Jumaat, 11 Mei 2018

Berita Harian semakin sopan. 7575

Tiba-tiba tadi pagi kawan aku beli akhbar Berita Harian. Huhuhu. Siap ada yang cakap dah lama xnampak akhbar neh. Hidup ibarat roda... Zaman berita pro umno bn berakhir. Apa lagi buatlah pembongkaran umno bn yang telah menjadi pembangkang, seperti kelakuan Berita Harian membongkar Parti Pembangkang dahulu, semasa bertuankan umno bn. 






Dah kena bullsit setapak dengan Tun PM lagi banyak cakap. 

SPRM macam telah berpengarah baharu. 
Dulu berita macam ini takkan keluar di BH. Now zaman sudah berubah.

BERITA»Politik
Jumaat, 11 Mei 2018 | 9:09pm

Tony Fernandes dipaksa sokong - Syed Saddiq
Oleh Hazwan Faisal Mohamad
hazwanfaisal@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ahli perniagaan kini bebas menyokong mana-mana parti politik tanpa perlu berasa takut akan dianiaya.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) itu berkata, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu dibentuk adalah permulaan era di mana hak rakyat dan ahli perniagaan untuk mengkritik kerajaan secara terbuka adalah dijamin.

Ini kerana, beliau berkata, aktivis, ahli politik dan ahli perniagaan yang tidak memihak dengan parti yang membentuk kerajaan sebelum ini diasak dan dikenakan tekanan.

"(Kini) Anda juga boleh menyokong parti pembangkang secara terbuka tanpa perlu rasa takut akan dianiaya. Kami mahukan pembangkang yang kuat," katanya menerusi Facebook sambil mengakui sudah agak lama memendam perkara itu.

Menerusi kiriman itu, Syed Saddiq tampil memberi pencerahan berdasarkan pengetahuannya sendiri mengenai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang dilabel netizen sebagai pengkhianat kerana menyatakan sokongan terbuka kepada kerajaan sebelum ini.

Katanya, Tony telah ditekan untuk menyatakan sokongan terbuka termasuk menzahirkannya menerusi rakaman video.

"Gambaran mengenai apa yang berlaku secara keseluruhannya telah diambil tanpa mengikut konteks yang sebenar.

"(Jadi) tolong rakyat Malaysia, jangan menggelar beliau (Tony) sebagai pengkhianat," kata Syed Saddiq menerusi Facebook.

Menurut Syed Saddiq, Tony adalah antara orang pertama yang datang membantu (Presiden PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin. AirAsia juga menawarkan diskaun tiket kapal terbang dan menambah bilangan pesawat sewaktu tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Langkah Tony itu turut disanjung Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memuat naik poster terima kasih kerana ia membolehkan lebih ramai penyokong parti itu pulang mengundi di kampung halaman mereka.

Syed Saddiq berkata, Tony dikatakan terus ditekan apabila enggan memecat Tan Sri Rafidah Aziz (Pengerusi Bukan Eksekutif AirAsia X) selepas bekas menteri itu secara terbuka berkempen untuk parti pembangkang ketika itu.
Keterangan gambar: TONY Fernandes (kiri) dan Syed Saddiq. - Foto NSTP

ref:


HAJI HADI UG BUATLAH DI TERENGGANU DAN KELANTAN.

Hj Hadi buatlah UG  di Kelantan atau Terengganu untuk buat kerajaan tanpa pembangkang.Dalam sistem demokrasi pembangkang perlu untuk semak dan imbang.

*KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS*
*PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA DI NEGERI PERAK*

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkembangan politik semasa di Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Khas pada hari ini telah memutuskan bahawa;

“PAS menawarkan penubuhan Kerajaan Perpaduan (Kerajaan Tanpa Pembangkang) yang dianggotai oleh semua parti politik (PAS, PH dan BN) dengan syarat Kerajaan Perpaduan ini dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam.

Manakala, EXCO Kerajaan negeri mestilah majoritinya dari kalangan ADUN beragama Islam”.

“Sejahtera Bersama Islam”

*YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG*
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Syaaban 1439 / 11 Mei 2018
Rusila, Marang, Terengganu.

🌐 *Sumber :*
https://berita.pas.org.my/kenyataan-media-presiden-pas-perkembangan-politik-semasa-di-negeri-perak/
Haji Hadi UG buatlah di Terengganu dan Kelantan. | SISI BUKIT














Tiada ulasan: