Khamis, 31 Mei 2018

Ustaz dan Tok Guru. Dunia today. 7740.

Pas dan Umno.
Jangan tuding jari pada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan. Tuding jari dan maki kerajaan terdahulu.

Jangan lupa maki juga pengundi kerajaan terdahulu. Kerana undi mereka juga membuatkan negara kita dalam kesukaran.

(maki tuu xbaiklah kan) 


Thursday, 3 May 2018 | 2:15 pm
Malaysia Mundur Jika Pakatan Harapan Memerintah - Hadi Awang

ALOR SETAR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan bahawa negara Malaysia akan mundur sekiranya pakatan pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad diberi mandat untuk mentadbir jika menang Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14).

Hal ini kerana gabungan yang diketuai DAP itu mahu melantik bekas Perdana Menteri tersebut menerajui Putrajaya sebelum jawatan nombor satu negara diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekiranya Dr Mahathir serahkan jawatan itu (Perdana Menteri) kepada Anwar... ia tetap akan jadi langkah ke belakang kerana kedua-dua individu terbabit pernah bergandingan dalam Kerajaan Persekutuan dan UMNO sebelum menyertai pembangkang.

"Kita juga sukar hendak bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana PKR dan DAP bersekongkol jatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim seorang tokoh dunia korporat yang berjaya mengurus kewangan dengan baik tetapi dituduh sebagai kedekut.

"Khalid memaklumkan beliau enggan melayan permintaan pihak tertentu yang mahukan wang kerana semua wang terbabit milik rakyat dan setiap wang dibelanjakan mesti ada bukti apa yang dibelanjakan.

"Perkara ini saya maklumkan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Allahyarham ketika itu, bersetuju tindakan Khalid maka sebab itulah, PAS mempertahankan Khalid ketika cuba ditumbangkan.

"Bagaimanapun, Khalid akhirnya diturunkan juga dengan langkah Kajang (oleh PKR)," katanya  memetik laporan BH Online.

Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah PRU14 : Malaysia Sejahtera di Medan Ilmu Sungai Baru Gunong, Alor Setar malam tadi.

Selain itu, Abdul Hadi merujuk kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang susulan peletakan jawatan Lee Chin Chen secara tiba-tiba pada Januari 2014, tidak sampai setahun selepas memenangi kerusi berkenaan dalam PRU-13 pada Mac 2013.

"Langkah Kajang" dikritik kerana menyalahgunakan sistem pilihan raya yang menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding untuk mengambil alih kerusi tersebut.

Jelasnya, kemenangan Wan Azizah mencetuskan krisis politik Selangor apabila Khalid enggan melepaskan jawatan Menteri Besar sehingga membawa kepada pemecatannya daripada PKR dan jawatannya diambil alih oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengulas mengenai pertanyaan tuduhan pakatan pembangkang bahawa PAS lemah di Kedah, Abdul Hadi mendakwa kegagalan parti Islam terbabit memerintah negeri jelapang padi adalah kerana strategi Dr Mahathir sewaktu berkuasa sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

"Mengapa PAS tak menang?.. ini kerana strategi Mahathir yang buat kawasan, menghalang PAS untuk menang tetapi perubahan yang berlaku pada hari ini, Insya Allah PAS boleh menang. - Kedahnews.com

#TolakPakatan
#PakatanDAP
#DosaDosaMahathir
#FakeNews
#JomBN
#BersamaBN
#UndiBN

ref: 
http://www.kedahnews.com/2018/05/malaysia-mundur-jika-pakatan-harapan.html

Logo
SATU PERUBAHAN

Amaran Ustaz Kazim Bahaya ‘Hilang Kuasa’ 5 Tahun!
Published on May 2, 2018  in Politik/Utama & Sensasi

MUNGKIN ramai masih ingat lagi antara taktik pembangkang ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 ialah cuba dahulu lima tahun diperintah bukan oleh Barisan Nasional (BN).

Jentera mereka ketika itu menyebarkan diayah jahat dengan mendakwa kononnya tempoh mandat lima tahun itu sahaja bukannya lama dan jika tidak berpuas hati, bolehlah undi semula calon BN pada PRU yang berikutnya pula.

Propaganda halus pakatan pembangkang pada waktu itu menyebabkan BN ‘tumbang’ teruk di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor selain kekal berkuasa di Kelantan untuk penggal ketiga berturut-turut.

Namun, Perak kembali ke pangkuan BN selepas 11 bulan kemudian apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang keluar parti menjadi wakil bebas dan mengisytiharkan sokongan terbuka kepada pihak BN.

Malangnya, strategi ‘cuba-cuba dulu’ atau lazim disebut juga sebagai try-and-error itu mula dipopularkan pakatan pembangkang dan digunakan semula pada PRU ke-14 kononnya rakyat tidak rugi diperintah oleh parti bukan BN.

Mereka memberi contoh Kelantan yang berjaya diperintah PAS sejak PRU kesembilan pada 1990 lalu selain Pulau Pinang dan Selangor masih sama sahaja kehidupan rakyatnya selepas 10 tahun ditadbir gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, menyedari bahaya kempen licik Pakatan Harapan (PH); yang tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu, pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias tampil memberi amaran risiko tersebut.

Menerusi satu ceramah agama anjuran Yayasan Insaf di Tambun, Perak pada Sabtu lalu yang kini tular dalam media sosial, beliau mendedahkan cubaan jahat pihak terbabit konon berilah peluang lima tahun kepada pembangkang.

Baca: Insafilah Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura
Walhal gara-gara umno juga yang gadaikan Singapura, Pulau Batu Putih, KTMB Singapura dan banyak lagi petualangan yang disembunyikan
Juga: Kisah Iktibar Dijajah Akibat Khianat Zaman Melaka Dulu
Umno tewas PRU14 adalah kerana majoriti pengundi nampak pengkhianatan pemimpin dan penyokong umno. Yang salah jadi benar dan yang benar jadi salah. 
Contoh kes Lembu RM250 juta. Melantik calon kalah sebagai menteri. 

Sebagai bekas ahli seumur hidup PAS yang dipecat partinya dan mesra disapa sebagai Ustaz Kazim, beliau bercerita ada individu tertentu hasut dirinya untuk mengajak rakyat sokong pembangkang setakat tempoh sepenggal sahaja.

Namun Tokoh Maal Hijrah 2015 peringkat Perak itu ternyata amat serik dengan merujuk suasana perit umat Islam apabila negeri tersebut diperintah pembangkang hanya dalam masa 11 bulan sebelum BN tawan balik pada 2009.

“Jangan main-main dengan lima tahun, benda lain kita boleh tukar, tapi dalam bab kuasa, ia bukan benda main-main! Sebab itu pertahankan hak kita dan jangan kita buat salah… Akhirnya rugi diri kita sendiri,” tegas Kazim.

Beliau sebelum itu turut mengingatkan hadirin bahawa jika dalam lima jam pun boleh berlaku macam-macam perkara, apatah lagi lima tahun diperintah pembangkang, jangan harap PH akan mahu menjaga hak orang Islam.

Untuk rekod di Pulau Pinang, banyak perkampungan Melayu dihapuskan konon atas nama pembangunan selain penjaja Melayu diusir dari tapak perniagaan kerana didakwa halang lalulintas dan menyebabkan pencemaran.

Manakala di Selangor, pesta arak dianjur secara terbuka selain pembinaan surau perlu dapat izin penduduk bukan Islam termasuk tiang menara untuk laungan azan dan pendakwah kutuk kerajaan negeri ‘digam’ pihak berwajib.


Tidak mengkut fakta sejarah yang sebenar yang telah disembunyikan. Semua kerana kepentingan umno parti perkauman untuk kekal berkuasa dengan sistem pecah perintah dan membunuh sikap dan amalan saling 
mempercayai antara berbilang-bilang kaum. 

Silap percaturan ujar Kazim, pakatan itu akan menghapuskan apa sahaja berkaitan kepentingan umat Islam dan Melayu sebagai penduduk pribumi majoriti di tanah air kerana konon dianggap pula sebagai berbaur perkauman.
#akupenghasut
Justeru pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah di Ipoh itu mengulangi amaran kepada pengundi untuk jangan beri peluang kepada PH yang tidak akan berdiam diri apabila sudah berkuasa kelak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

ref
https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/amaran-ustaz-kazim-bahaya-hilang-kuasa-5-tahun/
#menyesalundiumno?
Lebih kepada propaganda - perkauman. Nauzubillahminzalik. Allah Subhanahuwatalla jadikan manusia berbilang-bilang suku kaum supaya bersatu padu. Ingat!
Monday, 23 October 2017 | 9:45 am
Cerita Mat Sabu Tentang Pemimpin PAS Cetus Gelak Ketawa

ALOR SETAR - Cerita Presiden Parti Amanah Negara (PAN) tentang sikap pemimpin PAS terhadapnya mencetus gelak ketawa kepada para perwakilan parti itu di Konvensyen Nasional 2017 PAN yang berlangsung di sini.

Menyampaikan ucapan penggulungan Presiden di sini petang semalam, Mohamad Sabu menyindir pimpinan PAS yang pernah terserempak dengan beliau sebelum ini.

"Selalu saya jumpa mereka terutama di airport (lapangan terbang) mereka nak ke umrah dan sebagainya, mereka dalam kuliah, kita tau dia maki kita. 

"Tapi bila di airport, daripada jauh dia datang untuk bersalam. Dia tanya 'apa khabar Abang Mat, teruskan perjuangan..'.

"Padahal kita tahu dua malam lepas dia maki aku!," kata Mat Sabu tentang sikap sebenar pemimpin PAS terhadapnya.

Malah katanya, terdapat pemimpin PAS di peringkat Pusat yang sedang makan sanggup memindahkan makanan ke mejanya untuk makan bersama ketika bertemu.

"Dia kata 'Abang Mat, kembalilah...," cerita Mat Sabu mencetus ketawa gamat di kalangan perwakilan PAS yang hadir.

Namun begitu, Presiden PAN itu menegaskan bahawa beliau tidak akan percaya lagi dengan "janji manis" para pemimpin PAS dan akan terus istiqamah di dalam partinya bersama Pakatan Harapan.

Mat Sabu berkata demikian ketika mengulas mengenai pertanyaan salah seorang perwakilan yang bertanya sama ada beliau masih berkeinginan untuk kembali ke pangkuan PAS setelah dua tahun menubuhkan PAN.

Pakatan Harapan dikatakan lebih berpotensi untuk merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah berbanding PAS ekoran kepimpinan PAS Kedah yang dilihat gagal menandingi pengaruh Pakatan Harapan selain tidak memiliki pemimpin sehebat Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan anaknya, Dato' Seri Mukhriz Mahathir secara rasmi sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Kedah semalam meramal negeri ini bakal menjadi milik Pakatan Harapan pada PRU ke-14 nanti. 

Sekiranya Pakatan Harapan menguasai negeri Kedah dan Putrajaya, Mukhriz dijangka bakal dipilih menjawat jawatan kabinet dan bakal menyerahkan tampuk pentadbiran Kerajaan Negeri kepada pemimpin PAN, Dato' Dr Ismail Salleh, sebagai Menteri Besar. - Kedahnews.com

ref: 
http://www.kedahnews.com/2017/10/cerita-mat-sabu-tentang-pemimpin-pas.html

Jumaat, November 29, 2013


Ust Kazim Elias Al-Hafiz bakal jadi macam Ust Firdaus Ismail Al-Hafiz?

Kalau sebelum ni Ust Kazim ni kata konon dia tak minat dengan politik, dia belah kiri bukan kanan pun bukan, sokong PAS pun dak sokong Umno pon dak, kalau ada bendera parti dia takmau ceramah, sekarang ni bila Ustaz Kazim dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, terbukti kata-kata dia tu kata-kata orang MUNAFIQ.
UmnoOnlione melaporkan:


Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Berikut adalah senarai MT tambahan:
1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias - UmnoOnline. 
Saja aku quote berita dari UmnoOnline sendiri, biar jelas dan terang. Tahniah Ust Kazim kerana akhirnya berjaya dapat 'habuan' yang cukup hebat dari Umno.

Aku sebenarnya cukup sakit hati sebelum ni bila tengok ada lagi orang PAS yang kemaruk sangat ilmu sampai sanggup jemput ustaz Umno ni bagi kuliah atau tazkirah. Macam dah takdak ustaz lain yang boleh depa jemput.

Dengan perlantikan Ust Kazim ni sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno aku harap semua orang PAS yang sebelum ni terkilaf akan bukak mata. 

Kalau sebelum ni Ust Kazim ni kata konon dia tak minat dengan politik, dia belah kiri bukan kanan pun bukan, sokong PAS pun dak sokong Umno pon dak, kalau ada bendera parti dia takmau ceramah, sekarang ni bila Ustaz Kazim dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, terbukti kata-kata dia tu kata-kata orang MUNAFIQ.

Apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada Najib pasai lantik mamat ni sebagai MT Umno. Dengan perlantikan dia ni riwayat 'selebriti' dia akan tamat tak lama lagi.

Kalau dia ada sikit keberanian macam Ustaz Fathul Bari yang masih berani jugak belasah Umno BN termasuk Najib walaupun nampak takut-takut mungkin riwayat 'selebriti' dia akan sikit panjang.

Kalau tanya budak-budak muda yang baru nak kenal politik siapa Ustaz Firdaus Ismail Al-Hafiz aku yakin kebanyakannya tak kenal, padahal masa dia jadi Imam Besar Masjid Negara dulu dia cukup terkenal dan dihormati oleh semua pencinta ilmu Islam.

Bila dia masuk Umno dia bertukar jadi teruk macam kebanyakkan pemimpin Umno sampai tahap dia sanggup sepak tong undi bila dia tau yang dia kalah dalam pilihanraya lawan Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh.

Macam tu jugak Brid Jen (B) Hamid Zainal Abidin, Dr. Abdullah bin Md. Zin dan beberapa orang lagi tokoh agama yang cukup terkenal sebelum ni tapi lepas depa masuk Umno nama depa cuma mampu bertahan takat sepenggal saja.

Lepas tu bila depa dah jadi teruk macam kebanyakkan pemimpin Umno orang Umno pun rejek depa dan depa jadi kupang tembaga.

Berkaitan

ref: 

Selasa, Mac 15, 2011


Ust Kazim belasah Najib Rosmah? (video)


Tah macamana aku tergerak hati nak tengok blog hanief yang dah lama aku tak jenguk. Terkejut aku bila jumpa video ni. Tak sangka sungguh aku ada video Ustaz Kazim belasah Najib dan Rosmah.

Kalau nak kenai Ustaz Kazim, dia ni la yang belasah Manjongmari dalam ceramah dia hari tu. Dia cukup marah pasai Manjungmari memang kerap sangat belasah ustaz sorang ni dalam blog dia. (Klik sinisini dan banyak lagi.) 
   
Punya la Manjongmari belasah ustaz ni sampai ustaz ni pun tak tahan, belasah balik Manjongmari dalam ceramah dia, kata "Bodo punya Manjongmari" (video). Ustaz Kazim ni katanya ada satu slot kuliah majlis ilmu bulanan di kediaman rasmi Dr. Zambry, MB 'mahkamah' Perak
Kalau baca apa yang Manjongmari tulis dalam blog dia pasai ustaz sorang ni, memang susah nak percaya Ustaz Kazim boleh kata sampai macam tu dalam kuliah dia. Kuliah tu kat mana tak pasti pulak pasai takdak pulak dinyatakan. Mungkin kuliah lama kot.

Aku malas nak komen banyak-banyak, hangpa tengok sendiri sedutan kuliah Ustaz Kazim kat bawah ni. Kena tengok sampai habih. Tak lama pun, cuma seminit setengah ja.

Terima kasih kepada blogger otai Hanief yang memang banyak keluarkan video menarik di youtube.

ref: 

Friday, January 14, 2011

Penduduk Lumut dan Manjung - Boikot Ustaz Kazim...


Tengahari tadi hujan begitu lebat, mebuatkan aku bercadang nak solat Jumaat di tempat kerja aku,, namun dengan takdir Allah jam 1.05 thg hujan dah berenti walau pun ada sedikit gerimis, lalu aku menukar niat pergi sembahyang Jumaat di tempat biasa...

Alhamdulillah, aku sampai selesai masuk Masjid, waktu pun dah masuk, ngam-ngam... Tok Bilal pun azan masuk waktu zohor.. Bab khutbah tak payah ceritalah, khutbah entah apa-apa, yang tak dapat menarik perhatian jemaah..

Selesai Jumaat aku kelam kabut nak balik, biasalah tepi pintu nak keluar terpandang ada pamplet kuning., macam teringin nak ambik,, rupa-rupanya tu dia.. macam dibawah... 
Dia pun teringin juga nak amal kebajikan, nahi mungkar pun dia buat juga.... apa lah hang manjungmari...

Bila aku nak balik keluar sahaja dari Pangkalan tu dia terpampang pula banner nala punya besar ..... dengan menayangkan namanya dahulu... gambarnya pun terletak kat atas, kat gambar penceramah kat belah bawah..., nampak dak .. 
Dengan menayangkan namanya dahulu tertera kemudian gambarnya pun terletak kat atas sebelah kanan, kat gambar penceramah kat belah bawah sebelah kiri..., nampak dah..., setakat mana depa ni dok hurmat kat para Ustaz-ustaz..., macam ni punya adap depa buat kat Ustaz..pada muka.. baru ada akai.

Dan Ustaz ni pun satu hai juga... Spesis jenis pencacai UMNO, selepas sahaja kerajaan Pakatan rakyat dirampas, Ustaz ni dah beralih arah 99%.. malah Ustaz ini jugalah sama-sama dengan mufti dalam program sembahyang hajat dengan Zambri memohon menunggu keputusan siapa MB Perak..

Kalau sekarang ni pun kalau hangpa rajin buka PerakToday, boleh lihat program Ustaz ni kat rumah kediaman MB.. Jadi tak ada orang lain lagi kah nak buat ceramah, asyik-asyik muka Ustaz tu aja, ada MOU ka...,

Atau si Kazim ni pun ada hati nak jadi calon macam abangnya ka Najmudin yang juga penasihat agama Zambri, abang adik dah kerumun Zambri ni, he he he..tunggu ajalah PRU13 nanti...

Buat pembaca yang menetap kat Manjung atau Lumut tak payahlah hangpa nak dok pi, tapi kalau rasa nak makan free tu pergilah, aku rasa ada makan free, sebab tengok khemah besak punya ada 4 biji, hangpa pi makan ajalah, lepas makan balik tengok TV lagi baguih...

Aku malas nak kondem ustaz ni, sebab aku bukan ustas,, tapi bagi aku kalau nak dengar ceramah ustaz ni, lebih kurang hangpa tengok lawak kumpulan senario kat Tv3 tu ajalah,, adalah sedikit nasihat kut,,, tetapi ada kah dia berani nasihat Zambri dengan program ancaknya,,,

Kalau tok mufti pun kelam kabut nak jawab, ni setakat ustaz cabok dok cari makan dengan ceramah nak cakap banyak... phoorah... Ustaz macam tu hangpa nak pi dengak... sia-sia aja.. jadi lara adalah..

ref: 


Saturday, May 22, 2010
Salam Sejahtera...

Kisah 2 Ustaz. 
Malam Jumaat lalu aku terpaksa juga pergi ku surau Taman Fasa 3 A Sebab nya?......

Nawaitu aku hanya nak kenal dengan Ustaz Yeob Saidin, dan mengambil gambarnya... sebelum ini aku hanya dok dengar suaranya sahaja di corong Radio Perak FM, terutama sekali kursus haji dan bab belajar ngaji dgn tajwid pada petang Jumaat.... 
Penyampaiannya memang bertenaga dan mantap sekali dengan suaranya yang cukup terang dan jelas jika nak dibanding dengan tubuh badanya...
Yang ini pulak, yang macho dan handsome ni, selalu dia pakai specmata nak control macho..., yang ini tentu hangpa kenai.., Ustaz Kazim ,,,, adik kepada Kapten (B) Najmudin Alhafiz, ADUN Batu Kurau yang juga Penasihat Agama kepada MB Perak. 

Ustaz Kazim ni pun hebat ceramahnya, aku pun selalu juga sebelum ini dok dengar ceramahnya melalui radio Perak FM juga selalunya, dan ada dua tiga di ceramah perdana.

Walaupun banyak cerita dari sahabat-sahabat yang ikhlas mengenai kedua-dua orang ustaz ini, tetapi aku masih bersangka baik, sehinggalah bila terjadi krisis MB Perak 2009 yang lalu, maka terbuktilah kedua-dua Ustaz ni berpihak kepada bangsa Melayu dan UMNO....

