puak kleptokrat dan korup, lalu mereka berhijrah memilih haluan lain,” katanya.

Tambahnya lagi, kini anggota Umno sendiri turut bangun melawan partinya sendiri.

“Boneka sebenar ialah mereka yang terus menipu diri sedang tangan dan kakinya digerakkan tok dalang bernama Malaysian Official 1 (MO1),” katanya.

PKR pula menyifatkan Umno kini terpengaruh dengan dengan propaganda sendiri.

“Saya ingin ingatkan Annuar Musa, pendekatan boneka ini ialah cara Umno terhadap parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional.

“Annuar Musa nampaknya terpengaruh dengan propaganda ciptaan BN sendiri iaitu 'DAP memperkudakan' parti-parti lain di dalam Pakatan.

“Kalau inilah bentuk serangan terbaru Umno, nampaknya parti pemerintah berhadapan dengan krisis defisit isu yang parah,” kata Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Jelasnya, Pakatan sentiasa mengutamakan pendekatan konsensus dalam setiap proses membuat keputusan dan termasuk hal berkaitan pilihan raya.

Semalam Annuar mendakwa DAP kini cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang.

Dakwanya, langkah itu sebagai usaha DAP memerintah negara secara senyap dan menjadikan wakil Melayu 'sebagai boneka'.

Jelasnya, strategi DAP kini adalah meletakkan calon mereka dalam PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selain itu dakwanya DAP cuba memecahkan orang Melayu dengan menjalinkan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Ia katanya, bagi memastikan DAP dapat menumbangkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Monday, November 14, 2016
Dalam Nak Tolak RUU Hadi, MCA Akui PAS Kuat Kerana DAP..
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata parti itu akan menolak rang undang-undang persendirian dibawa presiden PAS yang mahu meningkatkan tahap hukuman mahkamah syariah. Kenyataan Liow itu dibuat ketika mesyuarat agung tahunan ke-63 MCA di Kuala Lumpur. Lebih menarik ikrar itu dibuat di depan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka-teki mengenai pendirian mereka terhadap rang undang-undang berkenaan. Kata Liow cadangan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya yang perlembagaannya disokong MCA. "Kita mesti hormat dan mematuhi sistem sedia ada. Kita akan menentang keras, sebulat suara dan tanpa soal, sebab (hudud) bercanggah dengan perlembagaan persekutuan," katanya. Beliau yang juga menteri pengangkutan berkata komuniti Cina di negara ini sangat bimbang dengan cubaan PAS melaksanakan hukum hudud yang didakwanya akan menyebabkan sistem perundangan terbahagi kepada dua. Bagaimanapun dalam ucapannya selepas itu Najib tidak menyentuh langsung tentang rang undang-undang Abdul Hadi untuk meminda Akta 355 atau bantahan MCA itu. Rang undang-undang itu didakwa PAS untuk memperkasa mahkamah syariah, dan dibawa ke Dewan Rakyat selepas diluluskan sebulat suara oleh DUN Kelantan tahun lalu. Ironinya langkah itu dibantu oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan dengan kerjasama Putrajaya dan kerajaan negeri. Rang undang-undang itu - jika diluluskan - bakal membatalkan kekangan pusat untuk pelaksanaan hukum hudud di peringkat negeri. Liow juga berkata PAS memperoleh kedudukan, kuasa dan pengaruh dengan bantuan daripada DAP. Katanya PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi DUN di Selangor sepanjang tempoh 1978 hingga 2004. "Bagaimanapun pada 2008 PAS tiba-tiba memenangi lapan kerusi dengan sokongan DAP. Lebih teruk pada 2013 PAS memenangi lebih banyak kerusi. Sekarang mereka ada 15 kerusi. "Kita boleh lihat hari ini walaupun mereka tidak berada dalam satu pakatan, DAP masih bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor," katanya lapor Malaysiakini
ref: Anak Sungai Derhaka: Dalam Nak Tolak RUU Hadi, MCA Akui PAS Kuat Kerana DAP..
Wednesday, May 30, 2018
PDRM Nafi Tarik Semua Pegawai  
Keselamatan Najib.. Nak Raih Simpati ke Najib? Lagi barang sumat, orang Kelantan kata. 

Sebelum ini untuk meraih simpati rakyat Mantan Presiden UMNO dan juga Mantan Perdana Menteri Malaysia yang terkenal seantero dunia sebagai Kleptokrat dan juga Skandal 1MDB telah dirakam gambarnya tertidur ketika Polis menggeledah rumahnya.

Kemudiannya bergambar bersama Ibunya pula dipercayai untuk meraih simpati rakyat terbanyak juga.. kali ini Najib dipercayai sekali lagi cuba meraih simpati rakyat dan sambil menipu pula..

Menerusi laman sosialnya semalam, Najib memuat naik kenyataan yang mendakwa kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan, yang ditugaskan kepadanya telah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC, sejak beberapa minggu lepas..

Dari Facebook Najib, 

Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana. 

Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp). 

Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan.

Malangnya kenyataan Najib yang mengatakan kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepadanya sudah ditarik balik oleh kerajaan terbukti fitnah semata-mata.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak menarik balik kawalan keselamatan yang diberikan terhadap Najib sebaliknya hanya mengurangkan jumlah anggota yang ditugaskan itu.

Ni laporannya 

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan telah menarik balik kesemua pegawai keselamatan kecuali seorang pegawai Aide De Camp (ADC) yang ditugaskan untuk beliau dan keluarganya. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak menarik balik kawalan keselamatan yang diberikan terhadap Najib sebaliknya hanya mengurangkan jumlah anggota yang ditugaskan itu. 

"Setiap bekas perdana menteri mempunyai kelayakan tertentu namun, jumlah anggota yang bertugas tidak sama seperti sebelumnya. Kita hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Bagaimanapun anggota yang bertugas seperti ADC, pemandu serta pengawal peribadi masih ditempatkan bagi mengawal keselamatan beliau dan Datin Seri (Rosmah Mansor)," katanya selepas Majlis Iftar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Warga PDRM dan agensi Kementerian Dalam Negeri di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini ~ BERNAMA

Nak meraih simpati rakyat atau nak fitnah Kerajaan ni Najib?

ref: Anak Sungai Derhaka: PDRM Nafi Tarik Semua Pegawai Keselamatan Najib.. Nak Raih Simpati Ke Najib?

mnoPQrstu

Tiada ulasan: