Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia - Adab dan berbahasa - Muhasabah diri kerana Allah SubhanahuWataalla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Malaysia - Adab dan berbahasa - Muhasabah diri kerana Allah SubhanahuWataalla. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mei 2018

Saya Bersama Pakatan Harapan. 7613.

Saya Bersama Pakatan Harapan. 

Bermula sejak 1969.., yang terbentuk dari kempin umno (Perikatan ketika itu dengan lambang Kapal Layar) yang fokus isu perkauman dan suapan hiburan. Kempin umno bn 2018 tidak lari dari isu perkauman dan sajian hiburan.(tidak minat bersesak-sesak atau menjadikan hiburan sebagai wadah hidup sejak kecil) 

Kesan pengkisahan sejarah yang dibaca. Sejarah Tempatan, Sejarah yang ditiadakan seperti Pejuang Islam Melayu yang tidak memihak umno. Termasuklah sebelum tahu kisah sebenar Mustafa Kamal Ataturk (eg: https://akuislam.com/…/mustafa-kamal-ataturk-kematian-yang…/ )

Tambah marak selepas peristiwa 1998. Alhamdulillah hari ini 2018 Majoriti Rakyat Malaysia (Pegundi) menolak total umno bn dengan isu lapuk yang tidak membina hubungan silaturrahim sebagaimana yang diperintahkan Allah Subhanahuwatalla. Allah jadikan manusia berpuak-puak supaya manusia bersatu padu.

Aamiin.




Jumaat, 11 Mei 2018

Berita Harian semakin sopan. 7575

Tiba-tiba tadi pagi kawan aku beli akhbar Berita Harian. Huhuhu. Siap ada yang cakap dah lama xnampak akhbar neh. Hidup ibarat roda... Zaman berita pro umno bn berakhir. Apa lagi buatlah pembongkaran umno bn yang telah menjadi pembangkang, seperti kelakuan Berita Harian membongkar Parti Pembangkang dahulu, semasa bertuankan umno bn. 






Dah kena bullsit setapak dengan Tun PM lagi banyak cakap. 

SPRM macam telah berpengarah baharu. 
Dulu berita macam ini takkan keluar di BH. Now zaman sudah berubah.

BERITA»Politik
Jumaat, 11 Mei 2018 | 9:09pm

Tony Fernandes dipaksa sokong - Syed Saddiq
Oleh Hazwan Faisal Mohamad
hazwanfaisal@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ahli perniagaan kini bebas menyokong mana-mana parti politik tanpa perlu berasa takut akan dianiaya.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) itu berkata, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu dibentuk adalah permulaan era di mana hak rakyat dan ahli perniagaan untuk mengkritik kerajaan secara terbuka adalah dijamin.

Ini kerana, beliau berkata, aktivis, ahli politik dan ahli perniagaan yang tidak memihak dengan parti yang membentuk kerajaan sebelum ini diasak dan dikenakan tekanan.

"(Kini) Anda juga boleh menyokong parti pembangkang secara terbuka tanpa perlu rasa takut akan dianiaya. Kami mahukan pembangkang yang kuat," katanya menerusi Facebook sambil mengakui sudah agak lama memendam perkara itu.

Menerusi kiriman itu, Syed Saddiq tampil memberi pencerahan berdasarkan pengetahuannya sendiri mengenai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang dilabel netizen sebagai pengkhianat kerana menyatakan sokongan terbuka kepada kerajaan sebelum ini.

Katanya, Tony telah ditekan untuk menyatakan sokongan terbuka termasuk menzahirkannya menerusi rakaman video.

"Gambaran mengenai apa yang berlaku secara keseluruhannya telah diambil tanpa mengikut konteks yang sebenar.

"(Jadi) tolong rakyat Malaysia, jangan menggelar beliau (Tony) sebagai pengkhianat," kata Syed Saddiq menerusi Facebook.

Menurut Syed Saddiq, Tony adalah antara orang pertama yang datang membantu (Presiden PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin. AirAsia juga menawarkan diskaun tiket kapal terbang dan menambah bilangan pesawat sewaktu tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Langkah Tony itu turut disanjung Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memuat naik poster terima kasih kerana ia membolehkan lebih ramai penyokong parti itu pulang mengundi di kampung halaman mereka.

Syed Saddiq berkata, Tony dikatakan terus ditekan apabila enggan memecat Tan Sri Rafidah Aziz (Pengerusi Bukan Eksekutif AirAsia X) selepas bekas menteri itu secara terbuka berkempen untuk parti pembangkang ketika itu.
Keterangan gambar: TONY Fernandes (kiri) dan Syed Saddiq. - Foto NSTP

ref:


HAJI HADI UG BUATLAH DI TERENGGANU DAN KELANTAN.

Hj Hadi buatlah UG  di Kelantan atau Terengganu untuk buat kerajaan tanpa pembangkang.Dalam sistem demokrasi pembangkang perlu untuk semak dan imbang.

*KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS*
*PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA DI NEGERI PERAK*

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkembangan politik semasa di Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Khas pada hari ini telah memutuskan bahawa;

“PAS menawarkan penubuhan Kerajaan Perpaduan (Kerajaan Tanpa Pembangkang) yang dianggotai oleh semua parti politik (PAS, PH dan BN) dengan syarat Kerajaan Perpaduan ini dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam.

Manakala, EXCO Kerajaan negeri mestilah majoritinya dari kalangan ADUN beragama Islam”.

“Sejahtera Bersama Islam”

*YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG*
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Syaaban 1439 / 11 Mei 2018
Rusila, Marang, Terengganu.

🌐 *Sumber :*
https://berita.pas.org.my/kenyataan-media-presiden-pas-perkembangan-politik-semasa-di-negeri-perak/
Haji Hadi UG buatlah di Terengganu dan Kelantan. | SISI BUKIT














Kita sentiasa menjaga Silaturrahim. Ukhuwah Fillah. Aamiin. 7563.

Ni yang Allah Subhanahuwatallah perintahkan.
Sentiasa bersangka baik pada Allah Subhanahuwatalla.

Analisa PAS: PRU 13 Dengan PRU 14 Untuk Kerusi Parlimen Dan DUN. 7557.

Friday, May 11, 2018
Tuan Ibrahim - PAS

Terkini: Analisa Bandingan PRU 13 Dan PRU 14 Untuk Kerusi Parlimen Dan DUN

Sentiasa ada kelebihan di balik kekalahan, 
Allah SWT. tangguhkan kemenangan. Bersabarlah wahai Ansorullah. Kejayaan Pasti Tiba

Pagi 1st Putrajaya. 7556.

Tun PM Pagi 1st di Putrajaya
Friday, May 11, 2018
Keadaan kritikal di Perak dan Kedah.
ULASAN 2

Ahmad MB penggal ke dua.

KELANTAN menjadi negeri pertama membentuk kerajaan baru selepas Piraum ke 14. Upacara mengangkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan MB berlangsung di Istana Kota Lama semalam, tidak sampai 24 selepas pilihan raya. Ahmad Yakob sekali lagi mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar untuk penggal kedua.

Terengganu menyusul negeri Kelantan. Malam tadi Sultan Terengganu menerima menghadap menerima perkenaan Dr Samsuri Mokhtar untuk mengangkat sumpah menjadi MB Terengganu bersama barisan Exconya.

Kemudian diikuti negeri Sabah, Musa Aman sekali menjadi Ketua Menteri untuk penggal ke lima dalam keadaan kontoversi. Ada laporan mengatakan berlaku "halangan" terhadap Shafei Afdal untuk menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) walaupun Warisan parti Shafei Afdal mempunyai kerusi lebih.

Pembentukan kerajaan Sabah juga suspen dan kritikal kerana BN tidak mendapat kerusi mencukupi dan memerlukan sokongan parti lain (UPKO) yang beritndak mendokongnya.

Negeri-negeri lain, Melaka, Selangor sudah membuat persiapan untuk membentuk kerajaan masing-masing. Selangor Mohamed Azmin Ali sekali lagi akan mengangkat sumpah sebagai MB. Mungkin hari ini atau esok. Manakala Johor dan Negeri Sembilan menyusul kemudian. Perbincangan dan maufakat lanjut masih diteruskan. Perkenaan Sultan atau Gebenur masih dicari menentukan siapa yang layak atau sebaliknya.

Yang jelasnya di kedua-dua negeri itu yang berhak untuk membentuk kerajaan adalah PH, kerana mereka mempunyai kuasa lebih. Di Johor PH menguasai 36 kerusi sementara BN 19. Di Negeri Sembilan pula PH menguasi 20 sementara BN 16. Di Selangir negeri paling bergaya, PH menguasi 51 berbanding BN hanya empat (4) kerusi dan Pas satu kerusi.

Cuma ada dua buah negeri, yang dikira sukar untuk membentuk kerajaan ini kerana parti yang mendapat majoriti mudah yang boleh diganggu atau terubah dengan ada parti ketiga yang boleh menyumbang kepada perubahan itu.

Negeri itu ialah Perak, PH menang 29 kerusi, sementara BN 27 kerusi. Walaupun PH mengatasi, tetapi dengan ada tiga (3) kerusi milik Pas, boleh merubah suasana. Tanpa campur tangan "king maker" daripada Pas sudah pasti PH akan dipanggil untuk proses membentuk kerajaan. Perkembangan terakhir ada tanda-tanda BN akan mendapat bantuan hayat daripada Pas untuk membentuk kerajaan.

Jika Pas bersama BN bermakna BN dan Pas mempunyai 30 kerusi berbanding dengan PH 29 kerusi. Sesiapa pun yang menjadi MB Perak berada dalam keadaan "ketar lutut" "bergeduk perut" sepanjang masa. Kelebihan dengan satu kerusi meletakkan kerajaan Perak seperti telor di hujung tanduk. Tidak mustahil peristiwa yang berlaku pada tahun 2009 akan berulang kembali di Perak.

Satu lgi negeri yang dilihat kritikal ialah Kedah. Dalam Piraum lalu PH memperolehi 18 kerusi semantara Pas mendapat 15 kerusi. Dari urutan jumlah kerusi PH ternyata melebihi berbanding Pas. Namun apa yang perlu diwaspada ialah peranan BN yang menang di tiga kerusi. Keadaan di Perak juga boleh berlaku seperti di Kedah.

Seandainya BN membantu Pas, menjadikan Pas campur BN mendapat 18 kerusi. Kedudukan setara apa lagi dengan kelebihan satu kerusi menjadikan keadaan sangat kritikal dan susah untuk diselesaikan. Ini menyebabkan Dun Kedah tidak dapat berfungsi kerana perlembagaan atau sistem demokrasi kita memerlukan parti yang mempunyai lebih kerusi untuk membentuk kerajaan.

Sekali lagi jika mengikut urutan angka, PH lebih berhak untuk membentuk kerajaan di Kedah Darul Aman memandangkan ia sudah memiliki 18 kerusi, lebih tiga berbanding dengan Pas yang mendapat 15 kerusi.

Dalam situasi di Kedah sekiranya Tuanku Sultan menggunakan budi bicaranya meletakkan keamanan negeri lebih utama, PH lebih berkelayakan untuk membentuk kerajaan.

Negeri-negeri Perlis dan Pahang tidak berbangkit lagi kerana kedua-dua negeri itu dikuasi oleh BN secara mutlak. Di Perlis BN menang 10 manakala PH hanya tiga (3). Di Pahang pula BN 25, PH sembilan (9) kerusi dan Pas lapan (8) kerusi.

Berbalik keadaan di Perak dan Kedah tadi, ia tidak menjadi masalah sekiranya baik Pas dan BN memahami keadaan dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Di Perak demi kesejahteraan Perak amnya, Pas boleh bekerjasama dengan PH untuk memudahkan pembentukan kerajaan. Apakah Pas sedia bertolak ansur atau pun terus berdendam dengan PH?

Sekiranya Pas terus membakar dendam dengan PH mereka akan bersama BN, hatta syarat yang diletakkan dan jaminan BN akan mengisi agenda Pas dalam hal Islam, Pas akan berpihak kepada BN. Sekiranya itu pilihan Pas bermakna parti itu tidak peduli apa cerca orang terhadapnya kerana sedia berbaik dengan musuh yang dinafikannya sebelum ini.

Manakala di Kedah pun begitu juga, sekiranya tiga orang wakil BN itu memahami keadaan mereka akan sedia mendokong PH untuk membentuk kerajaan. Apa pun untuk mengelakkan kedua parti itu Pas dan BN dituduh dengan pelbagai tuduhan huduh, lebih elok dan lebih jantan mereka kekal sebagai pembangkang kedua di Dun negeri-negeri berkenaan tanpa sedia melacurkan diri (politik). [wm.kl.10:58 am 11/05/18]

ref:
http://msomelayu.blogspot.my/2018/05/keadaan-kritikal-di-perak-dan-kedah.html

Rabu, 9 Mei 2018

Kalau lampu padam, suluh muka pegawai SPR... 7506.

In Syaa Allah start Khamis ada yang cuti terus. 7505.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

In Syaa Allah ...Allah Subhanahuwatalla beri hidayah kepada hamba-Nya (pengundi)  untuk memenangkan Pakatan Harapan.

Najib umum cuti umum Isnin & Selasa.
Rakyat balas dengan cutikannya bermula hari Khamis.

Warkah Ambang PRU14 Dato Seri Anwar Ibrahim
Kemenangan Pakatan Harapan(PH) InsyaAllah lebih terjamin dengan kemaraan rakyat turun mengundi esok, hari bertuah 9 Mei 2018.
Semua banci dalam negara, pemerhati bebas dan media asing menjangkakan kemenangan PH. Ini akan hanya menjadi kenyataan dengan tekad rakyat mengundi menjunjung hasrat mewujudkan pemerintahan adil dan saksama.
Saya ingin menyeru semua rakyat memastikan proses pengundian dijalankan dengan aman dan teratur.
Rakyat juga diminta memantau proses pilihanraya untuk memastikan ia dilaksanakan secara adil dan saksama. Maka semua petugas diminta peka dan tekun menyempurnakan tanggungjawab.
Proses pengiraan undi harus terkawal rapi dan sebarang ketegangan harus dielakkan. InsyaAllah jikalau PH menang, maka berilah keyakinan kapada Tun Mahathir, Dr Wan Azizah dan pimpinan PH yang lain untuk mengendalikan keadaan dengan baik.
Proses peralihan kuasa atau transisi perlu aman dan menurut proses undang-undang. Kita bertekad menggalas tugas dengan menggembeling tenaga seluruh rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim
Ketua Umum PH
ref: 
Anwar Ibrahim - Siaran

...

Ilmu hak Allah. Usah kedekut. 7504.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

My brother. 

WARKAH BUAT SAUDARAKU
AHLI & PENYOKONG PAS...

Saudara-saudaraku...
Bukalah sebentar hati dan mindamu dan bacalah artikel ini hingga habis.

Fakta dan statistik tidak menipu. Inilah rekod PAS dalam PRU sejak 1955 hingga 2013 : (kerusi Parlimen)

1955 : (sendirian) : 1
1959 : (sendirian) : 13
1964 : (sendirian) : 9
1969 : (sendirian) : 12
1974 : (menyertai BN) - menang
1978 : (keluar BN) : 5
1982 : (sendirian) : 5
1986 : (sendirian) : 1
1990 : (menyertai APU/S46) : 7
1995 : (menyertai APU/S46) : 7
1999 : (meyertai BA) : 27
2004 : (sendirian) : 7
2008 : (menyertai PR) : 23
2013 : (menyertai PR) : 21
2018 : ❓

Sejak 1955, PAS tidak pernah dapat melebihi 13 kerusi ketika bersendirian. Setelah bekerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah dengan Parti Semangat 46, masuk Barisan Alternatif, dan Pakatan Rakyat, barulah PAS berjaya dapat lebih banyak kerusi. Terimalah hakikat Malaysia ini negara berbilang kaum dan agama. Sejarah dah membuktikan, berjuang seorang diri takkan ke mana. PAS perlu bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kuasa mentadbir negara. Dengan kuasa itu, barulah syariat Islam mampu ditegakkan secara penuh hikmah. "PAS tak kisah kalah. PAS hanya mahu redha Allah". Kalau begitu, jadilah sebuah NGO atau badan dakwah sahaja. Tak perlu sertai pilihanraya kalau tak mahu menang. Nak menang perlu strategi. Strategi terbaik ialah bergabung dalam satu pakatan yang kuat, kerana Malaysia negara berbilang kaum dan agama. ATGNA dah sebut banyak kali tentang itu.. Hudud adalah tuntutan Islam. Kita semua setuju dengan perkara itu. Tapi, hudud bukanlah segala-galanya dalam Islam. Urus tadbir negara yang baik (good governance) juga tuntutan Islam. Pengagihan ekonomi yang adil juga tuntutan Islam. Menjaga kebajikan rakyat juga tuntutan Islam. Keadilan sistem mahkamah juga tuntutan Islam. Meringankan kos sara hidup rakyat juga tuntutan Islam. Hatta, pengurusan sampah-sarap juga tuntutan Islam. Ehhh... kalau Pakatan Harapan (PH) menang, DAP akan menguasai negara? DAP akan menghapuskan Islam? DAP akan mengubah Malaysia jadi negara republik? DAP akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu? DAP akan menghapuskan institusi Raja-Raja? Tolonglah.. itu ayat UMNO/BN sejak dulu. Itu taktik menakut²kan orang Melayu Islam. Itu ayat TV3. Kalau nak tau hakikat sebenar, rujuklah Perlembagaan Malaysia. Artikel 159 (5) Perlembagaan dengan jelas menyatakan, lima (5) perkara yang tidak boleh diubah walaupun disokong oleh 222 ahli Dewan Rakyat ialah : Pertama : Islam sebagai Agama Persekutuan. Kedua : Kedudukan Raja-Raja Melayu Ketiga : Hak Istimewa Orang Melayu Keempat : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kelima : Hak Pengisytiharan Darurat. Kesemua lima perkara ini hanya boleh diubah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Logikkah Majlis Raja-Raja akan setuju untuk ubah? Raja dan Sultan adalah dilindungi penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia. Kalau DAP nak ubah 5 perkara tu, DAP kena musnahkan ATM, kemudian hapuskan Raja dan Sultan. Munasabah ke? Fikirlah dengan minda yang waras. DAP benci dan hina Islam? Ya.. betullah tu kalau saudara percaya kepada laporan berita TV3 dan akhbar Utusan Malaysia. Saudara lihatlah umat Islam di Pulau Pinang. Peruntukan untuk JAIPP naik berkali ganda, madrasah dan sekolah agama dinaiktaraf. Elaun imam dan bilal dinaikkan dan banyak lagi. Kalau ada beberapa orang pemimpin DAP yang keluar statement yang salah tentang Islam, itu kerana mereka kafir dan jahil tentang Islam. Itu tak menghairankan. Sebab tu usaha dakwah dan tarbiyyah perlu berterusan. Yang hairannya, orang Islam sendiri termasuk pimpinan PAS sendiri pun ada keluarkan statement salah tentang Islam. Ada yang kata siapa takde nombor keahlian PAS boleh ditanam di jirat Cina. Ada yang kata malaikat boleh mengundi dan bawa IC. Malah, ramai yang sewenang²nya memberi label munafik dan kafir kepada saudara Muslimnya yang lain hanya kerana berbeza pendapat. Yang mendoa-laknat saudara Muslimnya pun ada. Sedih kan... Itu belum kira statement pemimpin BN lagi baik UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah & Sarawak, Mereka lagi kerap keluar statement hina Islam. Penyokong LGBT dan Islam Liberal jadi penyokong PH? Ya, memang ada. Contohnya Ambiga dan Siti Kassim. Jadi, adakah itu bermakna PH pun sokong LGBT? Sokong Islam Liberal? Fikir rasional lah saudara.. Jangan persoalkan iman kami, jangan perlekehkan keupayaan berfikir kami. 80% pemimpin PH adalah Melayu Islam. Kami juga beriman dengan Allah dan tahu batas-batas iman dan kufur. Kalaulah ada orang Cina dan India dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang minum arak, adakah itu bermaksud PAS sokong arak? Kalau mereka ada yang gay dan lesbian, adakah itu bermaksud PAS sokong gay dan lesbian? Tentu tidak bukan? Saya yakin saudara boleh menilai dengan adil.. Saudara-saudaraku... Keutamaan kita sekarang, saya ulangi.. KEUTAMAAN kita sekarang ialah untuk selamatkan Malaysia dari kehancuran ekonomi yang dahsyat di tangan BN. Hutang negara dah menghampiri 1 Trillion. Kehidupan rakyat semakin hari semakin terhimpit. Tentang Tun M, ya.. memang dialah musuh politik kita dulu. Tapi, jasanya membangunkan negara tak siapa dapat nafikan. Dan ya... memang banyak kesalahan yang dia dah lakukan. Sebahagiannya dia dah akui. Sebahagiannya dia dah mohon maaf. Soal dia ikhlas ke tak ikhlas, itu dia jawab dengan Allah. Yang pentingnya sekarang, dia nak bantu kita pulihkan negara kita. Adakah kita nak tolak dia? Nak mudah faham, macam ni lah.. Tun M bakar rumah kita, kemudian dia lari keluar. Sedang kita dalam kesusahan nak selamatkan diri dan anak-anak kita dari mati terbakar, entah mengapa tiba-tiba dia patah balik, masuk rumah kita dan tolong kita. Orang dari luar kata, pukul Tun M... sebab dia yang bakar rumah kita. So, apa pilihan yang kita ada? Nak pukul Tun M supaya dia mati bersama-sama kita, atau biarkan dia tolong kita selamatkan anak-anak dan rumah kita? Yang utama sekarang, kita kena selamatkan anak dan rumah kita. Apa kita nak buat dengan dia selepas itu, biarlah masa menentukannya.. Saudara-saudaraku ahli dan penyokong PAS yang dikasihi.. Kita semua mencari redha Allah. Kita semua mahu tegakkan syariat Allah. Islam itu milik semua, bukan milik eksklusif parti kita. Janganlah mendakwa hanya kita yang bawa Islam, hanya kita yang perjuangkan Islam, hanya kita yang cintakan Islam. Islam itu rahmatan lil'alamiin. Akhir kalam, terima kasih kerana saudara sudi baca sehingga ke baris ini. Walau apapun keputusan 9 Mei nanti, kita semua tetap saudara seakidah. Kau saudaraku, dan aku saudaramu. Takkan ada apa yang boleh mengubahnya. Aku menulis kerana ALLAH. Hamba Allah _Selangor_sa'ari


Halaman Disukai · 12 jam 

Contoh mudah.. Ni yang perlu kita lakukan untuk ubah negara.. PAS hanya nak jadi penasihat je.. Dalam negara yang tengah sakit ni kita tak perlu lagi nak jadi penasihat kecuali ubah kerajaan baru.. agak2 kalau umno menang dia nak ikot tak nasihat PAS bila PAS jadi penasihat.. Tengok yang sebelum ni dah la.. BN baik masa nak mintak undi dari rakyat sahaja.. PAS ni dah kena umpan dengan BN.. Disebabkan PAS tak puas hati dengan AMANAH, PAS sanggup rosakan undi.. tak hirau pasal rakyat. Yang penting PAS dapat rosakan undi rakyat yang betul2 mahukan perubahan.. PAS menang BN terus berkuasa.. Jangan rosakan undi korang untuk sokong PAS.. Kita mahukan perubahan.. Pangkah PAS maknanya UNDI BN, pangkah PH boleh kuburkan BN.. buat la pilihan yang terbaik..

ref: 


Halaman Disukai · 7hb Mei 

Tiada mana2 parti dalam malaysia ni yang mampu bentuk kerajaan bila bersendirian.. BN dia ada gambungan dia.. PH dia ada gabungan dia.. Jangan rosakan undi korang untuk pangkah PAS.. 

ref: 


Selasa, 8 Mei 2018

5 Perkara Dalam Perlembagaan Yang TIDAK BOLEH DIUBAH Oleh 222 Kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) Dan Oleh Mana-Mana Parti Sekalipun Yang Membentuk Kerajaan KECUALI Mendapat Persetujuan Majlis Raja-Raja. 7501.

Selama ini kita telah dirahsiakan oleh pihak yang diberi amanah untuk mentadbir kerajaan persekutuan tentang 5 perkara dibwh.
5 Perkara Dalam Perlembagaan Yang TIDAK BOLEH DIUBAH Oleh 222 Kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) Dan Oleh Mana-Mana Parti Sekalipun Yang Membentuk Kerajaan KECUALI Mendapat Persetujuan Majlis Raja-Raja. ● Had Kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hanya untuk Perkara-Perkara Perundangan (Legislative), bukannya Perkara-Perkara Penting Dalam Perlembagaan. ● Pindaan Perlembagaan yang telah berlaku pada tahun 1983, 1984 dan 1994 terhadap Artikel 66 (4) dan (4A), adalah berkaitan Had Masa Kuasa Untuk Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang. ● Sebelum (Pindaan), ia adalah Tanpa Had Tempoh, manakala Selepas (Pindaan) Had Masa 30 Hari telah ditetapkan sebagai Tempoh Had Maksimum Sesuatu Undang-Undang Boleh Ditangguhkan. ● Ramai pihak yang tersalah anggap bahawa Kuasa Menangguhkan Proses Kelulusan Sesuatu Undang-Undang Tanpa Had Masa ini sebagai Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sebenarnya, ia hanya satu tradisi, resam (convention) dan mengikut pertimbangan yang waras. ● Kuasa Veto atau Kuasa Membuat Kata Putus oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah pada Perkara-Perkara Penting Dalam Perlembagaan. ● Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mempunyai Kuasa Veto untuk 11 perkara yang terkandung dalam Artikel 2 (b), 38 (b) dan 159 (5) Perlembagaan Persekutuan. ● Kuasa Veto Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ini tidak dihadkan atau terkesan kepada pindaan Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang telah disebutkan di atas. ● Penulisan ini secara spesifik ingin membawa perhatian kita semua kepada Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan, dalam memperkatakan tentang Kuasa Veto itu tadi. ● Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan menyebut "Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan dibawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja". ● Apakah perkara-perkara itu ? 1. Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan 2. Hak Istimewa Raja-Raja Melayu 3. Hak Istimewa Orang Melayu 4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 5. Hak Pengisytiharan Darurat. ● 5 Perkara ini sudah terpahat kemas di dalam Perlembagaan. Ia TIDAK BOLEH DIUBAH sekalipun diluluskan 100% oleh 222 orang Ahli (Kerusi) Dewan Rakyat dan tidak kira parti mana yang akan memerintah atau membentuk Kerajaan KECUALI mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja, seperti yang disebut di dalam Artikel 159 (5) Perlembagaan Persekutuan. ● Justeru, segeralah berhenti daripada terus memperbodoh-bodohkan rakyat khususnya orang-orang Melayu dan Islam. ● PRU14 adalah perihal memilih Calon dan Parti mana yang bersedia menawarkan Dasar, Program dan Khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara.
In Syaa Allah ...Allah Subhanahuwatalla izinkan Pakatan Harapan menang cemerlang kerana-Nya. 
Aamiin Ya Allah. 
Himpunan Kempen PH di Putrajaya. 
- Kerusi kubu kuat BN bakal tumpas 9 Mei ini - Pengundi hantu melayu wujud di Wangsa Maju - Veteran UMNO hendak memperbetulkan kepincangan negara - SPR disaman RM7.6 Juta oleh Dr S Streram - Rakyat berkuasa ubah kerajaan, jangan sia-siakan 9 Mei ini Berita Nasional INV8, ISNIN, 7 MEI 2018, 5.00 PETANG - Kemenangan Pakatan Harapan hadiah buat Anwar - Veteran UMNO rayu rakyat jangan beri mandat pada UMNO BN 9 Mei ini - Najib mungkin guna akta MKN atau lari TAMBAHAN: PERUTUSAN KHAS UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Aksi ..jangan buat di rumah atau hal politik.