Sewaktu kita umat Islam yang sayangkan PR mengadakan program sembahyang hajat, maka si Zamri pun mengadakan program sembahyang hajat di Kediaman MB Perak, Ustaz Yeop Saidin inilah yang menjadi imamnya, manakala Ustaz Kazim inilah yang memberi ceramah, dan mufti Perak yang tukang baca doa, kenapa mereka sanggup bersama dengan UMNO yang melakukan cara terkutuk merampas negeri Perak dari PR.

Aku tak kisah kalau si Firdaus Bekas Imam Masjid Negara atau Dr Wajdi, sebab mereka memang jelas ahli UMNO, lantak pi lah,, tapi yang dua orang ni atas title Ustaz, kalau ya pun jangan berpihak sebegitu, paling menyakitkan si Kazim, berapa banyak ceramah-ceramahnya sekarang ini jelas menghentam PAS,

Kedua-dua Ustaz ini, ilmu dan penyampaian mereka hebat, tapi sayang Allah tak bagi hidayah kepada mereka, itu sebab mereka tak dapat mengenali yang mana satu Islam..

Kenapa mereka tak mengambil sikap seperti Dr Asri mantan Mufti, semua dia tegur, tak kira pemipin PAS atau UMNO, tu baru betui dan dia tak berpihak kepada mana-mana parti, OKlah, aku boleh terima sikap sebegini.

Harapan aku, kepada pentadbir AJK-AJK surau, tak payahlah nak jemput lagi kedua-dua orang Ustaz ni, walaupun mereka popular, kalau mereka sendiri tak faham suasana politik dan Islam masa kini, maka tak ada faedahnya kita dok pi dengar ceramah mereka, banyak lagi penceramah lain yang lebih memberi manafaat buat para pendengar.

Apa yang aku tahu dan belajar sebelum ini, syarat utama nak menuntut ilmu itu mesti ada sifat kasih sayang antara guru dengan murid dan sebaliknya, kemudian guru itu pulak mestilah berani bercakap benar, maksudnya berani mengatakan yang benar apa situasi yang berlaku.. bukan takut-takut tak dapat sambung jawatan Naib Kadi, mufti dan sebagainya.







ref: 
Mesej daripada Ustaz Kazim Elias
Oleh Editor / dalam Isu Terkini / pada Tuesday, 08 May 2018 10:06 PM / 0 Komen / 247 sudah membaca

TOLONG SEBARKAN PESANAN DAN VIDEO INI DENGAN SEGERA.

Assalamualaikum WBT,
Kepada muslimin dan muslimat sekalian,

Video dibawah ini sangat…sangat…sangat penting untuk tontontan kita semua. Rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnnya. Luangkan masa anda 3 minit untuk menonton video ini sampai habis. Kerana kandungannya sangat penting.

Anda lihatlah bagaimana pemimpin DAP mahu memfaraidkan tanah-tanah di bumi kita untuk puak-puak mereka. Belum mereka menang lagi pun dan belum tubuhkan kerajaan, mereka telah bercita2 utk bertindak seperti perompak yang mahu membahagi-bahagikan hasil rompakan. Masyallah apa akan jadi kepada kita dan tanahair kita sekiranya mereka menang esok ? Inikah corak pemerintahan dan pemimpin yang orang2 Islam dan orang2 melayu mahukan ? Nazubillah….

Anda berkuasa selamatkan tanah bumi kita dari dikuasai DAP. Oleh yang demikian satu undi anda amat berharga. Janganlah sesekali anda undi PKR esok. Kerana undi PKR sama dengan undi DAP. Jangan kita tertipu dengan permainan mereka.

Adalah menjadi tanggung jawab muslimin dan muslimat sekalian untuk sebarkan video ini kepada seramai mungkin rakan2 dan ahli keluarga. Jika anda terlambat, mungkin undi mereka akan diberikan kepada PKR. Semoga usaha murni anda ini utk melindungi kepentingan Islam dan bangsa akan mendapat balasan yg berkali ganda daripada Allah.

Jazakallah….

ref
http://www.bicara.news/mesej-daripada-ustaz-kazim-elias/
#menyesalundiumno?
#menyesalundiumno?
#menyesalundiumno?
#menyesalundiumno?









Tiada ulasan: